Friday, 16 December 2011

berapa umur matang untuk lelaki

assalamu'alaikum dan selamat pagi.
mukadimah bukan main skema lagi pg2 ni haha 
disebabkan bukumuka aku dah deactive, maka jadinya kat sini laa tempatnya aku nak meluahkan gundah gulana di hati. berapa umur matang untuk lelaki sebenarnya?? agak kepelikan bilamana majoriti yg even dah habis sekolah menengah pun belum cukup matang atau bahasa kasarnya aku nak kata kat sini tak matang langsung. sori lahh kalau ada yg terasa atau ada yg nak marah aku. haa, silakan :)
sebab aku rasa memang betul apa yg aku cakapkan ni. sebabnya benda memang ada depan mata aku. kawan2 aku, and even adik lelaki aku sendiri. tak matang dari segi nak berkawan atau bahasa mudah pahamnya bila bercinta. pelik2. dan yang si perempuan tu sendiri aku tak paham jugak. mudah sangat bagi itu ini. tengok saja kat FB, dimana2 ada gambaq lelaki dan perempuan yg aku pastinya bukan muhrim berpeluk sakan. haisshhh x malu kaa??? tunjuk dosa kita kat public. depa mesti ingat ramai yg akan jeles bila tengok gambaq depa yg seakan2 bodohkan diri sendiri di public, eeuuuwww pelisssss. sikit pun tak jeles but menyampah plus nak termuntah ada laa.
ingat sweet sgt ka buat mcm tu? hahaha. kdg2 kesian tengok sebab depa ni tak sedar sebenarnya ramai yg tak suka dgn depa. kawan2 terdekat tu aku boleh jamin tak lebih dari nak jaga hati ja tu, bukan nak like plus comment yg sweet2 sgt. haha.
and satu lagi bila ada lelaki yg sanggup habiskan duit untuk perempuan itu. duniadunia. duit pun mintak kat mak lagi, ada hati nak belanja awek sana sini. topup tak henti2, bergayut bagai nak runtuh bumi. apa nak jadi. ehh, boleh jadi pantun laaaa. haha. tapi tu la realiti hidup hari ini kan. ramai yg lupa diri. remaja tengah nak naikkan. tak kemana punya la bercouple sana sini kalau cuma reti nak perabih duit. aku bukan nak doakan yg tak elok, tapi itu realitinya. aku pun pernah bercouple dan pernah putus. so aku tau serba sedikit dunia bercouple ni. tapi Encek Ayam aku tak ajaq aku dgn duit. kedekut ! haha. tapi takpa sebab aku suka tak dimewahkan. tapi semua tu dah terkubur dah. huuu
tapi kan, aku nak cari lelaki untuk jadi suami aku one day seorang yg kaya jugak. haha. bukan mata duitan tapi menjamin masa depan. aku pun nak jugak merasa hidup mewah.
kahwin kahwin. bilamana umur dah nak meningkat 20 tahun ni, mood nak kawin menjadi2. haha. kdg2 sembang dgn kawan aku pun bab kawin ja. see how gatai we are. haha.

nota lutut : ehh entri ni tak ditujukan untuk sapa2, ni umum k. tapi bab adik tu memang tu la sorang adik lelaki aku :D

2 comments:

raisha rabbiya said...

a'a kan . semenjak, 2 menjak nk masok 20 nie , mengidam nak kawen lar . nak ada anak lar . dasyat anak dara sekarang . xceli baik benda 2 . tp nak buat camna . dah takda yang ajak jmpa tok kadi . :D

Misz Keyramitsu said...

kan? makin menjadi2. sebenaqnya makin gatai :D