Tuesday 19 December 2017

Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati

Semalam terjaga dari tidur jam 2 pagi. Sakit dada! Rasa sesak tak boleh nak bernafas dengan elok.

Selalunya jadi camni sebab sejuk sangat, takpun sebab kipas hala ke muka untuk tempoh yang lama. Boleh jadi juga sebab sistem pencernaan tidak lancar, mungkin sebelum tidur makanan sesuatu yang berat & berminyak.


Terus bangun dan duduk, urut-urut dada. Switch off kipas. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Alhamdulillah, kurang sikit rasa sesak di dada.

Tapi bila baring, sesak di dada datang balik. Terus bangun duduk, tarik nafas urut dada semua. Okaylah, kurang dah rasa sesak. Tapi takut nak baring, takut sesak dada datang lagi!


Tunggu dalam 2-3 minit camtu, then baring balik. Ok cool.. tapi still tak boleh tidur. Kena bernafas dalam-dalam, bagi karbon dioksida keluar ikut mulut jugak.


Memang mulut tak boleh tutup rapat. Kalau tidak sesak dada datang balik!

Sedar tak sedar dah pukul 3 pagi! Allah.. tak boleh jadi, mesti buat sesuatu.


Google tengok cara untuk hilangkan sesak di dada atau pedih ulu hati ni. Macam-macam cara yang dicadangkan.

Antaranya:

1. Jika sedang pakai pakaian yang ketat, tukar kepada baju yang lebih longgar supaya boleh bernafas dengan lebih selesa.

2. Minum air suam.

3. Tidur dengan kepala dinaikkan tinggi, 30°-40° lebih tinggi daripada aras pembaringan kita.

4. JANGAN ambil ubat tahan sakit, ambil ubat anti-asid.

5. Makan sesuatu yang boleh boost keluar angin dalam badan. Contohnya, halia.


Nahhhh, mana nak rajin nak bancuh air halia pukul 2-3 pagi. Jadi, saya ambil Peppermint Ginger. Ginger = halia.

Jadi InshaAllah boleh keluarkan angin yang tersumbat di laluan pernafasan & pencernaan kita.




Terus ambil 4 biji, tarik nafas dalam-dalam. Alhamdulillah 10 minit lepas tu sendawa dan kentut. Hihihi

Bolehlah tidur dengan aman tanpa perlu buka mulut untuk bernafas. Bernafas macam biasa la ikut hidung. Hehehe


Antara punca terjadinya keadaan begini adalah:

1. Makan makanan pedas.

2. Kurang minum air.

3. Berat badan berlebihan.

4. Merokok.

5. Diet tidak seimbang.

6. Gemar minuman berkafein.

7. Gemar tidur selepas makan.


Korang yang kerap kena sesak nafas macam saya ni, elakkan daripada 7 perkara yang boleh menyebabkan terjadinya pedih ulu hati seperti saya nyatakan diatas.


Atau korang boleh sediakan sebotol Peppermint Ginger di rumah korang. Makan bila perlu je. Boleh ambil up to 6 biji.


Korang kalau rasa perlukan peppermint ni boleh contact saya okay. Tekan je no saya kat bawah ni untuk terus ke aplikasi whatsapp saya.


+60125687714

No comments: