Monday 30 March 2015

Penting Beli Dengan Penjual Yang Berilmu dan Bertanggungjawab

Assalamu'alaikum! Hai korang :")
Lately ni suka betul sebut 'korang'.hehe
Tapi I still orang Penang pure   punya tau..hihi


Semalam ada sorang kawan keyra cerita, dia ada minum satu jenama Tea ni, untuk kurus la. Fungsi teh tu sama dengan fungsi HerbLax which is akan buat kita rasa nak buang air besar. Kalau HerbLax biasa akan ambil masa 9 ke 12 jam baru datang rasa nak membuang tu sebab dia bertindak dengan badan kita slowly and effectively :p


Tapi teh yang kawan keyra minum ni, dalam 3 ke 4 jam datang dah rasa nak membuang tu.


Biasanya kalau korang beli HerbLax daripada keyra, keyra akan pesan siap-siap kat korang yang HerbLax ni jangan ambil setiap hari. Sila ambil selang 3-4 hari. Sebab apa? Fungsi HerbLax senang cerita akan paksa perut kita usus kita untuk proses makanan dan buang segera. Maksudnya akan buat kita rasa nak terberak laa..!! LOL

.

Nak dijadikan cerita kawan keyra ni dia minum teh yang sama fungsinya dengan HerbLax ni setiap hari. Even masa perut kosong pun. Sebab dia tak gemuk cuma perut agak buncit. SALAH SATU PUNCA PERUT BUNCIT IALAH JARANG BUANG AIR BESAR.


Alololo..comey sangat ni. Baby kalau buat gitu harus
lahh comel kan. Kalau kita. Ouchhh! Hahaha



Dah hampir sebulan kot dia minum teh tu, tiba-tiba turun darah. Keluar darah bukan darah haid. Keluar darah dan rasa pedih di sekitar kawasan kemaluan dia. Allah. takut sungguh keyra dengar cerita dia. Sampai kena pi klinik ambil ubat untuk hentikan darah. Tapi still pedih dia kata. Nak duduk pun susah T_T



Okay, masalah sekarang bukan keyra nak cerita salah teh tu, tapi SALAH SI PENJUAL TEH. Berdosa awak tak jalankan tangungjawab awak terhadap customer awak. Ya Allah, sungguh keyra sedih dengan sikap sesetengah peniaga ni. Jangan la sekadar menjual nak dapat untung ja kawan.


Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab awak tu, customer awak yang jadi mangsa tau. Geram betul keyra rasa. Kemon la, untung awak tu tak kemana kalau customer tak puas hati dengan service awak.

Dan jangan awak tak tahu, disebabkan sikap awak yang tidak bertanggungjawab tu sesetengah customer ni akan terus salahkan produk yang diambil. Padahal cara makan dia salah. Kenapa? Sebab awak la kawan, tak ajar customer awak cara makan yang betul..!!



Customer kita tanggungjawab kita. Pesan keyra pada customers keyra, kalau keyra terlupa nak guide cara makan supplement SILA CARI KEYRA DENGAN SEGERA.

Awak customer keyra, awak tanggungjawab keyra :")



Till then people, till we meet again. #muahciked LOL



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Sunday 29 March 2015

Tips Sebelum Make-Up

Amboi-amboi, sejak bila pulak keyra pandai duk contiang-contiang muka ni. Hihihi. Haa tu laa, ingat keyra ni tak reti sangat ka. memang tak reti pun :p


Keyra nak bagi tips make-up yang paling best. Paling senang. Paling syiokkk semestinya. Hihi

Keyra suka jugak tengok tutorial make-up kat youtube. Sukaa tengok depa make up simple, soft yet cantik sangat. Tapi keyra tak suka tengok orang make-up tebal-tebal sampai nak bercakap pun jenuh pedo. Haa orang utara ja tau pedo tu apa :p


I suka betul tengok citer barbie ni. Hehe. Oh yaa, keyra suka betul make-up
yang soft and pinky. Hihi


Okay, tips yang pertama tiga bulan sebelum make-up sila amalkan vitamin C. Mana nak cari vitamin C yang paling best, paling selamat, paling berpatutan harganya?
Soalan yang bagus. Jom tiru macam keyra, telan vitamin C kegemaran keyra. Sustained Release Vita-C Plus..! See, namanya dah vouge. Kan? Hehe


Tahu tak pengambilan vitamin C setiap hari sangat penting sebab badan kita tak dapat hasilkan sendiri vitamin C macam arnab. Dan kita sendiri pun tak boleh jamin kan vitamin C intake kita setiap hari cukup dengan yang badan kita perlukan.
Vitamin C bukan untuk kulit ja, untuk sistem imun badan kita juga. Untuk pastikan kesihatan kita ditahap terbaik. Kan mencegah lebih baik daripada mengubati :)



