Thursday 9 November 2017

Perkhidmatan Spa Ke Rumah | Mobile Spa Penang

Assalamualaikum! Hai hampa hai.. Keyra is here :)

Saya nak bagitau ni, selain daripada memberi training kepada mereka yang ingin belajar cara untuk set up Home & Mobile Spa, saya juga menyediakan servis Spa ke rumah ya. Sudah masuk 3 tahun saya menjalankan servis Mobile Spa ini.


Jadi bagi anda yang tinggal di Penang, tidak kira samada di dalam pulau atau di main land atau kawasan yang berdekatan seperti Kulim, Sungai Petani dan Parit Buntar, anda boleh hubungi saya untuk dapatkan servis Spa yang anda inginkan di rumah anda sendiri. Mudah kan?


Jom saya kongsikan antara servis yang saya sediakan untuk Spa ke rumah.


Facial Treatment

Full Body Massage

Herb's Body Scrub

Aroma Bath

Hand & Foot Spa


Suka untuk saya maklumkan, servis Spa saya hanya untuk orang wanita sahaja ya.
Saya beroperasi setiap hari bermula 8 pagi sehingga 6 petang. Bagi sesiapa yang perlukan servis saya pada waktu malam, akan saya pertimbangkan.

Perlu diingatkan, saya mengenakan caj transport mengikut kawasan tempat tinggal anda :)

Servis hanyalah dengan temujanji selewatnya sehari sebelum dan mengikut kekosongan jadual saya. Segera booking slot Mobile Spa anda di SINI.


Jumpa anda nanti!

No comments: