Saturday 24 December 2016

6 Tips Kecutkan Jerawat

Musuh utama orang perempuan ni satu je, yakni jerawat. Kalau naik seketul kat muka, besar pulak tu, siap dengan pakej bernanah. Memang boleh moody sepanjang hari. Tak percaya? Try me 😂


Kalau yang tak sakit takpa, ni berdenyut-denyut wehh.. besar kalah bisul! Kau rasa?

Antara punca jerawat naik boleh jadi sebab hormon tak stabil, makan makanan berminyak secara berlebihan, terdedah dengan habuk & debu, stress & sebagainya.

Jadi hari ni Inshaa Allah saya nak share sedikit tips untuk kecutkan jerawat dengan cepat, mudah & tanpa meninggalkan parut. Jangan picit ye jerawat tu, kalau picit confirm tinggal lopak di muka!

#1 Ubat Gigi

Petua ni rasanya semua orang dah familiar. Picit sikit ubat gigi tu, tak kisah la jenama apa pun, sapu kat jerawat. Saya dah cuba buat, bertambah berdenyut-denyut jadinya.

Adik saya buat memang jerawat kecut. Tapi kena tahan sikit la berdenyut tu hehe


#2 Bawang Putih

Ambil seulas bawang putih (buang kulit), potong & sapu pada jerawat. Kalau rajin boleh tumbuk, kemudian sapu pada jerawat. Bawang putih ni antibiotik semulajadi.


Cuma yang tak berapa best, pedih sikit la bila sapu bawang putih. Siapa yang tak tahan, akan rasa panas sikit. Tapi Inshaa Allah jerawat boleh kecut.


#3 Madu

Campurkan dua sudu madu dengan sedikit serbuk kayu manis. Ambil je kulit kayu manis kat dapur tu, tumbuk sampai jadi serbuk. Kemudian campurkan dengan madu & sapukan pada jerawat.


Biarkan 5-10 minit, kemudian cuci dengan air suam.

Madu ni bersifat antibakteria & boleh menarik keluar kotoran pada jerawat.


#4 Cream Herbal Blend

Tips yang paling keyra suka buat setiap kali jerawat naik dimuka. Picit sikit krim ni, kemudian sapu je kat jerawat tu. Inshaa Allah, memang berkesan untuk kecutkan jerawat & dijamin selamat dan mesra alam. Hehehe



Banyak sebenarnya fungsi krim ni.

Antaranya melembutkan tapak kaki, eczema, kembung perut bayi, luka cepat kering & sebagainya.

Harga satu tiub tak sampai pun RM30 (tidak termasuk postage). Multifunction pulak tu. Memang jimat & sangat berbaloi!

Setiap keluarga mesti ada sekurang-kurangnya satu.


#5 Vitamin C

Ada dua cara untuk kecutkan jerawat dengan vitamin C ni. Samada makan, ataupun boleh buat sebagai masker.


Caranya mudah je, tumbuk vitamin C ni, kemudian bancuh dengan sedikit air & sapulah pada jerawat. Inshaa Allah, cepat je jerawat kecut.

Sejuk tau masker vitamin C ni!


#6 Scrub Alfalfa

Rendam je 2 biji Alfalfa, biasanya 15minit dah larut. Bila dah larut tu boleh terus sapu pada jerawat. Biar sampai kering, kemudian cuci bersih.


Sedap tau bau scrub ni, kulit muka pun rasa sejuk je. Tapi scrub ni kurang sesuai untuk yang ada masalah jerawat hidup, yang bernanah atau berdarah!


Kalau ada yang berminat nak cuba krim, masker vitamin C atau scrub Alfalfa ni, boleh terus whatsapp keyra yer!

Keyra +6012-5687714

Selamat mencuba! 😉

Sunday 13 November 2016

Peluang Jana DUIT POKET

Lately ni, ramai student yang datang bertanya pasal projek The Walking Beauty atau singkatannya TWB. Nak mencari duit poket kata mereka sebab elaun/pinjaman yang mereka dapat kadang-kadang nak bayar yuran pun tak lepas. Belum termasuk nak beli buku, nak makan, transport nak ke kelas etc.

Keyra pernah jadi seorang student, Inshaa Allah keyra faham situasi mereka. Nak-nak dengan ekonomi sekarang, lagilah mencengkam! Nak minta duit pada mak ayah di kampung, tak tergamak rasanya. Keyra sendiri pernah berlapar seharian sampai rasa nak pitam sebab menunggu duit elaun masuk keesokkan harinya. Dengan keluarga jauh di utara, keyra seorang diri di selatan. Dramatik sangat. Hahaha. That's why keyra kata I can feel them! Huhu

Menteri pasola kata, student kalau nak jimat jangan makan diluar. Masak sendiri! Sama je kos masak sendiri dengan makan diluar rasanya. Minyak pun dah naik sekarang ni pak menteri oi! Tang mana yang jimatnya lagi???

Oklah, nak marahkan menteri pasola pun tak guna juga sebab kita ni rakyat marhain cuma. Jadi, kita cubalah sedaya upaya untuk meningkatkan ekonomi hidup kita. Nak pergi buat kerja untuk dapatkan duit poket? Banyak cabarannya. Takut ganggu pelajaran dek nak penuhi masa bekerja yang terikat & tetap tu.

Jadi, projek The Walking Beauty direka khas untuk pelajar IPTA/IPTS yang sedang mencari duit poket dengan cara yang tidak mengganggu waktu belajar! Menarik kan?


Ok, mari kita baca apa yang membezakan projek SPA daripada TWB dengan yang lain.

✔ projek SPA tanpa kedai
✔ waktu kerja yang fleksibel
✔ memerlukan sedikit MODAL, tapi memberi KEUNTUNGAN berlipat ganda dalam masa yang singkat
✔ risiko yang sangat minima
✔ perniagaan yang mudah kerana melibatkan penjagaan diri orang perempuan
✔ peluang untuk melancong ke luar negara setiap tahun
✔ peluang untuk belajar jana lebih dari satu jenis income


Kerana projek ini direka khas untuk orang wanita, terutamanya para student. Kami menyediakan pakej belajar SPA khas untuk student! Harga pakej daripada RM750 kini hanya RM399! Istimewa untuk anda semua pelajar IPTA/IPTS.


Antara persoalan daripada mereka yang berminat untuk sertai kami.

1) Apa yang kami dapat daripada yuran yang dibayar?

☑ Produk Spa
☑ Training One-To-One
☑ Module Spa
☑ Support Group

2) Risiko daripada bisnes Mobile Spa ini?

☑ Bisnes spa yang mana berkait rapat dengan penjagaan diri seorang wanita. Jangan risau, wanita & kecantikan tidak dapat dipisahkan. Bermakna, bisnes spa bukan bisnes bermusim sebab tidak ada wanita yang tidak suka menjaga kecantikan diri.
☑ Modal yang sangat rendah, tetapi pulangan sangat tinggi & laju! Pakar pengkaji perniagaan menyarankan bagi mereka yang baru pertama kali memulakan bisnes, MESTI memilih bisnes yang maksimum modal dibawah RM2000. Dengan TWB? Maksimum modal RM750 sahaja.

3) Produk apa yang digunakan untuk SPA? Adakah ianya selamat & sesuai dengan semua orang?



☑ Kami menggunakan rangkaian produk penjagaan muka daripada Shaklee.
☑ Nutriwhite Shaklee memang direka khas untuk kulit orang Asia.
☑ Bahannya semulajadi daripada buah berry yang diambil daripada 16 buah negara seperti Jepun, US dan sebagainya.
☑ Terbukti 100% bebas bahan kimia.


Inshaa Allah, dalam entri seterusnya saya akan kongsikan testimoni daripada sebahagian beautician dibawah projek The Walking Beauty yang sudah berjaya! Berjaya dapat income yang tinggi walau hanya buat part time hujung minggu, berjaya bawa mama nya ke luar negara melalui projek ini, dan ada yang berjaya berhenti kerja dengan selesa!

Anda berminat dan ada persoalan yang belum jelas? Kemukakan persoalan anda dibawah ni yer..

Atau boleh terus whatsapp saya untuk respon yang lebih cepat!


Keyra 012-5687714
Ahli TWB yang sah!

Thursday 13 October 2016

Pengalaman Kulit Hitam Melegam

Siapa yang kenal keyra sejak daripada zaman sekolah, mesti tau betapa hitamnya si Nurul Shakirah ni. Macam-macam gelaran yang keyra pernah dapat. Biasalah budak-budak sekolah, budak lelaki terutamanya suka gelar kawan dengan panggilan yang mengaibkan.

Salah satu gelaran yang keyra tak boleh lupa, depa pernah cakap keyra ni hitam sebab ayah keyra nama abu bakar. Jahat kan depa? Masa tu punya marah, sampai bergaduh la. Haha sama-sama tak matang. Nak tengok tak gambar keyra masa sekolah?

Tadaaa!! T.T
kalau keyra tak bulatkan pun hampa boleh agak
kan keyra yang mana satu 😭

Ni masa diploma, dah guna macam-
macam jenis pencuci muka pun
masih sama.

Ain kalau tengok gambar ni mesti stress haha!

Jujurnya, tak banyak gambar keyra masa sekolah. Yela, malu nak bergambar! Orang lain elok je cerah, tiba-tiba kita sorang gelap gelita. Rasa macam, why me?? Haha

Lepas tu masa sekolah pulak memang pakai tudung putih ja, maka terserlah hebat kehitaman seketul keyra haha. Masa tu pulak mana pandai nak matching colour tudung dengan warna kulit, aku main hentam ja.

Masa diploma banyak juga gambar, tapi taktau pi mana habis. Sampai keyra habis diploma masih berperang dengan masalah kulit hitam tau.

Sampailah masa intern, tak ingat dah apa punca, keyra terbeli ESP dengan kakak si Aimi, Kak Ainul aka Master Ainul. Haha terrrbeli tau. Beli tanpa niat orang kata. Hang paksa aku eh aimi?? Haha kononnya dengan tujuan nak kurus. Tapi, sikit pun tak berjaya kurus masa tu haha. Tetap keyra teruskan juga minum ESP, dan akan repeat order bila habis. Gigih kan walaupun tak kurus kurus? Yela, makan tak jaga. Minum ESP satu tong sehari pun tak jadi jugak!

Gambar ni betul betul lepas intern,
lepas hantar report, kami jalan jalan
ke pantai timur. Ada nampak macam
muka keyra cerohh sikit dop? Haha
lepas amalkan ESP la ni 😋

Sebenarnya keyra tak pernah perasan pun yang kulit keyra semakin cerah. Sampailah satu hari, seorang junior sekolah merangkap anak shaklee keyra whatsapp bagitau kak keyra dia ni nampak lain sangat. Keyra buat endah tak endah ja sebab rasa macam sama ja haha.

Lepas tu nak jadi cerita, kawan sekolah hantar gambar masa sekolah kat group whatsapp. Maka terkejut beruk la si keyra ni, tak sangka dia sehitam itu masa sekolah. Haha tak sedar diri namanya. Gambar yang paling atas tu la.



Nahh! Gambar terkini 2016. Alhamdulillah.

Yela, mungkin belum putih melepak. Tak mungkin kan akan putih melepak dalam masa yang singkat je sebab keyra amalkan produk semulajadi tanpa chemical sedangkan dah hitam melegam lebih 20 tahun! Tapi takpa, orang kata biar lambat asal selamat :')

Percayalah tiada yang mustahil. Kalau anda rasa anda takda harapan untuk dapat kulit yang putih, flawless macam orang lain, anda silap! Semua orang ada harapan. Macam keyra sendiri. Tak sangka keyra boleh jadi semakin cerah. Alhamdulillah, asbab vitamin Shaklee.

Antara produk Shaklee yang keyra amalkan.

1) ESP - untuk mencerahkan kulit & membaiki masalah parut berlubang di wajah.

2) Vitamin C - mengurangkan masalah jerawat & resdung yang akan mengakibatkan kulit kusam.

3) Nutriwhite Cleanser - pencuci muka yang bebas paraben. Mencuci dengan begitu lembut sekali. Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit terutamanya jenis kulit muka berminyak.

4) Nutriwhite Makeup Remover - membersihkan wajah sehingga ke liang pori. Menanggalkan sel kulit mati secara lembut & selamat supaya muka kelihatan lebih bersih, lembut & licin.


Sekiranya anda yang sedang membaca ini mempunyai masalah yang sama dengan keyra & rasa benar benar perlukan pertolongan keyra, jangan segan untuk whatsapp keyra ok?

Ni nombor keyra >> 012-5687714

Atau boleh pm keyra di FB >> Nurul Shakirah

Terima kasih sudi baca sampai habis perkongsian yang tak seberapa ni. Jumpa lagi di entri akan datang.

Monday 10 October 2016

Set Resdung Shaklee

Tahukah anda, resdung jika tidak dirawat boleh membawa maut! Ya, resdung jika dibiarkan boleh menyumbang kepada barah atau jangkitan otak.

Korang nak ke resdung korang
 makin teruk sampai kena buat pembedahan??

Kebiasaannya, mereka yang lebih banyak terdedah dengan persekitaran yang kurang bersih ataupun mempunyai kulit yang sensitif lebih kerap diserang resdung. Antara symptoms resdung seperti kerap resdung di waktu pagi dan sebagainya. Boleh baca sini antara simptom lain yang kerap berlaku.

Inshaa Allah, hari ini keyra nak kongsi dengan anda semua Set Resdung Shaklee yang keyra sendiri amalkan dan Alhamdulillah berkesan mengurangkan resdung!


1) Vitamin C


✔ berfungsi sebagai antioksidan dalam meningkatkan antibodi & sistem ketahanan badan (imun).
✔ mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh & luka di badan.
✔ mengelakkan masalah kulit seperti jerawat & kusam akibat daripada resdung.


2) Alfalfa Complex


✔ mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung
✔ kaya dengan sumber klorofil yang membantu mengurangkan allergy & gatal
✔ melawan alahan seperti hidung sensitif, kerap bersin & selsema


3) B Complex


✔ kandungan B6 yang terdapat di dalam B Complex penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat & membantu pengeluaran antibodi badan.
✔ membantu pembinaan protein dalam badan, protein diperlukan untuk baiki kulit yang rosak akibat resdung.
✔ membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati.


Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Mari keyra kongsikan sedikit testimoni daripada pelanggan yang sudah mencuba set resdung Shaklee & mendapat kesan yang memuaskan.


Kurang Gatal

Resdung hilang, kulit semakin cantik

Hakikatnya, penyakit resdung ini jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma bertaraf premium.


Xoxo.

Keyra 012-5687714

Tuesday 20 September 2016

8 Tips Mengurangkan Kulit Muka Berminyak

Kulit berminyak berlaku daripada hasil pengeluaran sebum berlebihan iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi dari kulit kita. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sebum ini terhasil.

1) Pemakanan
Anda seorang yang gemar makanan yang bergoreng, berminyak & berlemak? Inshaa Allah, kulit muka berminyak akan jadi kawan baik anda. Ayam goreng, mee goreng mamak, nasi goreng kampung. Sedap kan? Boleh makan, cuma kena kurangkan. Lebihkan makanan yang direbus atau kukus.


2) Hormon
Tahukah anda, jika anda seorang yang mudah stress dengan perkara kecil, atau anda seorang pengamal pil perancang atau pain killer, sebenarnya ia mengundang kepada masalah kulit muka berminyak.

Terutamanya para remaja.


3) Cuaca
Cuaca yang panas menyebabkan kita cepat berpeluh & peluh tersebut akan menyebabkan kulit muka berminyak. Patutlah masa pergi Perth hari tu kulit muka keyra langsung tak berminyak! Sebab udara sejuk je kat sana walaupun cuaca panas.


Nahhh! Belanja gambar dekat Perth sekeping hehe


Tapi awas ye! Kulit yang banyak terdedah dengan air-cond boleh menyebabkan kulit muka kering! Udara yang semulajadi sejuk takpe 😊


4) Kosmetik
Memakai kosmetik atau makeup terlalu lama, nak-nak pula yang jenis oily akan menyebabkan kulit muka berminyak & mudah ditumbuhi jerawat! Pilih kosmetik yang FREE OIL. Sekali sekala tak pakai makeup pun takpe, boleh bantu kurangkan muka berminyak.


Kulit berminyak memerlukan penjagaan yang rapi supaya dapat mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan. Beberapa perkara yang perlu diamalkan bagi memastikan tahap pengeluaran sebum pada wajah dapat dikawal.


1) Guna pencuci muka yang lembut & berbuih
Tahukah anda, kulit muka berminyak memerlukan pencuci muka jenis berbuih untuk menghapuskan minyak pada wajah. Tapi mestilah disertakan dengan formula mencuci dengan lembut.



Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser | Sesuai dengan nama yang diberi, pencuci ini mencuci sehingga ke dalam pori wajah dengan begitu lembut sekali. Berbuih & satu tiub yang besar boleh tahan sehingga 6 bulan! Dicipta khas untuk anda wanita Asia.

Lebih info mengenai pencuci muka ini boleh baca disini


2) Cuci muka waktu pagi & malam
Pastikan anda mencuci muka menggunakan pencuci sebaik sahaja anda bangun dari tidur & sebelum anda tidur. Kadar pengeluaran minyak semulajadi diwajah anda akan lebih terkawal.


3) Memakai masker wajah sebulan sekali
Pilih masker yang berupaya untuk mengurangkan minyak di wajah & mengecilkan pori wajah. Pori wajah yang terbuka boleh mengakibatkan muka mudah berminyak & jerawat naik!

Saya memilih masker daripada protein soya ESP. Sebab saya tahu makanan kepada sel kulit adalah protein, jadi untuk dapatkan kulit yang bersih & cantik, sila jaga pengambilan protein. 




✔ mengurangkan minyak pada kulit
✔ mengecilkan pori wajah
✔ melembutkan kulit
✔ memberi keanjalan pada kulit

P/S; istimewa buat customer @spa_bergerak_penang, PERCUMA masker bagi setiap rawatan wajah sehingga 30 September ini!


4) Elakkan makanan yang 'deep fried'
Ayam goreng, mee goreng mamak semua tu memang sedap kan? Tapi jangan makan selalu tau, sebab kandungan gula & garam yang tinggi dalam makanan penyumbang kepada kulit muka berminyak.


5) Ambil makanan tinggi fiber
Contohnya seperti buah-buahan & sayur-sayuran. Kalau dikukus atau rebus lebih baik kerana buahan & sayuran dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan.


6) Banyakkan minum air masak
Minum air sebanyak mungkin kerana air boleh membuang toksin dalam badan yang akan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan & pertumbuhan jerawat. Lagipun, air masak tiada kolesterol!


7) Cuci muka dengan air sejuk
Membasuh muka menggunakan air sejuk membantu mengecilkan pori wajah. Apabila pori wajah kita terbuka, penghasilan minyak di wajah akan menjadi lebih aktif. Pori wajah yang terbuka juga akan membuatkan banyak habuk terperangkap di dalam kulit & seterusnya 'menjemput' jerawat untuk timbul!


8) Melakukan rawatan wajah (facial treatment)
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit muka berminyak, anda dinasihatkan untuk melakukan rawatan wajah atau facial sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali. Rawatan wajah membantu menghapuskan minyak yang berlebihan & menaikkan seri wajah.


Anda juga boleh cuba amalkan supplement sebagai perisai kepada faktor yang menyumbang kepada masalah kulit muka berminyak.

● Jika anda seorang yang mudah tertekan (stress) anda dinasihatkan untuk mengamalkan B Complex vitamin anti stress & GLA Complex untuk menstabilkan hormon.

● Vitamin E Complex vitamin antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari & ultra ungu yang akan menyebabkan kulit muka terbakar & pori wajah terbuka.

● Minum ESP (Energizing Soy Protein) setiap pagi bagi membantu penghasilan sel kulit yang baru & sihat. Tahukah anda, lebih 10 juta sel kulit kita mati setiap hari! Protein diperlukan untuk membina sel kulit yang baru.


Semoga tips yang diberikan bermanfaat untuk anda terutamanya yang ada masalah kulit muka berminyak. Kalau anda perlukan pencuci muka & supplement yang saya sarankan, anda boleh terus whatsapp saya di nombor 012-5687714. Atau boleh terus mesej saya di FB Nurul Shakirah 


Jumpa lagi di lain entri.
Salam sayang,
Keyra

Friday 16 September 2016

Bagaimana Menghilangkan Parut Jerawat Berlubang?

Cuba pegang muka anda, ada rasa bergerutu tak? Keyra yakin, bukan keyra seorang je yang ada masalah muka parut berlubang. Tak kira perempuan atau lelaki, kalau anda pernah ada sejarah jerawat yang teruk atau pernah diserang demam campak, anda tidak terkecuali untuk menghadapi masalah kulit muka berlubang. Betul tak?