Tips kedua, sila minum ESP setiap pagi. Yang ni dijamin dapat kulit yang halus mulus, bersih senang nak calit-calit conteng-conteng muka kita. Sebab apa? Sebab fungsi ESP itu sendiri sebagai 'alat binaan' sel kulit, Kalau buat rumah kita guna batu bata, nak cantikkan kulit kita perlukan protein. Mana nak dapat protein terbaik yang bersih dan selamat? Hehehe


Sapa yang dapatkan ESP daripada keyra, akan dapat tips rahsia secara ekstra. Tips yang tak semua orang boleh tau.
Tips ketiga dan terakhir, sila cuci muka dengan pencuci muka NutriWhite yang sangat-sangat best ni. Sapa yang ada masalah kulit muka berminyak macam keyra, hmmm memang keyra galakkan sangat guna pencuci muka NutriWhite ni. Betul-betul berkesan. Dua minggu ja boleh rasa berkurang kulit muka berminyak!


Kita selalu kongsi sesuatu yang ada kaitan dengan diri kita kan. So keyra akan terus share tips untuk korang yang ada masalah kulit muka berminyak, just like me. Tak syok kan bila muka berminyak ni. Tak selesa, malu!


Okaylah, till then people. Nanti keyra share 'tips sebelum, semasa dan selepas make-up' lagi ya..!!


Jumpa lagi, babai..!! #muahciked :p



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Friday 27 March 2015

NutriWhite Shaklee | Gentle Deep Foaming Cleanser | Pencuci Muka

Assalamu'alaikum! Hai~



Malam ni hati tak tenteram memikirkan closing esok. Ini semua salah gst la ni. Hahaha! Dah March pun jadi macam Februari kena closing 28hb. Hmmm hmmm


Disebabkan hati tak berapa nak tenang, maka terberanak laa satu entri malam ni. Hehehe. Daripada duk melayan hati gelisah, baik keyra share kebaikan pencuci muka kegemaran keyra ni dengan korang kan. Keyra nak semuaa pun guna pencuci muka yang paling best di alam semesta ni. Muehehehe :p


Hmmm keyra dulu pun tak pernah stick dengan satu pencuci muka. Macam-macam jenama dah keyra guna. Sebab keyra ada masalah kulit muka berminyak yang amat kronik! Sampai keyra pernah menangis sebab dah buntu sangat taktau nak beli jenama apa dah. Kulit muka berminyak makin teruk. Hmmm :'(



Tapiii sekarang good babai kulit muka berminyak!hehe. Sejak keyra guna pencuci muka NutriWhite ni Alhamdulillah memang perubahan ketara. Keyra guna hampir dua bulan dah, nak kata muka keyra dah tak berminyak lansung tidak la sebab kita ni memang asal-asal ada masalah kulit muka berminyak yang kritikal kan!


Sejak keyra mula konsisten minum ESP dan telan Vita-C setiap hari tanpa gagal, keyra rasa sayang pulak kalau keyra masih guna pencuci muka yang ada bahan kimia. Dari dalam dah jaga elok dengan supplement semulajadi kenapa tak protect dari luar dengan pencuci yang semulajadi jugak. Keyra pun godeh-godeh produk skincare Shaklee. At first keyra cuba pencuci muka Enfuselle, best kulit jadi lembut sangat tapi masalah kulit muka berminyak keyra tak berkurang pun.



Keyra stop. Dipendekkan cerita keyra cuba NutriWhite pulak and wow sangat baru hampir dua bulan guna memang puas hati dengan perubahan yang kulit wajah keyra dapat. Walaupun masalah kulit muka berminyak belum seratus peratus hilang tapi hampir sangat. Lepas cuci ja kulit muka jadi lembut, licin ja pegang. Hihi. Rasa macam nak tonyoh pencuci muka ni satu badan! Gagagaga~ over hang keyra :p




Jenis keyra ni bila keyra suka sesuatu keyra akan study pasal benda tu sampai ke lubang cacing. Hahaha! Keyra pun study la pasal pencuci muka NutriWhite ni sampailah keyra dapat tau rupanya KULIT MUKA BERMINYAK SESUAI GUNA PENCUCI MUKA YANG BERBUIH.

Ohh I see, patut la guna pencuci muka Enfuselle tak jalan sebab dia dalam bentuk gel dan takda buih. Pencuci muka NutriWhite ni picit sikit ja, pusing-pusing kat tapak tangan dah banyak buih.


Tahan berapa lama? Lama sangat ni. Boleh tahan hampir 6 ke 8 bulan tau. Sebab saiz tube dia yang agak besar nak banding pencuci muka yang biasa. Masa keyra dapat dulu pun terkizuttt kite sebab saiz dia gedabak. Dan jimat sebab picit sikit ja dah berbuih banyak! hehe


Harga pencuci muka NutriWhite ni tak mahal la sebab saiz dia dah la besar, jimat pulak tu. 


Kenapa pencuci muka ni tak wangi? Yang wangi tu datang daripada bahan kimia. Tapi bau pencuci muka NutriWhite ni pun not bad la, sedap bau dia macam nak jilat-jilat. kekeke~ Nak kata bau susu tak jugak, yang pasti bau dia soft ja. hehehe



Okaylah, senang cerita sapa yang ada masalah kulit muka berminyak yang ketara macam keyra, kena cepat-cepat grab pencuci muka yang vouge ni! Tinggalkan laa pencuci muka yang duk menipu tu. Penuh bahan kimia! hmmpphh..!!


No keyra ada dimana-mana. hahaha. Kalau nak pencuci muka yang best ni dengan harga yang best jugak, cepat-cepat whatsapp atau sms keyra k.
Till then people, good night. Sleep tight. Sweet dream :)



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Sunday 22 March 2015

Update Blog Pakai Phone Jer

Assalamu'alaikum! Hai. Selamat petang isnin! Hehe

Very short update ja ni. Nak share dengan korang maybe ada yang taktau lagi kan. BLOG BOLEH UPDATE PAKAI PHONE JE.. Syaratnya mesti smart phone la. LOL

Yeke boleh? Yup-yup boleh. Tapi boleh post entry ja la. Nak change background ka apa surely tak boleh la kan. Eh ke phone keyra sorang ja yang tak boleh? Hahaha

Mana nak dapat aplikasi untuk post entry blog by phone? Mano lagi, play store la. Ngeh ngeh~ kat situ kan macam-macam hado. Hahak!


Ok lah, till we meet again people! Babai.. #muahhciked :p


Tuesday 17 March 2015

Ubah Kebiasaan

Assalamu'alaikum! Ohh hello everyone~ hi!
Kekeke.. manyak metoi nk kena jawab kan. LOL



Tengah buat apa tu? Malam ni TV ada cerita apa yang best ek? Keyra ni kureng sikit layan TV, nak-nak pulak dram melayu. Sooo cannot go lahh. Hahak!



Hmmm tajuk kat atas tu bunyi macam nak serius dah kan. Okay-okay, serious please...

.

Biasa kalau bangun pagi-pagi lepas Subuh korang buat apa? What! Tidur balik..?? Hmmm.. Jom ubah kebiasaan nak? Lepas Subuh kita mengaji, baca quran sampai hilang suara. Pernah rasa tak nikmat baca quran lepas Subuh sampai hilang suara? Subhanallah, sepanjang hari tu akan rasa apa yang kita buat smooth ja. Tak percaya? Cuba dulu~



Rugi tau siapa yang tidur balik lepas Subuh, rezeki tak masuk.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan."
-Riwayat al-Tabrani dalam al-Awsath-



Masyaa Allah, hikmah Allah tu terlalu banyak, terlalu luas.
Masa awal-awal keyra kerja dulu, keyra kena masuk shift 7pagi sampai 3petang. So bila dah kena masuk kerja awal pagi macam tu memang takdak peluang la nak tidur lepas Subuh kan. Dah lama-lama dalam 5 bulan macam tu, tiba-tiba kena tukar ke normal shift which is masuk 9pagi. Tapi sebab keyra dah terbiasa tak tidur balik lepas Subuh even hari cuti pun, walau masuk kerja pukul 9pagi keyra takkan tidur balik lepas Subuh. Alhamdulillah istiqomah sampai sekarang dah nak masuk 2 tahun kerja kat situ. Bukan nak mendabik dada, tapi kalau kita dah biasa buat sesuatu benda tu akan jadi mudah In shaa Allah :)





Malam pulak, lepas layan drama yang drama sangat tu korang terus tidur kaaaaaaaa? Eh, tak la maksud keyra mestilah solat Isyak dulu then tidur kan. Apa kata lepas ni sebelum tidur kita tambah sikit. Kita CUCI MUKA DENGAN NUTRIWHITE dulu. Eh, gurau-gurau! Melawak sikit pun tak boleh :p


Hmmm apa kata lepas ni kita sama-sama baca al-Mulk sebelum kita tidur. Jomlah sama-sama, nak? Antara kelebihan amalkan al-Mulk sebelum tidur dapat lindungi kita daripada siksa kubur.


Dari Jabir bin Abdullah, berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk."
-Riwayat Ahmad Tarmidzi-



Tak dapat baca dua-dua kita mulakan satu dulu. Kita mulakan dengan al-Mulk ja dulu. Al-Mulk baru 30ayat ja. Tak sampai 20minit pun baca. Selalu baca silap-silap boleh hafal.

Surah as-Sajdah pun 30ayat ja. Panjang sikit ja sebab dia 3muka surat penuh tapi al-Mulk 2 setengah muka surat ja. Tak kisah mana-mana satu, dua-dua pun sunnah kan :)



Tapi kena ingat, "Allah lebih suka amalan yang sedikit tapi berterusan berbanding amalan yang banyak tapi culas"


Siapa sekali tengok ja dapat baca, dia 'terer' !! Hehe



Hmmm.. mati tu pasti. Jom layan al-Mulk dulu jom. Mata ngantuk dah ni. Babai. Selamat malam kesayangan keyra semua. Semoga kita berjiran di syurga nanti, aminnn :)



Jangan lupa cuci muka dengan Nutriwhite ni tau!
EH, ini bukan iklan berbayar tau :p LOL





Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Saturday 14 March 2015

Vitamin C dan Udang Boleh Bawa Maut?

Assalamu'alaikum. Ohh hello! Morning ~

.

Ingat lagi tak semalam kat IG keyra ada share yang keyra ambil dua biji vitamin C sebelum tidur. Apa? Korang tak tau dan tak follow lagi keyra punya IG. Tak boleh jadi ni, macam mana boleh tak follow lagi. Kekeke~ ok perasan retis sangat kan. Ada yang nak follow, ni IG keyra_jk

.


Hmmm, berbalik pada cerita semalam. Keyra telan vitamin C dalam pukul sepuluh gitu sebelum keyra tidur. Lepas tu baru teringat, lepas solat Maghrib keyra makan mee sanggul yang ada udang as my dinner.

Ohh Mai Gaddd..!! Keyra macam pernah terbaca tau makan vitamin C selepas makan udang boleh membawa maut..!! Astagfirullah hal 'azim... Seriously memang takut sungguh semalam. Sebab seingat keyra ada orang kata la kalau kita makan vitamin C lepas makan udang hidung dan mata kita akan keluar darah.


.

Kebetulan keyra memang tengah on laptop waktu tu, laju ja keyra google pasal benda ni. Ok rasa nak menjerit sebab weyy aku tertipu..!! hahaha
Bayangkan macam mana perasaan takut bila kita tau yang kita akan mati. Hampess betul orang yang pernah bagitau keyra bahawasanya makan vitamin C selepas makan udang boleh bawa maut.



Sebenarnya tidak sama sekali. Tidak ada fakta yang kata makan vitamin C selepas makan udang boleh bawa maut. Bila keyra fikir-fikir balik, eh kan makanan kegemaran keyra tomyam dan masakan pertama yang keyra tahu masak is exactly tomyam.


Keyra oi, takkan lupa kot dalam tomyam ada udang dan perahan air limau. Hok alohh, kan limau tu sendiri kandungan vitamin C dia tinggi. Kalau kata makan vitamin C lepas makan udang boleh bawa maut, ini keyra selalu makan sekali udang dan vitamin C dalam tomyam, lama dah keyra arwah. Bukan keyra sorang, satu Malaysia ni setiap hari pun ada orang makan tomyam kan. Hmmmm tak terkira laa berapa orang yang mati akibat daripada makan vitamin C dengan udang. Sigh~



.


Kononnya vitamin C bila bertemu dengan udang akan menghasilkan unsur-unsur bukan toksik ke arsenik. Tahu tak apa itu arsenik? Kalau bahasa mudah arsenik ni racun la. Yang selalu ada dalam racun tikus tu. Sebab tu arsenik boleh bawa kematian. Uihhh, bukan main keyra cakap pasal istilah sains. Ehh hello dulu I budak Science Stream okehh. Wakakaka~ budak Science Stream celup,. dah naik kolej tetiba ambil perakaunan. Dah tu perakaunan perform lebih lagi daripada science stream. Lalalala~ kesan ikut kawan. Hmmm


Cr: Blog Dr Zubaidi

Keyra kalau ada masalah kesihatan yang keyra tak faham dan tak berapa yakin, memang keyra banyak refer blog Dr Zubaidi. Baru yakin sebab blog seorang doktor kan, hehe



Tapi kena ingat ye, macam yang Dr Zubaidi kata TIDAK ADA FAKTA MAKAN VITAMIN C BERSAMA UDANG BOLEH BAWA MAUT.



Pheww, legaa..!!


Till then people, babai #muahciked LOL



Food Lover,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Thursday 12 March 2015

Diet Dengan Mee Segera ???

Ohh Hello! Selamat pagi gojes mojes semua. Pagi lagi ke? Hikhok. Sarapan apa pagi ni? What..!!? Maggi? Hey, jangan cakap awak breakfast maggi pagi ni sebab awak on diet.. pi tampar pipi sendiri dgn kadar segera!

.

Hmmm..kesalahan besar tau awak kalau awak DIET DENGAN MEE SEGERA ni. Kesalahan yang sangat-sangat besar. Satu sebabnya, mee segera ni lansung tak membantu menurunkan berat badan malahan menambahkan lagi berat badan kita. Dah tu, terlalu banyak bahaya yang ada pada mee segera ni tau.

