Showing posts with label spa penang. Show all posts
Showing posts with label spa penang. Show all posts

Monday, 11 February 2019

Servis Mobile Spa Penang

Assalamu’alaikum wbt. Hello ladies!

Setuju tak kalau saya cakap orang perempuan dan Spa tak dapat dipisahkan. Tipulah kalau ada orang perempuan yang tak suka rawatan Spa.

Mesti dia tak pernah cuba, sebab tu dia kata dia tak suka, sebab dia tak tahu nikmatnya macam mana. Hehe

Tapi sekarang dah malas nak ke Spa kan? Nak bersiap, nak drive, dah sampai kena que pulak, pastu kena drive balik rumah lagi pulak tu.

Waduh waduh, banyaknya perjalanan dia tu kan?

Kadang-kadang tak sempat nak ke Spa. Mana nak pegi kerja, nak uruskan anak-anak lagi. Memang tak cukup masa, tapi badan dah letih perlukan urutan dan rawatan Spa!

So kalau nak senang, korang panggil je beautician datang rumah. Kan sekarang dah ada servis Spa ke rumah.

Korang cuma kena tunggu ja kat rumah, lepas tu dapatkan rawatan Spa. As simple as that.. 😍

Okay, jom saya kongsi rawatan Spa apa yang boleh dibuat kat rumah korang sendiri.







Semua ni saya buat di rumah customer tau. Menarik kan? Semuanya on the go di rumah anda sendiri.

Dan ini pula sebahagian daripada testimoni customers yang dah ambil servis daripada Russ Beauty House.










Customer saya bukan orang Melayu je tau, orang Cina, India, Indonesia, dan Thailand pun ambil servis saya.

Pelancong daripada Indonesia pun ambil servis saya.


InshaAllah, korang akan berpuas hati dengan servis Mobile Spa saya. Walaupun korang cuma buat di rumah korang sendiri, tapi treatment setanding di Spa.

Malah rasanya korang akan lebih selesa since semuanya dibuat di rumah korang sendiri. Customer saya selalunya sampai terlena sebab selesa sangat. Hehe

Di rumah, di tempat kerja, di hotel, semuanya saya dah pernah entertain customer.

So kalau korang rasa nak cuba berSpa di tempat korang sendiri, boleh contact saya.

Servis terbaik untuk anda setiap masa.

InshaAllah ♥️

Beautician Anda!
Whatsapp 012-5687714

Tuesday, 5 February 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019



Sejak kebelakangan ni, aku selalu terdengar keluhan ayahku.

“Adik.. nanti mak dengan ayah dah takda taktau la macam mana nasib hang. Kakak-kakak, abang-abang semua sibuk dengan kerja, dengan keluarga depa. Sapa la nak jaga hang, bagi mandi hang.”
Allahhuakbar! Satu tamparan besar buatku! Menitis airmata teresak-esak aku mendengar ucapan ayah.


Terpana!

Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah banyak kali aku dengar keluhan ayah yang satu ini sejak akhir-akhir ini.


Apa yang aku buat selama ni? Tergamak aku hidup selesa tanpa ambil tahu kerisauan ayahku!

Sedangkan Allah dah beri jalan padaku untuk situasi yang tak dijangka ini, tapi aku tak manfaatkan.

Allah dah mudahkan aku untuk berhenti kerja.

Allah dah mudahkan aku buat bisnes yang kena dengan jiwa aku.

Tapi aku tak manfaatkan! Aku tak fikir untuk menyimpan demi masa depan adikku.

Aku pentingkan diri sendiri!

Allah... ampunkan aku Ya Allah!

Aku selesa ada duit sikit-sikit.

Aku selesa bergolek dalam bilik layan drama korea jika takda customer.

Aku selesa makan kenyang hasil titik peluh ayahku.

Sepatutnya dengan umur ayah sekarang yang hampir 70 tahun, ayah dah tak perlu fikir hal dunia, dah tak perlu susah payah cari duit lagi.

Masanya untuk ayah berehat, habiskan masa atas tikar sejadah.

Allahhuakbar. Tergamaknya aku!


Tahun ini, tahun 2019, aku bertekad! Aku mesti keluar daripada zon selesa yang sebenarnya dah makan diri aku sendiri.

Zon selesa yang dah bunuh impian orang kesayanganku!


Tahun ini tahun untuk aku bekerja keras!

Tahun ini tahun untuk aku gila-gila buat duit!

Tahun ini tahun untuk aku cari ramai customer Spa aku sehingga mencecah 1000 orang!

Aku nak income aku setiap bulan bukan biasa-biasa lagi.

Supaya aku boleh menyimpan lebih banyak.

Aku MESTI stabilkan karier aku dengan Shaklee.

Aku terfikir, sampai bila aku nak buat Mobile Spa.

Sampai masanya, pasti akan ada sesuatu yang menghalang aku daripada teruskan kerja aku.

Sebab tu aku mesti stabilkan karier aku dengan Shaklee.

Kerana Shaklee janjikan income pasif.

Income yang boleh dibuat walaupun hanya duduk dirumah.

Dengan keadaan adikku, sudah menjadi kewajipan untukku lakukan sesuatu yang boleh beri income padaku walau hanya bekerja dirumah.

Supaya aku boleh awasi adikku sentiasa. Supaya adikku terus merasai kasih ayah mak dan ayah melalui aku.

Aku tahu impianku tidak mudah. Tapi aku juga tahu ianya tidak mustahil!

Aku dah tak banyak masa. Aku mesti mula sekarang!


Pada tahun ini;

✔️ Simpanan RM10,000
✔️ Income Spa minima RM5,000 setiap bulan (yang ini sangat mudah sebab sekarang aku boleh buat RM1,000-RM2,000 seminggu, at least. Want to know how?)
✔️ Hit bonus Shaklee RM5,000 by this year


Beri aku masa 10 bulan untuk aku capai impianku. Akan aku buktikan!


Tolong doakan ye!

Semoga yang baik-baik sahaja Allah kurniakan pada kita semua. Aamiinnn

KERAMAT HIDUPKU 

Thursday, 8 March 2018

Buat Spa Dengan Produk Shaklee?

Assalamu'alaikum.. Hai uolss! Maaf dah lama saya tak update disini. 🙏

Okaylah, straight to the point, ada yang macam sangsi tau, okay ke buat Spa dengan produk MLM ni? Bagus ke produk ni? Bukan orang lebih prefer produk alami ke untuk servis Spa?


Hmm saya tak nafikan produk alami ada auranya tersendiri. Aromanya yang memang sesuai dengan suasana Spa kan.


Tapi kita tak dapat nak nafikan juga, jika produk MLM itu dah jalani sehingga 8 tahun penyelidikan, wow sangat kan! Mesti hebat produk dia & membantu untuk beri kesan yang bagus kepada pelanggan kita.

Why not we give it a try?

So korang tak perlu nak be like 'alaa diorang tu sebenarnya nak jual produk diorang je tu'


Nooo guys.. Kami ajar anda ilmu & teknik Spa yang standard diajar di Spa-Spa diluar sana. Bukannya kami gunakan nama Spa untuk 'laku'kan produk MLM kami. Tapi kami nak mudahkan anda yang join kelas Spa dengan kami, lepas training korang boleh terus aktif ambil customer Spa. Sebab semua kelengkapan dari segi produk & peralatan dah kami sediakan.



So here we go guys, pakej Spa terbaru daripada TWB. Dalam pakej terbaru ni korang alan belajar 5-6-7 rawatan kecantikan Spa dan korang akan dapat produk Youth Skincare oleh Shaklee. Pergilah google pasal Youth ni kalau korang masih sangsi keupayaannya. Hehehe

Ataupun boleh klik kat bawah ni untuk baca pasal Youth Skincare 👇

Youth Skincare PART 1

Youth Skincare PART 2


Sebab tu berulang kali saya katakan, projek Spa TWB ni keluar modal sekali je, tapi dapat pulangan berkali-kali-kali-kali.. Unlimited!

Okay berbalik pada topik produk alami, sebenarnya Shaklee juga adalah produk alami tapi dah jalani proses Sains, dah masuk lab & jalani penyelidikan selama 8 tahun!


So saya boleh katakan Shaklee adalah produk alami zaman moden gituuu! Hehehe


Produk Youth skincare ni bebas 1500 bahan kimia merbahaya tau, bukan setakat 1-2 je, tapi 1500.

InshaAllah terbukti semulajadi. Bukan sekadar testimoni, tapi ada ujian klinikal. Ada kertas kerja. Tapi tak bolehlah disclosed kat sini, benda camtu mestilah P&C.. Kalau nak tengok boleh pergi HQ Shaklee okay? 🤗


Eh meh la tengok jap testimoni pengguna Youth, nak?











Jeragat, kedutan, parut berlubang semua boleh hilang hanya dengan guna skincare je? Double wow!

Daripada muka makcik-makcik, lepas guna Youth terus nampak macam akak-akak je walaupun umur dah 50-an. Bergegar tulang rusuk sis! Kah kah


Nak cuba facial dengan produk Youth boleh whatsapp sis, atau nak guna produk Youth untuk servis facial korang pun boleh whatsapp sis okay?


Ya Allah ekslusifnya Spa kita jika guna produk Youth ni kan? Produk yang bernilai ribuan ringgit, dah jalani penyelidikan selama 8 tahun barulah dipasarkan & paling penting bebas sehingga 1500 bahan kimia merbahaya!


Okaylah, ni nombor sis 👇 pape roger!

012.568.7714

Atau tekan je SINI.

Selamat mencuba! 😙

Thursday, 4 January 2018

Perkhidmatan Spa ke Rumah di Penang

Ada orang suka rawatan Spa tapi tidak berkesempatan untuk ke Spa selalu.

Mungkin ada anak kecil, tidak ada transport, malas nak hadap traffik dsb.




Sebab itulah kami buat servis Spa ke rumah untuk memudahkan golongan seperti yang saya sebutkan tadi. Kami bawakan rawatan Spa ke rumah anda!


Antara servis yang saya buat adalah seperti dibawah:


✔ Facial Relaxing Treatment

✔ Body Scrub

✔ Relaxing Body Massage

✔ Body Mask

✔ Aroma Bath

✔ Seri Pengantin


InshaAllah, servis terbaik saya berikan walaupun bukan di ruangan Spa yang proper.. Saya akan cuba hidupkan suasana Spa walaupun perkhidmatan yang saya lakukan hanya dirumah anda sahaja.

Ini pula antara feedback daripada pelanggan yang dah cuba servis kami.







Apapun, kena booking dulu ya. Bagi mengelakkan bertindih dengan pelanggan lain.


Untuk booking inquiry & quotation, boleh whatsapp saya dibawah ini.


Wednesday, 13 December 2017

7 Tempat Menarik Di Perth

Assalamualaikum. Hai korang!

It's been a year actually saya pergi ke Perth dengan trip projek Spa The Walking Beauty. Hari ni baru terfikir nak kongsikan dengan korang tempat-tempat menarik yang kami pergi.


Jenuh recall! Hahaha

Ok, check it out guys tempat yang menarik untuk korang pergi kalau ke Perth. Bukan setakat menarik, yet affordable.


1. Fremantle

Kalau pergi Perth, wajib makan Fish & Chips dia. Sedap! Portion besar. So boleh share makan. Kitorang share 4 orang untuk 1 portion tu.

Korang mesti rasa yang goreng punya tau, yang grill kurang sedap.

Aduh, taip ni pun menjejeh air liur! Hahaha

Nak ke Fremantle boleh naik tram, tambang sorang dewasa 12AUD.

Tempat dia pun cantik, tepi laut.
Perjalanan dari Perth City ke Fremantle ni pun cantik. Sedap mata memandang!







By the way, selain daripada famous dengan Fish & Chips, kat sini juga ada tempat untuk korang shopping souvenirs. So far, kat sini murah. Tempat lain kat Perth City tu mahal weh!




Shed Market nama tempat tu.
Building tepi laut. Dekat ja dengan area kitorang makan Fish & Chips tu.



2. Caversham Wildlife Park

Yes, kalau datang Aussie korang wajiblah datang zoo diorang. Sebab ada binatang yang pelik yang korang takkan dapat tengok kat tempat lain especially di Malaysia.

Ada koala bear, wombat, platypus & of course kangaroo!

Ya Allah, berselerak kangaroo weh. Kalau kat Malaysia kita boleh nampak anjing & kucing dimana-mana kan? Kat sana kangaroo bersepah hahaha


Kalau nak datang sini kena sewa kereta atau ambil teksi la. Sebab takda public transport like bus atau train yang lalu sana. Yela, dah namanya zoo kan mestilah kawasan dia agak dalam gitu.

Sewa kereta mahal! Hahaha


Wombat guys!

Koala bear in the house!

Kangaroo bersepah!

Tiket Masuk:
Dewasa 27AUD
Kanak-kanak 12AUD


Kalau convert duit Malaysia, tiket dewasa tu RM100 lebih weh! Hahaha

Kangaroo punya pasal, pejam mata je la bayar tiket tu..



3. Margaret River & Chocolate Factory

Kalau nak makan coklat Australia free boleh datang sini.



Dan boleh tengok pelbagai coklat yang menarik & nampak sedap giloss!

Tapi, korang dinasihatkan untuk tidak borong coklat disini. Sebab mahal gila! Hahaha


Kalau coklat-coklat yang rare yang korang tak pernah tengok tu boleh la korang beli sikit habuan nak merasa, kalau nak beli banyak saya ada tempat yang lebih baik & jauhhh lebih murah.

Kalau nak tahu kat mana kenalah baca sampai habis okay?


4. King's Park & Botanic Garden

Kalau korang nak tahu, King's Park di Perth ni adalah the biggest park in the world! Rugi weh kalau datang Perth tapi tak datang sini.

Taman ni saaangatttt luas. Korang kena manfaatkan jalan ke setiap pelusuk taman ni sebab banyak sangat landskap menarik untuk korang posing!





5. The Blue House @ Swan River

Tempat ni kira option la kalau korang nak gambar yang cantik.

Tempat ni orang-orang muda ja tahu, kalau korang tanya orang tua tempat ni, diorang tak tahu. Sebab saaangattt jauh dari Perth City!

Tapi berbaloi datang, tempat ni sangat nyaman. Blue House tu atas tasik swan. Sekali sekala nampak kepala swan timbul. Cantik view dia!







6. Elizabeth Quay & Bell Tower

Tempat ni betul-betul di bandar Perth. Cantik! Ada bridge ala-ala london bridge tu. Menyesal rasanya tak pergi naik bridge tu. Huhuhu. Lepak tepi bridge je.

Dan disinilah terletaknya Bell Tower.
Boleh masuk & naik atas. Tapi harga tiket mahal sangat. So rasa macam tak berbaloi pulak!

Feel dia lebih kurang macam kita naik menara tamingsari kat Melaka tu kot!

Tapi banyak tempat menarik untuk ambik gambar kat sini.






Bell Tower & Pipi Pau! Kah kah


7. Woolworths

Yeayy! Inilah dia syurga coklat hahaha

Dia ala-ala tesco camtu la. Murah coklat dia kalau nak compare yang dekat Chocolate Factory tu.




Okaylah, so rasanya ini ja tempat yang saya boleh recommend.

Perth sebuah bandar yanh sangat tenang.
Takde bunyi hon sana sini. Kereta pun tak banyak sangat di jalan. Pokok-pokok hijau pun banyak ja di sepanjang jalan.

Recommended la untuk korang datang bercuti disini. Nak honeymoon pun best! Upppsss hihi


4 musim di Perth:

1. Musim Panas (Dec-Feb)
2. Musim Gugur (Mar-May)
3. Musim Sejuk (Jun-Aug)
4. Musim Semi (Sep-Nov)

Di Perth takda salji ye.


Saya pergi tahun lepas dengan team Spa The Walking Beauty bulan July, musim sejuk la waktu tu. Gerimis ja, tapi takda salji. Best sebab pergi dengan kawan-kawan yang satu kepala, satu matlamat.

InshaAllah, tahun depan team kitorang nak pergi Paris pulak. I am just sooo excited untuk pergi kota cinta tu..


Korang nak join tak? Jomlah kita pergi Paris sama-sama.. hehehe

Sunday, 10 December 2017

Kursus Spa Sehari Dengan The Walking Beauty

Ramai jugak yang macam tak percaya kursus Spa dengan TWB ni, belajar 5 courses boleh habis dalam masa satu hari ja. Biar betik? Hahaha


In fact, tak sampai sehari pun. Paling lama 3-5 jam dah boleh habis belajar 5 courses tu.


Macamana tu?


Sebabnya, kursus Spa dengan TWB ni kursus secara personal, one-to-one punya kursus. Bukan ramai-ramai dalam dewan tu.


Kita memang peruntukkan satu-satu masa tu untuk ajar you seorang sahaja.


Sebab tu la boleh siap dalam masa beberapa jam ja.

Tambahan lagi, module yang kami beri sangat praktikal, mudah tapi boleh cover 5 courses iaitu facial, body scrub, sauna, hands & foot Spa dan aura bath.


Kursus kami tak perlu tempat yang formal, keadaan yang formal dsb.

Ada trainer, ada trainee, lengkap peralatan untuk training, then pilihlah untuk training dimana sahaja mengikut keselesaan kedua belah pihak, trainer & trainee.


Di Rumah Trainer.








Di Rumah Trainee.








Di Spa.






Di Homestay.




Di Hotel.





Senang ja kan?


Results matter guys..

Kalau training gempak siap sewa dewan seminar bagai, tapi lepas training krikk krikk nak dapatkan customer tak guna jugak kan.. hehehe


Saya sendiri training di homestay ja, tapi saya dah buktikan, dalam masa 3 hari ja saya boleh dapat hampir RM1000 tau...




Jadi, dimana pun training bukan persoalannya, tapi hasil yang you dapat selepas training.


InshaAllah The Walking Beauty adalah jawapannya.


Jika anda berminat untuk dapatkan kursus Spa dengan TWB, anda boleh hubungi saya dengan menekan nombor telefon saya dibawah ya!


+60125687714