assalamu'alaikum semua (bajet mcm ramai baca belog ni haha)
ada aku kesahh ??? haha
tahun ni aku dah masuk 20 tahun. ok aku tak suka dengan angka tu. tapi suka tak suka umur aku tetap 20 tahun ni. orang kata bila dah naik puluhan pikiran pun kena lahh berubah mcm orang berumur puluhan. tapi aku rasa mcm sama ja, takdak beza pun. haha
sebut soal umur, teringat waktu aku kecik2 dulu. bila tengok orang yang dah besar aku rasa orang tu hebat sangat. aku rasa tak sabaqnya aku nak jadi besar mcm orang yg aku tengok tu. haippp, besar dari segi umur la !! grrrrr :D ~ bestnya aku rasa bila jadi orang besar. tapi sekarang bila aku sendiri ada dalam situasi ni aku tak rasa apa2 pun. biasa jaa.. haha.takdak yang best sangat pun.
bila umur meningkat secara manualnya percent masalah yg datang pun meningkat la jugak. pelbagai. berbagai-berbagai. macam-macam. dan cara penyelesaian pun haruslahh berbeza. bagi aku, umur atau angka tak menjanjikan seseorang tu matang. dan aku pun kadang2 tak matang jugak. makan jugak lolipop . ~ errrrr
kalau dulu aku nak duit aku mintak ja kat my ayah and my kakak2. tapi sekarang nak mintak pun jadi tak sampai hati. pikir banyak kali jugak. walaupun sebenarnya semester baru ni lagi banyak nak guna duit. sampaikan terpaksa ikat perut la bila tiba makan malam sebab nak save. padahal baru seminggu kat sini.haha
duit zaman sekarang kan, seratus pun dah tak banyak mana sangat dengan keadaan barang yg mahal sekarang ni. so kenalahh belajar berjimat. cadangnya nak amalkan berpuasa isnin dan khamis. insha-ALLAH. sebelum ni ada jugak buat tapi tak amalkan. huhu. boleh jimat kalau nafsu makan terkawal dan nafsu paling bahaya yang ada kat aku ni dirantai,diikat dan dikurung iaitu nafsu SHOPPING. haha
time to change. not an ordinary changes but an extraordinary changes (!)
No comments:
Post a Comment