Ada beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kulit muka berlubang.


1) Jerawat berulang-ulang. Ya, bila jerawat tumbuh silih berganti di tempat yang sama, kulit muka akan rosak & berlubang. Cuba bayangkan kalau kita tanam & cabut pokok di tempat yang sama, kondisi tanah tidak akan sama seperti yang asal bukan? Begitu juga kulit muka kita.

2) Jerawat batu. Lebih teruk lagi, kalau anda seorang yang suka picit jerawat! Fakta mengenai picit jerawat sehingga keluar seperti butir 'nasi' boleh menghalang jerawat daripada tumbuh semula di tempat yang sama adalah tidak benar. Ya, jerawat hilang tapi kesannya muka jadi berlubang!

3) Demam campak. Orang kata, setiap daripada kita akan diserang demam campak sekali je seumur hidup. Tapi, yang sekali itulah yang susah hendak dijaga! Demam campak sembuh, tapi kulit pasti berlubang. Bukan dimuka sahaja, tapi di semua bahagian naiknya campak.


Alamak, habis tu macamana nak buat ni? Takkan tak ada harapan orang yang kulit muka berlubang untuk dapatkan kulit licin semula? Sabar.. mari kita lihat apa solusi untuk masalah ini.

1) Pernah tengok pokok lidah buaya? Ambil daun lidah buaya yang tebal tu, potong bahagian atas & ambil gel daripada daun tersebut. Kemudian sapu gel pada parut berlubang. Biarkan sampai kering, kemudian bilas dengan air suam.



Antara manfaat daun lidah buaya adalah mengurangkan parut & meransang pertumbuhan sel baru.

2) Susah nak jumpa pokok lidah buaya? Tak mengapa, anda boleh gunakan hirisan tomato atau timun. Potong nipis & tekap pada parut jerawat. Selalu dengar kan orang kata kalau nak kulit cantik kena banyak makan tomato. Khasiat yang sama kita boleh dapat dengan hirisan tomato yang ditekapkan pada parut jerawat.



Lakukan pada waktu malam untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, tegang & lembap.


Tapi sekarang dah banyak video yang dikongsi, tanaman hari ini walaupun nampak segar tapi hakikatnya tidak selamat! Terlalu banyak bahan kimi yang disuntik untuk mempercepatkan tempoh kematangan sayur tersebut.


Habislah.. Sudah tidak ada harapan untuk kita semua yang ada masalah kulit muka berlubang untuk dapatkan kulit yang licin semula!


Jangan risau! Mari kita cuba rawat dari dalam dengan makanan tambahan yang 100% semulajadi, bebas bahan kimia & mesra alam.

1) Energizing Soy Protein

Atau lebih dikenali sebagai ESP. ESP adalah protein yang merupakan makanan kepada sel badan kita. Kulit kita terdiri daripada sel, bila sel mati atau rosak, kulit memerlukan protein untuk membina sel yang baru.

Jom dapatkan ESP
dengan harga promosi
sehingga 30hb ini!

Analoginya begini. Cuba bayangkan anda hendak membina sebuah rumah. Apa yang anda perlukan? Tentunya bata adalah bahan utama bukan? Kalau tidak cukup bata, maka rumah anda pasti akan ada lubang. Begitu juga dengan kulit kita, protein ibarat bata yang menutup lubang tadi.

Lebih menarik mengenai ESP, bukan sahaja boleh dimakan, tapi boleh juga dibancuh sebagai masker wajah! Jimat bukan?
Lebih info mengenai ESP? Boleh rujuk sini >> Info ESP Shaklee

2) Vita-E Complex

Kalau tadi makanan untuk sel adalah protein, vitamin E pula berperanan memperbaiki tisu dalam badan kita. Vitamin E mampu memberi kelembapan pada kulit bagi mengelakkan kulit mudah berminyak & seterusnya ditumbuhi jerawat.

Tahukah anda, vitamin E juga dikenali sebagai
VITAMIN CINTA! Sebab vitamin E
mampu merapatkan hubungan
suami isteri.

Sama juga seperti ESP, Vita-E Shaklee juga bukan sahaja untuk dimakan, boleh juga dibuat masker! Keluarkan gel yang ada di dalam kapsul Vita-E tersebut, dan sapu di seluruh muka. Tipsnya, makan sebiji diwaktu pagi, dan sapukan sebagai masker dimalam hari.

3) Suntained Release Vita-C Plus

Kita sedia tahu bahawa vitamin C bertindak sebagai ejen sistem ketahanan badan kita. Vitamin C berperanan meningkatkan sistem imun badan kita. Dan yang paling penting, badan kita tidak dapat menghasilkan sendiri vitamin C sedangkan badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 500mg vitamin C setiap hari!

Sebiji Vita-C shaklee bersamaan dengan
7 biji setengah buah oren!

Sesuai dengan keperluan badan, Shaklee mencipta vitamin C yang diformulasikan dengan formula Sustained Release yang mana, vitamin C dilepaskan secara berperingkat sesuai dengan permintaan badan kita.

Vitamin C membantu masalah jerawat batu yang akan mengakibatkan parut jerawat berlubang, meningkatkan sistem ketahanan badan bagi melawan virus demam campak dan bertindak sebagai pelindung kepada kulit!

4) Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser & Gentle Action Makeup Remover

Pertahanan dari bahagian luar kulit juga penting. Istimewanya Makeup Remover Shaklee bukan sekadar untuk membersihkan bekas makeup, malah boleh juga membersihkan sel kulit mati pada wajah. Kulit kita terdedah pada terlalu banyak kotoran yang akan menyebabkan sel kulit kita mati. Dan tahukah anda, sebanyak 1000 sel kulit kita mati setiap hari! Minum ESP untuk bina sel kulit baru sahaja tidak cukup jika sel kulit yang sudah mati tidak dibuang atau dibersihkan terlebih dahulu!



Gandingkan bersama Cleanser, kulit yang bersih, lembut & licin adalah milik anda! Pencuci muka yang dirumus khas dengan buah berry yang datang daripada 16 buah negara yang berbeza & dicipta khas untuk kulit wanita Asia.


Saya dah mulakan misi memperbaiki masalah kulit muka berlubang. Alhamdulillah, nampak perubahan. Liang pori semakin mengecil, parut semakin pudar. Dan yang paling ketara, kulit semakin cerah! Anda bila lagi? Jom dapatkan set parut jerawat shaklee  hari ini dengan saya, kita sama-sama mulakan misi mendapatkan kulit yang lebih licin.


Anda boleh whatsapp saya di nombor 012-5687714 atau boleh terus mesej saya di FB Nurul Shakirah.

Berita baik untuk anda, setiap pembelian set parut jerawat shaklee ini, anda berpeluang untuk mendapat shaker ekslusif shaklee yang bernilai RM30 & pillbox secara PERCUMA! Dan pastinya, saya akan berikan konsultasi terbaik untuk anda. Sementara stok masih ada, ok? :)


Salam sayang
Keyra ❤

Monday 22 August 2016

Kisah Budak Kampung ke Australia!

Assalamu'alaikum! Hello guys 😉

Alhamdulillah, hujung bulan lepas keyra berpeluang ikut team The Walking Beauty ke Perth, Australia. Tahu tak The Walking Beauty tu apa? Boleh refer sini bagi yang takde idea apa itu The Walking Beauty.

Oklah, straight to the point. Keyra nak share dengan semua pengalaman keyra pergi ke Perth, Australia! Pertama kali, seorang gadis bernama Nurul Shakirah menjejakkan kaki ke luar negara. Pertama kali juga gadis ini menaiki kapal terbang. Ok, serius jakun teramat! Haha

Nak tahu apa yang dia jakun sangat? Jom baca sampai habis k..


22 Julai 2016, Jumaat

Keyra datang sorang dari Penang. Naik kereta api laju, ETS tu. 3 jam je dah sampai KL Sentral dari Nibong Tebal. Keyra bertolak pukul 7 pagi, sampai dalam pukul 10 pagi. Pukul 1pm dah ada kat KLIA2. Bayangkan berapa lama daku meroyan sorang-sorang sementara nak tunggu flight ke Perth 12 tengah malam! Berhuhuhu sorang-sorang kat airport. Lepak kat surau je.

By the way, dari KL Sentral ke KLIA2 keyra ambil bas je, tiket RM10. Satu jam perjalanan. Ada satu lagi option, ambil train. Dalam 15 minit boleh sampai, tapi tiket mahal! Dalam RM50+ jugak. Naik bas je lah! Haha.. Tunggu kawan baikku si Aimi datang dalam pukul 6 macam tu. Aimi dari Melaka. Yang lain-lain, memang sampai ngam-ngam sebelum check in sebab depa memang tinggal berdekatan je. Kami bertolak dari KLIA2, naik kapal terbang AirAsia terus ke Perth!

Aimi yang dah pernah ke overseas pun, sama jakun macam aku haha! Ok jom, nak berlepas dah.


23 Julai 2016, Sabtu

Alhamdulillah, selamat sampai Perth International Airport jam 5 pagi. Tak terasa lagi sejuk diluar sebab masih dalam airport.

Tak sangka weh dah sampai Perth, serius jakun tahap godzila! Hahaha. Masa ni steady lagi pakai cardigan je sebab masih dalam airport.

Sampai je airport, macam biasa la kena lepas kastam dulu. Nak check passport & visa. Beratur panjang dan lama gila weh! Masing-masing dah penat 5 jam dalam flight, layankan je la beratur lama-lama pun haha! Malas nak cakap banyak.

Asalnya takmau beli simkad ni. Tapi bila fikir-fikir balik kalau takde mobile data tak boleh nak #LiveUpdate pulak kan.. haha! Tapi not bad la, 10AUD untuk 4 hari. Sehari dia bagi 500mb. Oklah kan?

Dah selesai semua solat Subuh, kami gerak ke Hotel dalam pukul 7 pagi camtu. Hoi, bayangkan sendiri sejuk macam mana pagi-pagi buta sampai kat negara beriklim sejuk. Pertama kali pulak tu! Bergetar tulang rusuk kiri. Eh! 😝😝

Kami ambil teksi untuk ke hotel. Share bayar sorang 7AUD. Check in satu apartment je dulu since kami sampai awal, so kena tambah duit sikit. Master Ainul belanja! Terima kasih master. Dah sampai masa untuk check in, barulah kami check in aparment yang kedua. 

