Assalamu'alaikum! Selamat pagi yang dah bangun. Hehe.
Alhamdulillah. Masih dipinjamkan nyawa.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menaip.
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk membaca blog keyra. Hihi
05 April 2015
Hari Ahad baru ni, keyra selamat pergi balik Langkawi dengan Ain. Seriously very short and shock vacation. Walaupun keadaannya agak huru-hara, tapi puas hati daku. hehe. Keyra takmau cita perjalanan kitorang sepanjang di Langkawi. Kalau nak tau jugak, boleh baca kat sini --> blog ain
Keyra nak bagi tips bagi yang nak buat kerja gila, short and shock vacation yang keyra dah buat dengan BFF keyra si Ain ni, here some tips for you... syaratnya tips keyra ni mesti guna kalau korang bercadang nk bercuti sehari sahaja ke pulau. Ke tempat yang ada pantai, laut. Tau? hehe
1. Sila bawa sepersalinan pakaian, luar dan dalam ya! Tak mungkin kan kalau bercuti ke pulau dan tak mandi laut. Dah sah-sah tarikan utama pulau is laut dia yang cantik tu. Keyra dengan Ain salah percaturan, pi Langkawi sehelai sepinggang. Sampai-sampai kat Pantai Chenang, hang tengok aku, aku tengok hang.. Mashaa Allah jatuh hati betul dengan air laut yang jernih, pasir pantai yang putih dan lembut. Hati terus tergoda nak berendam..!! Huwaaa baju apa pun tak bawak.. hmmm dah terpaksa keluar duit beli pakaian untuk mandi T__T
2. Survey siap-siap transport kat sana. Part ni wajib buat tau supaya senang nak tawar menawar harga yang depa letak nanti. Takda la kita kena tipu buta-buta gitu ja. Macam baru-baru ni memang Ain dah survey siap-siap harga sewa motor. Kalau ambil kat jeti RM45. Cari punya cari, selisih dengan sorang abang ni. At first dia kata sewa sehari RM60. Hmmm nasib baik Ain dah siap survey. Sembang pi sembang mai, kami dapat sewa RM40. Alhamdulillah! (atau nak lagi selamat, google dan booking siap-siap. kami pi gamble ja, semua pun buat keputusan on the spot hehe)
3. Jangan malu bertanya. Yang ni actually nak kemana sekalipun especially tempat yang kita tak biasa sampai, sila rajin bertanya. Kalau sesat nanti rugi masa, rugi minyak. Hahaha. Macam keyra dengan ain, public toilet kat mana pun kami tanya orang. LOL
4. Bawa bekal makanan atau at least jajan. Hmm keyra rasa memang kena standby roti ka, jajan apa-apa la yang ringan-ringan dan senang bawa. Bukan apa, biasa makanan kalau kat pulau ni mahal sangat. Dah tu tak sedap mana. Hari tu very-late-breakfast dengan Ain nasi campur ayam goreng dengan kuah tomyam sikit, dah kena RM11 tau. Nak buat guane dah perut lapar takkan nak makan angin ja kan, kena makan nasi jugak. Sobbss
5. Pakai kasut yang fleksible. Yang ni paling penting. Jangan nak pakai kasut shopping mall sangat. Hahaha Alhamdulillah baru ni keyra pakai crocs memang kena la dengan situasi nak main air ni. Crocs basah pun kita takkan rasa rimas kan. Ain pakai flat shoes, bila basah aigooogogo rimas la kakinya.. Melecet! Tapi takmau la pakai selipar, dah basah camana nak pakai stoking kan. At least crocs tak pakai stoking pun kaki still bertutup :")
___________________________________________________
Hmm keyra rasa itu dulu kot buat masa ni. Nanti kalau ada tips lagi keyra share dengan korang ek. Jom kita Subuh dulu jom. Till we meet again people! Bye #muahciked

Much Love,
Keyra
Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714