Saturday, 31 December 2011

lain acuan lain bentuknya

Assalamu'alaikum :)

dear mom and dad, (atau bhasa kmpungnya---> dear mak dan ayah :D)

teringat hidup aku dr dulu sampai sekarang . n now i'm 20 dh boleh kawin dh and i'm big enough to think every single thing in my life. HOPEFULLY :)
aku anak MAK AYAH aku. ehh, ofcos laa.. xkan aku anak mak bapak Aaron Aziz pulak. bhahahahahh. xpaham? ok lupakan. kalau dulu aku selalu tertekan sebab family aku especially ayah dan kak ngah aku suka letak harapan yg tinggi kat aku. contohnya bila tiap kali aku ada big exam, depa memang harap aku dpt bagi the best lahh. tp aku dh salah anggap, aku anggap semua tu bebanan utk aku and i can't do that. aku x dapat bagi yg terbaik. dan kdg2 aku cemburu dgn kwn2 aku yg mna parents depa x kisah sgt dgn apa yg depa dpt. setakat lulus dh baik.
tapi aku silap. aku rsa kalau parents aku tak letak harapan yg tinggi kat aku, maybe aku takkan dpt apa yg aku nk. aku akan buat biasa2 utk dpt result yg biasa2 ja. sekarang bila aku dh futher study jauh dr family. ok fine, memang dlm malaysia jugak baru aku tau yg depa buat semua tu memang totally utk kebaikan aku. bila aku dpt result yg best, seriously aku rasa happy gila. and bila aku dpt result yg mcm hampehh, aku rasa down gila.
and now aku bersyukur sgt2 dgn apa yg aku ada. i mean my family. even tertekan sebab nak kena ligan/kejar result yg bombastic ! tp xpa, aku suka sebab semua org nak yg terbaik rite? hehe
dear mom and dad,
i promise i will be the best daughter that both of you ever had.
and i promise i will keep this smiling when u see me being a successful person, one day.
so please, keep my words..
MOM and DAD, ILOVEBOTHOFYOU SO MUCH. you are the best parents in the world !


dear year 2012,
i will make you the sweetest year and i promised for that.
so, please be nice to me.
THANKYOU :)


nota lutut: broken english!!! ada aku kesahh? :D

Wednesday, 28 December 2011

syok berCUTI diSPONSOR

Assalamu'alaikum :)
memang syok bercuti bila ada org yg bayaqkan semuanya. cuma perlu bwk diri. haha. walaupun cuma pi LANGKAWI yg sememangnya dekat utara jugak, tp aku tetap bersyukur. semuanya ditanggung sehinggalahh makan nasik lemak yg RM 1 pun ada yg bayaqkan. and yg paling tak tahan, nak masuk toilet yg tiga kupang pun dibayarkan. ahahaha. memang goyang kaki la. sapa yg pemurah tu? my 3rd kakak wif her husband. 
ok aku mengaku agak kebosanan sebab keseorangan. kakak join vacation ni dgn family kakak ipar dia. yg aku nak sgt ikut sebab terlalu bosan dok rumah dan teringin nak naik CABLE CAR. and i did it !

sangat best walaupun x pi mana sgt kat langkawi tu sebab mereka lg preferred utk shopping. so tpt yg paling byk kali dituju adalah PEKAN KUAH.
 x byk sgt pun nak cerita :) tgok la buktinya ahahahahahahh

itu jetinya. x brapa sure smada jeti kat kuala perlis or kat langkawi :D

  ouh, mereka inilah yg SPONSOR aku spnjang kat sna. kakak bersama suami dn anak2 nya :)

see, he's riding the horse cost RM 14. better than naik gajah yg berharga RM 80. gila mahal (!)

 n now, he's on the tiger. haha. fake tiger actually :D
 what ??? :D




 kat top station cable car. angin sgt kuat, trsa mcm nak melayang :p



sekian, wassalam ...

Thursday, 22 December 2011

result sem 3 adalah

usaha yg sama , tapi benda makin susah. memang mustahil la nak dapat result yg sama. kompom2 result akan jatuh. haa, sendiri yg belajaq sendiri yg jawab tak payah nak salahkan sapa2 la kira oi! nak menyesal? tak guna dah, benda dh lepas. kalau lepas ni nak teruskan dgn usaha yg sama, siap sedia laa nak hadapi keputusan yg makin teruk. huh !!
NO !!! i can't. aku kena betul2 berubah lepas ni. bukan sikit punya perubahan tapi drastik punya perubahan !
apa aku nak jawab kt ayah aku bila result sampai rumah nanti. mati la aku ! huhu.
mula2 dapat tau result aku tadi, seriously aku rasa down gila. tp bila dh dpt sedikit nasihat dr kawan2 aku, InshaALLAH aku redha dgn semua ni.

