Showing posts with label facial shaklee. Show all posts
Showing posts with label facial shaklee. Show all posts

Saturday, 31 March 2018

Saat Magika Bersama TWB

Hai hai hai hampa....
Amboi, dia mai urat penyegan (baca:pemalas) dia tu, habis berhabuk blog ni dibuatnya.. ampunnnnn



Hampa tau kan, blog saya ni mostly berkisar tentang kursus Spa The Walking Beauty. Saya dengan bangganya nak mengaku yang saya adalah salah seorang daripada ahli TWB, iaitu projek Spa tanpa kedai yang menggunakan produk Shaklee sebagai produk rasmi.

Hmm kalau nak tahu lebih lanjut mengenai projek Spa TWB, boleh check it out kat sini okay?

>> Projek Spa The Walking Beauty

Okaylah hari ni saya rasa macam nak kongsi dengan hampa semua apa moment yang paling best & paling magik sepanjang saya berada dalam team TWB ni yang saya tak boleh lupa sampai ke hari ni..

Sebelum tu, tengok dulu gambar ni.


Sekali tengok gambar ni macam takda apa-apa yang menarik pun kan? Gambar tepi jalan je pun.. hahaha

Tapi bagi seorang budak kampung yang tak pernah ke luar negara, tak pernah naik kapal terbang pun. Moment bergambar tepi jalan pakai winter coat ni adalah moment yang sangat berharga!


Cubalah pakai winter coat then ambik gambar tepi jalan bila kita kat Malaysia yang beriklim panas ni, maunya orang tengok kita atas-bawah-atas-bawah 😅

Siapa sangka, asbab join TWB, saya berpeluang untuk ke luar negara. Terima kasih Ya Allah!


Gambar tu saya ambil di tepi jalan di tengah-tengah bandar Perth, Australia. Allahuakbar, bila teringat kali pertama jejak kaki di negara orang, sebak rasa. Tak sangka join projek Spa je pun boleh pi sampai luar negara!

Pertama kali ke luar negara.
Pertama kali naik kapal terbang. (Sejak dari tu, pergi balik Penang-KL asyik nak naik flight ja haha)

Pengalaman pertama kali dengan TWB.


(Nak tengok lebih banyak gambar & aktiviti sepanjang di Perth, boleh KLIK SINI.)


Macam magik tau, setahun je bersama TWB, kami dibawa ke Perth. Jalan-jalan sambil video shooting. Seronok!


Pengalaman yang sangat berharga! Terlalu berharga.

Nak cakap betapa jakun, kamera saya sentiasa ON 😂 rasa macam setiap langkah tu nak record. Excited tak tau nak habaq bak kata orang utara! Hee


Biaq pi la hampa nak kata cheq jakun pun, tapi cheq memang jakun! Pertama kali hoi pi negara sejuk, sampai sanggup posing jadi kangaroo tau 😋

Sila rujuk gambar di bawah 👇


Nampak dak kegigihan disitu? Hahaha

Tahun ni kami pakat nak pi Paris pulak. Ya Allah dia punya syiok rasa macam nak lompat-lompat sampai mengah! Sapa tak suka pi Paris wehhhh.. walaupun bukan pi honeymoon, dapat sampai sana dengan team TWB pun cukup bagus dah! Masih sempat tau kalau hampa nak join trip ke Paris hujung tahun ni..

Ni gambar yang paling saya suka sebab nampak kurus!
Kah kah kah. Nanti kat Paris wajib ambik gambar camni
untuk nampak kurus 😋

Elizabeth Quay, Perth City


Paris kan kota cinta idaman setiap wanita!


Jadi, bagi hampa yang rasa nak ke luar negara tu satu benda yang susah atau mustahil bagi kita orang biasa-biasa ni, hampa silap weh.. Pergi oversea bukan untuk orang ada-ada ja. Budak kampung pun boleh pi aihh!

Tak pernah pi luar negara tapi teringin nak ke luar negara tu hanya Allah ja yang tahu?? Hampa kena join projek Spa TWB! Sambil-sambil kita buat duit, sambil-sambil kita mentadabbur bumi Allah.


Projek Spa TWB ni memang direka khas untuk orang wanita. Kami pi trip luar negara pun memang gugirl sahaja, tak boleh bawak husband etc. Ni kira macam ME TIME untuk orang perempuan ❤


Siapa nak ME TIME di luar negara setiap tahun? Meh join The Walking Beauty Project okay..

Tahun ni kami nak ber'Me Time' di Paris tau, jangan jeles 😉



Hm, macamana nak join? Whatsapp saya 👉 +60125687714


Whatsapp laju-laju sebab pakej paling best baru je dilancarkan!

Tuesday, 20 September 2016

8 Tips Mengurangkan Kulit Muka Berminyak

Kulit berminyak berlaku daripada hasil pengeluaran sebum berlebihan iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi dari kulit kita. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sebum ini terhasil.

1) Pemakanan
Anda seorang yang gemar makanan yang bergoreng, berminyak & berlemak? Inshaa Allah, kulit muka berminyak akan jadi kawan baik anda. Ayam goreng, mee goreng mamak, nasi goreng kampung. Sedap kan? Boleh makan, cuma kena kurangkan. Lebihkan makanan yang direbus atau kukus.


2) Hormon
Tahukah anda, jika anda seorang yang mudah stress dengan perkara kecil, atau anda seorang pengamal pil perancang atau pain killer, sebenarnya ia mengundang kepada masalah kulit muka berminyak.

Terutamanya para remaja.


3) Cuaca
Cuaca yang panas menyebabkan kita cepat berpeluh & peluh tersebut akan menyebabkan kulit muka berminyak. Patutlah masa pergi Perth hari tu kulit muka keyra langsung tak berminyak! Sebab udara sejuk je kat sana walaupun cuaca panas.


Nahhh! Belanja gambar dekat Perth sekeping hehe


Tapi awas ye! Kulit yang banyak terdedah dengan air-cond boleh menyebabkan kulit muka kering! Udara yang semulajadi sejuk takpe 😊


4) Kosmetik
Memakai kosmetik atau makeup terlalu lama, nak-nak pula yang jenis oily akan menyebabkan kulit muka berminyak & mudah ditumbuhi jerawat! Pilih kosmetik yang FREE OIL. Sekali sekala tak pakai makeup pun takpe, boleh bantu kurangkan muka berminyak.


Kulit berminyak memerlukan penjagaan yang rapi supaya dapat mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan. Beberapa perkara yang perlu diamalkan bagi memastikan tahap pengeluaran sebum pada wajah dapat dikawal.


1) Guna pencuci muka yang lembut & berbuih
Tahukah anda, kulit muka berminyak memerlukan pencuci muka jenis berbuih untuk menghapuskan minyak pada wajah. Tapi mestilah disertakan dengan formula mencuci dengan lembut.



Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser | Sesuai dengan nama yang diberi, pencuci ini mencuci sehingga ke dalam pori wajah dengan begitu lembut sekali. Berbuih & satu tiub yang besar boleh tahan sehingga 6 bulan! Dicipta khas untuk anda wanita Asia.

Lebih info mengenai pencuci muka ini boleh baca disini


2) Cuci muka waktu pagi & malam
Pastikan anda mencuci muka menggunakan pencuci sebaik sahaja anda bangun dari tidur & sebelum anda tidur. Kadar pengeluaran minyak semulajadi diwajah anda akan lebih terkawal.


3) Memakai masker wajah sebulan sekali
Pilih masker yang berupaya untuk mengurangkan minyak di wajah & mengecilkan pori wajah. Pori wajah yang terbuka boleh mengakibatkan muka mudah berminyak & jerawat naik!

Saya memilih masker daripada protein soya ESP. Sebab saya tahu makanan kepada sel kulit adalah protein, jadi untuk dapatkan kulit yang bersih & cantik, sila jaga pengambilan protein. 




✔ mengurangkan minyak pada kulit
✔ mengecilkan pori wajah
✔ melembutkan kulit
✔ memberi keanjalan pada kulit

P/S; istimewa buat customer @spa_bergerak_penang, PERCUMA masker bagi setiap rawatan wajah sehingga 30 September ini!


4) Elakkan makanan yang 'deep fried'
Ayam goreng, mee goreng mamak semua tu memang sedap kan? Tapi jangan makan selalu tau, sebab kandungan gula & garam yang tinggi dalam makanan penyumbang kepada kulit muka berminyak.


5) Ambil makanan tinggi fiber
Contohnya seperti buah-buahan & sayur-sayuran. Kalau dikukus atau rebus lebih baik kerana buahan & sayuran dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan.


6) Banyakkan minum air masak
Minum air sebanyak mungkin kerana air boleh membuang toksin dalam badan yang akan menyebabkan penghasilan minyak berlebihan & pertumbuhan jerawat. Lagipun, air masak tiada kolesterol!


7) Cuci muka dengan air sejuk
Membasuh muka menggunakan air sejuk membantu mengecilkan pori wajah. Apabila pori wajah kita terbuka, penghasilan minyak di wajah akan menjadi lebih aktif. Pori wajah yang terbuka juga akan membuatkan banyak habuk terperangkap di dalam kulit & seterusnya 'menjemput' jerawat untuk timbul!


8) Melakukan rawatan wajah (facial treatment)
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit muka berminyak, anda dinasihatkan untuk melakukan rawatan wajah atau facial sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali. Rawatan wajah membantu menghapuskan minyak yang berlebihan & menaikkan seri wajah.


Anda juga boleh cuba amalkan supplement sebagai perisai kepada faktor yang menyumbang kepada masalah kulit muka berminyak.

● Jika anda seorang yang mudah tertekan (stress) anda dinasihatkan untuk mengamalkan B Complex vitamin anti stress & GLA Complex untuk menstabilkan hormon.

● Vitamin E Complex vitamin antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada sinaran matahari & ultra ungu yang akan menyebabkan kulit muka terbakar & pori wajah terbuka.

● Minum ESP (Energizing Soy Protein) setiap pagi bagi membantu penghasilan sel kulit yang baru & sihat. Tahukah anda, lebih 10 juta sel kulit kita mati setiap hari! Protein diperlukan untuk membina sel kulit yang baru.


Semoga tips yang diberikan bermanfaat untuk anda terutamanya yang ada masalah kulit muka berminyak. Kalau anda perlukan pencuci muka & supplement yang saya sarankan, anda boleh terus whatsapp saya di nombor 012-5687714. Atau boleh terus mesej saya di FB Nurul Shakirah 


Jumpa lagi di lain entri.
Salam sayang,
Keyra