Friday, 30 September 2011

akukah penyebabnya

berat sangat nak lepaskan keluhan ni , kalau mengeluh lebihlebih nanti orang kata tak reti nak bersyukur . taktau lagi nak buat apa . semuanya salah , semuanya tak betul . bukan aku mintak jadi macam ni . 
memang la dia mengadu , tapi seolah-olah nak salahkan aku sebab terima . macammacam benda BODOH dah terlintas dalam kepala aku ni . nak jual ja telefonbimbit itu , dan bagi balik duit kepada yang tolong membeli . tapi , adakah akan semua pihak puas hati dengan apa yang aku buat . tak jugak ! 
penat la bila kita jadi punca orang itu dan orang ini bermasam muka . nak jerit ! nak lari sekuat hati ! tapi kuatkah hati ini . mereka tak tahu tindakan mereka buatkan aku kat sini , yang jauh dari mereka terpaksa menangis seorang diri . kesal dengan apa yang dah jadi . ingatkan mereka bahagia tengok aku bahagia tapi sebaliknya . 
Ya ALLAH , dugaan apakah yang Kau berikan untukku di saat aku jauh berada di perantauan , di tempat asing . sedaya upaya aku menahan airmata daripada gugur , tapi aku manusia biasa . hanya mampu berserah dan melepaskan semuanya di dinding ini .

kawan dan sahabat

Assalamu'alaikum w.b.t .
sejak akhirakhir ni pelbagai masalah dan dugaan yang mendatang . positifnya , Alhamdulillah , ALLAH masih ingat aku . negatifnya , tak ada apaapa . :)
lepas satu satu benda yang terjadi dalam masa yang terdekat ni . dan semua yang terjadi dah bagi bad effects kat aku . dan dah tentunya semua yang jadi tu adalah yang negatif . bukan nak mengeluh , tapi aku juga manusia biasa . tak mampu nak pendam semata dalam hati . 
kalau ikutkan aku takmau pun wujudkan keadaan yang terjadi dekat sini . biarlah semua tu cuma wujud dalam diri dan hati aku cuma . tapi aku tak berdaya lagi . semua yang jadi dah mengganggu aktiviti seharian aku . 
  • dalam kelas tak dapat FOKUS !!
  • makan asyik nak MUNTAH ja .
  • benda mudah pun jadi SUSAH .
  • tak boleh nak buat KEPUTUSAN yang bijak . 
  • tidur LENA :))) ~ ngeeeee
 mulamula ada sedikit salah paham dengan Incix Ayam . tapi sekarang dah mula reda , dah kembali pulih seperti biasa . lepas tu berganti pulak dengan masalah kawan . tak tau la kalau aku ja yang salah paham . tapi sejak akhirakhir ni macam dah dingin . semuanya berpunca daripada status di bukumuka . tidak tahulah kalau aku yang ter"perangsangka buruk" . tapi semuanya nampak jelas . 
padahal aku tak bermaksud apaapa . cuma sekadar status yang menunjukkan aku sedang gembira dan bahagia disini walaupun jauh dari keluarga . maaf kawan kalau aku tersalah tafsir . mungkin jugak apa yang jadi sekarang ni takdak kena mengena dengan apa yang aku cakapkan tadi . 
kawankawan ku , aku berharap sangat apa yang sedang ada dalam fikiran aku sekarang ni adalah tipu semata . aku perlukan kawan aku menjadi sahabat aku , selamanya . dengan keadaan aku yang jauh dari keluarga , membuatkan aku sangatsangat perlukan semua . kawankawan . 
aku , kawan dan sahabat . hidup aku sekarang . takpa , kalau aku boleh bertahan jauh dari keluarga dalam tempoh setahun lebih ini , aku percaya aku mampu bertahan untuk tempoh setahun sahaja lagi . tempat baru , kawan baru , suasana baru , hidup baru . 
aku takmau kehilangan kawan lagi . itu sebabnya kadangkadang apa yang aku terasa aku sedaya upaya diamkan diri . biarlah orang kenal aku sebagai seorang yang cuma tahu bergelak ketawa , sebab itulah aku bila berkawan . 
aku masih lagi bernasib baik kerana ditakdirkan ALLAH untuk kenal dua orang sahabat yang sangat memahami disini . 

nota lutut : berharap semuanya kembali normal :)

Thursday, 29 September 2011

boros , menabung . aku

jum MENABUNG !
 syiling ja lebih ~ wang kertas tak sempat nak snap asyik terbang2 ~ huhu
aku ni memang seorang yang sangat boros . memang tak dapat dinafikan lagi . kalau dapat ja shopping waktu ada duit lebih sikit , memang aku la juara . adehh . tapi itu dulu , sekarang aku mula berjimat . dengan kawankawan aku sekali aku dah pengaruh supaya berjimat . nak beli itu tak boleh , nak beli ini tak boleh . haha . 
tapi kalau bab makanan memang surrender , tak boleh nak berjimat langsung . dan aku jugak memang seorang yang tak kisah nak belanja kawankawan (terdekat ja la hehe) makan . malah aku rasa seronok dapat belanja kawan aku makan . tapi tak dapat la selalu , mau bankrup aku . 

sekarang ni aku tengah berjimat dan berdiet . antara caracara aku memenuhi dua hasrat aku ni :
  • serta merta simpan aku punya bajet seharihari dalam tabung . supaya aku tak dapat beli makanan dan dalam masa yang sama duit tu dah tersimpan . tapi takdak la aku simpan semua sekali , mau mati kebulur aku . separuh ja . 
  • kurangkan berapa kali aku makan sehari . kalau sebelum ni cukup makan . tiga kali sehari . sarapan , makan tengahhari dan makan malam . tapi sekarang aku skip sarapan , then aku makan tengahhari . kalau aku dah sarapan , tengahhari tak makan dah . malam kadangkadang ja kalau lapar sangat baru makan . 
  • kurangkan SHOPPING !! kalau teringin sangat nak shopping aku ada cara untuk aku sendiri . bawak duit sikit ja . lepas tu jangan bawak ATM card yang ada banyak duit . sebab kadangkadang yang tak perlu pun aku beli . kan dah membazir . aku selalu praktikkan bila keluar dengan family . so jimatlah duit aku . hihi
 tu ja yang aku termampu buat masa sekarang ni . pelanpelan kayuh . hehe . 
nota lutut : lagi sebulan nak final exam ~ oh my gosh (!)

Wednesday, 28 September 2011

belajar dulu

ayah pernah pesan dulu masa sekolah menengah lagi , ingat belajaq dulu . jangan dok berangan nak bercinta ja . adehhh . maap ayah , dah terjebak la . dan susah nak keluar . huhu
bila ketegaq a.k.a degil , ni la akibatnya . kan dah bertambah masalah awak Nurul Shakirah . nak menyesal tak guna dah . terpaksa la hadap jugak benda ni . bila dah bercinta , masalah belajar dah jadi nombor dua kadangkadang . bercinta ni walaupun manis tapi bila dah datang masalah boleh jadi masalah terbesar dalam hidup . meganggu betul . lebih baik banyak masalah belajar sebab kita tahu memang ada jawapan .

tapi masalah CINTA ? memang ada jawapan tapi kadangkadang perit nak hadapi jawapan tu . tak semua jawapan yang kita buat tu betul dan memuaskan sebelah pihak lagi . kalau masalah belajar cuma ada satu jawapan walaupun kita tanya sepuluh orang . tapi masalah cinta , dalam diri kita sendiri ada macammacam jawapan , apatah lagi bila tanya orang lain .

bersabarlah hati , ingat bahawa semua yang jadi dah ditetapkan dan pasti akan ada hikmah yang menunggu . walaupun hikmah tu bukan untuk kita , bersyukurlah .

Saturday, 24 September 2011

awal atau lambat .

kawan aku mintak dan aku rasa berharap sangatsangat supaya aku balik melaka awal . tapi mak ayah aku suruh duk kampung lama sikit sebab lepas ni lambat pulak aku boleh balik . serba salah jadinya .
alasan kawan aku suruh balik awal nak ajak pi open house pensyarah akaun kesayangan yang comel (miahahahahahhh) . memang aku teringin sangatsangat nak pi tapi keliru jadinya . kalau balik awal aku akan kecewakan parents aku tapi kalau balik lambat aku akan kecewakan kawan baik aku . haissshhh . 
tak baik mengeluh ! apapun aku terpaksa buat keputusan walaupun aku tau keputusan aku akan buat sebelah pihak kecewa dan mungkin tak puas hati . 
maaf kawan , keputusan aku tidak berpihak pada hang :(

