Friday, 30 September 2011

kawan dan sahabat

Assalamu'alaikum w.b.t .
sejak akhirakhir ni pelbagai masalah dan dugaan yang mendatang . positifnya , Alhamdulillah , ALLAH masih ingat aku . negatifnya , tak ada apaapa . :)
lepas satu satu benda yang terjadi dalam masa yang terdekat ni . dan semua yang terjadi dah bagi bad effects kat aku . dan dah tentunya semua yang jadi tu adalah yang negatif . bukan nak mengeluh , tapi aku juga manusia biasa . tak mampu nak pendam semata dalam hati . 
kalau ikutkan aku takmau pun wujudkan keadaan yang terjadi dekat sini . biarlah semua tu cuma wujud dalam diri dan hati aku cuma . tapi aku tak berdaya lagi . semua yang jadi dah mengganggu aktiviti seharian aku . 
  • dalam kelas tak dapat FOKUS !!
  • makan asyik nak MUNTAH ja .
  • benda mudah pun jadi SUSAH .
  • tak boleh nak buat KEPUTUSAN yang bijak . 
  • tidur LENA :))) ~ ngeeeee
 mulamula ada sedikit salah paham dengan Incix Ayam . tapi sekarang dah mula reda , dah kembali pulih seperti biasa . lepas tu berganti pulak dengan masalah kawan . tak tau la kalau aku ja yang salah paham . tapi sejak akhirakhir ni macam dah dingin . semuanya berpunca daripada status di bukumuka . tidak tahulah kalau aku yang ter"perangsangka buruk" . tapi semuanya nampak jelas . 
padahal aku tak bermaksud apaapa . cuma sekadar status yang menunjukkan aku sedang gembira dan bahagia disini walaupun jauh dari keluarga . maaf kawan kalau aku tersalah tafsir . mungkin jugak apa yang jadi sekarang ni takdak kena mengena dengan apa yang aku cakapkan tadi . 
kawankawan ku , aku berharap sangat apa yang sedang ada dalam fikiran aku sekarang ni adalah tipu semata . aku perlukan kawan aku menjadi sahabat aku , selamanya . dengan keadaan aku yang jauh dari keluarga , membuatkan aku sangatsangat perlukan semua . kawankawan . 
aku , kawan dan sahabat . hidup aku sekarang . takpa , kalau aku boleh bertahan jauh dari keluarga dalam tempoh setahun lebih ini , aku percaya aku mampu bertahan untuk tempoh setahun sahaja lagi . tempat baru , kawan baru , suasana baru , hidup baru . 
aku takmau kehilangan kawan lagi . itu sebabnya kadangkadang apa yang aku terasa aku sedaya upaya diamkan diri . biarlah orang kenal aku sebagai seorang yang cuma tahu bergelak ketawa , sebab itulah aku bila berkawan . 
aku masih lagi bernasib baik kerana ditakdirkan ALLAH untuk kenal dua orang sahabat yang sangat memahami disini . 

nota lutut : berharap semuanya kembali normal :)

No comments: