Baru-baru ni saya ada attend Mascel. Apa itu mascel? Nanti saya cerita dalam entri lain ek. Pagi ni nak bagi tips sikit untuk yang nak travel jauh naik bas/keretapi. Habis tu kenapa sebut pasal mascel kalau takmau cerita pasal mascel. grrr~ hahaha. Relax la hakak, kaitan mascel dengan tips naik bas ni adalah jemahh pi mascel baru-baru ni naik bas dari Penang ke Shah Alam nun!
Ceritanya bermula pada 15hb yang lepas. Mascel date 16hb November. Makanya 15Nov jam 6 petang daku gerak dari Penang terus ke Shah Alam. Tepat pukul 12am daku sampai kat seksyen 17 Shah Alam. Bertolak balik pulak dari stesen Kajang (12am) ke Parit Buntar (5am).
Agak lama jugak tak travel jauh-jauh naik bas seorang diri. Last rasanya masa semester 1 belajar kat Melaka. Since then selalu balik dengan Ain. Berteman la. Ada dalam dua tahun dah. Berani sungguh daku! Hahaha
Here some tips for you.
* JANGAN makan something yang PEDAS
Alkisahnya, saya mengidam nak makan asam pedas Melaka air tangan ibu. Saja-saja bodek ibu masakkan, mana tau betul-betul dapat. Jangan taktau walau saya ni orang Penang, tapi saya peminat tegar asam pedas Melaka. Tapi mesti yang Melaka la. Kui kui
Habis tu ibu masak terover pedas, dah namanya favourite haa makan tak hengat la walau pedas kan. Siap hirup kuah paling tak tahan tu. Tapi pedas pun sedap amat! (ni duk menaip pun terliur dah) Percaya tak siap ibu bekalkan bawak balik Penang! Terbaikkk~
Natijahnya, perut jemahh memulas teruk la. Malam pulak, tambah dengan sejuk dalam bas tu. Allah ja yang tau waktu tu betapa teruk tahan nak buang air. Kah kah! So better elakkan -____-
* Bawa STOKIN dan SWEATER
Kalau perjalanan malam, bawak la stokin dan sweater. Bawak selimut lagi bagus. Tak payah fikir orang lain nak kata kita ni over bawak selimut, sebab akan ada yang admire dengan kita sebab dapat tidur dengan sangat selesa. Mana taknya, tambah sejuk kat luar, sejuk air-cond lagi. Memang menggigil kaki tangan.
Saya memang dah banyak sangat pengalaman jalan malam travel jauh-jauh Melaka-Penang-Melaka haa kalau tak reti-reti lagi memang melampau la. Tapi pernah ja tak bawak, lupa! Kekeke
* Minyak dan Mentos
Pada yang mabuk jalan tu, macam jemahh ni sila lah bawak apa-apa minyak like minyak cap kapak ka dan something untuk mengunyah yang boleh hilangkan loya like mentos. Dua benda ni memang wajib ada dalam bag saya sebelum naik bas. Kadang-kadang belum separuh perjalanan dah habis mentos tu ku telan. Kuang kuang~
Saya ni pulak jenis yang memang tak boleh bau bas, pening la. Tak suka! Dulu lagi teruk, memang tak boleh lansung bau air-cond kereta. Mulalah loya mengada datang. Sekarang getting better la.
* Inform Driver
Kadang-kadang ada waktu driver berhenti nak isi minyak ataupun dia nak smoking dia tak kejutkan kita tau, tapi tak semua la macam tu. Ada certain driver asal dia berhenti ja dia akan kejutkan kita tanya kot-kot ada yang nak pi toilet kan.
Ini yang terjadi, driver ni berhenti nak isi minyak. Daku yang sememangnya tengah menahan sakit perut nak turun la pi toilet. Nasib baik tak lupa untuk inform driver.
Bayangkan sakit perut yang ditahan hampir lima jam, agak lama la daku dalam toilet tu. Tapi lama tak lama sangat la, lima minit ada kot. Keluar-keluar toilet eh bas dah tak ada. What is this??? Mula la nak berdrama air mata kat pam minyak tu sorang-sorang. Lepas tu teringat yang handphone ada dalam poket seluar. Laju tangan teraba-raba poket seluar. Eh takdak? Mana pi handphone aku! Takkan jatuh dalam toilet hole kot =____=
Eh ada dalam poket sebelah kiri. Kui kui
Tup-tup bas muncul... Nak menangis lagi sekali boleh tak? Ngeeee~
Kalut driver tu minta maaf sebab dia nampak muka daku yang basah dek airmata. Kah kah! Drama sebelum subuh sangat. Dia kata tiba-tiba dia tergerak hati nak kira balik penumpang bas dia. Dia berhenti tepi jalan tengok ada satu sit ada bag tapi tak ada tuan. Haaa kalut hang patah balik. Kalau kat highway memang selamat jalan romeo la jawabnya. Nasib la dah nak dekat sampai dia dah masuk jalan pekan.
Geram rasa..kita dah inform dia boleh lupa pulak ~grrrr
Gitulah kisahnya. Jemahh nak pesan jangan jadi macam jemahh. Ni kesan dah lama tak naik bas, sorang-sorang pulak tu. Huru hara jadiknya. Heu heu
Okaylah, nanti malam kita jumpa lagi ya? *bajet itu perlu
Till then, babai! #muahciked

Ni la ibu, yang masak asam pedas yang teramat tu untuk kita. Ibu Aimi-kekeke-sama bulat O_O |
Till then, babai! #muahciked
Much Love,
Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)
No comments:
Post a Comment