Thursday, 15 September 2011

manusia dan kehidupan

dalam dunia ni , kita boleh tengok macammacam jenis manusia . kita juga salah satu daripada jenis manusia itu . kita cuma seorang manusia yang mampu menilai diri sendiri , yang tidak mampu untuk menilai orang lain . dan kadangkadang apa yang kita nilai untuk diri sendiri juga belum tentu tepat dengan keadaan . semua yang berlaku merupakan kehendaknya semata . 
aku sendiri , sebelum ni aku selalu nak menyalahkan keadaan . padahal diri sendiri yang bertindak sedemikian rupa tanpa memikirkan baik dan buruknya di masa akan datang . tapi , InsyaALLAH sekarang aku mampu memikirkan sesuatu sebelum bertindak walaupun kadangkadang tersasar dari jalan yang sepatutnya . aku hanya mampu merancang yang terbaik , yang menentukan segalanya hanya ALLAH . 
bila sesuatu benda berlaku , kita sebagai manusia dan aku akui aku sendiri kadangkadang mengeluh mahu menyalahkan orang lain atas apa yang jadi tanpa melihat kesalahan sendiri . sebenarnya apa yang jadi ada hikmahnya yang ALLAH dah turut sertakan bersama dengan musibah tersebut .
ujian dari segi kemenangan , kejayaan , kekayaan dan kesihatan sebenarnya ujian yang lagi berat berbanding sebaliknya kerana ingatan kepada ALLAH akan berkurang .
aku sendiri salah tafsir , bila ALLAH datangkan ujian selalu saja nak mengeluh . padahal ALLAH sentiasa kurniakan yang terbaik untuk kita melalui pelbagai cara . bila aku didatangi masalah , aku cuma tahu menangis . aku lupa bahawa aku masih ada tempat untuk aku mengadu dan mintak pertolongan . ALLAH . always be there . 
semasa aku sedang diuji , didatangi masalah . tibatiba pensyarah aku yang sedang mengajar berpesan segala macam . 

orang yang bersabar , tinggi ganjarannya di sisi ALLAH .
jangan mengeluh , bersyukur dengan apa yang kita ada .

banyak lagi yang dipesan secara tidak langsung . Subhanallah , sentiasa dengan kita dalam pelbagai cara . walaupun tidak secara terus, aku dapat rasakan kehadirannya setiap masa . akhirnya aku sedar , kita cuma perlu sentiasa ingat sebabnya ALLAH tak pernah lupa untuk ingat kita sebagai hambaNya dan DIA sentiasa disisi kita . tapi kita cuma akan balik kepadaNya bila kita susah . Na'uzubillah ... 

nota lutut : berazam untuk berubah :) ~ btw , sedang berDIET :p ~

Sunday, 11 September 2011

hidup baru

sesampai kat kolej tadi , terus buat azam baru . (walaupun sampai-2 ja terus tengok taqwim,highlight cuti haha) . tapi kali ni aku betulbetul dengan aku punya azam ni . hey , jangan pandang aku sebelah mata . walaupun sampai ja tadi mandimandi terus tidoq , hehe tapi bangun ja solat zohor tadi aku terus bukak buku tau .

sampai sekarang ni aku tengah siapkan aku punya assignments yang tertangguh . banyak sangatsangat . tapi tak apa , aku takkan mengalah . aku akan pastikan siap dan pensyarah puas hati dengan kerja aku . God Willings :)
ehh , ok la sampai sini dulu . banyak lagi kerja nak buat . ( KONON ) haha

nota lutut : aja aja fighting (!)

