salam ramadhan semua :)
sebelum apaapa , saya nak bagitau saya dah selamat sampai kampung tercinta . syukur alhamdulillah :) . terasa tersangat la bahagianya pun .
sebelum nak cerita soal hari ini , aku nak cerita perihal semalam . entah apa sebabnya , entah dimana silapnya . aku terasa lain macam ja . hati aku tak tenang . dua tiga hari jugak laa hati aku rasa sangat tidak tenang . rasa macam dah dekat sangat dengan mati . mulanya hati aku berat nak bagitau kat sesiapa pun , aku takut sangat . tapi orang kata kalau kita rasa nak mati dan kita tak bagitau sesiapa maknanya apa yang kita rasa akan jadi kenyataan . aku pun bagitau la kawan aku apa yang aku rasa .
makin dekat dengan hari nak balik kampung hati aku makin tak tenang . kalau ikutkan hati aku memang aku taknak balik kampung , tapi bila fikir balik kalau nak mati kat manamana pun si izrail tanpa segan silu menjemput . aku cuma mampu berdoa dan berserah pada ALLAH . daripadaNya kita datang kepadaNya juga kita akan pulang .
aim aku satu ja nak balik kampung nak jumpak mak ayah aku dan semua keluarga aku . Alhamdulillah , dengan adanya entri ini bermakna aku dah pun selamat sampai kampung halaman .
perihal hari ini pulak , tersangat la bahagia sebab aku dah dapat apa yang aku takut sangat tak dapat .
pertamanya , bersahur dengan family walaupun tak semua ada sebab sisters brothers aku masih lagi kena bekerja . ahad ni baru balik . kiranya aku orang pertama yang sampai rumah . keduanya dapat tolong mak masak . walaupun tolong potong2 ja , sudah dikira tolong . hehe . dan terakhir dapat berbuka bersama mereka . aku duduk makan di tengah2 antara mak dan ayah . SILA CEMBURU :)
nota lutut : mood raya sangat terasa :)
No comments:
Post a Comment