Dah sampai hotel! Sejuknya, 4° ja. Masa ni aku tewas, terpaksa pakai winter coat jugak. Hihi. Keyra dengan aimi kena tunggu luar, sebab kami semua 12 orang campur baby Maryam sorang jadi 13 orang la, tapi booked 2 apartment je yang mana satu apartment untuk 5 orang je. Haha. So untuk nak menyelamatkan keadaan, kami berpura-pura la yang kami bukan satu team dengan depa. Kikiki. Tapi receptionist tu tahu, dia tutup sebelah mata je la. Hahaha

Bilik tidur keyra share dengan Hawa & mama Hawa. Satu apartment ada 2 bilik.


Kami stay di Addina Hotel Apartment.

Tengahari, lepas dah check in lagi satu apartment barulah kami mulakan Perth City tour! So let's go..!!

Tempat pertama yang kami tuju adalah Fremantle. Memandangkan perut pun tengah lapar, kat luar pun hujan renyai-renyai. Marilah kita pergi cari makan dulu.

Jalan kaki dulu nak cari public transport.

Ok dah jumpa stesen dia, tiket sorang 2AUD tak silap. Lupa dah 😅


Perjalanan nak ke Fremantle sangat cantik. Kami lalu city dia. Lalu tepi laut. Serius cantik! Tapi orang Perth ni memang Sabtu Ahad depa duduk rumah je kot, sebab lengang je jalan dia. Satgi keyra tunjuk bukti ek.

Yeayy dah sampai! Jom kita pi cari Fish N Chips yang orang kata sedap sangat tu!

Yeahh, mission accomplished. Memang sedap, lepas tu portion yang banyak. Kami makan sampai tak habis siap tapau bawak balik hotel. By the way, hampa kalau mai sini nak makan Fish N Chips, try yang original k. Kalau yang grill tak berapa umphh. Hehe. Ohh sebelum terlupa, terima kasih Kak Yuni belanja kami! Hehe #muahciked


Lepas order depa akan bagi benda alah ni, dan kalau order dah siap benda alah ni akan berbunyi tenenet gituuu 😂😂

Lepas makan, kami jalan-jalan di kawasan sekitar sebelum ke Shed Markets untuk beli souvenirs. Shed markets pun dekat-dekat situ jugak. Kita layan gambar la ek?




Ini budak bernama Aimi, pantang tengok aku angkat monopod, mesti tiba-tiba terjengul muka dia hahaha!



Nahh!! Bukti yang orang Perth memang duduk rumah je masa weekend. Tengah-tengah jalan ku selamba je selfie. Ni kat tengah bandar tau!



Banyak lagi gambar, dalam perjalanan dari Kailis Fish N Chips nak ke Shed Markets. Tapi kita share yang nampak senonoh je la ek. Haha. Tiba di Shed Markets, keyra tak shopping sangat pun sebab baru hari pertama so tak rasa macam nak shopping sangat. Lepas tu menyesal tak sudah sebab tempat lain semua mahal!

Oklah, jom balik! Penat sudehh..

Sebelum tidur malam ni, wajib telan 2biji Vitamin C dan 4biji Ostematrix. Esok nak jalan banyak lagi ni!

Vitamin C untuk sistem imun badan, perubahan cuaca kan, nak elak daripada demam atau sakit kepala & selsema.

Ostematrix membantu untuk kekal segar walaupun banyak berjalan dari pagi ke malam! Elakkan kejang kaki, lenguh badan. 

Seriously dua vitamin ni sangat membantu kesihatan kami sepanjang di Perth!


24 Julai 2016

Kami keluar awal. Pukul 8 pagi dah mula cari public transport untuk ke tempat sewa kereta. Disini, bas yang ada gambar kucing percuma je! Tapi kena tahu bas tu berhenti tak kat tempat yang kita nak. Ada blue cat, red cat, yellow cat etc. Kalau tersilap ambil bas walau bas tu lalu tempat yang kita nak turun tapi stesen tu bukan untuk bas yang kita naik tu, bas takkan berhenti tau. So silalah tanya sebelum naik ye!

Lepas tu kami terus gerak ke Caversham Wildlife Park. Ala-ala zoo sebenarnya tempat ni, dan agak jauh dari city so susah nak dapat public transport, that's why kami sewa kereta. 


2 buah kereta kami sewa. Nissan apa namanya, tak ingat.. Hmm, boleh tahan ek trip TWB ni 😏

Lepas sewa kereta terus gerak ke sana. Tiket masuk dewasa 27AUD, kanak-kanak 12AUD. Kalau student 19AUD. Jom layan gambar kat Caversham k?

Dah sampai!! Keyra dan Zoo tak dapat dipisahkan 😋😋

Bersepah-sepah kangaroo kat sini. Sepanjang perjalanan pun, tepi jalan macam ladang tau. Bersepah kangaroo! Dia punya excited rasa nak guling-guling dalam zoo ni haha!


Layankan si Aimi ni, nak ambik gambar ala-ala musim luruh katanya. Adoi la

Ok sejenis yang comel tahap kencing manis!  Eh bukan keyra la, It's koala! Koala ni binatang yang sangat pemalas tau. Dia hanya akan berjaga selama 4 jam je sehari untuk makan dan beraktiviti. Selebihnya memang dia tidur je!

This is wombat guys! Binatang yang sangat sensitif! First time tengok wombat.

Ohh ya, lepas tu ada pertunjukan kambing biri-biri. Depa shave bulu dia. Pastu boleh cuba perah susu lembu. Best! Gambar takde la pulak, sebab excited sangat tengok sampai lupa nak ambik gambar. Haha

Lepas tu kami terus gerak ke Margaret River & Chocolate Factory. Gambar kat sini tak banyak, sebab coklatnya mahal! Hahaha. Tapi kat sini ada coklat free tau. Keyra duk ulang ambik coklat free tu je la sampai orang lain habis shopping coklat. Kekeke

Puas hati den! Hahaha. White chocolate dia sedap gilos!

Masa balik kami berpecah, ada yang ke Fremantle untuk makan Fish N Chips, ada yang terus balik ke hotel. Keyra follow team yang balik hotel, sebab tiba-tiba kepalaku pening.

Tapi dah sampai hotel hilang pening, siap boleh pi JJCM lagi. Hahaha. Makan kebab satu round, terus balik hotel. Nak cari kedai kebab tu pun satu hal, semua dah tutup. Padahal awal lagi, belum pukul 8 malam lagi. Homeless pun boleh tahan ramai. Tapi memang dah gelap macam pukul 10 malam di Malaysia since kat sini Maghrib awal. 5.30pm dah maghrib dan dah start gelap. Kira 5.30pm kat sini dah senja.

Subuh je sama, lain semua awal. Sebab kat sini siang pendek.


25 Julai 2016

Hari ni kami naik bas percuma yang ada gambar kucing tu untuk ke Kings Park & Botanic Garden. Park terbesar didunia tau!

Ohh sebelum tu, pagi di hotel kami ada buat video shooting TWB. Ada orang tu buat video sampai menangis! Malu bila ingat balik tapi itulah pembakar semangat keyra! Inshaa Allah. Nanti video dah siap keyra share dengan hampa k?

Dah sampai Kings Park!

Actually banyak tempat best untuk bergambar kat Kings Park yang super luas ni, tapi disebabkan duk cangak kat situ ja, tak dapat la gambar best. Sobss sobbss.. Terus bawa diri ke Bell Tower!

Here I am! Dah sampai Bell Tower. Sejenis kegigihan nak ambil gambar bg nampak muka & tower tu sampai ke puncak! Hahaha.. siap ada yang baring tau 😂😂

Dah puas bergambar, kami pun pulang ke hotel. Hotel yang kami menginap tu straight je dengan Bell Tower ni, tapi jauh amat la! Dari jauh nampak muncung tower je.

Boleh pulak jumpa kedai makan orang Melayu dekat-dekat hotel tu. Apa lagiii.. bantai nasi goreng cili padi satu kali la! Sepinggan 10AUD. Bersamaan RM30+. Hahaha. Nasib baik Kak Tiera belanja. Terima kasih Kak Tiera. Hehe. Tidur lena la malam ni...


26 Julai 2016

Hari ni aktiviti bebas. So kami berpecah kepada dua kumpulan. Pagi kami pergi shopping chocolates di Woolworths. Macam Tesco je tu. Coklat dia jauh lebih murah daripada di Margaret River semalam. Hehe. Gambar taktau ada dalam handphone siapa, tak dapat dikesan. Hahaha.

Lepas tu, bermulalah misi mencari The Blue House. Macam Mission Impossible dah. Tapi kami berjaya jumpa Blue House. Horayy!!

Lepas dah puas bergambar di Blue House, kami patah balik ke Elizabeth Quay dimana terletaknya Bell Tower. Lepak-lepak situ, ambil angin malam terakhir di Perth. Esok nak balik Malaysia dah T.T sobssss

Blue House. Perjalanan nak sampai sini sangat mencabar okeh! Sebab kebanyakan orang tak tahu tempat ni, orang muda je tahu. Blue House di atas Swan River. Kadang-kadang nampak itik berenang.

Elizabeth Quay. Daku palingsuka gambar ni, sebab nampak kurus dan tinggi. Kah kah!

Actually kat sini sepatutnya boleh ambil gambar yang di belakangnya ada tulisan Perth besar tu. Tapi kawasan tu ditutup pulak, so kami ambil je gambar ala-ala student overseas nak buat salam perantauan. Ahak!

Macam inilah sepatutnya. Sobbss
Gambar sumber google.


27 Julai 2016

Nak balik Malaysia dah. Huwaaaa

Alhamdulillah kami selamat sampai Malaysia pukul 12 tengahari.


Pertama kali jejakkan kaki ke luar negara, buat keyra banyak berfikir. Terlalu banyak. Mata terbuka luas. Inshaa Allah, ada rezeki dan diizinkan Allah, keyra nak mentadabbur bumi Allah lagi. Terima kasih sudi baca perkongsian budak kampung ke Australia sampai habis! #muahciked

Oklah, dari pagi ke malam dah ni nak siapkan satu entri yang sangat berharga buat keyra. Seorang anak kampung, yang tak pernah naik kapal terbang pun, Alhamdulillah asbab join The Walking Beauty, keyra dah pun jejakkan kaki ke Perth Australia.

Mungkin ada antara anda yang senasib macam keyra. Jomlah, izinkan keyra untuk bantu anda realisasikan impian anda! Inshaa Allah. Assalamu'alaikum


Keyra
A proud member of The Walking Beauty Project, A Shaklee Independent Distributor, A Spa Trainer, A Beautician, A Friend of You!

012-5687714

xoxo