Wednesday, 4 November 2015

Fenomena Bisnes Spa Bergerak



Dahsyattt sangat sangat penangan projek Spa Bergerak yang dibawakan The Walking Beauty Project ni..

Dalam masa 5 bulan ja projek ini ditubuhkan, dah beratus beautician yang berjaya dilahirkan! Semuanya hebat hebat belaka. Semuanya datang dengan seribu satu sebab dan semangat!

Eh maaf maaf. Assalamu'alaikum korang! :p

Hmmm semangat sangat nak update entry ni sampai lupa nak bagi salam hihi

Okay okay, keyra takmau panjangkan entri ni dengan sayur sayur tambahan yang tak memberi manfaat. Kita straight to the point jer la ek?


Rasanya sekarang seluruh Malaysia, setiap negeri dah ada beautician under The Walking Beauty Project ni. Tapiii still tak cukup kalau dua tiga orang beautician nak cover satu negeri kan?

Macam keyra cover Penang kan, walau ikutkan Penang antara negeri yang kecil ja dalam Malaysia ni tapi still tak semua tempat keyra boleh cover at the right time yang customer nak kan?

Contoh macam hari ni. Keyra tak dapat nak bagi servis pada seorang customer asbab jadual keyra dah penuh untuk minggu ni T.T




benda yang paling menyedihkan tahun ini bila keyra tak boleh provide servis yang customer nak dan keyra terpaksa tolak customer. Sedih weh sebab customer datang dengan rezeki. Tapi nak buat macam mana. Keadaan dan masa tidak mengizinkan!

Sebab tu la I need more beautician yang boleh tolong keyra. Bukan di Penang jer, tapi seluruh Malaysia! Sebab untuk Penang yang kecil ni jer pun tak cukup tangan keyra nak cover sorang. Paling ramai beautician kami di kawasan selatan Malaysia, di utara ni masih berkurangan.

Dan kadang-kadang keyra dapat customer dapat customer diluar kawasan Penang terpaksa keyra lepaskan. Sebab korang la yang berada di Kedah, Perak, Perlis, Pahang dan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia ni taknak join lagi hihihi

So.. Korang rasa kenapa ye korang kena dan mesti join keyra buat bisnes SPA BERGERAK yang dibawakan projek The Walking Beauty ni?


  • Sebab permintaan mobile spa ataupun perkhidmatan spa ke rumah sangat-sangat tinggi sekarang ni. Kalau kita sendiri as a customer, sure lagi best berspa di rumah sendiri kan? Dapat buat facial, sauna etc dirumah sendiri keselesaan tu dah tentu lebih lagi. Sebab tu projek spa bergerak ni takkan mengecewakan korang yang join!
  • Modal dan kos untuk set up spa anda sangat minima. Kami akan ajar anda bagaimana anda mampu untuk memiliki spa atas nama anda sendiri dengan menggunakan APA YANG SEDIA ADA jerr.. Mudah dan sangat jimat kan? Nak tau macamana caranya? Kenalah join TWB dulu hehehe
  • Dengan projek TWB ni, walaupun secara kasarnya kita akan ada spa kita sendiri right? Tapi kita bekerja di dalam kumpulan. Segala idea marketing akan kita share dalam secret group yang ditubuhkan untuk semua ahli TWB. Cuba bayangkan kalau korang dah siap pergi training spa lepas tu tak ada siapa pun nak bagitau korang apa yang perlu korang buat seterusnya. Nak iklankan spa dulu ke? Harga servis nak letak camana pulak? Nama spa nak letak yang senang ingat ke yang unik? Ok you think yourself, tak ada siapa boleh tolong awak. Tak ada siapa yang awak nak refer. Itulah yang terjadi kepada mereka yang pergi kursus spa yang bukan dibawah TWB.
  • Income yang bakal korang dapat bukan sekadar daripada servis spa jer tau. Kami akan ajar awak bagaimana dengan hanya satu projek spa yang mudah, awak mampu dapat income dari 4 PENJURU! Yang ni memang rahsia group kami je. Nak tau, wajib join group kami dulu! hehehe

Actually banyak lagi yang best-best pasal projek kami tapi keyra tak boleh la nak cerita semuanya kat sini. Amanah pengasas projek keyra kena jaga betul-betul barulah berkat. Inshaa Allah, once korang join keyra akan ceritakan everything benefits yang korang boleh dapat daripada projek ni dalam secret group kita.

Okay, untuk anda yang memang berminat nak ada spa sendiri tapi tidak ada modal yang banyak, Projek The Walking Beauty adalah pilihan yang paling bijak! Sebab kami menyediakan pakej spa serendah RM250. Yes, kami akan ajar anda bagaimana dengan modal serendah RM250 anda sudah mampu memiliki SPA ATAS NAMA ANDA SENDIRI.





Dannn istimewanya bulan ni, setiap pendaftaran berpeluang untuk dapat Handy Mobile Spa Bag secara PERCUMA yang bernilai RM100 tau..!!





Okay okay, jangan excited dulu.
korang pilih dulu pakej apa yang korang nak, lepas tu terus whatsapp keyra ok?
Apa tak tahu no phone keyra? Hehehe
nah ambik no ni, 012-5687714. Terus save tau!

xoxo.

Keyra with Love,
Pengasas Russ Beauty House

Thursday, 3 September 2015

Projek SPA Tanpa Kedai

Bismillahhirrahmanirrahim..

Ingat keyra lagi tak? haha
Padan muka hang keyra oi, sapa suruh tak update blog hang sampai berbulan-bulan. Ngeee~

Oklah.. kita lupakan hal tu, keyra ada benda yang lagi best nak share dengan ampa semua.
Acer teka? :p

.

Jeng jeng jeng!! hehe

Eh jap-jap.. nak tanya ampa pernah dengar tak SPA TANPA KEDAI? Ehemm musykil ja kan.. Macam pelik ja spa tak ada kedai. Selalu kalau dah nama spa mesti la ada kedai kan?

Ahaa inilah yang istimewa pasal projek The Walking Beauty (TWB).
Hey, ada lagi yang tak tahu pasal projek yang super duper ohsem ni?
Like seriously??? Ok let me tell you one by one ok guys? hehe
.
.

Projek The Walking Beauty adalah suatu projek SPA TANPA KEDAI yang direka khas untuk membantu golongan wanita yang sedang tercari-cari sebuah perniagaan yang MUDAH, SIMPLE, FUN tetapi mampu memberi pulangan yang sungguh luar biasa.



Melalui projek The Walking Beauty ini, peserta akan diajar bagaimana mereka MAMPU untuk memiliki SPA ATAS NAMA SENDIRI dengan kos yang sangat rendah tetapi mampu menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan HANYA DARI RUMAH!

.

Bulan ini, bulan September, pengasas projek The Walking Beauty telah lancarkan bukan satu tetapi DUA PROMOSI HEBAT!!


PAKEJ SPA SERI PENGANTIN

Pakej spa yang direka khas untuk golongan wanita
yang berminat & berkeinginan untuk memiliki
SPA ATAS NAMA SENDIRI tetapi tidak
mempunyai modal yang banyak untuk memulakan
perniagaan.



PAKEJ SPA SMART STUDENT

Pakej yang direka khas untuk golongan pelajar yang berkeinginan
untuk mencari duit poket tetapi tidak punya banyak masa untuk
buat part time.
Anda akan diajar bagaimana anda mampu jana duit poket
paling minimum RM300 seminggu.
Paling istimewa setiap penyertaan pada bulan ini, anda LAYAK untuk mengikuti video shooting di Melbourne, Australia pada musim salji tahun hadapan!

Jangan tunggu lagi!
Kedua-dua pakej promosi diatas berakhir pada 30 SEPTEMBER 2015.
Dan pakej ini terbuka untuk 10 ORANG SAHAJA setiap pakej!

Hubungi saya segera sementara tawaran masih ada.
Hash tag team kami di FB & IG.

#TheWalkingBeautyProject
#TheWalkingBeautyPenang
#RoadToMelbourne2016
#PakejSpaSeriPengantin
#PakejSpaSmartStudent



Keyra
+6012-5687714
Certified Beautician & Spa Trainer

Thursday, 18 June 2015

Review The Walking Beauty Project

Assalamu'alaikum. Ohh hai korang semua. Selamat pagi.

Alhamdulillah sedar tak sedar hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa. Sekejap ja kan masa berlalu. Rasa macam baru dua tiga hari lepas raya dah puasa pulak. Hmmm...

"Antara tanda-tanda kecil kiamat itu adalah masa berlalu dengan begitu pantas"

Kita sekarang dah berada di penghujung zaman.

Tapiii hidup mesti diteruskan. Allah tak suka hamba-Nya duk meratap menunggu mati ja. Allah suka pada hamba-Nya yang gemar berusaha dan menambah nilai dalam kehidupan orang lain..

So... keyra ada satu projek utk korang menambah pendapatan sekaligus menambah nilai dalam kehidupan orang lain. Projek apakah yang keyra maksudkan?

The Walking Beauty Project~

Projek yang direka khas untuk golongan wanita, muslimah terutamanya. Projek yang sangat mudah, seronok tapi mampu memberi pulangan yang sungguh luar biasa..!!

Korang jangan risau tak reti ka, takda ilmu ka apa. Sebab korang akan diajar bagaimana korang MAMPU untuk memiliki SPA sendiri dengan kos yang sangat minima tapi korang mampu menjana pendapatan sehingga 4-5 angka sebulan hanya dengan bekerja dari rumah!

Yeahh you got that right? Kita sedang menjalankan projek SPA tanpa kedai. Hehehe. Siapa taknak wehh duduk rumah ja boleh jana income lebih lagi daripada orang yang masuk kerja office hour tu.

Korang nak tahu macam mana nak menjana dua income sekaligus? Haa jangan risau semuanya akan di ajar. Kan keyra dah kata best gilaa weh projek ni! Hehehe

Korang akan diajar camana dengan projek ni duit masuk hari-hari. Haisshhh banyak sangat ni benefits untuk korang yang joint projek ni tau. Siapa yang tak suka duit kan? Nak beribadah pun perlukan duit.. kalau bukan kita sendiri orang Islam yang tolong orang Islam, siapa lagi.. so kita kena jadi kaya! Kaya itu tidak berdosa. Yang berdosa KAYA tapi BAKHIL..!!

Inshaa Allah dengan projek ni saham dunia dapat saham akhirat pun dapat :")

Latihan? Training? Marketing?

Jangan risau sayang.. semuanya disediakan dan semuanya PERCUMA..!!

LATIHAN PERCUMA.
MARKETING KNOWLEDGE PERCUMA.
MARKETING TOOLS PERCUMA.

So... apa korang tunggu lagi? Come, joint keyra sekarang jugak. We walk together my dear~

Keyra
+60125687714
Founder of Russ NS Beauty House

Tuesday, 7 April 2015

Tips for Short Vacation | Tips Percutian Pendek

Assalamu'alaikum! Selamat pagi yang dah bangun. Hehe.

Alhamdulillah. Masih dipinjamkan nyawa.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menaip.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk membaca blog keyra. Hihi



05 April 2015

Hari Ahad baru ni, keyra selamat pergi balik Langkawi dengan Ain. Seriously very short and shock vacation. Walaupun keadaannya agak huru-hara, tapi puas hati daku. hehe. Keyra takmau cita perjalanan kitorang sepanjang di Langkawi. Kalau nak tau jugak, boleh baca kat sini --> blog ain


Keyra nak bagi tips bagi yang nak buat kerja gila, short and shock vacation yang keyra dah buat dengan BFF keyra si Ain ni, here some tips for you... syaratnya tips keyra ni mesti guna kalau korang bercadang nk bercuti sehari sahaja ke pulau. Ke tempat yang ada pantai, laut. Tau? hehe


1. Sila bawa sepersalinan pakaian, luar dan dalam ya! Tak mungkin kan kalau bercuti ke pulau dan tak mandi laut. Dah sah-sah tarikan utama pulau is laut dia yang cantik tu. Keyra dengan Ain salah percaturan, pi Langkawi sehelai sepinggang. Sampai-sampai kat Pantai Chenang, hang tengok aku, aku tengok hang.. Mashaa Allah jatuh hati betul dengan air laut yang jernih, pasir pantai yang putih dan lembut. Hati terus tergoda nak berendam..!! Huwaaa baju apa pun tak bawak.. hmmm dah terpaksa keluar duit beli pakaian untuk mandi T__T


2. Survey siap-siap transport kat sana. Part ni wajib buat tau supaya senang nak tawar menawar harga yang depa letak nanti. Takda la kita kena tipu buta-buta gitu ja. Macam baru-baru ni memang Ain dah survey siap-siap harga sewa motor. Kalau ambil kat jeti RM45. Cari punya cari, selisih dengan sorang abang ni. At first dia kata sewa sehari RM60. Hmmm nasib baik Ain dah siap survey. Sembang pi sembang mai, kami dapat sewa RM40. Alhamdulillah! (atau nak lagi selamat, google dan booking siap-siap. kami pi gamble ja, semua pun buat keputusan on the spot hehe)


3. Jangan malu bertanya. Yang ni actually nak kemana sekalipun especially tempat yang kita tak biasa sampai, sila rajin bertanya. Kalau sesat nanti rugi masa, rugi minyak. Hahaha. Macam keyra dengan ain, public toilet kat mana pun kami tanya orang. LOL


4. Bawa bekal makanan atau at least jajan. Hmm keyra rasa memang kena standby roti ka, jajan apa-apa la yang ringan-ringan dan senang bawa. Bukan apa, biasa makanan kalau kat pulau ni mahal sangat. Dah tu tak sedap mana. Hari tu very-late-breakfast dengan Ain nasi campur ayam goreng dengan kuah tomyam sikit, dah kena RM11 tau. Nak buat guane dah perut lapar takkan nak makan angin ja kan, kena makan nasi jugak. Sobbss


5. Pakai kasut yang fleksible. Yang ni paling penting. Jangan nak pakai kasut shopping mall sangat. Hahaha Alhamdulillah baru ni keyra pakai crocs memang kena la dengan situasi nak main air ni. Crocs basah pun kita takkan rasa rimas kan. Ain pakai flat shoes, bila basah aigooogogo rimas la kakinya.. Melecet! Tapi takmau la pakai selipar, dah basah camana nak pakai stoking kan. At least crocs tak pakai stoking pun kaki still bertutup :")


___________________________________________________

Hmm keyra rasa itu dulu kot buat masa ni. Nanti kalau ada tips lagi keyra share dengan korang ek. Jom kita Subuh dulu jom. Till we meet again people! Bye #muahciked



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Thursday, 2 April 2015

Bakar Kalori Dengan Zumba

Ahlan wasahlan! Assalamualaikum...

Sapa nak kurus?? Hehehe. Sapa yang takmau kurus weh? Badak air tu kalau ada akal boleh fikir, boleh cakap Melayu loghat utara pulak, keyra rasa dia pun nak minum Cinch, nak telan Lecithin untuk kurusss.. Laju dia dia whatsapp keyra tau. Hihihi. alaa gurau sikit pun tak boleh. Tenggelam dalam sungai la gitu. kekeke

Eh aah laa, bulan ni promo Cinch dengan Lecithin tu. Elok sangat laa si badak air tu nak kurusss juga sama macam keyra. keh keh


Okay laa okay laa.. Keyra nak share pasal zumba ni. Syiokkkk weh zumba!! Sapa yang belum pernah cuba, lekaih pi cuba! Tak payah nak daftar-daftar kelas segala, video zumba dalam YouTube tu bersepah. Buka then follow steps depa. Dapat buat 30minit setiap pagi okay dah...




Keyra sangat suka zumba. Kita exercise dan dalam masa yang sama kita enjoy. Badan pun tak sakit-sakit tau. macam keyra kan dah lama sangat tak exercise. lepas tu baru-baru ni tiba-tiba duk pi lompat tali, hmmm skipping la. Ya Allah, sakit satu badan keyra. Jalan pun capik dah..!! Nyosal den lompat.Huhu. Padahal sebelum ni elok ja duk berzumba kan. Gatal nak melompat. Hahaha. Padah semua tu! Hmmmppphhh :p



Zumba ni bukannya kena pandai menari baru boleh follow. Asalkan boleh duk terkinja-kinja tu kira pass dah. Hahaha. Berpeluh sakan sebab kita kena sentiasa bergerak. Haa bila berzumba stamina kita sangat-sangat main peranan. Hehehe


Sedikit info tentang zumba yang keyra nak share dengan korang.


Zumba ni kombinasi tarian dan aerobik. Sebab tu keyra kata nak berzumba memang perlukan stamina sebab kita sentiasa bergerak.

Satu sesi zumba boleh membakar 500-1000 kalori..!!! (45minit)

Seronokkk sebab dalam pada kita nak exercise kita boleh enjoy. Tak ada la boring sangat macam duk joging keliling padang tu. LOL

Kalau tengok kebanyakan video zumba pergerakan dia agak seksi, meliuk lintok. Hahaha, Tapi takda hal laa kalau duk gelek sakan sorang-sorang dalam bilik kita kan. Hehehe


Hmmm syok kan zumba? Hehe. Nahhh keyra nak share video zumba yang keyra paling suka sebab steps dia sangat senang kita nak follow. Lagu dia pun syiokkk. hihi



yang ni syiokkk dan senang. tengok yang menari 
makcik-makcik so simple ja steps dia. 
-bara bara bere bere okeh-


hat ni macam agak laju tapi bila ulang 
banyak-banyak kali steps yang sama 
ja sebenarnya, Rancak! hehehe 
-chammak challo-


cool down. -kal ho na ho-



Hmmm tu ja kot yang keyra nak share pasal zumba. Kesimpulannya zumba ni senaman yang best, senaman yang enjoy! hehe


Jumpa lagi. Babai! #muahciked LOL



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Wednesday, 1 April 2015

Hadiah Istimewa

Assalamu'alaikum..!!
Hari ni 1 April dah, tak ada istilah April Fool ka apa. Islam sendiri melarang prank-prank kenakan orang ni.


1 April sinonim dengan tiga huruf tu. Bukak FB tu sana-sini orang duk update status pasal tiga huruf tu. Ada yang setujuuuuu sangat dengan tiga huruf tu, ramaiiiiiii yang tak setuju lansung. Semestinya. Kita yang mana?



Hmmm apa kata kita jadi lain daripada depa semua tu, kita jadi rakyat yang bukan tak endah lansung dengan isu tiga huruf tu ni, tapi jommm kita jadi rakyat atau manusia yang nak hadap tiga huruf tu dengan jayanya. 

Apa tindakan kita lepas tiga huruf tu? Terus meraung tapi hidup still sama macam dulu? Atau kita dah cukup kaya untuk hadap tiga huruf tu dengan lapang dada?


Melalak melolong macam mana pun, tiga huruf tu dah pun terlaksana kan. Kita sendiri dah masak sangat dengan kepimpinan negara kita ni. Apa yang kita dapat dengan meroyan kat FB pasal tiga huruf tu? GST dah terlaksana.
Cuma untuk next election, kita pangkah hat satu lagi la kot. Sebab kerajaan yang ada sekarang nampak gagal menambat hati rakyat kan :p

__________________________________________________________





Keyra ada hadiah istimewa untuk korang semua bulan ni terutamanya yang nak kurussss sebelum raya. Hehe. Keyra ada jugak hadiah istimewa untuk yang duk pening macam mana nak tampung hidup dengan tiga huruf tu. Gaji sama, belanja bertambah. Confirm pening kan?



Syaratnya mudah sangat. Untuk yang nak kurusss mesti rajin dan patuh jadual.

Untuk yang duk layan pening memikirkan tiga huruf tu, ada 65 tak? Mai cari keyra cepat-cepat. Jangan bertangguh lagi. Syaratnya sama, MESTI RAJIN..!!


Tak ada kejayaan datang bergolek sayang oi.. Mana ada orang golek-golek terus jadi jutawan!! Jenis duk makan duit rakyat banyak la macam tu. LOL



Hmmm sapa yang kurusss dan nak dirinya dibantu oleh keyra, boleh cari keyra tau. Keyra tak pandai mana, tapi keyra nak kita sama-sama jadi lain daripada yang lain nak?

Jangan lupa keyra ada banyak hadiah nak bagi untuk korang ni and hadiah keyra terhad tau. Heheh
Tawaran terhad untuk bulan April sahaja yer...



Ohh yaa, sebelum keyra terlupa bulan ni promo produk untuk yang nak kurusss tau..!! Keyra laa makhluk Allah paling happy bila dapat tau promo April ni..hihi Happy yang teramat..!!


Buy 4 at 3. maksudnya bayar untuk harga 3 tong tapi dapat 4 tong. Syiokkknyaa!


Buy 2 get 5% off. Yang ni promo paling syiokkk!!
Dah la harga sebotol murahh sangat dah, dapat diskaun lagi!
Semangat tau I nak kurusss sebelum raya ni. Yeahhh!



Hmmm sapa nak hadiah jangan angkat tangan saja. Angkat tangan terus whatsapp keyra laju-laju tau. Laju-laju jugak keyra nak bagi hadiah kat korang ni. Hehehe


Good night love. #muahciked LOL


P/S: Walau hari ni 1 April, hadiah istimewa keyra untuk korang bukan April Fool tau!





Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714


Monday, 30 March 2015

Penting Beli Dengan Penjual Yang Berilmu dan Bertanggungjawab

Assalamu'alaikum! Hai korang :")
Lately ni suka betul sebut 'korang'.hehe
Tapi I still orang Penang pure   punya tau..hihi


Semalam ada sorang kawan keyra cerita, dia ada minum satu jenama Tea ni, untuk kurus la. Fungsi teh tu sama dengan fungsi HerbLax which is akan buat kita rasa nak buang air besar. Kalau HerbLax biasa akan ambil masa 9 ke 12 jam baru datang rasa nak membuang tu sebab dia bertindak dengan badan kita slowly and effectively :p


Tapi teh yang kawan keyra minum ni, dalam 3 ke 4 jam datang dah rasa nak membuang tu.


Biasanya kalau korang beli HerbLax daripada keyra, keyra akan pesan siap-siap kat korang yang HerbLax ni jangan ambil setiap hari. Sila ambil selang 3-4 hari. Sebab apa? Fungsi HerbLax senang cerita akan paksa perut kita usus kita untuk proses makanan dan buang segera. Maksudnya akan buat kita rasa nak terberak laa..!! LOL

.

Nak dijadikan cerita kawan keyra ni dia minum teh yang sama fungsinya dengan HerbLax ni setiap hari. Even masa perut kosong pun. Sebab dia tak gemuk cuma perut agak buncit. SALAH SATU PUNCA PERUT BUNCIT IALAH JARANG BUANG AIR BESAR.


Alololo..comey sangat ni. Baby kalau buat gitu harus
lahh comel kan. Kalau kita. Ouchhh! Hahaha



Dah hampir sebulan kot dia minum teh tu, tiba-tiba turun darah. Keluar darah bukan darah haid. Keluar darah dan rasa pedih di sekitar kawasan kemaluan dia. Allah. takut sungguh keyra dengar cerita dia. Sampai kena pi klinik ambil ubat untuk hentikan darah. Tapi still pedih dia kata. Nak duduk pun susah T_T



Okay, masalah sekarang bukan keyra nak cerita salah teh tu, tapi SALAH SI PENJUAL TEH. Berdosa awak tak jalankan tangungjawab awak terhadap customer awak. Ya Allah, sungguh keyra sedih dengan sikap sesetengah peniaga ni. Jangan la sekadar menjual nak dapat untung ja kawan.


Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab awak tu, customer awak yang jadi mangsa tau. Geram betul keyra rasa. Kemon la, untung awak tu tak kemana kalau customer tak puas hati dengan service awak.

Dan jangan awak tak tahu, disebabkan sikap awak yang tidak bertanggungjawab tu sesetengah customer ni akan terus salahkan produk yang diambil. Padahal cara makan dia salah. Kenapa? Sebab awak la kawan, tak ajar customer awak cara makan yang betul..!!



Customer kita tanggungjawab kita. Pesan keyra pada customers keyra, kalau keyra terlupa nak guide cara makan supplement SILA CARI KEYRA DENGAN SEGERA.

Awak customer keyra, awak tanggungjawab keyra :")



Till then people, till we meet again. #muahciked LOL



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Sunday, 29 March 2015

Tips Sebelum Make-Up

Amboi-amboi, sejak bila pulak keyra pandai duk contiang-contiang muka ni. Hihihi. Haa tu laa, ingat keyra ni tak reti sangat ka. memang tak reti pun :p


Keyra nak bagi tips make-up yang paling best. Paling senang. Paling syiokkk semestinya. Hihi

Keyra suka jugak tengok tutorial make-up kat youtube. Sukaa tengok depa make up simple, soft yet cantik sangat. Tapi keyra tak suka tengok orang make-up tebal-tebal sampai nak bercakap pun jenuh pedo. Haa orang utara ja tau pedo tu apa :p


I suka betul tengok citer barbie ni. Hehe. Oh yaa, keyra suka betul make-up
yang soft and pinky. Hihi


Okay, tips yang pertama tiga bulan sebelum make-up sila amalkan vitamin C. Mana nak cari vitamin C yang paling best, paling selamat, paling berpatutan harganya?
Soalan yang bagus. Jom tiru macam keyra, telan vitamin C kegemaran keyra. Sustained Release Vita-C Plus..! See, namanya dah vouge. Kan? Hehe


Tahu tak pengambilan vitamin C setiap hari sangat penting sebab badan kita tak dapat hasilkan sendiri vitamin C macam arnab. Dan kita sendiri pun tak boleh jamin kan vitamin C intake kita setiap hari cukup dengan yang badan kita perlukan.
Vitamin C bukan untuk kulit ja, untuk sistem imun badan kita juga. Untuk pastikan kesihatan kita ditahap terbaik. Kan mencegah lebih baik daripada mengubati :)



Tips kedua, sila minum ESP setiap pagi. Yang ni dijamin dapat kulit yang halus mulus, bersih senang nak calit-calit conteng-conteng muka kita. Sebab apa? Sebab fungsi ESP itu sendiri sebagai 'alat binaan' sel kulit, Kalau buat rumah kita guna batu bata, nak cantikkan kulit kita perlukan protein. Mana nak dapat protein terbaik yang bersih dan selamat? Hehehe


Sapa yang dapatkan ESP daripada keyra, akan dapat tips rahsia secara ekstra. Tips yang tak semua orang boleh tau.
Tips ketiga dan terakhir, sila cuci muka dengan pencuci muka NutriWhite yang sangat-sangat best ni. Sapa yang ada masalah kulit muka berminyak macam keyra, hmmm memang keyra galakkan sangat guna pencuci muka NutriWhite ni. Betul-betul berkesan. Dua minggu ja boleh rasa berkurang kulit muka berminyak!


Kita selalu kongsi sesuatu yang ada kaitan dengan diri kita kan. So keyra akan terus share tips untuk korang yang ada masalah kulit muka berminyak, just like me. Tak syok kan bila muka berminyak ni. Tak selesa, malu!


Okaylah, till then people. Nanti keyra share 'tips sebelum, semasa dan selepas make-up' lagi ya..!!


Jumpa lagi, babai..!! #muahciked :p



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Friday, 27 March 2015

NutriWhite Shaklee | Gentle Deep Foaming Cleanser | Pencuci Muka

Assalamu'alaikum! Hai~



Malam ni hati tak tenteram memikirkan closing esok. Ini semua salah gst la ni. Hahaha! Dah March pun jadi macam Februari kena closing 28hb. Hmmm hmmm


Disebabkan hati tak berapa nak tenang, maka terberanak laa satu entri malam ni. Hehehe. Daripada duk melayan hati gelisah, baik keyra share kebaikan pencuci muka kegemaran keyra ni dengan korang kan. Keyra nak semuaa pun guna pencuci muka yang paling best di alam semesta ni. Muehehehe :p


Hmmm keyra dulu pun tak pernah stick dengan satu pencuci muka. Macam-macam jenama dah keyra guna. Sebab keyra ada masalah kulit muka berminyak yang amat kronik! Sampai keyra pernah menangis sebab dah buntu sangat taktau nak beli jenama apa dah. Kulit muka berminyak makin teruk. Hmmm :'(



Tapiii sekarang good babai kulit muka berminyak!hehe. Sejak keyra guna pencuci muka NutriWhite ni Alhamdulillah memang perubahan ketara. Keyra guna hampir dua bulan dah, nak kata muka keyra dah tak berminyak lansung tidak la sebab kita ni memang asal-asal ada masalah kulit muka berminyak yang kritikal kan!


Sejak keyra mula konsisten minum ESP dan telan Vita-C setiap hari tanpa gagal, keyra rasa sayang pulak kalau keyra masih guna pencuci muka yang ada bahan kimia. Dari dalam dah jaga elok dengan supplement semulajadi kenapa tak protect dari luar dengan pencuci yang semulajadi jugak. Keyra pun godeh-godeh produk skincare Shaklee. At first keyra cuba pencuci muka Enfuselle, best kulit jadi lembut sangat tapi masalah kulit muka berminyak keyra tak berkurang pun.



Keyra stop. Dipendekkan cerita keyra cuba NutriWhite pulak and wow sangat baru hampir dua bulan guna memang puas hati dengan perubahan yang kulit wajah keyra dapat. Walaupun masalah kulit muka berminyak belum seratus peratus hilang tapi hampir sangat. Lepas cuci ja kulit muka jadi lembut, licin ja pegang. Hihi. Rasa macam nak tonyoh pencuci muka ni satu badan! Gagagaga~ over hang keyra :p




Jenis keyra ni bila keyra suka sesuatu keyra akan study pasal benda tu sampai ke lubang cacing. Hahaha! Keyra pun study la pasal pencuci muka NutriWhite ni sampailah keyra dapat tau rupanya KULIT MUKA BERMINYAK SESUAI GUNA PENCUCI MUKA YANG BERBUIH.

Ohh I see, patut la guna pencuci muka Enfuselle tak jalan sebab dia dalam bentuk gel dan takda buih. Pencuci muka NutriWhite ni picit sikit ja, pusing-pusing kat tapak tangan dah banyak buih.


Tahan berapa lama? Lama sangat ni. Boleh tahan hampir 6 ke 8 bulan tau. Sebab saiz tube dia yang agak besar nak banding pencuci muka yang biasa. Masa keyra dapat dulu pun terkizuttt kite sebab saiz dia gedabak. Dan jimat sebab picit sikit ja dah berbuih banyak! hehe


Harga pencuci muka NutriWhite ni tak mahal la sebab saiz dia dah la besar, jimat pulak tu. 


Kenapa pencuci muka ni tak wangi? Yang wangi tu datang daripada bahan kimia. Tapi bau pencuci muka NutriWhite ni pun not bad la, sedap bau dia macam nak jilat-jilat. kekeke~ Nak kata bau susu tak jugak, yang pasti bau dia soft ja. hehehe



Okaylah, senang cerita sapa yang ada masalah kulit muka berminyak yang ketara macam keyra, kena cepat-cepat grab pencuci muka yang vouge ni! Tinggalkan laa pencuci muka yang duk menipu tu. Penuh bahan kimia! hmmpphh..!!


No keyra ada dimana-mana. hahaha. Kalau nak pencuci muka yang best ni dengan harga yang best jugak, cepat-cepat whatsapp atau sms keyra k.
Till then people, good night. Sleep tight. Sweet dream :)



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Sunday, 22 March 2015

Update Blog Pakai Phone Jer

Assalamu'alaikum! Hai. Selamat petang isnin! Hehe

Very short update ja ni. Nak share dengan korang maybe ada yang taktau lagi kan. BLOG BOLEH UPDATE PAKAI PHONE JE.. Syaratnya mesti smart phone la. LOL

Yeke boleh? Yup-yup boleh. Tapi boleh post entry ja la. Nak change background ka apa surely tak boleh la kan. Eh ke phone keyra sorang ja yang tak boleh? Hahaha

Mana nak dapat aplikasi untuk post entry blog by phone? Mano lagi, play store la. Ngeh ngeh~ kat situ kan macam-macam hado. Hahak!


Ok lah, till we meet again people! Babai.. #muahhciked :p


Tuesday, 17 March 2015

Ubah Kebiasaan

Assalamu'alaikum! Ohh hello everyone~ hi!
Kekeke.. manyak metoi nk kena jawab kan. LOL



Tengah buat apa tu? Malam ni TV ada cerita apa yang best ek? Keyra ni kureng sikit layan TV, nak-nak pulak dram melayu. Sooo cannot go lahh. Hahak!



Hmmm tajuk kat atas tu bunyi macam nak serius dah kan. Okay-okay, serious please...

.

Biasa kalau bangun pagi-pagi lepas Subuh korang buat apa? What! Tidur balik..?? Hmmm.. Jom ubah kebiasaan nak? Lepas Subuh kita mengaji, baca quran sampai hilang suara. Pernah rasa tak nikmat baca quran lepas Subuh sampai hilang suara? Subhanallah, sepanjang hari tu akan rasa apa yang kita buat smooth ja. Tak percaya? Cuba dulu~



Rugi tau siapa yang tidur balik lepas Subuh, rezeki tak masuk.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan."
-Riwayat al-Tabrani dalam al-Awsath-



Masyaa Allah, hikmah Allah tu terlalu banyak, terlalu luas.
Masa awal-awal keyra kerja dulu, keyra kena masuk shift 7pagi sampai 3petang. So bila dah kena masuk kerja awal pagi macam tu memang takdak peluang la nak tidur lepas Subuh kan. Dah lama-lama dalam 5 bulan macam tu, tiba-tiba kena tukar ke normal shift which is masuk 9pagi. Tapi sebab keyra dah terbiasa tak tidur balik lepas Subuh even hari cuti pun, walau masuk kerja pukul 9pagi keyra takkan tidur balik lepas Subuh. Alhamdulillah istiqomah sampai sekarang dah nak masuk 2 tahun kerja kat situ. Bukan nak mendabik dada, tapi kalau kita dah biasa buat sesuatu benda tu akan jadi mudah In shaa Allah :)





Malam pulak, lepas layan drama yang drama sangat tu korang terus tidur kaaaaaaaa? Eh, tak la maksud keyra mestilah solat Isyak dulu then tidur kan. Apa kata lepas ni sebelum tidur kita tambah sikit. Kita CUCI MUKA DENGAN NUTRIWHITE dulu. Eh, gurau-gurau! Melawak sikit pun tak boleh :p


Hmmm apa kata lepas ni kita sama-sama baca al-Mulk sebelum kita tidur. Jomlah sama-sama, nak? Antara kelebihan amalkan al-Mulk sebelum tidur dapat lindungi kita daripada siksa kubur.


Dari Jabir bin Abdullah, berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk."
-Riwayat Ahmad Tarmidzi-



Tak dapat baca dua-dua kita mulakan satu dulu. Kita mulakan dengan al-Mulk ja dulu. Al-Mulk baru 30ayat ja. Tak sampai 20minit pun baca. Selalu baca silap-silap boleh hafal.

Surah as-Sajdah pun 30ayat ja. Panjang sikit ja sebab dia 3muka surat penuh tapi al-Mulk 2 setengah muka surat ja. Tak kisah mana-mana satu, dua-dua pun sunnah kan :)



Tapi kena ingat, "Allah lebih suka amalan yang sedikit tapi berterusan berbanding amalan yang banyak tapi culas"


Siapa sekali tengok ja dapat baca, dia 'terer' !! Hehe



Hmmm.. mati tu pasti. Jom layan al-Mulk dulu jom. Mata ngantuk dah ni. Babai. Selamat malam kesayangan keyra semua. Semoga kita berjiran di syurga nanti, aminnn :)



Jangan lupa cuci muka dengan Nutriwhite ni tau!
EH, ini bukan iklan berbayar tau :p LOL





Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Saturday, 14 March 2015

Vitamin C dan Udang Boleh Bawa Maut?

Assalamu'alaikum. Ohh hello! Morning ~

.

Ingat lagi tak semalam kat IG keyra ada share yang keyra ambil dua biji vitamin C sebelum tidur. Apa? Korang tak tau dan tak follow lagi keyra punya IG. Tak boleh jadi ni, macam mana boleh tak follow lagi. Kekeke~ ok perasan retis sangat kan. Ada yang nak follow, ni IG keyra_jk

.


Hmmm, berbalik pada cerita semalam. Keyra telan vitamin C dalam pukul sepuluh gitu sebelum keyra tidur. Lepas tu baru teringat, lepas solat Maghrib keyra makan mee sanggul yang ada udang as my dinner.

Ohh Mai Gaddd..!! Keyra macam pernah terbaca tau makan vitamin C selepas makan udang boleh membawa maut..!! Astagfirullah hal 'azim... Seriously memang takut sungguh semalam. Sebab seingat keyra ada orang kata la kalau kita makan vitamin C lepas makan udang hidung dan mata kita akan keluar darah.


.

Kebetulan keyra memang tengah on laptop waktu tu, laju ja keyra google pasal benda ni. Ok rasa nak menjerit sebab weyy aku tertipu..!! hahaha
Bayangkan macam mana perasaan takut bila kita tau yang kita akan mati. Hampess betul orang yang pernah bagitau keyra bahawasanya makan vitamin C selepas makan udang boleh bawa maut.



Sebenarnya tidak sama sekali. Tidak ada fakta yang kata makan vitamin C selepas makan udang boleh bawa maut. Bila keyra fikir-fikir balik, eh kan makanan kegemaran keyra tomyam dan masakan pertama yang keyra tahu masak is exactly tomyam.


Keyra oi, takkan lupa kot dalam tomyam ada udang dan perahan air limau. Hok alohh, kan limau tu sendiri kandungan vitamin C dia tinggi. Kalau kata makan vitamin C lepas makan udang boleh bawa maut, ini keyra selalu makan sekali udang dan vitamin C dalam tomyam, lama dah keyra arwah. Bukan keyra sorang, satu Malaysia ni setiap hari pun ada orang makan tomyam kan. Hmmmm tak terkira laa berapa orang yang mati akibat daripada makan vitamin C dengan udang. Sigh~



.


Kononnya vitamin C bila bertemu dengan udang akan menghasilkan unsur-unsur bukan toksik ke arsenik. Tahu tak apa itu arsenik? Kalau bahasa mudah arsenik ni racun la. Yang selalu ada dalam racun tikus tu. Sebab tu arsenik boleh bawa kematian. Uihhh, bukan main keyra cakap pasal istilah sains. Ehh hello dulu I budak Science Stream okehh. Wakakaka~ budak Science Stream celup,. dah naik kolej tetiba ambil perakaunan. Dah tu perakaunan perform lebih lagi daripada science stream. Lalalala~ kesan ikut kawan. Hmmm


Cr: Blog Dr Zubaidi

Keyra kalau ada masalah kesihatan yang keyra tak faham dan tak berapa yakin, memang keyra banyak refer blog Dr Zubaidi. Baru yakin sebab blog seorang doktor kan, hehe



Tapi kena ingat ye, macam yang Dr Zubaidi kata TIDAK ADA FAKTA MAKAN VITAMIN C BERSAMA UDANG BOLEH BAWA MAUT.



Pheww, legaa..!!


Till then people, babai #muahciked LOL



Food Lover,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Thursday, 12 March 2015

Diet Dengan Mee Segera ???

Ohh Hello! Selamat pagi gojes mojes semua. Pagi lagi ke? Hikhok. Sarapan apa pagi ni? What..!!? Maggi? Hey, jangan cakap awak breakfast maggi pagi ni sebab awak on diet.. pi tampar pipi sendiri dgn kadar segera!

.

Hmmm..kesalahan besar tau awak kalau awak DIET DENGAN MEE SEGERA ni. Kesalahan yang sangat-sangat besar. Satu sebabnya, mee segera ni lansung tak membantu menurunkan berat badan malahan menambahkan lagi berat badan kita. Dah tu, terlalu banyak bahaya yang ada pada mee segera ni tau.

# BERAT BADAN BERLEBIHAN
  -Macam yang keyra cakap tadi, mee segera ni lansung tak membantu menurunkan berat badan sebab dalam mee segera tu terkandung jumlah lemak dan natrium yang sangat tinggi.

  -Penuh karbohidrat, tapi tak ada vitamin, serat & mineral. Bila diet selalu nak elak makan nasi sebab tinggi karbo, tapi makan maggi as breakfast, lunch, dinner. Poodaahhh!

  -Lambat hadam. Tau tak walau selepas dua jam kita makan mee segera, keadaan mee segera tu masih seperti asal waktu kita memakannya. Sekurang-kurangnya mee segera ambil masa 4-5 hari untuk dihadam tapi belum sepenuhnya. Hai, kalau lambat hadam mana la badan tak naik bagai dipam-pam kan!

# RISIKO KANSER
  -Dalam mee segera tu ada satu bahan namanya strofoam, yang mana boleh bawak kanser!

# PENYERAPAN NUTRIEN
  -Menghalang penyerapan nutrien terutamanya bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. So jangan sesekali cuba nak bagi anak, adik, anak sedara yang 5 tahun ke bawah makan maggi

Ada tau sesetengah ibubapa bagi anak kecil dia makan maggi masa budak tu demam tak lalu makan..kononnya dengan alasan maggi ja budak tu boleh telan. Macam yang orang tua pun sama kan. Bila demam tekak pahit ja cari maggi! Sigh~

.

So kesimpulan dia bukan waktu nak berdiet ja elak makan maggi, tapi waktu hari-hari biasa pun sepatutnya elak makan mee segera tu. Makan setahun sekali should be okay kot.



Tau tak mee segera ni juga tak bagus untuk otak? Satu kajian telah dilakukan di Kanada, mendapati makanan ringan yang mengandungi lebihan lemak merosakkan daya konsentrasi dan ingatan.