Friday, 9 September 2011

sedarlah diri

kuliah akan bermula pada hari isnin ini pada 12 september 2011 . hari ini dah 9 september , tinggal tiga hari ja lagi . dan aku pulak akan pulang ke perantauan pada esok hari . bermakna tinggal sehari saja lagi masa aku di kampung . lepas ni tak tau bila pulak aku akan balik . semester ni aku jarang balik tak macam semester lepas . mungkin sebab semester ni aku agak sibuk dengan tugas sebagai pelajar .
bila terkenangkan kolej , baru aku teringat yang lecturer ada "bekalkan" assignments untuk disiapkan . dan setelah dua minggu bercuti , satu pun belum siap . haha . aku tau aku memang terbaik . 


tak pernah nak serik , padahal sebelu cuti hari tu dah ada kumpulan yang bentang dan kena "basuh" teruk dengan lecturer sebabnya tak prepare sepenuhnya . bila ingat balik memang la ngeri tapi apakan daya , buku satu apa pun aku tak bawak balik . satu tindakan yang bangang ! HAHA
tapi takpa sebab aku sampai kolej pagi ahad , InshaALLAH aku sempat siapkan semuanya . inilah akibatnya bila pikirkan raya terlebihlebih . bila nak berubah ni ? jangan tak tahu aku dah pasang dua target bila naik cuti ni . 

1 > increase studying time

2 > decrease body weigth
 
cuti ni dah terlalu banyak makan dan dah terlalu lembab otak ni aku rasa . seperti yang dijanjikan lecturer , test dan quiz menanti bila naik cuti . so aku kena berubah . mesti (!)

nota lutut : ini bukan angan-2 tapi azam :)

Wednesday, 7 September 2011

shopping plus problem (!)

keluar shopping dengan beloved friend , INTAN . bila dah balik rumah baru aku perasan yang duit aku habis dekat dua ratus jugak . padahal bukan beli apa sangat pun . 
1) kasut = rm65
2) seluar track = rm30
3) headphone = rm50
4) memory card reader = rm20
5) beg = rm25
6) kadsim = rm8.80

ingat nak beli seluar slack tadi , dah siap ambil dan tulis resit (beli kat pasaraya kan kena tulis resit dulu) tapi bila dah ambil resit baru nak pikir pro dan kont beli seluar tu . lastlast tak beli pun , aku blah macam tu ja . huduh kan perangai ? haha

lepas tu balik rumah pulak aku punya cardsim buat hal . tak boleh nak detect secara tibatiba . nak tunggu sampai malam ni ja , kalau tak boleh jugak esok nak kena beli baru la jawabnya . haa , yang aku beli tadi tu untuk mak aku . huhu.
ehh , perasan tak lagi rm1.20 ja nak cukup dua ratus aku belanja tadi . hebat ! :D

nota lutut : masalah bertambah :)

Tuesday, 6 September 2011

eh raya lagi

situasi satu : sms
pami : wey , aku pi umah hang pukul 2.45 .
laa , mai la pukul tiga terus .  
pami : tak buleyh , satgi ada hal lain pulak .
mai la , pukui 3 baru aku bagi masuk rumah aku .
situasi dua : calling   
capik : aku otw nak p rumah hang ni wey !
laa , nak mai tak mau habaq awaiawai hang ni . 
ni habaq la ni .

haa , capik dengan pami tu kawan aku . rajin dok sakat aku time sekolah dulu . sampai sekarang la , pantang jumpak ada ja benda dia tak puas hati dengan aku . depa mai rumah aku tadi dengan lagi sorang kawan aku , palin . 
katanya nak mai makan ,maksudnya beraya la . aku pun pulun la goreng mee (sebenarnya mak aku yang goreng) nak bagi depa makan . si capik la yang kononnya lapar sangat lastlast makan sesuap ja . tak boleh makan pedas katanya . mengalahkan bayi . padahal bukan pedas mana pun . pami siap bertambah .

sejam lepas tu intan pulak mai . lagi la meriah jadinya . tapi aku seronok . hihi . sembangsembang sampai pukul empat lebih depa balik . ada keja nak buat katanya .

nota lutut : raya lagi :)

Sunday, 4 September 2011

ulat bulu = rama-rama

ulat bulu atau nama glamornya ulat beluncas memang seekor binatang yang amat hodoh . tapi akan tiba satu masa ulat bulu akan melalui proses transformasi . ulat bulu itu akan melalui satu proses yang amat sukar . . 
amat menyeksakan , sebelum bertukar menjadi ramarama yang sangat cantik .

kadangkadang manusia pun terpaksa melalui proses yang sukar dan menyeksakan untuk menjadi cantik .
selalunya jika kita memilih jalan mudah dan sentiasa mengharap segalagalanya disediakan untuk kita , MALAS berusaha , bersenang-lenang sahaja . tanpa kita sedari suatu hari nanti ianya akan menjadi racun yang terkumpul di dalam tubuh dan minda , bakal memudaratkan hidup kita .
 
berbalik kepada kisah sang ulat bulu tadi , sains membuktikan jika kita membantu ramarama keluar dari kepompongnya tanpa melalui proses yang seksa . bermaksud guna jalan mudah , hasilnya akan menyebabkan ramarama itu cacat dan tidak boleh terbang . 
sama situasinya dengan kehidupan manusia , jika selalu dibantu dengan jalan mudah tanpa perlu menempuh ujian dan cabaran selalunya akan menghadapi kegagalan yang lebih besar jika tibatiba cabaran hebat melanda . 
kebanyakan buah yang manis itu bermula daripada putik yang masam , kelat atau pahit . setiap kejayaan yang gemilang pula selalunya bermula dengan kepayahan , kesengsaraan , kegagalan dan cabaran yang hebat . begitulah proses alam . SEMAKIN PAHIT DAN SEKSA SESUATU PENGALAMAN , SEMAKIN MANISNYA NIKMAT KEJAYAAN .
pepatah melayu pun ada mengatakan , berakitrakit ke hulu;berenangrenang ke tepian . kita perlu bersakitsakit atau bersusahsusah dahulu , tapi itu pun belum pasti akan dapat kesenangan di hari kemudian . sebab itulah keindahan pelangi hanya boleh dilihat selepas hujan tatkalat matahari bersinar ke setiap titisan akhirnya .

nota lutut : pengalaman sebagai pengajaran :)

Saturday, 3 September 2011

raya lagi raya

hari ini dah masuk 5 Syawal , alhamdulillah :)
maknanya dah lima hari jugak kita berhari raya Aidilfitri . walaupun dah lima hari , tapi masih meriah lagi . baru sat tadi sikit punya ramai kawankawan aku datang rumah . mulanya aku ingat dalam empat ke lima orang ja yang akan datang . tak sangka pulak ramai yang datang . dekat dua puluh orang . penuh rumah aku yang sememangnya dah memang sempit ini . 

tapi tak apa , aku sangat hargai kedatangan mereka . bukan selalu, iya dak ? :)
dan yang paling TERbest sekali (memang fail BM aku) , ada antara merekamereka itu yang aku tak kenal pun . haha . tapi kira ok la sebab ada jugak yang aku kenai . adikadik ja semua yang mai , budakbudak sekolah dulu .  sebenarnya anak murid kakak aku . inilah mereka :)

sekian :)

nota lutut : raya tahun ini yang sangat bermakna :)

Friday, 2 September 2011

raya lagi

seronoknya hari ini dapat beraya rumah cikgucikgu sekolah menengah dulu , macam tahuntahun lepas . dengan kawankawan . hilang rindu pada mereka walaupun tak semua dapat sertai , tapi puas hati . biasa la bila raya tak semua ada waktu lapang masa yang sama . 
rasa sedikit bangga bila cikgucikgu kata tiaptiap tahun raya aku dan kawankawan ja yang selalu datang ziarah mereka . kami sahaja bekas pelajar mereka yang tak pernah miss=terlepas ziarah mereka setiap tahun . BANGGA disitu :)
takdak gambar sebab tak guna kamera aku , guna kamera intan . nanti dah dapat gambar aku upload . sampai disini sahaja .

nota lutut : jemput datang rumah esok , saya masak :)

Thursday, 1 September 2011

tema biru

bila semua sudah sepakat , maka jadinya BIRU laa . jadi tema BIRU la tahun ni punya raya . (kalau cikgu BM baca ayat aku , kuciwa dia ~ muahahahahahh) semunya biru kecuali adik-beradik aku yang dah berkeluarga . insyaALLAH tahun hadapan akan sama untuk semua satu keluarga .

kalau ikut tema ayah mak memang biru la , tapi kakak yang sulung dan keluarganya bertemakan hijau . kakak yang ketiga dan keluarganya bertemakan pinky dan abang sekeluarga bertemakan kelabu . yang sama tinggal ayah , mak , abang , aku , dan adikadik . kira ada jugak yang sama kan . 

kami sekeluarga :)

kakak sekeluarga ~ yg in grey tu ank abg :)

abg sekeluarga :)

and the best part is . . . . . . . .


nota lutut : sila jeles :)