Thursday 15 September 2011

manusia dan kehidupan

dalam dunia ni , kita boleh tengok macammacam jenis manusia . kita juga salah satu daripada jenis manusia itu . kita cuma seorang manusia yang mampu menilai diri sendiri , yang tidak mampu untuk menilai orang lain . dan kadangkadang apa yang kita nilai untuk diri sendiri juga belum tentu tepat dengan keadaan . semua yang berlaku merupakan kehendaknya semata . 
aku sendiri , sebelum ni aku selalu nak menyalahkan keadaan . padahal diri sendiri yang bertindak sedemikian rupa tanpa memikirkan baik dan buruknya di masa akan datang . tapi , InsyaALLAH sekarang aku mampu memikirkan sesuatu sebelum bertindak walaupun kadangkadang tersasar dari jalan yang sepatutnya . aku hanya mampu merancang yang terbaik , yang menentukan segalanya hanya ALLAH . 
bila sesuatu benda berlaku , kita sebagai manusia dan aku akui aku sendiri kadangkadang mengeluh mahu menyalahkan orang lain atas apa yang jadi tanpa melihat kesalahan sendiri . sebenarnya apa yang jadi ada hikmahnya yang ALLAH dah turut sertakan bersama dengan musibah tersebut .
ujian dari segi kemenangan , kejayaan , kekayaan dan kesihatan sebenarnya ujian yang lagi berat berbanding sebaliknya kerana ingatan kepada ALLAH akan berkurang .
aku sendiri salah tafsir , bila ALLAH datangkan ujian selalu saja nak mengeluh . padahal ALLAH sentiasa kurniakan yang terbaik untuk kita melalui pelbagai cara . bila aku didatangi masalah , aku cuma tahu menangis . aku lupa bahawa aku masih ada tempat untuk aku mengadu dan mintak pertolongan . ALLAH . always be there . 
semasa aku sedang diuji , didatangi masalah . tibatiba pensyarah aku yang sedang mengajar berpesan segala macam . 

orang yang bersabar , tinggi ganjarannya di sisi ALLAH .
jangan mengeluh , bersyukur dengan apa yang kita ada .

banyak lagi yang dipesan secara tidak langsung . Subhanallah , sentiasa dengan kita dalam pelbagai cara . walaupun tidak secara terus, aku dapat rasakan kehadirannya setiap masa . akhirnya aku sedar , kita cuma perlu sentiasa ingat sebabnya ALLAH tak pernah lupa untuk ingat kita sebagai hambaNya dan DIA sentiasa disisi kita . tapi kita cuma akan balik kepadaNya bila kita susah . Na'uzubillah ... 

nota lutut : berazam untuk berubah :) ~ btw , sedang berDIET :p ~

No comments: