Friday, 30 January 2015

Tips Menabung By Keyra

Assalamu'alaikum.. Hai!

Siapa yang suka menabung akan tahu dan faham nikmatnya bila dapat tuang tabung yang dah penuh untuk kira berapa jumlah duit yang berjaya disimpan.

.

Keyra ni nak kata rajin sangat menabung tu tak jugak, tapi keyra sangat suka menabung. Bila keyra agak-agak nak pakai duit, keyra prefer menabung daripada terus habiskan duit gaji untuk dapatkan sesuatu.

.

Contoh tabung-tabung yang Keyra ada ek.


Ini tiga tabung yang keyra ada sekarang.
1> Tabung yang rupa bearbear tu tabung syiling. Dah nak penuh tabung tu, dah sampai takat mulut bearbear dah keyra tengok.
Dalam tu cuma ada syiling 50sen dan 20sen.

2> Tabung yang gambar nips tu tabung Subuh. Dalam tu cuma ada duit kertas. Tak kisah la berapa pun.

3> Yang belakang tu bekas ESP sebenarnya. Keyra buat as tabung honeymoon. Awww :p
Dalam tu cuma ada duit kertas RM5 dan RM20 sahaja. Yang lain-lain semua masuk tabung Subuh.


Nak menabung kena ada ilmu tau, bukan boleh hentam kromo ja. Mesti tak tahan lama dan tak konsisten menabung kalau main hentam kromo ja. Meh nak bagi sikit tips yang memang keyra sendiri amalkan untuk konsisten menabung dan misi berjaya..!!


TIPS MENABUNG-BY KEYRA

1) Simpan Si Hijau atau Si Oren
     Si Hijau sama dengan RM5.
     Si Oren RM20.


Gerammmmm nah tengok si hijau ni banyak-banyak. hihihi


Kes macam ni kalau yang nak menyimpan untuk dapat target yang tinggi segera. Contoh macam keyra kan simpan si hijau dengan si oren dalam tabung honeymoon sebab keyra nak dapat satu jumlah yang agak tinggi sebelum bulan sepuluh tahun ni. Keyra dah siap kira dah, kalau konsisten memang berjaya dapat jumlah yang keyra nak malah boleh dapat lebih lagi.


2) Simpan Duit Syiling

Yang ni kalau tak ada target tinggi boleh la berjinak-jinak simpan duit syiling ja dulu. Yela, tak semua orang biasa menabung kan. Nak terus mula menabung dengan nilai yang besar agak susah la. Awal-awal mungkin boleh tapi untuk konsisten mesti susah. Nasihat keyra jangan menabung syiling sepuluh sen. Sakit hati bila tiba masa nak kira. Hahaha. Nampak banyak tapi bila kira seciput ja yang dapat. Simpan la syiling lima puluh sen, syok oo nak kira. (keyra lagi suka lima puluh sen lama, sebab dia besar. lagi syiokkk nak kira hehe)


Ini keyra simpan tahun lepas, tak silap bulan lapan kot start simpan duit syiling.
Kira-kira ada la seratus lima puluh enam ringgit. Tu simpan main-main ja tu.
Kalau ingat simpan, tak ingat ke laut la jawabnya. hahaha
Bayangkan kalau konsisten. Wow! hehe



3) Simpan Duit Gaji

Yang ini memang kesilapan sembilan puluh sembilan peratus daripada kita, selalu belanja dahulu baru menyimpan kan. Sepatutnya menyimpan dahulu baru belanja. Barulah kita akan berjaya untuk konsisten menyimpan dengan jumlah yang sama setiap bulan.

Contohnya gaji sebulan RM1000. Simpan siap-siap sepuluh peratus daripada gaji tu. Means simpan RM100 secara konsisten setiap bulan. Dapat ja gaji, simpan dulu sebelum planning untuk belanja.

"Aliran wang orang kaya.
--> Dapat duit, simpan dan baru belanja.

"Aliran wang orang misking.
--> Dapat duit, belanja. Ada lebih baru simpan.


4) Namakan Setiap Tabung

Macam yang keyra tunjuk contoh yang keyra buat kat atas tu.
Keyra ada tabung syiling, tabung subuh dan tabung honeymoon.