< dok buat macam dapat dekan kompom dapat keja. apa la hang ni >
first ayat yg pedas aku dapat dr seorg kwn aku. haa AMIK !! padan muka aku. tp feeling better lepas kena se-das mcm tu. HAHA

< memang perit kalau nak kenangkan. tp ambik yg positive side yaa. REDHA dgn rezeki ALLAH dan jadikan pedoman utk hari esok. ALLAH count our tears and effort. dan ALLAH tau yg terbaek utk kita. jgn terlalu sedih sebab tu yg terbaek utk kita. yaa, terbaik pd masa ni. Insha-ALLAH pasni ALLAH ada yg lebih baek. bersangka baeklahh pd ALLAH. mungkin kita dh belajar bagai nak rak, tetap akn dapat mcm ni.bisikkan kata2 yg baek supaya hati kita REDHA. wallahu'alam>
and this make me even better. so kepada sesiapa yg senasib dgn aku x payah nak bersedih sgt, even aku dh menangis melalak bagai org gila tadi lepas ni kita cuba lagi yg terbaik.

STUDY STUDY STUDY !! i will make sure tu yg akan jadi main thing dlm otak aku lepas ni. fighting !! =D

Monday, 19 December 2011

dia tak mintak seperti itu

semua orang ada kisah hidup tersendiri kan? ada yg bahagia ja sepanjang hidup dia, kalau ada masalah pun masalah yg biasa semua org alami. ada org yg hidup dia bergelumang dgn masalah. dan ada org yg seimbang hidup dia. kadang gembira kadang murung. bukan bermakna ALLAH itu tak adil. dah terbukti kan Al-'Adl yakni ALLAH Maha Adil. semua yg direncanakannya pasti bersebab dan yg lagi pasti semua yg dah jadi atau bakal jadi ada hikmahnya.
dan aku, aku sendiri punya kisah hidup aku. actually bukan tentang aku, tapi tentang ADIK bongsu aku. dia kurang upaya. sejak dilahirkan dia macam tu. dulu masa aku masih lagi kecik, belum tahu membezakan mana baik mana buruk. aku totally tak dapat terima kehadiran adik aku yg seorang ini. aku rasa dia cuma akan menyusahkan hidup aku dan terutamanya akan menyusahkan hidup mak aku. dgn keadaan dia yg kurang upaya pastinya semua benda yg kita lakukan seharian memerlukan bantuan utk dia penuhi semua tu. waktu tu aku malu dgn kehadiran dia. aku selalu mengelak kalau nak kemana2 dan ayahku bercadang nak bawak dia. aku akan cipta seribu satu alasan supaya aku tak payah ikut.
mandi kena orang mandikan, makan kena orang suapkan, pakai baju kena orang pakaikan. pendek kata serba serbi dia perlukan bantuan org. dia tak mampu buat sendiri.
tapi tu semua dulu, masa aku belum tumbuh bulu ketiak kaki pun, tapi sejak aku dah baligh dapat bezakan yg baik and buruk, aku sedar. aku sedar yg semua ni jadi dgn kehendak ALLAH. dia sendiri tak mintak utk dilahirkan mcm tu. dulu waktu dia masih kecik mungkin dia tak rasa apa2 dgn keadaan dia mcm tu.tp sekarang dia dh berumur 16 tahun. ya umur yg sepatutnya seorang remaja bersuka ria dgn kwn2. tp dia, cuma mampu duduk di rumah dan tunggu apa saja yg akan dtg menceriakan hidup dia.
walaupun fizikal dia macam tu, perangai dan pemikiran dia pun tak seiring dgn umur dia tapi aku yakin dan pasti dia jugak berkeinginan seperti org lain. aku tau apa yg dia rasa. dia pun mesti nak jalani hidup dia mcm ank remaja yg lain. tapi dia tak mampu. baru tadi aku nampak dia menangis. dia terkejut sebab aku nampak then dia cakap mata masuk habuk. aku tau dia tipu, tapi aku buat2 percaya yg mata dia masuk habuk. hari2 dia habiskan dgn duduk atas kerusi roda dia dan tunggu depan pintu. tengok orang yg lalu lalang. aku kesian tengok dia tapi aku taktau apa aku patut buat.



ADIK.. kakak sayang adik. kakak tak pernah putus2 doakan kesejahteraan adik. walaupun kakak tau peratus adik nak kembali normal sangat tipis sebab doktor sendiri yg cakap. tapi kakak tau SYURGA tempat adik. kakak tau yg ALLAH jadikan adik bukan untuk bebanan semua orang tapi sebagai salah satu jalan mudah untuk mak ayah kakak2 dan abang2 menuju ke syurga. adik jangan sedih dgn keadaan adik mcm tu. kakak tak suka tengok adik menangis. semua sayang adik. be strong ok.
walaupun aku tau dia takkan baca dan mustahil untuk dia baca tapi aku tetap ingin menulis. sebab aku terlalu sayangkan. aku dah tak peduli dgn apa yg org akan kata. yg pasti, AKU SAYANG ADIK AKU...
Ya ALLAH, aku tau apa yg jadi pasti ada hikmah menanti dan aku tau KAU sebaik2 perancang. doaku, berilah peluang untuk adik aku merasai hidup sepertimana org lain.. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

awak yg sedang membaca, sy mohon aminkan doa sy. TERIMA KASIH :)
kita semua patut bersyukur sebab dilahirkan sebagai manusia sempurna. sihat sejahtera. Sedih bila dapat tahu yang insan sesempurna kita ni tak bersyukur dengan anugerah Allah yang tidak ternilai ni.  Mungkin. kita semua dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing2. kita patut bersyukur untuk kedua2 nya sebab kita masih mampu jalani hidup sepertimana org lain.

Saturday, 17 December 2011

mandi

mandi dah jadi rutin sehari-hari untuk manusia biasa mcm kita ni kan. ada ka sapa yg taktau apa tu mandi? maknanya hang tak mandi la tu. maknanya hang tak siuman la tu. haha. ahaks (!)
bila nak cerita pasai mandi ni aku teringat satu moment kat hostel kolej. haaa waktu tu sem dua atau tiga tak pasti la, tak ingat dah (padahal tak sampai setahun pun lagi). yang pastinya waktu tu aku dgn aimi tengah pulun study nak menghadapi final. haha. biasa la lumrah kebiasaan pelajar kan, esok nak exam malam tu baru pakat2 nak "overnite".haaa
seingat aku la,jam menunjukkan pukul 12 lebih dekat 1 pg dah.

wehh, penat la aku banyak sgt nak kena baca.
kau ni kalau penat aku lagi berdouble2 penat.

begitulah aimi yg selalu katakan yg aku ni lebih dari dia. so aku kna selalu positif untuk buat dia semangat nak study dismping aku pun tgah motivate diri sendiri jugak sebenarnyaa. 

arrgghhhh..(sambil mengeliat dan bangun)
hang nak pegi mna wehh??
mandi.jom laa. haha. supaya lebih segaq nak menghadap buku tu.
taknak la aku, sejuk laa..
takmau sudah aku pi sorang,hg jgn tutup pintu bilik.  (gara2 takut sebab dah sunyi sepi memang selalu begitu la bila sorang keluar ke toilet dan lagi sorang dlm bilik)

lima belas minit kemudian.dah siap berbaju semua.
sejuk wehh,segaq sikit rasa.syok kalau dapat tidoq ni.
hg jgn kira.........
hahahahahahahahaha

merah mewakili aku sebab aku suka kaler merah dan pink mewakili aimi sebab dia sgt ladies. haha.
dan satu benda lagi yg buat aku teringat perihal mandi ni ialah capital A for my AYAH.ayah selalu pesan jgn mandi lepas pukul sepuluh malam, tak elok katanya. dan aku adik beradik dah terbiasa dgn status beliau yg satu itu. memang takkan ada sapa pun yg berani lepas pukul sepuluh bila dok kat umah ni. pernah jugak curi2 mandi masa aku kerja dekat GIANT dulu sementara nak tunggu keputusan SPM. kerja sementara. kalau kena shift petang memang pukul 10.30 baru sampai rumah sebab punchcard pukul 10. curi2 mandi tak berani nak menyiram banyak2. haha
tapi bila dah merantau atau balik rumah sewa masing2, nasihat tu dilupakan, akulah salah seorangnya. tak kenang budi punya anak. huhu.
ampun ayah, bukan mau durhaka tapi terpaksa. nak segarkan minda teruskan mentelaah. (kononnya)  