# BERAT BADAN BERLEBIHAN
  -Macam yang keyra cakap tadi, mee segera ni lansung tak membantu menurunkan berat badan sebab dalam mee segera tu terkandung jumlah lemak dan natrium yang sangat tinggi.

  -Penuh karbohidrat, tapi tak ada vitamin, serat & mineral. Bila diet selalu nak elak makan nasi sebab tinggi karbo, tapi makan maggi as breakfast, lunch, dinner. Poodaahhh!

  -Lambat hadam. Tau tak walau selepas dua jam kita makan mee segera, keadaan mee segera tu masih seperti asal waktu kita memakannya. Sekurang-kurangnya mee segera ambil masa 4-5 hari untuk dihadam tapi belum sepenuhnya. Hai, kalau lambat hadam mana la badan tak naik bagai dipam-pam kan!

# RISIKO KANSER
  -Dalam mee segera tu ada satu bahan namanya strofoam, yang mana boleh bawak kanser!

# PENYERAPAN NUTRIEN
  -Menghalang penyerapan nutrien terutamanya bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. So jangan sesekali cuba nak bagi anak, adik, anak sedara yang 5 tahun ke bawah makan maggi

Ada tau sesetengah ibubapa bagi anak kecil dia makan maggi masa budak tu demam tak lalu makan..kononnya dengan alasan maggi ja budak tu boleh telan. Macam yang orang tua pun sama kan. Bila demam tekak pahit ja cari maggi! Sigh~

.

So kesimpulan dia bukan waktu nak berdiet ja elak makan maggi, tapi waktu hari-hari biasa pun sepatutnya elak makan mee segera tu. Makan setahun sekali should be okay kot.



Tau tak mee segera ni juga tak bagus untuk otak? Satu kajian telah dilakukan di Kanada, mendapati makanan ringan yang mengandungi lebihan lemak merosakkan daya konsentrasi dan ingatan.


Nahh, kan keyra dah bagitau tadi kandungan lemak dalam mee segera sangat tinggi..!!


Ingat lagi waktu keyra belajar dulu, tengah-tengah malam bila study ja kalau tiba-tiba perut rasa lapar, terus rendam.maggi sebungkus, done!


Hmmm..patutlah tak dapat sambung belajar ke UK. Hahaha. Alasan baik punyo! Padahal dua orang roomates keyra sekarang belajar kat sana. Elok ja dulu makan maggi jugak tengah-tengah malam. Sigh~ kekeke

.

Lepas ni takmau dah tau diet dengan maggi. Kita diet dengan Shakle ja boleh, lagi selamat..!! Nak ke nak? Hehehe
Okaylah, semoga bermanfaat! Babai



Much Love,
Keyra
Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714

Tuesday 10 March 2015

Bila Kita Suka Apa Yang Kita Buat

Teringat malam semalam keyra duk berbalas whatsapp dengan sorang kawan terlebih baik terlebih rapat keyra ni. Tiba-tiba dia tanya keyra tengah bt apa. Hahaha. Sweet kan dia? Dah macam orang bercinta. Keh keh

.

Keyra waktu tu tengah tengok TV sambil layan customer. So keyra bagitau la dia apa yang keyra tengah buat. Dia kata dia jeles! Hahaha. Sebab dia tengah tengok TV ja tapi tak ada layan customer I mean   layan whatsapp, layan pm kat FB.

Katanya dia dalam proses nak set up bisnes wide shawl, halfmoon. Keyra tau jauh di sudut hati dia dah jatuh cinta nak buat Shaklee tu, tapi takpa la bagi peluang kat dia nak buat apa yang dia suka tu dulu walau dia perlukan modal yang lebih tinggi daripada daftar ahli Shaklee. Hehehe!


.

Berbalik pada tajuk entri keyra pagi ni, BILA KITA SUKA APA YANG KITA BUAT. Yes. you got it right? Itulah yang keyra alami sekarang.


Malam semalam keyra balik kerja agak lambat berbanding selalu. Biasanya sebelum Maghrib dah ada kat rumah, malam semalam sebabkan banyak sangat claim yang pending, terpaksa stay office siapkan separuh. Balik rumah dah hampir pukul sepuluh. Dengan hujan lagi, walau tak basah lencun tapi boleh tahan jugak la basahnya.


Seriously badan letih sangat, otak pun letih. Sampai ja rumah terus mandi solat Isyak. Duduk-duduk sat kat ruang tamu sambil sembang-sembang dengan mak. Tengok handphone eh ada customer hantar whatsapp, pm kat FB. Otak yang letih macam baru lepas cas, badan yang penat yang tiba-tiba jadi segar. Ya Allah, how I really love doing that.


Layan punya layan depa punya soalan, tengok jam almost pukul 12 tengah malam baru mata ni lelap. Padahal masa balik keja tu letih tersangat dah. Hahaha
.

Bukan keyra tak suka dengan kerja keyra sekarang, cuma keyra jenis yang cepat bosan buat kerja yang sama ja. Ini pun keyra dah cipta sejarah dalam hidup keyra boleh kerja kat tempat yang sama lebih setahun. Hahaha. Tapi buat Shaklee tak bosan pun. Sebab apa? Sebab KEYRA SUKA APA YANG KEYRA BUAT. That's it!


.

Masalahnya bukan kerja, tapi keyra tak suka buat sesuatu yang pergerakan kita terhad, masa kita terhad, kebebasan kita terhad. How I hate that! Hahaha. Takpa, I'm now struggling very hard for this coming June. Watchaaa!! Kekeke~

.


Keyra percaya ramai kawan-kawan keyra pun sama macam keyra. I want financial freedom! I want time freedom! Bukan senang untuk senang. Grandnanny Shaklee keyra selalu pesan "FOR THINGS TO CHANGE, YOU HAVE TO CHANGE FIRST"



Betul sangat-sangat. Kita ni kadang-kadang nak macam-macam tapi benda yang sama jugak kita buat hari-hari. Keluar daripada zon selesa kalau nak berjaya..!! Berani sahut cabaran?


New cycle 2015/2016 akan ku buat yang terbaik! Yeahhh



Babai.



With Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Monday 9 March 2015

Ubah Kebiasaan

Bismillahhirahmanirrahim.

Selamat pagi cun! Haha


Eh happy satu macam ja keyra pagi ni kan.. Ahaa, pagi-pagi mestilah happy. Takkan pagi-pagi lagi ada yg dah moody kot.. hehe. Ohh ni mesti tak amalkan Vita-C Shaklee ni, itu yang virus ceria tak dapat nak aktif dalam badan. Hehehe

.

Minggu lepas keyra kena kerja straight tujuh hari. Isnin sampai Ahad. Bawak ke minggu ni. Yes sebagai manusia biasa mesti badan akan rasa penat, otak akan rasa letih kan. Alhamdulillah dengan bantuan Vita-C Shaklee tambah dengan ESP walau penat mana pun tak pernah lagi sampai pengsan! Haha

.

Nak dijadikan cerita semalam balik kerja agak lewat sebab banyak kerja pending. Hampir pukul 10 malam baru sampai rumah. Mandi, rehat-rehat sat sembang dengan mak, tangan tak lepas dengan phone duk melayan customer dan bakal anak Shaklee sambil layan Laksamana DoReMi. Pukul 11 lebih baru masuk bilik tidur. Tak lupa sebelum tidur keyra telan dua biji Sustained Release Vita-C Shaklee. Sustained Release tu maksudnya dia akan lepaskan secara berperingkat, so takkan membazir gitu ja Vita-C yang kita telan. Hehe

Dua biji ja setiap hari. Senang ka senang nak cantik? Hehe



Masa duk bergolek-golek tu pasang niat siap dah, ESOK LEPAS SUBUH NAK TIDUR BALIK. Hahaha,. Buruk kan perangai.


Tapi Alhamdulillah, mungkin sebab dah terbiasa sangat dah lepas Subuh tak tidur balik so tadi nak tidur balik pun serba salah jadinya. Tu yang sampai boleh terberanak satu entri pagi ni. Hehhh

Kenapa nak tidur balik lepas Subuh kalau dah tau cuma akan menyekat rezeki daripada datang kepada kita kan?

.

Hmmm..mesti ada yang duk pikir keyra ni sebenarnya nak cita apa. Apa yang dia cuba sampaikan? Hahaha


Keyra nak share dengan korang BILA KITA BIASA BUAT SESUATU, KONSISTEN @ ISTIQOMAH, KITA AKAN RASA TAK CUKUP BILA DALAM SEHARI TU KITA TAK BUAT. Kan? Setuju..

.

Macam keyra dah terbiasa sejak habis belajar kalau tak silap, BIASA TAK TIDUR BALIK LEPAS SUBUH so bila datang niat nak tidur balik lepas Subuh tu tinggal sekadar niat. Hahaha. Walau badan sebenarnya letih sangat, tapi tak lalu nak tidur balik. Bukan nak kata keyra bagus sangat, cuma keyra nak cakap kat sini bila dah terbiasa kan. Lagipun kan TIDUR SELEPAS SUBUH AKAN TUTUP PINTU REZEKI KITA. Jom sama-sama berubah jom. Hehehe


Sama jugak dengan pengambilan Vita-C kegemaran keyra tu. Disebabkan dah terbiasa ambil dan telan dua biji setiap hari, bila tak makan sehari rasa lain. Sebab tu keyra akan bawa Vita-C keyra kemana ja keyra pi.




.
So jom semua kita niat nak buat yang baik-baik ja. Yang mendatangkan kebaikan kepada kita dan pada semua orang. 




Till then people, jom mandi pi kerja! (sabaq keyra, sampai bulan 6 ja..aminn)




With Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Thursday 5 March 2015

Tips Kulit Putih Halus Gebu

Assalamu'alaikum.. Hai, hello everyone!

Officemate keyra tengok gambar ni,
sukar untuk dia mempercayai yang keyra konon nampak
innocent sangat kat office tu boleh ambik gambar
cenggini. haha. Nightmare~


.

Tahu kan bulan ni Shaklee buat promo untuk yang nak kulit dia bertambah PUTIH, yang nak kulit dia HALUS, yang nak kulit dia GEBU..

So keyra pun memang dalam proses nak dapat ketiga-tiga jenis kulit macam keyra cakap kat atas tu, pulun ni sebab ada sesuatu menanti hujung tahun ni.


Sebelum keyra share tips yang keyra ada, percaya dak kalau keyra kata NAK KULIT CANTIK LEBIH MUDAH DARIPADA NAK BENTUK BADAN CANTIK?

Muahahaha. Ini ayat daripada seorang yang sangat fail dalam bab berdiet. Phewww~
Tapi kalau bab jaga kulit memang rajin bebenor dia nak tempek masker segala. Vita C yang awesome tak pernah fail dia telan, ESP yang sedap tu rajin ja dia shake siap bancuh buat masker lagi.


Nak buat macam mana, nafsu makan mudah goyah. Kekeke~(alasan orang nafsu makan power haha)


.

So bulan ni kita fokus kulit cantik dulu ek.. Nak ke nak? Mestilah nakkkk.. Sapa yang takmau kulit dia cantik kan. Dah putih, kita kasikk dia jadi halus gebu pulak dehhh..hehe
Syiokkk oo bila kita dapat kulit macam yang kita nak kan. Kena rajin, kena sabar, dan JANGAN BERKIRA. Untuk diri sendiri pun berkira pi main jauh-jauh. hahaha


.

Keyra ada banyak tipss nak bagi kat korang. In shaa Allah nanti keyra kongsikan ek. Hehe. Saja ja takmau bagitau sekarang. Ini teaser namanya. kikiki~


Stay tune~



With Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp/call)

Keyra dan Kulit Muka Berminyak

Amboi title entry gedik sangat bunyi tu kan. hahaha. Biar gedik sekarang jangan gedik nanti. Aik? Macam takdak kaitan ja. Kekeke


.


Like this? Do you mean oily like this??? Hmmm...
Eh of course ni bukan keyra :p


Siapa ada masalah kulit muka berminyak? Tension kan.. sampaikan kadang-kadang tu baru ja lepas cuci muka sejam dua macam tu, muka dah mula berminyak.


Macam keyra sendiri memang ada masalah kulit muka berminyak yang kronik sebelum ni. Sampaikan ada satu hari tu, masa study kat Melaka, ada sorang lecturer ni mungkin dia melawak la kot. Dia tanya keyra dulu masa kecik-kecik pernah curi-curi makan tak masa bulan puasa. Keyra macam terkedu sat laa sebab pernah buat kan. Hahaha. So nak create ayat selamat la kononnya dalam kepala ni.


Tiba-tiba dengar suara dia I mean lecturer keyra ni la, suara separuh berbisik la "takkan curi makan lagi kot kat muka sendiri boleh goreng ikan." Allah ja tau what I feel that time. Malu jangan cakap la. Sakit hati. Nak marah lecturer kan. Kang tak pasal-pasal failed subject dia. Kah kah! Tapi tak dapat A pun, dapat B ja kot tak silap keyra. Kesan simpan sakit hati kat pensyarah sendiri, padan muka. Pheww~

.


Start pada tu, macam-macam pencuci muka keyra cuba. Yang murah sampailah yang mahal. Garnier, Syahirah, Love & Lovely, Safi. Jenama yang tak pernah keluar TV pun banyakkkk sangat yang keyra cuba, tapi masalah kulit muka berminyak tak juga berkurang. Adakala makin teruk..!!


Sampai satu tahap keyra terus stop daripada guna apa-apa pencuci muka sekalipun. Keyra cuma bergantung dengan dengan supplement Shaklee Vita-C Plus, Vitamin E Complex dan ESP. Subhanallah, memang la muka keyra tak bertukar jadi ratu cantik dunia tapi Alhamdulillah masalah jerawat seriously ghaibbb terus..!! Jerawat kecik-kecik tu biasa la kadang naik jugak kat muka, effect perubahan hormon kan.


.


Tapi jenis keyra tak puas la kalau tak cuci muka dengan something. Rasa macam ada cement kat muka ni. Betulll... Tak puas rasa muka. Tapi dalam masa yang sama takut dah nak cuba apa-apa pencuci muka pun.


Satu hari keyra tengok Master Nana selalu share pasal pencuci muka Nutriwhite, pehhh tergoda hati I tau. hahaha. Terus keyra rembat satu. Nak cuba rasa sendiri apa yang master nana duk heboh sangat kat IG dia, FB dia. Nampak macam best ja kan. Kui kui kui


Allahhu Allah, master nana tak gebang rupanya. Keyra baru pakai pencuci muka tu seminggu lebih, masalah kulit muka berminyak memang kurang sangat-sangat. Almost lapan puluh peratus dah kurang.


Bila kita ada certain masalah, percaya tak keyra jenis yang akan google punca masalah, macamana nak atasi cara tradisional ka cara moden ka.. Rajin laa daku menggoogle kan.. hahaha


Muka kita kulit kita kan, siapa lagi yang nak rajin tolong jaga kalau bukan kita sendiri. Google punya google macam-macam la yang kita akan jumpa kan. Dah namanya google kan. Study pasal kulit muka berminyak sampai muntah la. hahaha!


.


Cara yang mudah, tiru ja macam keyra. Senang sangat la. Setiap pagi lepas sarapan telan ja dua biji SR Vita-C Plus Shaklee. Then cuci muka at least tiga kali sehari dengan Nutriwhite Gentle deep Foam Cleanser. Uihhh best tau pencuci muka Nutriwhite yang keyra duk guna ni. Sampaikan ada sorang customer keyra dah jatuh cinta dengan Shaklee gara-gara konsisten cuci muka dengan Nutriwhite Cleanser tu. Eh ini bukan over claimed tau sayang. Keyra dalam proses nak register dia jadi ahli. Jatuh cinta sampai terus nak jadi ahli katanya. Hehehe



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp/call)

Wednesday 4 March 2015

Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Assalamu'alaikum.. Hai!


.


Korang makan apa malam ni? Keyra makan "tempek nyiuq". Hehehe. Nama komersial dia "peknga" ataupun lempeng kelapa kot. Kot laa.. hahaha

Gambaq fresh dari kuali ni. Sodappp~



Sedap oii makan panas-panas. Cicah pulak dengan gulai ikan. Terangkat wehh.. hahaha
Eh eh bukan nak cerita pasal tempek nyiuq tu, ni keyra nak cerita pasal "how to get a free shaklee's membership" 

Ewahhh poyo ja bunyinya kan. Padahal sebenarnya nak bagitau macam mana kita boleh jadi ahli Shaklee secara percuma ja pun.
Haaa??? Boleh ka jadi ahli Shaklee free-free macam tu ja?

Sebab boleh la keyra cakap ni. Memang boleh jadi ahli Shaklee secara percuma. Caranya mudah ja, beli produk Shaklee sehingga melayakkan kita dapat keahlian percuma. Bagaimana?

.

Beli mana-mana produk Shaklee sampai dapat 200uv atau bernilai RM700 ke atas. Layak la dapat keahlian percuma.
Bukan setakat dapat free membership ja tau, dapat free shaklee kit, dapat lagi cash rebate. Sudah la dapat produk Shaklee yang kita nak, macam-macam pulak Shaklee bagi free. Wow sangat kan..!!




Tu gambar atas tu, keyra baru ja selesai daftarkan sorang ahli shaklee secara percuma. Dia nak borong sebelum GST, siap-siap beli set kurus Omega dengan Cinch sampai bulan enam nanti.


Nampak tak yang keyra bulat yang tak berapa nak bulat warna merah tu, FOC Shaklee kit. Hmmm kalau jadi ahli dengan bayaran RM65 tu untuk dapat Shaklee kit tu la. Bukannya kita bayar buta-buta gitu ja tak dapat apa-apa tau. Hehehe


Terpaksa mintak Shaklee pos ke rumah keyra dulu la since tempat kawan keyra belajar ni tak terima barang dari courier.
Takpa, macam mana pun dia dah rasmi jadi anak Shaklee keyra. Walau dia jadi ahli untuk makan sendiri ja, untung tau. Tak perlu nak renew apa-apa. Dah la free jadi ahli, sepanjang hidup tak perlu nak renew apa-apa pulak tu. Baiknya laa Shaklee ni. Hehe


Nak jugak jadi ahli Shaklee? Ada dua pilihan. Percuma atau hanya bayar RM65 ja..


Jom jadi ahli Shaklee dengan keyra jom. Nombor keyra adaa dimana-mana, tinggal nak mesej atau whatsapp ja. Nak sembang-sembang dengan keyra pun tak ada masalah . Hehehe. Babai! Jumpa lagi esok, In shaa Allah :)



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp/call)