Tuesday, 21 February 2012

di sebalik roomates

Assalamu'alaikum :)
sama laa ni, dah jarang aku meng'update' belog tercinta aku ni. tersangatlahh sibuk dan busy. ehh macam sama jaaa. ada aku kesah? belog aku kan, biaq pi laa kat cheq :D

nak cerita sikit perihal roomate aku. semester ni aku sangat seronok sebab aku dapat sebilik dengan kawan baik aku dan dgn kakak2 yang baik. mereka adalah ain,fina,kak qila dan kak yus.(skemanya ayat aku) dan bila dah sebilik ni, baru la aku tau perangai sebenaq masing2. hahah. aku tak sama kelas dengan ain,fina ataupun kak qila. ain dengan fina satu kelas, aku kelas lain dan kak qila kelas lain. kak yus semester atas, opkos la kelas lain jugak kan. hahaha. masing2 ada pe'el tersendiri. tapi aku nak cerita mengenai ain dengan fina ja dulu untuk kali ni.

asal aku balik kelas ka, bangun dari tidoq ka. aku tanya ja fina, ain mana? basuh baju.. besoknya soalan yg sama aku tanya, dan jawapan yg sama aku terima. "BASUH BAJU"... ouh my... ain tersangatlahh suka basuh baju, boleh katakan tiap2 hari basuh baju. dan statement dia yg paling aku rasa nak terkentut nak gelak golek2 bila kata "aku boring laa, nak pi basuh baju sat ahhh".. pehhhh, aku rasa terhina kat situ sebab aku basuh baju seminggu sekali ja kot. huhu. dan yg paling aku rsa kecewa, pencil case pun dia basuh jugak.. dan setiap kali lepas basuh baju dia mesti mandi.adoi laa! btw, ain orang kedah :)

berbeza pulak dgn fina. dia suka tidoq. pantang letak kepala atas bantal, mesti selamat. tapi yg aku respect, dia nak naikkan pointer semester ni and nampak la dia bersungguh2 study walaupun studynya lima minit tidoq ja yg lebih. hahahaha.dan lagi satu fina ni lalang. mula2 bila orang tanya nak makan dak malam ni, dia kata takmau. tapi satgi bila orang nak order dia pun kalut nak order jugak. fina fina..

aku buntu, aku taktau yg mana satu aku patut jadikan contoh. hahaha. (ayat jaga hati)


tapi kawan a.k.a my roomates, macam mana pun hampa aku tetap sayang hampa. hampa la tempat aku kongsi happy and sedih. hope sem depan kita dapat sebilik lagi. sayang hampa laahhh ! :)

nota lutut: dah terasa bahang nak ke BANGKOK :)

Monday, 6 February 2012

2m = manusia + masalah

Assalamu'alaikum :)
teringat perbualan dgn rakan seBio semalam. dia cerita masalah dia kat aku. and seriously aku tak pernah expect dia ada masalah macam tu. tapi tu lahh, masing2 ada masalah tersendiri. tipu laa kalau hang kata hang takdak apa2 masalah. orang tak siuman ja yang takdak masalah ni tau.
tengah sembang2 dengan dia, berkongsi cerita. tiba2 dia kata dia teringin nak jadi orang lain dan dia kata dia teringin nak jadi aku. sebabnya dia kata dia tengok aku happening ja dengan kawan2 aku semua. macam takdak apa2 masalah yang aku pikiaq. hahahahahahaa.

wahai kawanku, semua orang ada masalah. aku dulu pun pernah pikiaq macam yang hang pikiaq. aku pun pernah nak jadi orang lain. and opkos benda tu tak mungkin berlaku. so tak payah laa berangan nak jadi orang lain. seronok la jadi diri sendiri. ALLAH dah atur elok dah untuk kita semua. dah ada bahagian masing2. tak seronok pun kalau hang jadi aku, dan aku pun dapat rasakan tak seronok jugak kalau aku jadi hang. hahahahahaa.

so apa pun masalah kita, back to basic. ingat ALLAH banyak2. kalau kita selalu mengharap kat DIA Insha-ALLAH, DIA takkan sedetik pun lupakan kita. DIA akan sentiasa ada dengan kita. tapi tolonglahh, jangan kita cuma ingat kat DIA time kita susah ja. sentiasa kita ingat kat DIA walaupun dalam keadaan senang. sebab bila kita senang kita ingat DIA, time susah DIA takkan lupa kat kita. jangan berhenti berharap kat DIA, sebab ALLAH tak pernah hampakan hambaNYA. bezanya cepat atau lambat ja. lagi lambat atau lagi lama kita diuji sebenarnya ALLAH lagi sayangkan kita sebab lagi lama kita akan dekatkan diri denganNYA.

"selangkah kita menuju padaNYA, seribu langkah DIA mendekati kita" ~ Insha-ALLAH, just be grateful ~ :)

Friday, 3 February 2012

try and error

assalamu'alaikum :)

dah lama belog ni ditinggalkan keseorangan. maap leww, bukan berniat nak curang dgn you wahai my dear blog, tapi ai sibuk sangat sejak2 dah start kelas ni. baru minggu pertama tapi kerja dah bertimbun. sangat penat. otak aku bekerja 24hours. tapi lama kelamaan aku dah jadi terbiasa. bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. hehe. dan sangat2 mengejutkan bilamana semalam aku berangan2 nak tidoq awai,lebih kurang pukul sebelas lebih tapi mata aku tak boleh nak lelap walaupun aku tak tidoq petang. sampaikan dekat pukul 1 pagi baru mata ni terlelap sebabnya dia terbiasa dilelapkan oleh tuannya hampir pukul 3pg setiap hari. hahaha.

apa kaitan dengan tajuk entri??? haaa, sini aku nak habaq mai. dua tiga hari lepas kolej ada buat meeting. dan meeting tu berkaitan dengan students yg dapat CGPA 3.5 and above. kolej nak bagi reward laa. lawatan sambil belajaq ke BANGKOK. mulanya ingatkan free, so hati ni sangat berbunga2 lahh mau join itu trip. bila buat sekali lagi perjumpaan ternyata kena bayaq. RM550 setelah ditolak itu ini.maksud aku sponsor laa. bagi aku berbaloi laa sebab RM550 tu termasuk tambang pergi balik,tiket masuk tempat lawatan,penginapan dan makan tiga kali sehari. lawatannya lima hari empat malam, bulan tiga ni Insha-ALLAH.

tapi bila pikiaq2 balik, mana aku nak cekau duit. memang la tersangat teringin nak pi sampaikan aku terpikiaq utk buat part-time job. hahaha. dan aku hampir putus harapan bila mengingatkan simpanan aku memang tak cukup. so, besok paginya aku mencuba nasib menghantar mesej kat kakak2 dan abang2 aku utk mintak sponsor mereka. bukan main panjang lagi mesej yang aku hantaq. dan tujuan aku hantaq cuma nak mintak pendapat, dan aku tak mengharap sangat pun. dan Insha-ALLAH aku dah sediakan mental yg kuat utk terima keputusan andainya tak berpihak ke aku.

tapi ALHAMDULILLAH kakak dan abang aku bersetuju nak support aku. seriously didn't expected. begitulah ALLAH permudahkan urusan orang yg bersabar dan sentiasa berserah kepadaNya. dan yang lagi best seorang kawan baik aku kat sini dapat join jugak. seriously tak sabaq nak pi sana. semoga ALLAH permudahkan segala urusan hambaNYA ini :) ~ Insha-ALLAH

Monday, 9 January 2012

jalan hidup baru sebagai 20-an

assalamu'alaikum semua (bajet mcm ramai baca belog ni haha)
ada aku kesahh ??? haha

tahun ni aku dah masuk 20 tahun. ok aku tak suka dengan angka tu. tapi suka tak suka umur aku tetap 20 tahun ni. orang kata bila dah naik puluhan pikiran pun kena lahh berubah mcm orang berumur puluhan. tapi aku rasa mcm sama ja, takdak beza pun. haha
sebut soal umur, teringat waktu aku kecik2 dulu. bila tengok orang yang dah besar aku rasa orang tu hebat sangat. aku rasa tak sabaqnya aku nak jadi besar mcm orang yg aku tengok tu. haippp, besar dari segi umur la !! grrrrr :D ~ bestnya aku rasa bila jadi orang besar. tapi sekarang bila aku sendiri ada dalam situasi ni aku tak rasa apa2 pun. biasa jaa.. haha.takdak yang best sangat pun.
bila umur meningkat secara manualnya percent masalah yg datang pun meningkat la jugak. pelbagai. berbagai-berbagai. macam-macam. dan cara penyelesaian pun haruslahh berbeza. bagi aku, umur atau angka tak menjanjikan seseorang tu matang. dan aku pun kadang2 tak matang jugak. makan jugak lolipop . ~ errrrr

kalau dulu aku nak duit aku mintak ja kat my ayah and my kakak2. tapi sekarang nak mintak pun jadi tak sampai hati. pikir banyak kali jugak. walaupun sebenarnya semester baru ni lagi banyak nak guna duit. sampaikan terpaksa ikat perut la bila tiba makan malam sebab nak save. padahal baru seminggu kat sini.haha

duit zaman sekarang kan, seratus pun dah tak banyak mana sangat dengan keadaan barang yg mahal sekarang ni. so kenalahh belajar berjimat. cadangnya nak amalkan berpuasa isnin dan khamis. insha-ALLAH. sebelum ni ada jugak buat tapi tak amalkan. huhu. boleh jimat kalau nafsu makan terkawal dan nafsu paling bahaya yang ada kat aku ni dirantai,diikat dan dikurung iaitu nafsu SHOPPING. haha

time to change. not an ordinary changes but an extraordinary changes (!)

Saturday, 31 December 2011

lain acuan lain bentuknya

Assalamu'alaikum :)

dear mom and dad, (atau bhasa kmpungnya---> dear mak dan ayah :D)

teringat hidup aku dr dulu sampai sekarang . n now i'm 20 dh boleh kawin dh and i'm big enough to think every single thing in my life. HOPEFULLY :)
aku anak MAK AYAH aku. ehh, ofcos laa.. xkan aku anak mak bapak Aaron Aziz pulak. bhahahahahh. xpaham? ok lupakan. kalau dulu aku selalu tertekan sebab family aku especially ayah dan kak ngah aku suka letak harapan yg tinggi kat aku. contohnya bila tiap kali aku ada big exam, depa memang harap aku dpt bagi the best lahh. tp aku dh salah anggap, aku anggap semua tu bebanan utk aku and i can't do that. aku x dapat bagi yg terbaik. dan kdg2 aku cemburu dgn kwn2 aku yg mna parents depa x kisah sgt dgn apa yg depa dpt. setakat lulus dh baik.
tapi aku silap. aku rsa kalau parents aku tak letak harapan yg tinggi kat aku, maybe aku takkan dpt apa yg aku nk. aku akan buat biasa2 utk dpt result yg biasa2 ja. sekarang bila aku dh futher study jauh dr family. ok fine, memang dlm malaysia jugak baru aku tau yg depa buat semua tu memang totally utk kebaikan aku. bila aku dpt result yg best, seriously aku rasa happy gila. and bila aku dpt result yg mcm hampehh, aku rasa down gila.
and now aku bersyukur sgt2 dgn apa yg aku ada. i mean my family. even tertekan sebab nak kena ligan/kejar result yg bombastic ! tp xpa, aku suka sebab semua org nak yg terbaik rite? hehe
dear mom and dad,
i promise i will be the best daughter that both of you ever had.
and i promise i will keep this smiling when u see me being a successful person, one day.
so please, keep my words..
MOM and DAD, ILOVEBOTHOFYOU SO MUCH. you are the best parents in the world !


dear year 2012,
i will make you the sweetest year and i promised for that.
so, please be nice to me.
THANKYOU :)


nota lutut: broken english!!! ada aku kesahh? :D

Wednesday, 28 December 2011

syok berCUTI diSPONSOR

Assalamu'alaikum :)
memang syok bercuti bila ada org yg bayaqkan semuanya. cuma perlu bwk diri. haha. walaupun cuma pi LANGKAWI yg sememangnya dekat utara jugak, tp aku tetap bersyukur. semuanya ditanggung sehinggalahh makan nasik lemak yg RM 1 pun ada yg bayaqkan. and yg paling tak tahan, nak masuk toilet yg tiga kupang pun dibayarkan. ahahaha. memang goyang kaki la. sapa yg pemurah tu? my 3rd kakak wif her husband. 
ok aku mengaku agak kebosanan sebab keseorangan. kakak join vacation ni dgn family kakak ipar dia. yg aku nak sgt ikut sebab terlalu bosan dok rumah dan teringin nak naik CABLE CAR. and i did it !

sangat best walaupun x pi mana sgt kat langkawi tu sebab mereka lg preferred utk shopping. so tpt yg paling byk kali dituju adalah PEKAN KUAH.
 x byk sgt pun nak cerita :) tgok la buktinya ahahahahahahh

itu jetinya. x brapa sure smada jeti kat kuala perlis or kat langkawi :D

  ouh, mereka inilah yg SPONSOR aku spnjang kat sna. kakak bersama suami dn anak2 nya :)

see, he's riding the horse cost RM 14. better than naik gajah yg berharga RM 80. gila mahal (!)

 n now, he's on the tiger. haha. fake tiger actually :D
 what ??? :D




 kat top station cable car. angin sgt kuat, trsa mcm nak melayang :p



sekian, wassalam ...

Thursday, 22 December 2011

result sem 3 adalah

usaha yg sama , tapi benda makin susah. memang mustahil la nak dapat result yg sama. kompom2 result akan jatuh. haa, sendiri yg belajaq sendiri yg jawab tak payah nak salahkan sapa2 la kira oi! nak menyesal? tak guna dah, benda dh lepas. kalau lepas ni nak teruskan dgn usaha yg sama, siap sedia laa nak hadapi keputusan yg makin teruk. huh !!
NO !!! i can't. aku kena betul2 berubah lepas ni. bukan sikit punya perubahan tapi drastik punya perubahan !
apa aku nak jawab kt ayah aku bila result sampai rumah nanti. mati la aku ! huhu.
mula2 dapat tau result aku tadi, seriously aku rasa down gila. tp bila dh dpt sedikit nasihat dr kawan2 aku, InshaALLAH aku redha dgn semua ni.

< dok buat macam dapat dekan kompom dapat keja. apa la hang ni >
first ayat yg pedas aku dapat dr seorg kwn aku. haa AMIK !! padan muka aku. tp feeling better lepas kena se-das mcm tu. HAHA

< memang perit kalau nak kenangkan. tp ambik yg positive side yaa. REDHA dgn rezeki ALLAH dan jadikan pedoman utk hari esok. ALLAH count our tears and effort. dan ALLAH tau yg terbaek utk kita. jgn terlalu sedih sebab tu yg terbaek utk kita. yaa, terbaik pd masa ni. Insha-ALLAH pasni ALLAH ada yg lebih baek. bersangka baeklahh pd ALLAH. mungkin kita dh belajar bagai nak rak, tetap akn dapat mcm ni.bisikkan kata2 yg baek supaya hati kita REDHA. wallahu'alam>
and this make me even better. so kepada sesiapa yg senasib dgn aku x payah nak bersedih sgt, even aku dh menangis melalak bagai org gila tadi lepas ni kita cuba lagi yg terbaik.

STUDY STUDY STUDY !! i will make sure tu yg akan jadi main thing dlm otak aku lepas ni. fighting !! =D

Monday, 19 December 2011

dia tak mintak seperti itu

semua orang ada kisah hidup tersendiri kan? ada yg bahagia ja sepanjang hidup dia, kalau ada masalah pun masalah yg biasa semua org alami. ada org yg hidup dia bergelumang dgn masalah. dan ada org yg seimbang hidup dia. kadang gembira kadang murung. bukan bermakna ALLAH itu tak adil. dah terbukti kan Al-'Adl yakni ALLAH Maha Adil. semua yg direncanakannya pasti bersebab dan yg lagi pasti semua yg dah jadi atau bakal jadi ada hikmahnya.
dan aku, aku sendiri punya kisah hidup aku. actually bukan tentang aku, tapi tentang ADIK bongsu aku. dia kurang upaya. sejak dilahirkan dia macam tu. dulu masa aku masih lagi kecik, belum tahu membezakan mana baik mana buruk. aku totally tak dapat terima kehadiran adik aku yg seorang ini. aku rasa dia cuma akan menyusahkan hidup aku dan terutamanya akan menyusahkan hidup mak aku. dgn keadaan dia yg kurang upaya pastinya semua benda yg kita lakukan seharian memerlukan bantuan utk dia penuhi semua tu. waktu tu aku malu dgn kehadiran dia. aku selalu mengelak kalau nak kemana2 dan ayahku bercadang nak bawak dia. aku akan cipta seribu satu alasan supaya aku tak payah ikut.
mandi kena orang mandikan, makan kena orang suapkan, pakai baju kena orang pakaikan. pendek kata serba serbi dia perlukan bantuan org. dia tak mampu buat sendiri.
tapi tu semua dulu, masa aku belum tumbuh bulu ketiak kaki pun, tapi sejak aku dah baligh dapat bezakan yg baik and buruk, aku sedar. aku sedar yg semua ni jadi dgn kehendak ALLAH. dia sendiri tak mintak utk dilahirkan mcm tu. dulu waktu dia masih kecik mungkin dia tak rasa apa2 dgn keadaan dia mcm tu.tp sekarang dia dh berumur 16 tahun. ya umur yg sepatutnya seorang remaja bersuka ria dgn kwn2. tp dia, cuma mampu duduk di rumah dan tunggu apa saja yg akan dtg menceriakan hidup dia.
walaupun fizikal dia macam tu, perangai dan pemikiran dia pun tak seiring dgn umur dia tapi aku yakin dan pasti dia jugak berkeinginan seperti org lain. aku tau apa yg dia rasa. dia pun mesti nak jalani hidup dia mcm ank remaja yg lain. tapi dia tak mampu. baru tadi aku nampak dia menangis. dia terkejut sebab aku nampak then dia cakap mata masuk habuk. aku tau dia tipu, tapi aku buat2 percaya yg mata dia masuk habuk. hari2 dia habiskan dgn duduk atas kerusi roda dia dan tunggu depan pintu. tengok orang yg lalu lalang. aku kesian tengok dia tapi aku taktau apa aku patut buat.



ADIK.. kakak sayang adik. kakak tak pernah putus2 doakan kesejahteraan adik. walaupun kakak tau peratus adik nak kembali normal sangat tipis sebab doktor sendiri yg cakap. tapi kakak tau SYURGA tempat adik. kakak tau yg ALLAH jadikan adik bukan untuk bebanan semua orang tapi sebagai salah satu jalan mudah untuk mak ayah kakak2 dan abang2 menuju ke syurga. adik jangan sedih dgn keadaan adik mcm tu. kakak tak suka tengok adik menangis. semua sayang adik. be strong ok.
walaupun aku tau dia takkan baca dan mustahil untuk dia baca tapi aku tetap ingin menulis. sebab aku terlalu sayangkan. aku dah tak peduli dgn apa yg org akan kata. yg pasti, AKU SAYANG ADIK AKU...
Ya ALLAH, aku tau apa yg jadi pasti ada hikmah menanti dan aku tau KAU sebaik2 perancang. doaku, berilah peluang untuk adik aku merasai hidup sepertimana org lain.. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

awak yg sedang membaca, sy mohon aminkan doa sy. TERIMA KASIH :)
kita semua patut bersyukur sebab dilahirkan sebagai manusia sempurna. sihat sejahtera. Sedih bila dapat tahu yang insan sesempurna kita ni tak bersyukur dengan anugerah Allah yang tidak ternilai ni.  Mungkin. kita semua dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing2. kita patut bersyukur untuk kedua2 nya sebab kita masih mampu jalani hidup sepertimana org lain.

Saturday, 17 December 2011

mandi

mandi dah jadi rutin sehari-hari untuk manusia biasa mcm kita ni kan. ada ka sapa yg taktau apa tu mandi? maknanya hang tak mandi la tu. maknanya hang tak siuman la tu. haha. ahaks (!)
bila nak cerita pasai mandi ni aku teringat satu moment kat hostel kolej. haaa waktu tu sem dua atau tiga tak pasti la, tak ingat dah (padahal tak sampai setahun pun lagi). yang pastinya waktu tu aku dgn aimi tengah pulun study nak menghadapi final. haha. biasa la lumrah kebiasaan pelajar kan, esok nak exam malam tu baru pakat2 nak "overnite".haaa
seingat aku la,jam menunjukkan pukul 12 lebih dekat 1 pg dah.

wehh, penat la aku banyak sgt nak kena baca.
kau ni kalau penat aku lagi berdouble2 penat.

begitulah aimi yg selalu katakan yg aku ni lebih dari dia. so aku kna selalu positif untuk buat dia semangat nak study dismping aku pun tgah motivate diri sendiri jugak sebenarnyaa. 

arrgghhhh..(sambil mengeliat dan bangun)
hang nak pegi mna wehh??
mandi.jom laa. haha. supaya lebih segaq nak menghadap buku tu.
taknak la aku, sejuk laa..
takmau sudah aku pi sorang,hg jgn tutup pintu bilik.  (gara2 takut sebab dah sunyi sepi memang selalu begitu la bila sorang keluar ke toilet dan lagi sorang dlm bilik)

lima belas minit kemudian.dah siap berbaju semua.
sejuk wehh,segaq sikit rasa.syok kalau dapat tidoq ni.
hg jgn kira.........
hahahahahahahahaha

merah mewakili aku sebab aku suka kaler merah dan pink mewakili aimi sebab dia sgt ladies. haha.
dan satu benda lagi yg buat aku teringat perihal mandi ni ialah capital A for my AYAH.ayah selalu pesan jgn mandi lepas pukul sepuluh malam, tak elok katanya. dan aku adik beradik dah terbiasa dgn status beliau yg satu itu. memang takkan ada sapa pun yg berani lepas pukul sepuluh bila dok kat umah ni. pernah jugak curi2 mandi masa aku kerja dekat GIANT dulu sementara nak tunggu keputusan SPM. kerja sementara. kalau kena shift petang memang pukul 10.30 baru sampai rumah sebab punchcard pukul 10. curi2 mandi tak berani nak menyiram banyak2. haha
tapi bila dah merantau atau balik rumah sewa masing2, nasihat tu dilupakan, akulah salah seorangnya. tak kenang budi punya anak. huhu.
ampun ayah, bukan mau durhaka tapi terpaksa. nak segarkan minda teruskan mentelaah. (kononnya)  

Friday, 16 December 2011

berapa umur matang untuk lelaki

assalamu'alaikum dan selamat pagi.
mukadimah bukan main skema lagi pg2 ni haha 
disebabkan bukumuka aku dah deactive, maka jadinya kat sini laa tempatnya aku nak meluahkan gundah gulana di hati. berapa umur matang untuk lelaki sebenarnya?? agak kepelikan bilamana majoriti yg even dah habis sekolah menengah pun belum cukup matang atau bahasa kasarnya aku nak kata kat sini tak matang langsung. sori lahh kalau ada yg terasa atau ada yg nak marah aku. haa, silakan :)
sebab aku rasa memang betul apa yg aku cakapkan ni. sebabnya benda memang ada depan mata aku. kawan2 aku, and even adik lelaki aku sendiri. tak matang dari segi nak berkawan atau bahasa mudah pahamnya bila bercinta. pelik2. dan yang si perempuan tu sendiri aku tak paham jugak. mudah sangat bagi itu ini. tengok saja kat FB, dimana2 ada gambaq lelaki dan perempuan yg aku pastinya bukan muhrim berpeluk sakan. haisshhh x malu kaa??? tunjuk dosa kita kat public. depa mesti ingat ramai yg akan jeles bila tengok gambaq depa yg seakan2 bodohkan diri sendiri di public, eeuuuwww pelisssss. sikit pun tak jeles but menyampah plus nak termuntah ada laa.
ingat sweet sgt ka buat mcm tu? hahaha. kdg2 kesian tengok sebab depa ni tak sedar sebenarnya ramai yg tak suka dgn depa. kawan2 terdekat tu aku boleh jamin tak lebih dari nak jaga hati ja tu, bukan nak like plus comment yg sweet2 sgt. haha.
and satu lagi bila ada lelaki yg sanggup habiskan duit untuk perempuan itu. duniadunia. duit pun mintak kat mak lagi, ada hati nak belanja awek sana sini. topup tak henti2, bergayut bagai nak runtuh bumi. apa nak jadi. ehh, boleh jadi pantun laaaa. haha. tapi tu la realiti hidup hari ini kan. ramai yg lupa diri. remaja tengah nak naikkan. tak kemana punya la bercouple sana sini kalau cuma reti nak perabih duit. aku bukan nak doakan yg tak elok, tapi itu realitinya. aku pun pernah bercouple dan pernah putus. so aku tau serba sedikit dunia bercouple ni. tapi Encek Ayam aku tak ajaq aku dgn duit. kedekut ! haha. tapi takpa sebab aku suka tak dimewahkan. tapi semua tu dah terkubur dah. huuu
tapi kan, aku nak cari lelaki untuk jadi suami aku one day seorang yg kaya jugak. haha. bukan mata duitan tapi menjamin masa depan. aku pun nak jugak merasa hidup mewah.
kahwin kahwin. bilamana umur dah nak meningkat 20 tahun ni, mood nak kawin menjadi2. haha. kdg2 sembang dgn kawan aku pun bab kawin ja. see how gatai we are. haha.

nota lutut : ehh entri ni tak ditujukan untuk sapa2, ni umum k. tapi bab adik tu memang tu la sorang adik lelaki aku :D