Sunday 4 September 2011

ulat bulu = rama-rama

ulat bulu atau nama glamornya ulat beluncas memang seekor binatang yang amat hodoh . tapi akan tiba satu masa ulat bulu akan melalui proses transformasi . ulat bulu itu akan melalui satu proses yang amat sukar . . 
amat menyeksakan , sebelum bertukar menjadi ramarama yang sangat cantik .

kadangkadang manusia pun terpaksa melalui proses yang sukar dan menyeksakan untuk menjadi cantik .
selalunya jika kita memilih jalan mudah dan sentiasa mengharap segalagalanya disediakan untuk kita , MALAS berusaha , bersenang-lenang sahaja . tanpa kita sedari suatu hari nanti ianya akan menjadi racun yang terkumpul di dalam tubuh dan minda , bakal memudaratkan hidup kita .
 
berbalik kepada kisah sang ulat bulu tadi , sains membuktikan jika kita membantu ramarama keluar dari kepompongnya tanpa melalui proses yang seksa . bermaksud guna jalan mudah , hasilnya akan menyebabkan ramarama itu cacat dan tidak boleh terbang . 
sama situasinya dengan kehidupan manusia , jika selalu dibantu dengan jalan mudah tanpa perlu menempuh ujian dan cabaran selalunya akan menghadapi kegagalan yang lebih besar jika tibatiba cabaran hebat melanda . 
kebanyakan buah yang manis itu bermula daripada putik yang masam , kelat atau pahit . setiap kejayaan yang gemilang pula selalunya bermula dengan kepayahan , kesengsaraan , kegagalan dan cabaran yang hebat . begitulah proses alam . SEMAKIN PAHIT DAN SEKSA SESUATU PENGALAMAN , SEMAKIN MANISNYA NIKMAT KEJAYAAN .
pepatah melayu pun ada mengatakan , berakitrakit ke hulu;berenangrenang ke tepian . kita perlu bersakitsakit atau bersusahsusah dahulu , tapi itu pun belum pasti akan dapat kesenangan di hari kemudian . sebab itulah keindahan pelangi hanya boleh dilihat selepas hujan tatkalat matahari bersinar ke setiap titisan akhirnya .

nota lutut : pengalaman sebagai pengajaran :)

No comments: