bila dah namanya pelajar , memang banyak la asgment yang kena siapkan . dan yang menambahkan tekanan aku , semua pensyarah nak jugak bagi tugasan pada minggu yang sama dan kesemua kena hantar serentak . *sigh
tapi sekarang rasa sangat seronok sebab tugasan yang memerlukan kami untuk membuat laporan di luar telah selesai . pengalaman pertama aku keluar buat asigment kat luar dengan kawankawan yakni ahli kumpulan aku yang lain .
mulanya pi bank dan perodua untuk memenuhi permintaan soalan LAW dalam topik hire-purchase . kami kena mintak details mengenai how to book a car below than RM80,000 . bercakap dengan pagawai bank . bertanya itu dan ini . banyak jugak yang tersasul sebab takdak pengalaman interview orang . then pi perodua pulak . masa ni aku tak bercakap sepatah pun cuma jadi tukang salin sebabnya aku duduk jauh sikit dari tempat manager tu . ulang , MANAGER :)
kemudian beberapa hari selepas itu aku dengan aimi pergi ke kilang setelah macammacam halangan . sepatutnya pergi bertiga dengan seorang lagi ahli kumpulan , tapi disebabkan banyak sangat alasan yang dia bagi , aku buat keputusan untuk pi dengan aimi ja . yang aku sakit hati sangat , dekat kami dia bagi macammacam alasan tapi bila dekat ahli kumpulan aku yang lagi dua orang dia menuduh aku dengan aimi lain pulak . sakit hati !
tapi lantak la dia kat situ , aku puas hati dengan apa yang aku dah buat . mulanya aku rasa sangat takut sebab taktau apa soalan yang aku patut tanya . sejuk tangan menggigil sebab terlalu nervous . aku dapat face to face dengan manager kilang yang aku jadikan tempat untuk aku jalankan asigment aku . Mr. Liu . aku expect he cannot speak malay fluently . thats why la aku try my best to communicate in english even broken english yang aku guna time tu . malu jugak sebab sedikit sebanyak aku dah malukan nama baik kolej tempat aku belajaq tapi alhamdulillah sebab aku masih berkeinginan untuk mencuba .SERONOK !
ni gambar depan kilang tu , namanya texas instrument. *sila abaikan model kat sebelah tu*
ini berdekatan dengan kilang tu *sila abaikan juga model yang comel itu*
antara machines yang ada dalam kilang tu.
aku berpeluang untuk berkomunikasi dengan dua orang MANAGER :)
pengalaman yang paling berharga untuk aku buat masa ni selama hampir 19 tahun aku melihat dunia .
nota lutut : semakin dewasa ! :) *mission ----> nak practice speak in English <-----*