Friday, 16 December 2011

berapa umur matang untuk lelaki

assalamu'alaikum dan selamat pagi.
mukadimah bukan main skema lagi pg2 ni haha 
disebabkan bukumuka aku dah deactive, maka jadinya kat sini laa tempatnya aku nak meluahkan gundah gulana di hati. berapa umur matang untuk lelaki sebenarnya?? agak kepelikan bilamana majoriti yg even dah habis sekolah menengah pun belum cukup matang atau bahasa kasarnya aku nak kata kat sini tak matang langsung. sori lahh kalau ada yg terasa atau ada yg nak marah aku. haa, silakan :)
sebab aku rasa memang betul apa yg aku cakapkan ni. sebabnya benda memang ada depan mata aku. kawan2 aku, and even adik lelaki aku sendiri. tak matang dari segi nak berkawan atau bahasa mudah pahamnya bila bercinta. pelik2. dan yang si perempuan tu sendiri aku tak paham jugak. mudah sangat bagi itu ini. tengok saja kat FB, dimana2 ada gambaq lelaki dan perempuan yg aku pastinya bukan muhrim berpeluk sakan. haisshhh x malu kaa??? tunjuk dosa kita kat public. depa mesti ingat ramai yg akan jeles bila tengok gambaq depa yg seakan2 bodohkan diri sendiri di public, eeuuuwww pelisssss. sikit pun tak jeles but menyampah plus nak termuntah ada laa.
ingat sweet sgt ka buat mcm tu? hahaha. kdg2 kesian tengok sebab depa ni tak sedar sebenarnya ramai yg tak suka dgn depa. kawan2 terdekat tu aku boleh jamin tak lebih dari nak jaga hati ja tu, bukan nak like plus comment yg sweet2 sgt. haha.
and satu lagi bila ada lelaki yg sanggup habiskan duit untuk perempuan itu. duniadunia. duit pun mintak kat mak lagi, ada hati nak belanja awek sana sini. topup tak henti2, bergayut bagai nak runtuh bumi. apa nak jadi. ehh, boleh jadi pantun laaaa. haha. tapi tu la realiti hidup hari ini kan. ramai yg lupa diri. remaja tengah nak naikkan. tak kemana punya la bercouple sana sini kalau cuma reti nak perabih duit. aku bukan nak doakan yg tak elok, tapi itu realitinya. aku pun pernah bercouple dan pernah putus. so aku tau serba sedikit dunia bercouple ni. tapi Encek Ayam aku tak ajaq aku dgn duit. kedekut ! haha. tapi takpa sebab aku suka tak dimewahkan. tapi semua tu dah terkubur dah. huuu
tapi kan, aku nak cari lelaki untuk jadi suami aku one day seorang yg kaya jugak. haha. bukan mata duitan tapi menjamin masa depan. aku pun nak jugak merasa hidup mewah.
kahwin kahwin. bilamana umur dah nak meningkat 20 tahun ni, mood nak kawin menjadi2. haha. kdg2 sembang dgn kawan aku pun bab kawin ja. see how gatai we are. haha.

nota lutut : ehh entri ni tak ditujukan untuk sapa2, ni umum k. tapi bab adik tu memang tu la sorang adik lelaki aku :D

again and again

ok fine, mesti ramai yg akan kata. bestnya cuti ! ok memang best sebab dapat dok rumah. sapa kata cuti tak best. dapat dok rumah,dapat tngok tv, x payah keluaq pi mna2. duduk ja kat dalam rumah. dan kebetulan pulak sekarang ni musim hujan. asal petang ja hujan, petang ja hujan. bukan nak merungut atau mengeluh, best apa hujan. sejuk jaa. tidoq pun sedap jaa. sapa kata hujan tak best??
and now aku cuti dah lebih dua minggu tapi masih tetap dok umah. best kan? best gila. duduk rumah takdak buat apa2 yg best and berfaedah memang best gila pun. takdak sapa nak kacau kan. ada jugak plan dgn kawan nak keluaq bagai, tapi dah dua minggu punya plan x jalan2 lagi. best kan bila plan x jadi? jimat duit kan. xdak la membazir. best apa dapat DUDUK KAT RUMAH SEMATA  bila2 cuti macam ni. xpyah pening2 nak pkiaq mcm2 hal. duduk ja kat rumah sampai rasa nak mengamuk !! arrgghhhh !!!

tersangatlahhh bosan bila cuti cuma duduk rumah. sapa yg kata best tu? meh sini aku belasah !! aku ni duduk rumah bagai nak gila x pi mana2. nak tengok tv penuh dgn cita hendon yg entah apa2. kalau tak tngok tv, bosan yg amat. habis dah segala buku,majalah lama2 semua aku dah baca. game jgn cakap la, segala game budak2 pun aku sebat main jugak. nak online pun dah bosan bukumuka tu. sampaikan aku dah deactive account la nak cerita betapa bosannya FB sekarang ni. ahhh,lantak la situ.
handphone aku jgn cerita laa,dah dua minggu tak bertopup, charge pun seminggu sekali. bateri habis pun sebab dengaq lagu. hahaha. tak pernah kot macam tu jadinya handphone aku. tapi xpa, jimat duit bila tak payah topup, jimat bil letrik bila tak payah charge handphone kan. HAHA. 

ehhh, bila aku kata aku bosan? aku tak bosan pun laa cuti ni dok kat rumah sahaja tanpa keluaq kemana2. AKU TAK BOSAN K !!! ~ arghhhhhhh

nota lutut : minggu depan Insha-ALLAH result yg mnyeramkan akan menunjukkan dirinya. doakan aku ! :)

Monday, 12 December 2011

CINTA yang diREDHAi ALLAH yang wajib dicari

kalau dulu, bila saja aku cerita kat kawan2 aku sejarah perkenalan aku dgn Encek Ayam aku ramai yang akan kata sweetnyaa. hahaha. tapi sekarang semua tu dah tinggal kenangan. dan aku pun dah semakin melupakan. CINTA kah itu? entah laa, aku sendiri tak berani nak mengaku lebih2.

"Cinta yang dicari adalah baik, tapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik"

and now on, aku mencari CINTA yang sejati, CINTA ALLAH. aku sedang mendekatkan diri dgn ALLAH. Alhamdulillah, hati aku lebih tenang sekarang walaupun tak sampai sebulan putus dgn Encek Ayam. entah kenapa, aku langsung tidak rasa sedih. 
aku mencari cinta yang diredhai ALLAH. semuanya aku serahkan kepadaNYA. cubalah, bila kita dekatkan diri kita dgn pencipta, ketenangan yang kita dapat luar biasa. dapat membuat keputusan dgn wajar. dapat control marah, kalau dulu aku seorang yg cepat marah tapi sekarang aku seorang yang agak penyabar. zikrullah kita jadikan makanan harian kita, InshaALLAH kita akan jadi manusia yang berjaya mengawal diri sendiri. percayalah, tak semua orang mampu mengawal diri sendiri. haa, aku bukan bercakap sebab nak menunjuk-nunjuk tapi aku nak kita semua sama-sama berubah. ajal maut tak mengenal umur dan dimana kita berada.
sekarang aku sedang menghabiskan bacaan buku TENTANG CINTA oleh Pahrol Mohd Juoi. bukunya sangat bermotivasi. caranya penyampaiannya sangat bersahaja tapi sangat berkesan. carilah buku ni.
nak bercakap lebih2 pun aku bukan hebat mana. jadi sama2 lah kita menegur ke arah kebaikan. wallahu'alam

nota lutut: looking for "istikharah cinta" i mean, a book :)

Wednesday, 7 December 2011

DIA 3D, i loike

assalamu'alaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang. ahaks !!
sekarang sdg bercuti semester. baru  seminggu lebih tak silap aku. tp aku dh mula rindukan suasana kelas yg sgt hingaq (bising) dgn kerenah classmates yg pelbagai and kdg2 tak terjangka ada perangai seburuk itu tp buat kelas ceria. ingat lagi aku masa awal2 sem dulu bukan main sedih lagi aku bila tak dapat sama kelas dgn kwn2 aku. dan sebenaqnya terpaksa jgk register that class bcos lecturer ckp kelas lain semua dh full registered. semuanya sebab ada sedikit masalah teknikal yg menyebabkn kami (aku dan aimi) daftar lambat.
kecewa plus sedih sebab satu kelas dgn org yg kami tak berapa rapat. dgn golongan SOC memg first month tu aku berdua ja dgn aimi. sampaikan bila tiba time kna buat group utk any paperwork, aku dgn aimi berserah ja sapa2 nak ambik kami as their group members. huhu. sadess kan.
tp lama kelamaan aku mula berpikir, maybe classmates aku ingat kami ni innocent plus pendiam dats y xdak yg berani teguq lebih2. so aku kna mulakan dulu. nahh bila dah npk aku ni bukan jenis yg pendiam sgt, mulalahh nak menyakat sanasini. adehhh. tp all those thing yg buat aku syg classmates aku. even aku xdapat sama kelas dgn kwn2 baik aku tp see betapa baiknya ALLAH. tetap ada hikmah yg menanti. kelas yg aku sit for one semester was the best class i ever had.
mereka adalah azraei,adha,syifaa,sue,syiqin,eyqa,aimi,iqbal,zali,zaid,bakh, aufa, kimi,madi,farra,tasha,lid,faiz,lida,naquib,kak ami,kak syuu..

after few months almost 3 month i guess, kami satu kelas jd sgt rapat even kdg2 tu ada jugak bertikam lidah. ahahahh. biasalahh tu, adat berkawan. kalau smooth ja x best jgk kan. ada jgk masa kelas tu suram ja and masing2 buat hal sendiri. tp DIA 3D tetap paling best walaupun sunyi sepi time LAW dan pernah di cop LEMAU. sensitip betoi dgn word tu. ingat lagi aku lepas di cop begitu, mereka pura2 gelak even benda tu bukan untuk digelak. see, how awesome my classmates in acting ! haha

hey guys, you all know what. i love to be ur classmate ! our class is the best class in the world (i guess so :p). kalau ditakdirkan kita satu kelas lagi sem depan i won't regret. ahaahahah. SAYANG hampa lahh ! *peace*

Tuesday, 6 December 2011

kadang selesa, kadang sakit

assalamu'alaikum.. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ! ahaks !! :D
di pagi yg indah ini, angin sepoisepoi bahasa *errr
maap maap maap :)
tajuk entri dah bagi gambaran apa yg akan jadi kat entri kali ini. tapi sy sengaja nak ubah perception semua org. one quote for today's morning "don't judge a book by its cover". by then, memang sepatutnya tajuk entri nak menunjukkan si penulis sdg bersedih, tp xkan laa dari mula sampai habis nak bersedih semata. iya dokk? haha
ehh terasa mcm aku dah melalut jauh sgt ni. apa yg selesa apa yg sakit ? uisshhh, bukan kencing manis naa. sakit kat hati. tp bukan sakit hati. *errr
apa rasa bila kita taktau apa2 perihal kawan baik kita? mcm2 rasa ada. sedih ada,sakit ada, panasaran pun ada kdg2 tu. ehh, tak betoi ka. tertanya2 apa yg jadi kat dia sekarang. takmau cerita lebih2 nanti ada yg menuduh membuka pekung didada (bajet mcm ramai baca belog hang :D) pulak kan.

dear my beloved fren,
Nur 'Amirah binti Zainal Badri..
aku rindu hang kawan.
rindu saat kita dulu.
rindu nak mengadu domba kat hang pasai semuanya.
rindu nak SHOPPING dgn hang.
rindu nak rempit naik moto dgn hang. then kita sesat.<kami pernah naik satu moto bertiga>
rindu nak dengaq hang gelak, hang mintak pendapat aku.
rindu nak melawak dgn hang.
aku rindu semuanya tentang hang.

I WISH ONE DAY WE COULD BE FREN LIKE BEFORE. and I WILL APPRECIATE U MORE !
God willing :)

nota lutut : aku akan terus menunggu :(

Monday, 5 December 2011

zikir harian

assalamu'alaikum.
waahhh, tajuk nk jd ustazah. ahaks! heyyy3, cuma nak berkongsi nahh. x salah kot. kalau x boleh amalkan setiap masa pun xpa, tp at least kita mencuba. aku pun sdg mencuba. supaya kita sentiasa ingatkan ALLAH. salah kaa apa yg aku ckp. kan mengingati Maha Pencipta itu memang tugas wajib kita.

and im telling you what, selama ni rumah aku memang ada tampal zikir harian kat dinding cuma aku ja yg tak pernah nak ambik port. teruk kan aku? huhu. yeahh aku admit :( tapiii aku sdg cuba berubah.
ni yg memang dh lma gila dk dlm umah aku ~ huhu


bukan apa letak dua ni sebab takut x clear yg tertampal kat rumah aku tu. hey awak awak dan awak , why not kita gantikan lagu justin bieber, lagu kristal dgn zikir harian yg InshaALLAH memberi lebih byk manfaat utk kita. 
kitabiasa didedahkan dgn kata2 "yang baik untuk yg baik dan begitulah sebaliknya" . semua org pasti nak yg terbaik bukan. so kita sendiri kena jadi baik dulu. so mulakan langkah pertama anda. 

nota lutut : sy nak yg terbaik !

people do change

asssalamu'alaikum :)
people do change. am i rite? yeahh. semua perlukan perubahan. sdgkan teknologi jga berubah xkan kita sbagai sebaik2 makhluk xmau berubah? impossible ! aku mahu berubah? perubahan yg mcm ? of course laa jd lebih baik. ehh2 aku xkta dulu aku jahat even nakal skit laa and xla jgk baik benor. average laa. biasa remaja tngah nak naik. huhu
kalau dulu solat hjung2 waktu akulahh juaranya. tp skrg aku antara yg tnggu azan then terus solat (even kdg2 terbabas jgk). alhamdulillah. bkn berniat nk mnnjuk2 kelebihan kita kat org cuma nk jadikn skit iktibar dan pengajaran kat sini. iaitu bila aku dah biasakn solat awal waktu, alhamdulillah apa yg aku buat dh x sama mcm dulu. apa yg x sama. i mean time management better even sometimes i got lost. jangan nak salahkan syaitan sebab nanti kat sana dia akn persoalkan kita balik knpa kita follow ckp and pujuk rayu dia. kita kena lawan and i'm doing dat !
dulu asyik nk salahkn syaitan kalau terlalai atau ter'buat' benda jahat sikit. tp sebenarnya kalau kita can manage dat syaitan, they cant manage us actually. haa, one more thing is kalau dulu aku selalu pelik sebabnya aku solat tp still buat benda yg terlarang. cita hal someone kat someone else still benda terlarang rite even benda tu betul. see betapa sngnya kita nk jdi kwn baik itu syaitan. but now i got the answer. it was that even u r praying but lets overview ur praying. is it perfect? what i mean here is starting with ur wudhu'. dh betul ka kita pnya wudhu'? one quote here for you and me either "solat itu asas kpd pmbentukkan peribadi diri kita. if kita solat n still buat apa yang Allah larang, thats mean ada la yg tak kena dgn solat kita tu... so,jom lah same2 check balik solat kita n also cara kita berwudhu' ". copy status seorg sahabat yg dlm diam membantu prubahan aku. 

kalau dulu aku baca majalah remaja,yezz and all that. even takdak la langgan every months but still reading dat nonsense and meaningless magazines. but now, aku nak termuntah dgn hanya tengok dia punya cover page yg kdang2 entah apa2. pelik bila ramai yg jadikan artis sebagai idola. apa yg ada dgn artis yg dibanggakan sgt?? they got nothing than bad influences but not all of them laa. mostly. berpeluk sna sni tu ka yg dibanggakan?? and now i preferred to read islamic books. its all about knowing ALLAH, our creator. 
org kata bosan bca buku ilmiah yg ayatnya sangat baku. yes aku admit kdg2 bosan tp ayt yg bosan tu byk mengajar kita tentang kehidupan. mana ada benda yg indah2 belaka. tak kan ada anything semanis madu without something sepahit hempedu. am i rite? and i currently finished up this kind of book. 
you shuld try this book. contains many value. dulu aku pernah baca tp useless sebab time tu aku x betul2 hayati buku. see now im admiring this book and the author as well :)

buku ni buat aku banyak berpikir sebab mostly apa yg terkandung dlm buku ni tak straight to the point. you have to think then you got it. the way you think will make you "insaf" actually. and i feel that. by then, people do change. wlaupun tak sepenuhnya but people need some changes. for a better one, Insha-ALLAH.
"seperti itulah takdir dan kita sama sekali tidak mengetahui apa yang telah ditetapkan untuk kita pada hari esok"

nota lutut: let us pray for a better changes ! wallahhu'alam..

Sunday, 4 December 2011

benda free,semua sedap

ahaks ahaks !!
yeahhhh !!!
ok2 cool down shakirah. i'm telling you what, satu percutian (even kna dgar ceramah) yg tersangat lahh best. dimana? GLORY BEACH RESORT. dekat port dickson,negeri sembilan. tak expect langsong at first tu akan pi tempat secantik itu. mulanya geng aku lima org akan join, tp last minutes sorang tak dapat join. tapi tak apa, masalah kita tak jangka rite. even sedih tapi aku tak salahkan dia. 
let's get started with GBR. i mean glory beach resort. even the place is not kind of perfect, tp berpuas hati and thanx GOD sebab diberi peluang untuk join trip tu. bila dah sampai PD,memang kena lalu kawasan resort yg mostly sgt cantik. tp GBR tak kurang hebatnya walaupun pantainya x berapa nak bersih and takdak org mandi pun. bertolak dari kolej pukul 12pm dan sampai dekat GBR pukul dua lebih jugak laa.
ada sikit taklimat oleh penyelaras sebelum kami diberi kunci apartment. baca, APARTMENT. bukan bilik ok. satu apartment yang ada tiga bilik untuk empat orang. awesome ! memang riuh apartment tu jadinya. 
ni view kat lobi.

 lebih kurang mcm ni la view dlm apartment. x sempat nak ambik oroginal gmbaq.yg ni from Mr. GOOGLE





that's it, buktinya memang kami menginap disni :p
baru ja masuk apartment tu tak sampai berapa minit, baju si anak2 dara sudah bergantungan di setiap sudut yang ada. bilik yg asalnya cuma diletak dua katil, dpt kat kami tiga katil jadinya. ohh, memang tak boleh harap. ehh lupa nak bagitau sapa geng aku yg join dgn aku ke seminar ini. mereka adalah fina,aimi dan suha. petang tu free. hari pertama kan, time management agak teruk. turun utk dinner then naik apartment baru masing2 sibuk nak mandi n nak solat magrib lagi, terjerit terpekik terlolong panggil org macam jauh sebatu dah jadi perkara biasa bilamana kaki dijejakkan dlm apartment tu. ahaxs !
 sempat berposing sebelum turun for ceramah even dh lambat tu :D

slot pertama malam tu kami jadi antara yg lambat sampai. ahahahahh !! tp nasib baik penceramah belum sampai. sehinggakan di ugut kena berlari ke pantai dan patah balik kalau ada lg yg lmbat. great :D

sehabis saja slot tu, free time. dah boleh balik apartment n rest2. duduk depan TV layan drama yg tah apa2. bukan nak layan sgt pun, saja nak menghabiskan masa sembang2. drama yg xtau  pucuk pangkal ceritanya,tp kami boleh tergelak terbahak2. well.. ahaks !! then, pukul 12 semua dah layu bergerak masuk bilik nak tidoq. tinggal aimi ja yang baru nak solat isyak. dh disuruh solat awai2 tp dia xmau dengaq, ketegaq. then kena solat sorg2 tau pulak takut. ahahahahahh ! besoknya bangun breakfast,and ada ceramah sampai 4.30pm. petang tu kami free. jalan2 pantai.mulanya nak mandi kolam tp terpaksa batalkn sebb kolam ramai org and bercampur segala bangsa,euuwww geli plak nk berenang dlm pool tu. *errr
jadual mcm biasa,dinner then smbung lg satu slot. haa,lupa nk mentioned td yg ada seorg penceramah yg awesome. En Asmadi Bakar. ceramah dia utk 2 slot sgt meninggalkan kesan kat aku. aku yg sbelum ni tak pernah minat pun nak business2 ni tp after heard ceramah from him aku jd sgt teruja plus semangat nak build up business one day. insha-ALLAH, xdak apa yg mustahil rite? :) and you all know what, kami jumpak sharnaaz. ouh sgt hensem. alaa, yg jd hero cita ungunya cinta tu. tp yg sedihnya gmbaq ada dlm handphone kwn and lupa nak bluetooth. dia sgt sporting. tp no wonder la artis kan, mesti kna jaga reputasi dpn peminat. ahaks !
haa malamnya tu jalan2 kat pantai,rasa sangat tenang,nyaman. subhanallah. aku berdiri kat tepi pantai (even air dia kotor) and aku rasakan yg aku ada kat dlm laut yg sgt cantik. menjerit. serius hlg tension. dekat pukul 12 baru balik apartment. then bersihkan diri,solat and tidur.
1 Dec. program yg sma. bermula dgn breakfast and ending dgn tidur. tp petang tu lg sekali jln2 pantai,niat di hati nak tengok view matahari terbenam. sangat cantik. even tak sempat tnggu sebb hujan tp puas hati sgt dapat tengok real matahari yg hampir terbenam. cantik ! banyak gila gambaq yg di snap. malamnya tidur agak lambat, hampir pukul dua pagi and yang amazingnyaa aimi dah siap solat isyak ! ahahahahh. tau pun dia. makan2 megi, minum2 kopi yg rasanya sgt pelik. fun !then tidoq, NYENYAK!









byk actually gmbaq yg di snap tp x larat laa nk upload semua.<yg kononnya npk mcm candid tu lakonan semata2 ahahahh>

ouhh lupa pulak nak bagitau, aku amik satu tugas utk create lirik lagu utk majlis pnutup. actualy kena denda sebab xdpt tick. helloo, bkn aku sorg kna denda ok. ketua yg iktiraf diri sendiri is Aufa Bisyarah yg sebutan "r" nya sgt unik. oppsss !! rmai yg kena tp entah kenapa aku volunteer nak create lirik even apartment-mates aku x stuju. ktanya malas. xpa,aku buat sorg pun xpa. and that's it, DONE ! ada video sebenaqnya performance tu tp malas laa nak upload sebab rapper yg MAHAL diimport. hehe

majlis penutup today, 2 Dec 2011 mcm biasa jgk ada slot n last2 baru persembahan. tp pagi2 tu kami sempat pi mandi kolam. xdak sapa2 lagi, seronok ok ! boleh berenang sesuka hati and air dia kami yg rasmi selepas di cuci mlmnya dgn bahan chemical apa tah. ahaks ! then naik siap2 utk turun ke bilik ceramah.

terasa sgt bangga bila org nyanyi lagu yg aku cipta. rentaknya memg sedia ada cuma liriknya aku gubah. baca, aku gubah. ada part rapping lagu tu, and rapper nya kawan kami rashid seorg budak surau. awesome! dia sahut cabaran even jenuh jugak la nak pujuk dia. sebbnya dia salah sorg dr dua org budk laki yg kena denda. katanya first time dia nyanyi rap. bhahahahahh !!nak xnak terpaksa la kn.xkan pmpuan plak nk jd rapper. x salah tp *err

my future company,one day. doakan ! :)
 









 yg kiri itu rapper kami ,Rashid :) ~ yg kanannya comel + hensem (??) tu Aufa nmanya, mereka berdua disenangi semua org



itulah antara beberapa gambaq yg di snap. byk lagi, tp x mampu nk upload semua, mau meletop lappy ni. haha
 
memg dpt tepukan gemuruh. habis ja persembahan tu, the end of the program.
lunch then bertolak balik dlm keadaan hujan lebat. tidoq ja dalam bus sebab penat sgt. fina turun kat melaka central then terus ambik tiket utk balik batu pahat. berpisah kat situ.aku pun turun MC tp utk balik rumah aimi. suha keseorangan balik kolej. berpisah. malamnya jam 9.30pm aku bertolak balik penang. walaupun sedih tp happy. home sweet home. yaabedaabeduuuu !!! =)

nota lutut: merancang sesuatu yg berfaedah utk cuti semester kali ni :)