Ni contoh ek keyra bagi. Label tabung kita tu.
Sebelum ni memang target nak pi honeymoon kat Korea nun.
Tapi sejak dapat tau Korea tu tak best mana pun, terus tukar.
Tapi Runningman tetap dihatiku. Kui kui kui



5) Letak Target dan Tempoh Menabung

Contoh macam keyra buat tabung honeymoon tu kan, keyra mesti dapat RM2000 sebelum bulan sepuluh ni. So setiap bulan keyra mesti simpan lebih kurang RM250. So sehari keyra cuma perlu simpan RM10 ja pun..!! hehe

Kan bila kita letak target setiap hari kena simpan berapa sebenarnya jadi mudah kan untuk kita menyimpan. Kalau rajin boleh sediakan satu kalendar khas untuk tick setiap hari bila dah berjaya masukkan duit dalam tabung tu. Nak duit kan? Kena la rajin sikit :)


Do it now.

Sometimes later become never!


Tak suka menabung takpa, buat ja. Dah dapat hasil nanti mesti ketagih nak menabung..hehe
Cubalah~


Till then, jumpa lagi nanti. Muah ciked! LOL



Much love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Sunday, 18 January 2015

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamu'alaikum w.b.t.

Cik abe kito suko sungguh lagu nim. Hahaha. Geram kadang-kadang dengaq dia asyik nyanyi lagu tu jah. Okeh, bukan nak cerita pasal abe mung :p

.

Awak tau kan saya pengedar Shaklee, supplement untuk kecantikan dan kesihatan yang semulajadi. Terbaik dari ladang..!!

.

Nak nak dijadikan cerita, once upon a time, suatu ketika dahulu saya ni adalah salah seorang yang macam anti-supplement. Sungguh..!! Bila tengok kawan duk amalkan makan kismis untuk bagi otak senang ingat pun saya macam, alaaa nak pandai kena belajar laa. Tak guna telan kismis satu bekas pun kalau belajar takmau. Phewww~ teruk sungguh daku waktu tu.


Sungguh daku menyesal -_____-


Kalau tengok yang duk amal makan vitamin C la untuk jaga kulit semua, lagi laa pandang serong. Bagi saya nak kulit cantik kena laa makan buahan banyak, sayuran banyak. Nak kurus kena la diet, jaga makan, exercise. Makan segala macam vitamin pun kalau tak jaga makan tak jalan jugak. Sigh sigh sigh~ padan la muka hang Kira, orang lain dah dapat body cantik kulit cantik, hang baru nak start terhegeh-hegeh. Takpo-takpo, pelan-pelan kayuh. Dan lagi ni sampai bulan enam nanti In shaa Allah :)


PERCAYA SEBELUM BERJAYA..!!

.

Sekarang tidak lagi. Baru ku tahu fungsi supplement tu untuk mempercepatkan sesuatu proses. Contoh ek saya bagi, ada minah ni nak kahwin hujung tahun ni. So dia mula jaga badan, jaga kulit untuk bakal suami dia nanti. Pulun diet, tak makan nasi, makan buah setiap hari, beli oren sebab oren kaya dengan vitamin C so dia nak dapatkan khasiat vitamin C tu untuk kulit dia.

.

Cukup sebulan, dia mula rasa fed up. Sebabnya nak dapatkan khasiat vitamin C terbaik daripada buah oren dia kena makan buah oren yang baru, yang fresh. Tak boleh beli siap-siap buah oren then simpan dalam peti sejuk. Nanti khasiat yang ada akan berkurang.

.

Macam tu jugak bila dia tak makan nasik. Cukup sebulan perut dia mula meragam cari nasik. Kalau nak makan nasik sehari sekali ja contohnya, waktu lain nak makan apa supaya perut sentiasa selesa dan kenyang.

.

Ada seorang lagi minah ni pun sama, tengah dalam proses jaga badan jaga kulit jugak sebab dia pun nak kahwin jugak hujung tahun ni.

Setiap hari dia amalkan makan tiga biji Omega Guard dan empat biji Vita-C plus. Makan nasik jugak, cuma dia kontrol kuantiti. Dia tak perlu risau dengan khasiat buah oren, sebab Vita-C yang dia duk telan setiap tu sebiji ja dah mengandungi 500mg vitamin C tau.


Senang pun senang, kurus jugak. Cantik jugak. Alhamdulillah. Cuma perlu telan dan diam :)

.

Nahh, dapat tak apa yang saya cuba sampaikan.. Fungsi utama supplement adalah untuk membantu mempercepatkan sesuatu proses. Sebagai contoh ada yang ambil Omega Guard untuk kurus, yes fungsi Omega Guard adalah untuk cepatkan proses bakar lemakk tu. Bukannya hari ni telan tiga biji Omega, esok berat daripada 80kg tinggal 50kg. Itu semua mengarut..!!

.

Sama jugak yang duk telan vitamin C tu, sebab agak susah kan untuk kita dapat full nutrient daripada buahan dan sayuran yang segar, makanya kita terpaksa ambil vitamin C as an option untuk kulit kita sentiasa kelihatan cantik, bebas jerawat.

.

Bila buahan dan sayuran kita pandai nak pilih yang segar, yang fresh, yang selamat untuk dimakan. Kenapa tidak untuk supplement kita? Beli dan amalkan supplement yang semulajadi. Badan sihat, kulit cantik hati pun tenang. Hehehe





"Bagilah nutrient yang cukup untuk badan kita, tahulah 'dia' nak repair sendiri"

.

Macam saya sendiri sekarang ni memang tengah misi #FittingMyBody dan #FixingMySkin. Setiap hari saya akan pastikan saya telan empat biji Omega Guard dan empat biji Vita-C Plus jenama Shaklee tanpa gagal..!! Tenggelam habis jerawat, terbakor lemakk.. hahaha


Nak join Keyra dalam dua misi pasti berjaya di atas? Sila whatsapp atau sms Keyra di nombor yang Keyra letak kat bawah nun. Hehehe

Till then, jumpa lagi ! :)



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Monday, 12 January 2015

Omega Bantu Bakar Lemak

Assalamu'alaikum. Seperti yang dijanjikan di FB semalam :)


Semalam balik kerja singgah pasar malam. Teringin nak makan ayam goreng. Lama dah rasa tak pi pasar  malam. Sambar ayam goreng 4 ketul. Satu untuk saya, satu untuk mak, satu untuk ayah, satu untuk adik.


Balik rumah mandi Maghrib, terus ngappp la ayam goreng. Lebih kurang pukul lapan malam. Tiga puluh minit lepas tu, terus ngapp tiga biji Omega macam biasa. Perut rasa lega, selesa.
Ayam goreng kan tinggi kolesterol nak-nak bahagian kegemaranku, thigh. Phewww~ sebab tu la kena sediakan perisai siap-siap sebelum lemak diternak dalam badan kan.

.

Lepas dah selamat telan Omega, saya terpikir panjang. Apasal awesome sangat Omega ni sampai boleh tolong kita cepatkan proses bakar lemak dalam badan kan. Padahal dia cuma kapsul minyak ikan. Kalau tengok capsule dia yang jernih tu pun nampak macam useless ja. Macam amazing sangat sebab boleh tolong bakar lemak-lemak degil yang ada dalam badan kita ni..!!

.

Rupanya, setelah ditelaah. Baca punya baca, tahu dah mana asal Omega Guard Shaklee ni. Ceritanya Omega Guard ni asalnya daripada ikan laut dalam air sejuk di perairan negara Jepun.


KENAPA IKAN LAUT DALAM YANG SEJUK?

What do you think? How come depa ni boleh hidup dengan selesa kat tempat macam ni?

Orang Eskimo tau kan? Depa ni hidup di Greenland, Denmark.


Greenland, Denmark.

Bayangkan macam mana depa boleh hidup dekat kawasan sejuk teramatttt macam ni. Kiri kanan depan belakang penuh dengan ais..!! Bayangkan pulak macam mana hidupan laut like ikan semua tu survive dalam keadaan laut yang permukaan dia adalah ais..!! Subhanallah Maha Suci Allah yang menciptakan semua ni..

.

Ok now dah dapat jawapan kenapa amazing sangat Omega Guard ni sampai boleh bakar lemak kita kan. Ingat tak awal-awal tadi saya ada bagitau yang Omega Guard ni asalnya daripada minyak ikan yang tinggal di laut dalam yang air sejuk kan..?

Takat beku ikan adalah rendah. Maksudnya ikan cepat beku kalau suhu rendah. Tengok ikan kat rumah kita yang disimpan dalam freezer tu cukup la, macam mana dia punya beku. Bila keluarkan sangat ambil masa untuk dia back to normal kan.

.

Apa yang saya nak cerita kat sini, how ikan-ikan di laut dalam yang sejuk boleh survive? Sebabnya Allah anugerahkan ikan-ikan ni Omega 3 yang mana dapat membantu memanaskan badan depa dalam laut tu. Bayangkan kalau ikan-ikan dalam laut tu macam kita, TAK BOLEH HASILKAN SENDIRI OMEGA 3 DALAM BADAN. Lapisan lemak yang ada pada badan depa ni la yang membantu depa untuk terus hidup di laut dalam yang sejukkk tu..!!

.

Kesimpulannya, untuk kita terutamanya yang sedang dalam misi #FittingMyBody kena faham yang badan kita tak boleh hasilkan sendiri sejenis lemak-tak-tepu which is Omega 3 yang boleh membantu memanaskan badan kita. Bahasa mudahnya memang kita need other sources untuk dapat kebaikan Omega 3 untuk bantu kita bakar lemak dengan lebih cepat.





Since kita ni bukannya orang Eskimo pun kan, hidup kat Malaysia yang cuaca normalnya adalah panas, so fungsi Omega 3 daripada memanaskan badan untuk orang Eskimo dan hidupan di laut dalam, untuk kita Omega 3 sangat-sangattttt membantu kita untuk bakar lemakkk..!! Sebab apa? Sebab Omega 3 ni asal daripada minyak ikan yang hidup dalam laut sejuk. Means minyak ikan ni panas laa. Bila panas mudah la nak bakar lemak-lemak degil dalam badan kita ni kan.


Banyakkkkk lagi kebaikan Omega ni. Macam untuk perkembangan otak kanak-kanak. Untuk pelincir tulang, yang ada sakit-sakit lutut ka sakit pinggang ka. Pendek kata banyak sangat laaa kebaikan minyak ikan Omega 3 yang asal dari laut dalam yang sejuk ni. Since fokus kita bulan ni dan tiga bulan akan datang adalah untuk #FittingMyBody makanya saya akan study banyak-banyak how Omega Guard boleh bantu kita bakar lemakkkk..!! Fireeee! Hehehe

.........................

Nak cuba amalkan Omega Guard macam Keyra jugak? Boleh terus whatspp Keyra k. Ada no phone Keyra kat bawah ni.


Much Love,
Keyra  [ Find me on Instagram --->> keyra_jk ]

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Sunday, 4 January 2015

Supplement Buat Kita Disiplin

Assalamu'alaikum..
Awak ada amalkan apa-apa supplement tak? Tak kisah la apa jenis brand sekalipun. Untuk kulit cantik ka, untuk kurus ka, untuk tenaga ka, untuk anak-anak ka. Ada tak awak?


Kalau ada kan, awak perasan tak yang supplement ni sebenarnya buat kita lebih disiplin terutamanya dari segi pemakanan. Awak mesti perasan kan. Tapi kalau awak bukan jenis yang amalkan makan supplement mesti awak akan mencebik lepas baca entri saya yang ohsem ni kan. Hehehe


Ingat lagi conversation saya dekat whatsapp dengan sorang kakak ni. Dia kata dia sanggup berhabis untuk kesihatan dia dan anak-anak. Even suami dia macam tak suka sangat, tapi pandai buat suami dia faham. Kata dia bukannya untuk orang lain. Kalau kita tak jaga kesihatan dari sekarang, nanti dah tua yang nak sakit lutut kita jugak. Yang nak sakit-sakit badan kita jugak. Masa tu makan apa jenis ubat atau supplement pun macam tak guna dah sebab badan kita memang dah teruk kan. 

Senyum..senyum selalu.. :)

Sejak amalkan Shaklee, dia kata memang badan dia sentiasa bertenaga walau setiap hari kena jaga 4 orang anak dalam satu masa sorang-sorang diri pulak tu. Memang respect betul dengan kakak ni. Dia sangat konsisten amalkan makan produk Shaklee untuk milk booster dan tenaga. Anak-anak dia pun semua consume Mealshakes Shaklee. Depa suka sangat dia kata. Alhamdulillah.


Testimoni
Nindiaaa buktinya. Testimoni akak ni makan set kurus dan
set menyusu Shaklee.
Akak ni consume Alfalfa, ESP, Lecithin, Herblax.


Dan apa yang saya perasan, sejak saya mula konsisten makan set kurus dan set kulit Shaklee, persedian untuk enam bulan akan datang, memang saya jadi lebih disiplin. Katakanlah pagi-pagi saya akan telan dua biji vitamin C Shaklee without fail, lepas tu terus akan fikir "aku nak breakfast apa pagi. Apa yang aku tak boleh ambil supaya vitamin C yang aku telan tadi dapat diserap sepenuhnya dalam badan aku untuk dapat kesan optimum." Contoh la saya bagi.


Macam tu jugak bila tiba waktu lunch, minum petang dan dinner nanti. Sebabnya bila kita amalkan makan supplement mesti kita nak dapat kesan yang optimum kan. Contohnya macam saya duk amal makan vitamin C setiap pagi, saya akan pastikan pengambilan air yang cukup setiap hari sebab vitamin C larut air. Kalau air minum tak cukup, macam mana vitamin C nak diserap dengan baik dalam badan kita kan. Rugi ja makan tapi tak dapat kesan optimum kan. Rugii rugiii rugiii..!!


Lagi contoh saya bagi ek. Macam bulan ni bermula 1 January 2015 saya baru ja 'launched' satu misi untuk diri sendiri dan untuk semua orang. Misi #FittingMyBody selama 4 ke 5 bulan. Tak sangka ramaiii yang nak join saya. Sebab masalah kegemukan memang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ni kan. Tinggal kita sendiri ja nak dengan taknak. Sendiri punya badan sendiri jaga la kan, nak harapkan siapa tolong jaga.
-_____-


Saya cukup tak suka bila ada yang mengadu dengan saya, dia makan supplement untuk kulit contohnya tapi takda apa-apa pun. Sama jugak jerawat naik kat muka. Setelah disoal siasat, ditanya bertubi maka kantoilah yang dia sebenarnya makan supplement tak konsisten, kuantiti air yang diambil setiap hari kurang sangat. Haa macamana nak dapat kesan optimum dik non oi..!!


Bila fikir-fikir balik, banyak untung amalkan supplement ni. Misi #FittingMyBody kita ni saya nak seiringkan dengan sunnah Nabi, In Shaa Allah. Saya akan kongsi cara pemakanan Rasulullah, cara senaman Rasulullah dsb. Jom sama-sama kita lancarkan misi #FittingMyBody dengan bantuan supplement Shaklee. In Shaa Allah :')



Much Love,
M. Keyra  :: Find me on instagram --->> keyra_jk

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp/call)

Thursday, 1 January 2015

Misi #FittingMyBody

Assalamu'alaikum..!!

Ambui.. lama nahh saya tak update blog ni. Misi tahun baru, satu hari satu cerita. Boleh ka boleh? Hehehe *Selamat hadam

.

Entri malam ni pun takmau la panjang-panjang. Saya nak kongsi sikit pasal misi #FittingMyBody saya. Tidak boleh tidak!! Tak boleh tangguh dah ni. Kena sungguh-sungguh, kena betul-betul. Kebetulan ramaiiiii yang nak join, lagi semangat kobar-kobar ni.

.

Misi saya ni untuk semua orang.. Yessss..!! Untuk semua..

# Ada yang whatsapp saya bagitau dia nak KECILKAN PINGGANG.

# Ramai yang cakap nak KEMPISKAN PERUT.

# Tak kurang yang pm kat FB kata nak KECILKAN PEHA, LENGAN dan PINGGUL.




Misi saya, SEMUA DI ATAS. Boleh gitu? :p
Tentulah boleh kan..
Enam bulan tu dah tak lama mana dah. Doa yang baik-baik ja. Uihh, debaq nahh nak tunggu result enam bulan akan datang. Misi ini mesti berjaya, pasti berjaya..!! Mind set tu sangat penting tau..

.

Okaylah, siapa-siapa rasa nak join saya masih belum terlambat. Masih banyak kekosongan. Jom #FittingMyBody sesama jom awak. Cantik untuk suami, cantik untuk bakal suami. Sihat untuk diri sendiri. Syok kan.. Nak ke nak?

.

Banyak sangat-sangat tips nak share selain daripada telan Omega. Tapi ekslusif untuk yang nak join misi #FittingMyBody ja tau awak.. Untung awak join kan.. Jumpa saya di whatsapp :')



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)