Sunday, 15 June 2014

Beza Vitamin Semulajadi dan Sintetik

 Anyeong! Hehe. Oppsss. Assalamu'alaikum!
Beberapa hari lepas kan daku dah janji nak share dan explain apa perbezaan vitamin sintetik dan bukan sintetik.




Vitamin Semulajadi (Organik)
Vitamin Sintetik (Tiruan)
Penghasilan
      +   Dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi.
      -  Dihasilkan daripada manipulasi bahan kimia - ciri-ciri yang seakan sama dgn bahan yang terdapat di dalam vitamin semulajadi. 

Keserasian
      +  Dihasilkan daripada makanan-makanan seharian, jadi lebih serasi dgn tubuh badan.

      -  Formula yg sama, tapi penghasilannya bukan daripada sumber makanan.
Harga
      +  Kebiasaannya lebih mahal kerana dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi & perlukan kos yg tinggi utk menghasilkan & menjaga keasliannya.

*Vitamin Shaklee walaupun mahal, tapi sebotol utk berbulan-bulan. Cth promo bulan ni Vitamin E Complex, sebotol harga promo RM128 utk 4 bulan. Sebulan RM32. Mahal sangat ka? =)

      -  Biasanya murah. Sebab bahan ciplak kan. Bahan tiruan kan =)
Kesan Pada Tubuh
      +  Bahan semulajadi, kandungan vitamin yg pelbagai.
      +  Sebab vitamin tidak boleh bekerja sendiri, kadar penyerapan sangat rendah.
      +  Cth:- Vitalea Iron Complex Shaklee, antara kandungannya iron & vitamin C. Kenapa? Sebab iron perlukan vitamin C utk penyerapan yg lebih baik.

      -  Datang secara solo. Sebab tu harga dia pun murah kot sebab kandungan dan khasiat yg sedikit. Hihi
Kesan Jangka Panjang
      +  Selamat.
      +  Tiada kesan sampingan kerana sifat dan kandungannya yg semulajadi.
      -  Bahan kimia kan, for sure akan ada kesan sampingan.

·         * Cth:- Ada yg ambil ubat kurus sampai kena sawan tu apa cita? Masuk paper tau. Tu salah satu bukti vitamin sintetik la tu. Hihi

Label
      +  Sumber asli seperti yis, ikan, tumbuh-tumbuhan, sitrus.
      -  Akhiran “-ide” atau “-ate”.
      -  Permulaan “dl”
      * Cth:- Acetate, Palmitate , Dl-alpha Tocopherol.


See, tak susah pun nak kenalpasti vitamin atau supplement yang kita ambil setiap hari tu yang asli atau sintetik. Untuk apa makan supplement yang kesan cepat tapi tidak kekal. Pulak tu dapat kesan sampingan yang cuma akan menyusahkan diri kita sendiri. No no no!!! Takmau main makan ja vitamin sebarangan, sayang badan kita tau. Kelak kita juga yang susah, JANGAN ambil vitamin yang akan memudaratkan kita.


Jom jom kita ubah dari sintetik kepada organik. Cadangan saya? Tentunya Shaklee. Supplement semulajadi untuk semua peringkat umur.

#GoGreenGoShaklee
#HelpOthersToHelpOthers


Lots of LOVE,
Keyra_JK


Jemput LIKE FB Page kite. Hiks! Thanks tau...

Friday, 13 June 2014

Apa pun jadi, wajib POSITIF :)

Hari ni, pagi tadi. Aku jadi sangat stress. Aku rasa nak menjerit. Aku rasa nak mengamuk. Terlalu penat sampai aku jadi stress. Sampai ja kat tempat keja, sambil berjalan dari tempat parking nak ke office aku sempat selak-selak FB. Eh, baca pulak status org yg penuh dengan ayat-ayat negative. Makanya, aku punya mind set nak bad mood hari ni. Takmau bercakap sepatah pun. Takmau bercakap dengan sapa-sapa pun.

Bila dah terlalu lama senyap dengan muka ketat segala, aku terfikir. Apa masalah aku sampaikan nak bad mood seharian? Sapa yang rugi? Aku sendiri. Yess! Aku yang rugi. Aku yang letih. Letih dengan rasa nak marah. Letih dengan rasa tertekan.

Okay, ambil masa dua tiga minit muhasabah. Change mood. Positive! Yeaahhhh!!


Ya Allah, betullah. Bila mood dah berubah. Aura positive dah masuk, terus otak jadi cergas. Sempat aku buat plan untuk Shaklee kesayangan daku. Siap buat dalam bentuk jadual. Padahal masa tengah stress tu orang tanya pun hati aku rasa nak marah. Cuma tak marah la kat mulut kan.. Hmmmmpphh!

Shuuuuhhhhh!! Shuuhhhh!! Nyah kau negative thoughts! Pi main jauh-jauh!

Bila dah aura positive penuh dalam otak, buat kerja pun smooth ja. Alhamdulillah! Apa yang datang pun semuanya baik-baik belaka. Tenang rasa. Alhamdulillah :)


Nampak tak perbezaan bila aura positive atau aura negative yang masuk dalam otak kita? Sapa yang pernah rasa memang akan paham beza dia. Sungguh, sangat penting aura positive dan negative ni.

Because......

Sekian, short and quick sharing untuk malam ni. Moga ada pengajaran yang boleh diambil. Keep calm and think positively my dear :)


Lots of LOVE,
Keyra_JK

Jemput LIKE FB Page kite. Hiks! Thanks tau...


Wednesday, 11 June 2014

Apa Itu Vitamin Sintetik?

Kita kena paham maksud sintetik tu dulu sebelum kita conclude apa-apa. Apakah maksud sintetik?

Bahasa mudahnya sintetik bermaksud tiruan. Hampir sama dengan yang asli sampaikan kadang-kadang yang sintetik nampak lebih baik dan menarik, hakikatnya tetap yang sintetik itu tidak elok. Mungkin ada yang ditambah atau dikurangkan. Haa, paham dak lagi maksud sintetik?

Apakah vitamin sintetik?
Vitamin yang mungkin hampir sama dari segi fungsinya dengan vitamin asli tapi dipanggil vitamin sintetik. Kenapa? Sebab vitamin sintetik bahan yang digunakan sudah tidak asli. Bahan yang digunakan sudah dicampur dengan bahan kimia dengan banyak tujuan. Antaranya:-
  1. Supaya Vitamin tersebut tahan lebih lama.
  2. Supaya kesan daripada pengambilan Vitamin tersebut lebih cepat.
  3. Supaya tempoh penghasilan Vitamin tersebut
    dapat dikurangkan.
Sebab itulah sampai boleh terjadinya kejadian seperti yang disiarkan dalam surat khabar tu. "Kena sawan sebab ambil ubat untuk kurus".

Takmau la mentioned jenama apa, tapi akibatnya besar kalau kita dengan berani ambil vitamin sintetik. Seriously! Jom kita ubah. Shaklee terjamin bukan sintetik. Apa buktinya? Akan saya share dalam entri yang akan datang In Shaa Allah.

#HelpOthersToHelpOthers
#GoGreenGoShaklee
#VitaminOrganik

Lots of LOVE,
Keyra

Jemput LIKE FB Page kite. Hiks! Thanks tau...

Tuesday, 10 June 2014

Mee Hailam Chef Keyra :D

Sejak dua menjak ni mood memasak semacam ja. Rancak ja Google segala macam resepi. Semua resepi baru yang aku tak pernah buat pulak tu. Hahaha! Hebat mung Keyra...

Minggu lepas masak Mee Hailam satu kuali besaq. Ni satu benda yang paling tak menahan, dah la first time masak. Sekali sekuali besaq aku belasah. Hahaha! Over confident tu kadang-kadang penting tau. Hiks! :D

Don't do this at home! Hahaha

Eh, dalam pada aku over confident. Masak first time sekali banyak macam tu pun Alhamdulillah not bad rasa dia. Even takdak la dapat pujian kan, tapi kalau dah tak kena kritik tu kira pass la kan. Kira sedap la. Hehehe. Bukan nak bangga, tapi meh sini nak share satu tips. Hehehe. In shaa Allah ;)

Sebelum share tips meh nak share resepi Mee Hailam yang tak seberapa ni. Hihihi

Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning (make sure cari yang halal ya)
  • 1/4 daging ayam (dipotong dadu, tapi jangan terlalu kecil)
  • 10 ekor Udang @ sotong (nak dua-dua pun boleh)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kering kisar (ikut suka, nak pedas boleh ja letak lebih)
  • 1/2 batang lobak
  • 1/2 kubis bunga
  • daun sup & daun bawang (untuk bagi wangi ja function dia)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan 1/2 gelas air
Cara-cara
  1. Rebus ayam sehingga empuk.
  2. Tumis bawang putih & merah sehingga wangi, then masukkan cili kering kisar, goreng sampai pecah minyak.
  3. Then, masukkan ayam, udang & sotong. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau sebati.
  5. Kalau kering sangat, boleh masukkan air rebusan ayam tadi sebagai kuah. 1/2 cawan sudah mencukupi.
  6. Then masukkan sayur. Kacau rata.
  7. Bila sayur dah agak masak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  8. Sedia untuk dihidang. 
Tadaaa... Ini dia rupa Mee Hailam masakan daku. Hehehe
  Alhamdulillah, dah siap Mee Hailam kita. Hehehe. Senang ja kan. Maap la kalau bahasa yang aku guna tu bukan bahasa untuk tulis resepi. Kekeke. Tak biasa la tulis-tulis resepi ni.
Tipsnya apa? Takdak apa yang menarik pun, sebelum masak opkos kena bismillah. Tips tambahan bacalah ayat kursi. Masa memasak pulak, keep selawat. Dalam hati kena yakin apa yang kita masak mesti sedap. Haa, percaya sebelum berjaya gitu.. Kikiki :D
Psstt.. Jangan rasa masakan banyak-banyak kali sangat, nanti hilang keyakinan yang masakan kita tu sedap. Betul, tak tipu! Dah siap masak, baru rasa. Jangan pulak seminit sekali masak. Uihhh, melampau namanya tu. Hihihi

nota kuku: Lepas makan terus telan Lecithin tiga biji, emulsify fat dari Mee Hailam yang 
                  dilahap bermangkuk-mangkuk tu. Hahaha!

Selamat mencuba. Good Luck!
Lots of LOVE,
Keyra

Jemput LIKE FB Page kite. Hiks! Thanks tau...

Saturday, 7 June 2014

Rajinnya Hang Semayang


 Tiba-tiba teringat satu conversation daku dengan kawan-kawan masa sekolah menengah. Biasanya lepas habis waktu sekolah pukul 2 petang tu kami akan Zohor siap-siap kat sekolah sebelum balik rumah.

Ada la satu hari ni, seorang kawan datang pada kami. "Rajinnya ampa semayang". Dia kata kat kami dengan muka ala-ala sedih gitu. Aku pun dengan innocent dan tanpa rasa bersalahnya kata kat dia, "Eh, semayang ni kan wajib buat. Bukan kira rajin tak rajin. Heee"

Terus muka dia berubah. Lepas dia keluaq dari Surau, aku tanya la kawan aku samada aku ada cakap salah ka. Dia kata betul la apa yang aku cakap tu. Hahaha! Dua-dua pun takdak sensitivity waktu tu... Maap kawan!

Sekarang ni baru aku sedar, ada betulnya ayat "rajinnya ampa semayang" tu. Sebab kadang-kadang aku sendiri nak semayang kena tunggu mood datang. Huwaaaa! Sangat tidak senonoh. Jarang la jadi gitu tapi pernah la jadi masalahnya. Alhamdulillah semayang tetap semayang walau kadang-kadang bukan on time. Huhuhu!!


So solution nya sekarang ni, kena tanamkan azam yang kuat dalam hati ni nak semayang awal waktu. Bukan setakat berazam ja, kena buat betul-betul apa yang diazamkan tu. Good luck Keyra!

"Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab Allah di akhirat nanti... Jika solat seseorang itu baik, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya."



Lots of Love,
Keyra

Jemput LIKE FB page kite. Hiks! Thanks tau...


Thursday, 5 June 2014

Penguin jalan terkedek-kedek

Assalamu'alaikum!Alhamdulillah, bulan lepas pi melancong dengan dua orang sahabat ke Kutub Utara, Tangkap penguin, balik nak bela. Nanti tak payah susah-susah orang Malaysia nakpi Kutub Utara dah. Panda tak sempat tangkap! Eh?? Ok merepek. Hahaha

Apa benda entah aku ni, mukadimah nak merepek meraban. Dah lama sangat tak menaip gini la jadinya.

Ke Langkawi kita baru-baru ni bulan lepas. Disebabkan laptop dan internet buat perangai serentak, tergendala cerita percutian tiga hari dua malam yang sangat memenatkan awesome ! Sepanjang tiga hari dua malam di langkawi campur dengan sehari semalam di penang, aku seorang sahaja yang DRIVE. Padahal mereka-mereka yang ikut bersama dengan daku di Langkawi dan Penang (Ain , Fina , Suha) semua ada lesen! Alasan depa tak berani nak drive sebab dah lama tak drive. Grrrrr!!! Hahaha. Marah betul aku.

Okay lupakan ja la pasal penat nak mampuih teramat kena drive tu. Nak cerita pasal langkawi ni. Personally bagi aku Langkawi sangat best untuk jadi tempat melancong. Tempat menghabiskan duit! Hahaha. No wonder la Langkawi waktu bila pun penuh ja dengan manusia. Hmmmm.. Tapiiiii,,, jangan pi Langkawi time cuti sekolah ka, public holiday ka. Time apa-apa cuti la. Semua benda jadi mahal belaka! Macam kami la pi time public holiday. Pehhhhh, nak makan pun serba salah sebab mahal gila! Tapi makan tetap makan... Wakakaka.

Tempat Penginapan

Kami punya penginapan sepanjang tiga hari dua malam di Langkawi adalah Dream Garden Resort. Tempat dia Masyaa Allah cantik sangat! Namanya dah ala-ala secret garden gitu. Tapi tempat dia agak terpencil dan agak jauh dari pekan/bandarnya laa. Untuk pasangan-pasangan baru kahwin yang nak honeymoon sangat sesuai la dengan penginapan ni. Tenang gitu.. Nak buat apa pun rasa best ja. Hahaha. Haippp! Hang pikiaq apa haaa...! Kekeke~ Kenapa kami bertiga pilih tempat ni? Sebab cantik la opkos. Harga dia pun okay la sebab kami pi time peak season kan. Jom layan gambaq Dream Garden Resort yang sangat cantik dan comel ni. Rumah kecik kami bak kata aku~ Kekeke


Nak tunjuk keta jugak, tapi nampak sikit ja kepala dia. Jadi la tu ek? Hahaha


Kami ambik yang untuk tiga orang. Ni gambaq sebelum diubahsuai. Kakaka!

Kat depan bilik tu dia letak kerusi rotan, tempat ala-ala untuk beristirehat gitu! Tapi dah seharian jalan takdak maknanya nak istirehat bagai kat situ. Hahaha! *Sila abaikan model tak berapa nak model yang tak bertauliah tu. Dia single lagi! Haha Motip?

Kereta Sewa

Kereta sewa time peak season ni sangatlah mahal harganya! Seriously!! Asalnya nak sewa Myvi sebab sehari dalam RM50 - RM60 ja. Bila kena dengan harga public holiday ni sehari jadi sampai RM80 - RM90. Pehhhh, cancel! Makanya kami pun ambik la Viva ja sebab tu ja yang tinggal. Dengan harga RM70 sehari. Nasib baik dapat yang Auto sebab kami demand nak yang auto, kalau manual maybe murah sikit kot. Tapi kalau ambik manual, mau berdarah kaki tangan aku nak drive. Hahaha! Campuq dengan sesat, minyak nak habis cari pam minyak malam-malam hari tak jumpak. Kenangan maneh semua tu.. Hmmphhh!!

Tempat Lawatan

Haaa, inilah ceritanya yang boleh jumpak Little Penguin. Hihihi~

Cable Car
 Seawal sesudah Subuh jam 8pagi tak silap aku kami gerak ke Cable Car. Jalan nak ke cable car tu Masyaa-Allah!! Berbukit bukau dan bengkang bengkok. Memang extreme gila ah! Disebabkan kami keluar tersangat awal makanya tempat parking pun kosong lagi. Time ni la nak buat "teror" reverse parking. Itupun berapa kali masuk keluaq balik! Hahaha.

Tapi yang sangat menyedihkan adalah station yang paling atas yang ada jambatan panjang tu depa tutup. Renovation katanya! Isshh, sakit hati betul. Lain kali nak renovate jangan la buat time public holiday yang memang sah-sah ramai orang nak datang. Apa daa... Dah la cable car tu salah satu tarikan Langkawi. Hmmmpphhh!
Can you see at the back there? Wuuu,,, kita nak naik atas tu la! Heee~
Yang ni la orang panggil original monopod! Hahaha

Asalnya kami bertiga ja satu Cable Car tu, tiba-tiba ada sorang mamat ni nak naik dengan kami. Takkan nak cakap tak boleh pulak kan sebab sepatutnya satu Cable Car tu untuk 6 orang. Layankan jaa. So jadi mangsa capture gambaq kami la. Wakakaka!

Turun bawah, jumpak hero dengan heroin drama Korea WINTER SONATA. Pehhh, rasa macam magik pulak bila turun-turun ja terus sampai Korea! Kekeke~


 Tangan Ain la ni tangkap gambaq, tak centre lansung. Takdak seni. Huh!



Underwater World (Aquaria)
Yeaahhh! Little penguin were here.. Rezeki kami agaknya waktu kami masuk tu adalah waktu depa buat demostrasi bagi makan penguin. Subhanallah! Sangat comel penguin-penguin tu semua. Laju pulak tu depa berenang. Selalu dapat tengok dalam TV ja kat Kutub Utara sana nun ada banyak penguin. Dapat tengok dengan mata kepala sendiri I was like " Eh aku kat kutub utara ka ni" . Wakakaka~

Ada banyak lagi la Hidupan Laut yang lain. Banyak yang aku tak pernah tengok. Dapat tengok jerung. Pari. Nemo. Heeee~ Layan gambar la ek? Ek ek ek~~~




Nampak tak penguin tu ?? Haaa,, aku sangat excited nampak penguin-penguin tu semua. Comel sangat-sangat. Rasa macam nak lompat-lompat bila nampak ja penguin tu! *Ok, over!

Crocodile Farm
Best sebenarnya masuk sini, tengok buaya yang Masyaa Allah sangat besaq dan sangat banyak. Tapi apakan daya sekeping gambaq pun takdak. Hahaha! Sebab cuaca yg sangat panaih, mood nak bergambaq pun takdak. Padahal aku excited ja tengok buaya-buaya yang sangat besaq! Siap bayangkan kalau laa aku jatuh dalam tasik yang penuh dengan buaya-buaya gergasi ni, apa aku akan buat??!! Hahaha. Merepek sangat!

Tanjung Rhu
Pantai yang sangat-sangat cantik. Subhanallah! Plan asalnya nak mandi laut. Tapi kita kan hanya merancang, Allah jua yang tentukan :) Tak jadi mandi, bergambaq sakan la jawabnya! Hahaha *Please scroll down for more beautiful picture* Sambil kelip-kelip mata tayang gigi. Kakakaka!

Nindiaaaa dua makhluk kesayangan yg kaki selfiaq! Hahaha
Depa dua kena paksa jadi model aku! :D

Pekan Kuah
Takmau cita banyak pasai pekan kuah sebab teringat Cadburry! Huwaaaa... Layan gambaq malam sikit la. Ngeeee~




Banyak lagi gambaq, banyak sangat-sangat. Memang aku sengaja tunjuk sikit ja. Yang lain eksklusif. Hehehe. Kalau tanya pendapat aku tentang Langkawi, not bad la. Banyak lagi sebenarnya tempat menarik lain. Tak sempat nak pi semua. Maybe next time? No no no... No more next time! Hahaha. Serik dah tunggu turn nak naik ferry, dalam ferry. Pehhhhh!! Tu ja yang spoilt sikit, lain-lain semua okay ja. Ok la, babai!

Nota kuku: Lain hari saya cerita pasal jalan-jalan di Penang pulak ya! ;)


Lots of Love,
Keyra


Jemput LIKE FB page kite. Hiks! ;) Thanks.