Saturday, 15 September 2012

Seoul Garden

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sapa tau Seoul Garden tu tempat apa, angkat tangan ! -ehh kira, hang ingat ada org nak layan hang angkat2 tangan ka- _diam la hang_



Haa, mai sini aku nak habaq kat hampa semua Seoul Garden tu menatang hapa.. Seoul Garden ni adalah sebuah restoran, ala2 korea. seoul kan kat korea. stimbot style ! bbQ sekali. makan cara buffet, ambik la banyak mana pun hampa nak ambik, tapi kena makan bagi habis. sebabnya kalau tak habis, setiap 100g yang hampa tinggal tak habis tu akan di cas RM5. memang tak la kan nak bayaq lagi kat depa. pulun makan bagi habis jugak la. aku nak cerita pun tak reti, tengok la gambaq ni. tapi aku yakin sangat ramai yg tau, Seoul Garden tu tempat yang macam mana kan.



gambaq yg kat atas ni ehsan pakcik Gugel. tadi terlupa nak ambik gambaq yg real, sibuk sangat nak makan. masuk dalam restoran tu tepat pukul 11am. dah la kami orang first yang masuk pulak tu. haha. lupa pulak, macam biasa la, aku pi bertiga dengan Ain & Fina. dah masuk tu, tercengang-cengang pulak taktau nak buat apa. berdiri laa kat depan kaunter tu, terus la order untuk lunch tiga orang. sekali dia bagi bill !!


hamek kau !! makan la sampai muntah. memang pun kami makan macam setahun tak makan, non-stop pulun makan ! sedar tak sedar dah dekat pukul 2pm. hampir tiga jam duduk dalam tu. sampai tak boleh zip la seluar aku. gila dasyat ! tak pernah aku makan sampai macam tu sekali. berbaloi la dengan harga yang kami bayaq. tu yang sungguh-sungguh makan sebab terkejut tengok harga dia ! nak habiskan sisa yang last tu tersangatlah seksa. hang tolak kat aku, aku tolak kat hang.

yang bestnya, siap dengan desert semua ada. dengan aiskrim, cendol. buah pun ada. nasik pun ada. makan la sampai meletop perut takdak sapa nak marah. lengkap! memang puas hati hati la tiga jam duduk bertapa dalam tu. 

ini Fina. ni masa awal2 tengah semangat lagi.
ini pulak Ain. sama la.
                     oppsss !!
                         -semasa- 

 
                      -selepas tiga jam berlalu-

melantak sungguh ! berapa kali bangun pi tambah makanan mentah. bergilir-gilir bangun. ha, daripada selapang-lapang perut sampai seboroi-boroi plus buncit la jadinya ! puas hati. haha

nota lutut : cakap dengan Ain, kita jumpak 10 tahun nanti pulak pi makan kat Seoul Garden !