Nahh, kan keyra dah bagitau tadi kandungan lemak dalam mee segera sangat tinggi..!!


Ingat lagi waktu keyra belajar dulu, tengah-tengah malam bila study ja kalau tiba-tiba perut rasa lapar, terus rendam.maggi sebungkus, done!


Hmmm..patutlah tak dapat sambung belajar ke UK. Hahaha. Alasan baik punyo! Padahal dua orang roomates keyra sekarang belajar kat sana. Elok ja dulu makan maggi jugak tengah-tengah malam. Sigh~ kekeke

.

Lepas ni takmau dah tau diet dengan maggi. Kita diet dengan Shakle ja boleh, lagi selamat..!! Nak ke nak? Hehehe
Okaylah, semoga bermanfaat! Babai



Much Love,
Keyra
Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Tuesday, 10 March 2015

Bila Kita Suka Apa Yang Kita Buat

Teringat malam semalam keyra duk berbalas whatsapp dengan sorang kawan terlebih baik terlebih rapat keyra ni. Tiba-tiba dia tanya keyra tengah bt apa. Hahaha. Sweet kan dia? Dah macam orang bercinta. Keh keh

.

Keyra waktu tu tengah tengok TV sambil layan customer. So keyra bagitau la dia apa yang keyra tengah buat. Dia kata dia jeles! Hahaha. Sebab dia tengah tengok TV ja tapi tak ada layan customer I mean   layan whatsapp, layan pm kat FB.

Katanya dia dalam proses nak set up bisnes wide shawl, halfmoon. Keyra tau jauh di sudut hati dia dah jatuh cinta nak buat Shaklee tu, tapi takpa la bagi peluang kat dia nak buat apa yang dia suka tu dulu walau dia perlukan modal yang lebih tinggi daripada daftar ahli Shaklee. Hehehe!


.

Berbalik pada tajuk entri keyra pagi ni, BILA KITA SUKA APA YANG KITA BUAT. Yes. you got it right? Itulah yang keyra alami sekarang.


Malam semalam keyra balik kerja agak lambat berbanding selalu. Biasanya sebelum Maghrib dah ada kat rumah, malam semalam sebabkan banyak sangat claim yang pending, terpaksa stay office siapkan separuh. Balik rumah dah hampir pukul sepuluh. Dengan hujan lagi, walau tak basah lencun tapi boleh tahan jugak la basahnya.


Seriously badan letih sangat, otak pun letih. Sampai ja rumah terus mandi solat Isyak. Duduk-duduk sat kat ruang tamu sambil sembang-sembang dengan mak. Tengok handphone eh ada customer hantar whatsapp, pm kat FB. Otak yang letih macam baru lepas cas, badan yang penat yang tiba-tiba jadi segar. Ya Allah, how I really love doing that.


Layan punya layan depa punya soalan, tengok jam almost pukul 12 tengah malam baru mata ni lelap. Padahal masa balik keja tu letih tersangat dah. Hahaha
.

Bukan keyra tak suka dengan kerja keyra sekarang, cuma keyra jenis yang cepat bosan buat kerja yang sama ja. Ini pun keyra dah cipta sejarah dalam hidup keyra boleh kerja kat tempat yang sama lebih setahun. Hahaha. Tapi buat Shaklee tak bosan pun. Sebab apa? Sebab KEYRA SUKA APA YANG KEYRA BUAT. That's it!


.

Masalahnya bukan kerja, tapi keyra tak suka buat sesuatu yang pergerakan kita terhad, masa kita terhad, kebebasan kita terhad. How I hate that! Hahaha. Takpa, I'm now struggling very hard for this coming June. Watchaaa!! Kekeke~

.


Keyra percaya ramai kawan-kawan keyra pun sama macam keyra. I want financial freedom! I want time freedom! Bukan senang untuk senang. Grandnanny Shaklee keyra selalu pesan "FOR THINGS TO CHANGE, YOU HAVE TO CHANGE FIRST"



Betul sangat-sangat. Kita ni kadang-kadang nak macam-macam tapi benda yang sama jugak kita buat hari-hari. Keluar daripada zon selesa kalau nak berjaya..!! Berani sahut cabaran?


New cycle 2015/2016 akan ku buat yang terbaik! Yeahhh



Babai.



With Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Monday, 9 March 2015

Ubah Kebiasaan

Bismillahhirahmanirrahim.

Selamat pagi cun! Haha


Eh happy satu macam ja keyra pagi ni kan.. Ahaa, pagi-pagi mestilah happy. Takkan pagi-pagi lagi ada yg dah moody kot.. hehe. Ohh ni mesti tak amalkan Vita-C Shaklee ni, itu yang virus ceria tak dapat nak aktif dalam badan. Hehehe

.

Minggu lepas keyra kena kerja straight tujuh hari. Isnin sampai Ahad. Bawak ke minggu ni. Yes sebagai manusia biasa mesti badan akan rasa penat, otak akan rasa letih kan. Alhamdulillah dengan bantuan Vita-C Shaklee tambah dengan ESP walau penat mana pun tak pernah lagi sampai pengsan! Haha

.

Nak dijadikan cerita semalam balik kerja agak lewat sebab banyak kerja pending. Hampir pukul 10 malam baru sampai rumah. Mandi, rehat-rehat sat sembang dengan mak, tangan tak lepas dengan phone duk melayan customer dan bakal anak Shaklee sambil layan Laksamana DoReMi. Pukul 11 lebih baru masuk bilik tidur. Tak lupa sebelum tidur keyra telan dua biji Sustained Release Vita-C Shaklee. Sustained Release tu maksudnya dia akan lepaskan secara berperingkat, so takkan membazir gitu ja Vita-C yang kita telan. Hehe

Dua biji ja setiap hari. Senang ka senang nak cantik? Hehe



Masa duk bergolek-golek tu pasang niat siap dah, ESOK LEPAS SUBUH NAK TIDUR BALIK. Hahaha,. Buruk kan perangai.


Tapi Alhamdulillah, mungkin sebab dah terbiasa sangat dah lepas Subuh tak tidur balik so tadi nak tidur balik pun serba salah jadinya. Tu yang sampai boleh terberanak satu entri pagi ni. Hehhh

Kenapa nak tidur balik lepas Subuh kalau dah tau cuma akan menyekat rezeki daripada datang kepada kita kan?

.

Hmmm..mesti ada yang duk pikir keyra ni sebenarnya nak cita apa. Apa yang dia cuba sampaikan? Hahaha


Keyra nak share dengan korang BILA KITA BIASA BUAT SESUATU, KONSISTEN @ ISTIQOMAH, KITA AKAN RASA TAK CUKUP BILA DALAM SEHARI TU KITA TAK BUAT. Kan? Setuju..

.

Macam keyra dah terbiasa sejak habis belajar kalau tak silap, BIASA TAK TIDUR BALIK LEPAS SUBUH so bila datang niat nak tidur balik lepas Subuh tu tinggal sekadar niat. Hahaha. Walau badan sebenarnya letih sangat, tapi tak lalu nak tidur balik. Bukan nak kata keyra bagus sangat, cuma keyra nak cakap kat sini bila dah terbiasa kan. Lagipun kan TIDUR SELEPAS SUBUH AKAN TUTUP PINTU REZEKI KITA. Jom sama-sama berubah jom. Hehehe


Sama jugak dengan pengambilan Vita-C kegemaran keyra tu. Disebabkan dah terbiasa ambil dan telan dua biji setiap hari, bila tak makan sehari rasa lain. Sebab tu keyra akan bawa Vita-C keyra kemana ja keyra pi.




.
So jom semua kita niat nak buat yang baik-baik ja. Yang mendatangkan kebaikan kepada kita dan pada semua orang. 




Till then people, jom mandi pi kerja! (sabaq keyra, sampai bulan 6 ja..aminn)




With Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Thursday, 5 March 2015

Tips Kulit Putih Halus Gebu

Assalamu'alaikum.. Hai, hello everyone!

Officemate keyra tengok gambar ni,
sukar untuk dia mempercayai yang keyra konon nampak
innocent sangat kat office tu boleh ambik gambar
cenggini. haha. Nightmare~


.

Tahu kan bulan ni Shaklee buat promo untuk yang nak kulit dia bertambah PUTIH, yang nak kulit dia HALUS, yang nak kulit dia GEBU..

So keyra pun memang dalam proses nak dapat ketiga-tiga jenis kulit macam keyra cakap kat atas tu, pulun ni sebab ada sesuatu menanti hujung tahun ni.


Sebelum keyra share tips yang keyra ada, percaya dak kalau keyra kata NAK KULIT CANTIK LEBIH MUDAH DARIPADA NAK BENTUK BADAN CANTIK?

Muahahaha. Ini ayat daripada seorang yang sangat fail dalam bab berdiet. Phewww~
Tapi kalau bab jaga kulit memang rajin bebenor dia nak tempek masker segala. Vita C yang awesome tak pernah fail dia telan, ESP yang sedap tu rajin ja dia shake siap bancuh buat masker lagi.


Nak buat macam mana, nafsu makan mudah goyah. Kekeke~(alasan orang nafsu makan power haha)


.

So bulan ni kita fokus kulit cantik dulu ek.. Nak ke nak? Mestilah nakkkk.. Sapa yang takmau kulit dia cantik kan. Dah putih, kita kasikk dia jadi halus gebu pulak dehhh..hehe
Syiokkk oo bila kita dapat kulit macam yang kita nak kan. Kena rajin, kena sabar, dan JANGAN BERKIRA. Untuk diri sendiri pun berkira pi main jauh-jauh. hahaha


.

Keyra ada banyak tipss nak bagi kat korang. In shaa Allah nanti keyra kongsikan ek. Hehe. Saja ja takmau bagitau sekarang. Ini teaser namanya. kikiki~


Stay tune~



With Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp/call)

Keyra dan Kulit Muka Berminyak

Amboi title entry gedik sangat bunyi tu kan. hahaha. Biar gedik sekarang jangan gedik nanti. Aik? Macam takdak kaitan ja. Kekeke


.


Like this? Do you mean oily like this??? Hmmm...
Eh of course ni bukan keyra :p


Siapa ada masalah kulit muka berminyak? Tension kan.. sampaikan kadang-kadang tu baru ja lepas cuci muka sejam dua macam tu, muka dah mula berminyak.


Macam keyra sendiri memang ada masalah kulit muka berminyak yang kronik sebelum ni. Sampaikan ada satu hari tu, masa study kat Melaka, ada sorang lecturer ni mungkin dia melawak la kot. Dia tanya keyra dulu masa kecik-kecik pernah curi-curi makan tak masa bulan puasa. Keyra macam terkedu sat laa sebab pernah buat kan. Hahaha. So nak create ayat selamat la kononnya dalam kepala ni.


Tiba-tiba dengar suara dia I mean lecturer keyra ni la, suara separuh berbisik la "takkan curi makan lagi kot kat muka sendiri boleh goreng ikan." Allah ja tau what I feel that time. Malu jangan cakap la. Sakit hati. Nak marah lecturer kan. Kang tak pasal-pasal failed subject dia. Kah kah! Tapi tak dapat A pun, dapat B ja kot tak silap keyra. Kesan simpan sakit hati kat pensyarah sendiri, padan muka. Pheww~

.


Start pada tu, macam-macam pencuci muka keyra cuba. Yang murah sampailah yang mahal. Garnier, Syahirah, Love & Lovely, Safi. Jenama yang tak pernah keluar TV pun banyakkkk sangat yang keyra cuba, tapi masalah kulit muka berminyak tak juga berkurang. Adakala makin teruk..!!


Sampai satu tahap keyra terus stop daripada guna apa-apa pencuci muka sekalipun. Keyra cuma bergantung dengan dengan supplement Shaklee Vita-C Plus, Vitamin E Complex dan ESP. Subhanallah, memang la muka keyra tak bertukar jadi ratu cantik dunia tapi Alhamdulillah masalah jerawat seriously ghaibbb terus..!! Jerawat kecik-kecik tu biasa la kadang naik jugak kat muka, effect perubahan hormon kan.


.


Tapi jenis keyra tak puas la kalau tak cuci muka dengan something. Rasa macam ada cement kat muka ni. Betulll... Tak puas rasa muka. Tapi dalam masa yang sama takut dah nak cuba apa-apa pencuci muka pun.


Satu hari keyra tengok Master Nana selalu share pasal pencuci muka Nutriwhite, pehhh tergoda hati I tau. hahaha. Terus keyra rembat satu. Nak cuba rasa sendiri apa yang master nana duk heboh sangat kat IG dia, FB dia. Nampak macam best ja kan. Kui kui kui


Allahhu Allah, master nana tak gebang rupanya. Keyra baru pakai pencuci muka tu seminggu lebih, masalah kulit muka berminyak memang kurang sangat-sangat. Almost lapan puluh peratus dah kurang.


Bila kita ada certain masalah, percaya tak keyra jenis yang akan google punca masalah, macamana nak atasi cara tradisional ka cara moden ka.. Rajin laa daku menggoogle kan.. hahaha


Muka kita kulit kita kan, siapa lagi yang nak rajin tolong jaga kalau bukan kita sendiri. Google punya google macam-macam la yang kita akan jumpa kan. Dah namanya google kan. Study pasal kulit muka berminyak sampai muntah la. hahaha!


.


Cara yang mudah, tiru ja macam keyra. Senang sangat la. Setiap pagi lepas sarapan telan ja dua biji SR Vita-C Plus Shaklee. Then cuci muka at least tiga kali sehari dengan Nutriwhite Gentle deep Foam Cleanser. Uihhh best tau pencuci muka Nutriwhite yang keyra duk guna ni. Sampaikan ada sorang customer keyra dah jatuh cinta dengan Shaklee gara-gara konsisten cuci muka dengan Nutriwhite Cleanser tu. Eh ini bukan over claimed tau sayang. Keyra dalam proses nak register dia jadi ahli. Jatuh cinta sampai terus nak jadi ahli katanya. Hehehe



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp/call)