Friday, 30 January 2015

Tips Menabung By Keyra

Assalamu'alaikum.. Hai!

Siapa yang suka menabung akan tahu dan faham nikmatnya bila dapat tuang tabung yang dah penuh untuk kira berapa jumlah duit yang berjaya disimpan.

.

Keyra ni nak kata rajin sangat menabung tu tak jugak, tapi keyra sangat suka menabung. Bila keyra agak-agak nak pakai duit, keyra prefer menabung daripada terus habiskan duit gaji untuk dapatkan sesuatu.

.

Contoh tabung-tabung yang Keyra ada ek.


Ini tiga tabung yang keyra ada sekarang.
1> Tabung yang rupa bearbear tu tabung syiling. Dah nak penuh tabung tu, dah sampai takat mulut bearbear dah keyra tengok.
Dalam tu cuma ada syiling 50sen dan 20sen.

2> Tabung yang gambar nips tu tabung Subuh. Dalam tu cuma ada duit kertas. Tak kisah la berapa pun.

3> Yang belakang tu bekas ESP sebenarnya. Keyra buat as tabung honeymoon. Awww :p
Dalam tu cuma ada duit kertas RM5 dan RM20 sahaja. Yang lain-lain semua masuk tabung Subuh.


Nak menabung kena ada ilmu tau, bukan boleh hentam kromo ja. Mesti tak tahan lama dan tak konsisten menabung kalau main hentam kromo ja. Meh nak bagi sikit tips yang memang keyra sendiri amalkan untuk konsisten menabung dan misi berjaya..!!


TIPS MENABUNG-BY KEYRA

1) Simpan Si Hijau atau Si Oren
     Si Hijau sama dengan RM5.
     Si Oren RM20.


Gerammmmm nah tengok si hijau ni banyak-banyak. hihihi


Kes macam ni kalau yang nak menyimpan untuk dapat target yang tinggi segera. Contoh macam keyra kan simpan si hijau dengan si oren dalam tabung honeymoon sebab keyra nak dapat satu jumlah yang agak tinggi sebelum bulan sepuluh tahun ni. Keyra dah siap kira dah, kalau konsisten memang berjaya dapat jumlah yang keyra nak malah boleh dapat lebih lagi.


2) Simpan Duit Syiling

Yang ni kalau tak ada target tinggi boleh la berjinak-jinak simpan duit syiling ja dulu. Yela, tak semua orang biasa menabung kan. Nak terus mula menabung dengan nilai yang besar agak susah la. Awal-awal mungkin boleh tapi untuk konsisten mesti susah. Nasihat keyra jangan menabung syiling sepuluh sen. Sakit hati bila tiba masa nak kira. Hahaha. Nampak banyak tapi bila kira seciput ja yang dapat. Simpan la syiling lima puluh sen, syok oo nak kira. (keyra lagi suka lima puluh sen lama, sebab dia besar. lagi syiokkk nak kira hehe)


Ini keyra simpan tahun lepas, tak silap bulan lapan kot start simpan duit syiling.
Kira-kira ada la seratus lima puluh enam ringgit. Tu simpan main-main ja tu.
Kalau ingat simpan, tak ingat ke laut la jawabnya. hahaha
Bayangkan kalau konsisten. Wow! hehe



3) Simpan Duit Gaji

Yang ini memang kesilapan sembilan puluh sembilan peratus daripada kita, selalu belanja dahulu baru menyimpan kan. Sepatutnya menyimpan dahulu baru belanja. Barulah kita akan berjaya untuk konsisten menyimpan dengan jumlah yang sama setiap bulan.

Contohnya gaji sebulan RM1000. Simpan siap-siap sepuluh peratus daripada gaji tu. Means simpan RM100 secara konsisten setiap bulan. Dapat ja gaji, simpan dulu sebelum planning untuk belanja.

"Aliran wang orang kaya.
--> Dapat duit, simpan dan baru belanja.

"Aliran wang orang misking.
--> Dapat duit, belanja. Ada lebih baru simpan.


4) Namakan Setiap Tabung

Macam yang keyra tunjuk contoh yang keyra buat kat atas tu.
Keyra ada tabung syiling, tabung subuh dan tabung honeymoon.


Ni contoh ek keyra bagi. Label tabung kita tu.
Sebelum ni memang target nak pi honeymoon kat Korea nun.
Tapi sejak dapat tau Korea tu tak best mana pun, terus tukar.
Tapi Runningman tetap dihatiku. Kui kui kui



5) Letak Target dan Tempoh Menabung

Contoh macam keyra buat tabung honeymoon tu kan, keyra mesti dapat RM2000 sebelum bulan sepuluh ni. So setiap bulan keyra mesti simpan lebih kurang RM250. So sehari keyra cuma perlu simpan RM10 ja pun..!! hehe

Kan bila kita letak target setiap hari kena simpan berapa sebenarnya jadi mudah kan untuk kita menyimpan. Kalau rajin boleh sediakan satu kalendar khas untuk tick setiap hari bila dah berjaya masukkan duit dalam tabung tu. Nak duit kan? Kena la rajin sikit :)


Do it now.

Sometimes later become never!


Tak suka menabung takpa, buat ja. Dah dapat hasil nanti mesti ketagih nak menabung..hehe
Cubalah~


Till then, jumpa lagi nanti. Muah ciked! LOL



Much love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

No comments: