Saturday, 9 July 2011

belajar semata

sebelum ni laman web tiubkamu di"block" oleh pihak kolej . masuk semester baru nih mukabuku juga nak di"block" . tak patut tak patut . memang tak patut . kebosanan yang sangat melampau . sampai dah tak tau nak buat apa masamasa boring macam ni . 

kalau sebelum ni boleh jugak lepaskan tension kat laman mukabuku , tapi sekarang lepas tension kat laman mukasurat kertas ja la . sangat menekankan atau dalam kata lain sangat tension . adess . 

entah apaapa kan kolej ni , mukabuku pun nak block . macam bangang pun ada . dia ingat pelajar semua tak boleh mereng kot 24 jam menghadap buku ja . agakagak la sikit kalau nak mem"block" sesuka hati pun . pikir sama apa perasaan pelajar . dah la memang sahsah dalam kolej ni tak ada apaapa hiburan , lagi nak sekat semuanya . sangat melampau !

wahh wahh wahh , bukan main emosi lagi aku kan . tapi memang patut pun aku emosi macam ni kan . salah siapa . mesti ramai kawankawan aku yang dah update status kat mukabuku pasai pem"block"an mukabuku . ( bagi mereka yang ada kemudahan jalur lebar laa )

nota lutut : haishh , bosanbosan (?)

No comments: