Monday, 11 August 2014

GLA Complex: Rahsia Cantik Luar Dalam

Assalamu'alaikum! Anyeong haseyo! Ohaiyo, Olla!


Okay as mentioned before, GLA promo produk untuk bulan Ogos ni. Beli 6 percuma 1. Jimat 20% setiap botol tau. Banyak tu jimat kalau 6 botol. Hehehe

GLA Complex Shaklee, rahsia kejelitaan, kecantikan dan kesihatan dalaman wanita terutamanya. Tapi jangan salah faham pulak tau, awak-awak yang lelaki pun boleh ambil GLA ni kalau nak. Takda masalah pun.. banyak juga khasiat GLA untuk awak encik hero. Hihihi^^

GLA nama pendek, nama panjang dia Gamma-Linolenik-Acid. Penting sangat ka GLA ni untuk badan kita?
-Of course la, nak cantik, nak jelita, nak berseri-seri, nak lansing. Boleh ambil GLA.

Okay, as all know GLA ni sangat bagus untuk betulkan hormon, baik perempuan ataupun lelaki. Selain tu?

# Untuk hilangkan jerawat pun bagus.

# PMS (sesiapa yang bila datang haid, kena "period pain" yang sangat teruk, elok laa amalkan GLA.

# Period macam chipsmore sangat digalakkan untuk ambil GLA. - Tapi saya ambil Vitamin Cinta(Vita-E) ja Alhamdulillah period dah teratur- sebab fungsi GLA dan Vita-E Complex untuk betulkan hormon, mengawal dan mengatur kitaran haid. Lagipun dalam GLA memang ada vitamin E + minyak matahari kan. Hehehe >,<

# Membantu untuk meningkatkan kesuburan. Sebab tu puan-puan yang dah lama kawin dan belum ada rezeki nak mengandung memang kita akan suggest untuk ambil GLA. Ada cara makan dia tau. Yang tu exclusive for my customer only :)

# Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri. Kan dah bagitau dalam GLA pun ada vitamin E kan. Hehehe^^ Juga melambatkan proses penuaan.

# Mengawal kolesterol, kencing manis dan darah tinggi. Untuk saraf pun bagus.

Kawan-kawan, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik(?) yang dalam perancangan nak mendirikan rumah tangga, nak kahwin. Jangan lupa masukkan GLA dapat list must have tau. Awak takkan menyesal lepas try GLA ni, takut nanti menangis ja sebab terharu dengan kerjasama GLA yang boleh mencantikkan, menganjalkan. Kekeke >,< In Shaa Allah, nak jadi yang terbaik untuk pasangan masing-masing tak salah kan. Jom sama-sama kita! Hihihi :p

Banyak dan panjang lagi sebenarnya cerita GLA yang mengancam ni, nanti kita sambung ya.. Tapi betul cakap ni, untuk bakal-bakal pengantin sangat digalakkan untuk ambil. Ada apa-apa yang agak privacy nak tanya jangan malu-malu nak tanya saya tau. Mana saya boleh tolong saya akan cuba tolong. Hihihi :p

Okaylah, babai!


Lots of Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565
+60125687714 (sms/whatsapp/call)

Sunday, 10 August 2014

Bakal Pengantin: Segalanya Bermula Dari Dalam ~

Assalamu'alikum semua!

Tajuk tu ja dah boleh menimbulkan kontroversi. Hihihi. Please please, jangan terpedaya dengan tajuk yang bikin panas tu. Hahaha

Hari ni 10 August 2014. Bersamaan 14 Syawal 1435H. Selamat Hari Raya! Hehehe

Okeh, apa yang panas sangat pasal tajuk tu? Tak ada apa pun sebenarnya. Saya nak share vitamins terbaik yang patut bakal pengantin ambil. Eh tapi pengantin lama pun boleh ambil juga tau vitamins yang bakal saya syorkan ni, boleh laa nak fefeeling macam pengantin baru. Hihihi


Pengantin biasanya memang cantik kan. Pengantin perempuan terutamanya selepas disolek, mestilaa cantik.. hihi. Tapi macam mana nak kekal cantik? Nak nampak berseri-seri walaupun muka dah basuh bersih semua solekan? Macam mana nak nampak cantik yang natural dari dalam? Nah..! Shaklee ada jawapannya.. Kecantikan luar dan dalam yang luar biasa~ Herhehe

Vitamin Untuk Pengantin/Bakal Pengantin

 
  • Sustained Release Vita-C Plus
          # Membantu pembentukan kolagen - penting untuk mengelakkan kulit wajah daripada berkedut sebelum waktunya. Haa tak payah susah-susah nak cucuk tang sini, cucuk tang situ. Telan ja sebiji Vita-C Shaklee ni sehari lagi bagus daripada cucuk sana sini. Hihihi
# Menghasilkan kulit yang lebih licin dan tegang.
 
  • GLA Complex (Gamma-Linolenik-Acyd)
# Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri. (Naik seri pengantin tu nanti kalau amalkan makan GLA ni.Hihi)
# Memperlahankan proses penuaan. Menghasilkan tona sekata pada kulit.
# Menstabilkan hormon. (Sapa-sapa yang ada masalah period macam chipsmore-kejap ada kejap takda-, boleh laa cuba amalkan GLA. Boleh bantu mengawal dan mengatur kitaran haid.)

  •  Vita-Lea Iron Formula
# Meningkatkan kesihatan menyuluruh.
# Dikatakan sebagai killer product kerana ianya multivitamin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.
# Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.
# Vita-Lea juga adalah sangat bagus untuk seorang traveller :) - sebab boleh buat kita sentiasa bertenaga!

  • Energizing Soy Protein
# My favourite after all! Hihi
# Nak cantik gebu gebas masa hari bersejarah nanti, boleh amalkan ESP ni.
# Taktau nak taip yang mana dulu sebab excited sangat nak sangat nak share pasal My Cinta Hati ni. Kekeke^^
# Awet muda.
# Singkirkan sel mati (bekas jerawat), menghasilkan sel kulit baru yang sihat dan cantik.
# Menjaga kulit daripada kendur.
# Baiki pigmentasi atau kedutan.
# Menganjalkan kulit. 
# Memberi tenaga berpanjangan sebab tinggi kandungan protein soya yang mengenyangkan.

  • Vita-E Complex
# Melambatkan proses penuaan.
# Membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik, lebih muda.
# Membantu menghilangkan parut dan jeragat.
# Vitamin cinta yang bagus untuk hormon. Hihihi

Okay, untuk perempuan biasa ambil Vita-C Plus + Vita-Lea + GLA Complex + ESP.
Untuk lelaki terbaik Vita-E Complex + Vita-C Plus + Vita-Lea.

Haa, kalau tengok lebih kurang ja kan set untuk perempuan dan lelaki. Dan kalau nak tahu semua vitamin yang disenaraikan di atas lelaki dan perempuan pun boleh ambil sama ja. Dah kata bakal jadi suami isteri, vitamins yang diambil pun haruslah lebih kurang sama ja.. Hihihi

Persediaan untuk sepuluh bulan akan datang. In Shaa Allah :) hehehe
The power of visualisation tu penting tau! Hiks
Lots of Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565
+60125687714

Sunday, 3 August 2014

Healing Crisis - The Road to Becoming Healthier





Assalamu'alaikum sedara sedari ! Hee >.<

Lama aih tak hupdate belog ni. Sungguh aku tuan yang tidak bertanggungjawab, biarkan belog daku sunyi sepi. Mintak maap ! ^^,

Healing Crisis - Krisis Penyembuhan


  • Berlaku apabila badan dibebankan dengan perubahan secara tiba-tiba yang berlaku untuk memberi kesihatan yang lebih baik.
  • Krisis penyembuhan berlaku apabila badan kita secara tiba-tiba mengesan dan menghapuskan "toxins" yang sebelumnya dah jadi "penduduk tetap" dalam badan kita.
  • Bahasa mudahnya, badan kita tengah dalam proses detox; tindak balas vitamin dengan badan kita untuk keluarkan toksin.
Kajian menunjukkan healing crisis ni sebenarnya sangat membantu. Membantu dari segi apa? Iya laa, bila kita kena healing crisis ni maknanya badan kita bertindak balas dengan supplement atau vitamin yang kita ambil. Sesuatu produk atau supplement atau vitamin yang terbaik untuk kita adalah yang memberikan tindak balas kepada tubuh apabila diambil.

Berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi - bertindak mengeluarkan toksin dan sistem dalam badan kita.

Punca
  • Sebelum ni makan makanan yang tak mengikut piramid makanan yang betul.
  • Banyak makan makanan segera.
  • Tidak pernah atau jarang bersenam.
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Tubuh berasid.
  • Hormon tidak seimbang.
  • Toksin berkumpul di tempat yang sakit.
  • Sebelum ni, selalu amalkan ubat bila sakit (demam, senggugut, sakit, kepala, selsema)
Tanda-tanda
  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Emosi terganggu
  • Keletihan
  • Cirit-birit
  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Rasa lebih sakit
  • Haid tidak teratur

Begitulah tubuh kita, apabila bertindak balas dengan vitamin semulajadi. Untuk mencantikkan dan yang paling penting menyihatkan sel dan sistem tubuh kita, semua yang tak cantik kena keluar dulu la. Itu yang kita panggil healing creasis.


Lots of LOVE,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565
+60125687714 (sms/whatsapp)

Monday, 7 July 2014

Running Man dan Shaklee

Assalamu'alaikum! Selamat pagi.. Dah lama tak rasa nikmat pagi lepas Subuh sejak-sejak kerja kena masuk 7 pagi kan. Hikmah Allah terlalu banyak, tak reti nak bersyukur lagi taktau la nak cakap apa Kira oi! #deep

Dulu aku pernah terfikir, macamana Shaklee boleh hasilkan produk yang guna bahan organik semata-mata tanpa bahan kimia. Sedangkan kita nak memasak pun kena letak garam, inikan pula nak hasilkan produk kesihatan yang memang terbaik dan dah jadi fenomena pun sekarang. 

Fikir punya fikir, kaji punya kaji Alhamdulillah Allah datangkan pada aku satu analogy yang sangat mudah! Itulah orang selalu cakap, have faith. Sebab apa yang kita bayangkan, itu yang Allah akan bagi. Jadi, mulai hari ni bayangkan yang elok-elok ja tau :)

Okay, meh sini aku nak bagi satu analogy yang sangat simple. Senang.


Gambar-gambar kat atas ni hasil gabungan daripada variety show, Running Man episod 180. Isshh, apa pulak kaitan Running Man dengan produk Shaklee kan. Yes, memang takdak kaitan. Tapi, dalam masa aku duk memikirkan persoalan yang membelit otak aku kat atas tu aku teringat pula Running Man episod 180. Episod ni pasal cooking battle. Semua orang pun tau aku ni peminat tegar si badan ketul-ketul KimJongKook ni. Yaka semua orang tau, bajet-bajet ja hang Kira! hahaha

Dalam episod ni semua orang kena masak something yang depa rasa nak makan untuk raikan tahun baru. Dah sedia maklum Si Badan Ketul-ketul ni memang jenis yang jaga pemakanan dia. Lepas tu partner dia pulak model yang memang sah-sah jaga badan kan.

Jadi depa decide untuk masak something tanpa perlu guna garam atau apa-apa perasa. Macam kita kan kalau masak mesti kena letak at least garam kan. Tapi, Si Badan Ketul-ketul ni berjaya masak tanpa guna garam. Dan depa menang dengan masakan depa yang memang asli tanpa food season tu. Judges kata masakan depa segar, rasa yang memang datang sendiri daripada abalone, octopus dan ayam yang depa masak tu. Letak la herba-herba bawang semua tu. I was like, wow!

Nak cakap kat sini, betapa hebat yang asli tu! Macam tu jugak dengan Shaklee, free chemical. Shaklee guna chemical yang memang sedia ada dalam jenis tumbuhan yang digunakan. Bukan chemical ciptaan manusia yang kononnya bertujuan nak bagi kesan yang cepat, nak bagi produk tahan lama. Tapi sebenarnya kita pengguna ni yang merasa kesan buruk dia kan. Itulah sebabnya yang asli tu jugak yang terbaik. Percayalah.. Tak percaya, nanti pi tengok Running Man episod 180..Kekeke^^

Kalau tidak takkan Shaklee dah berada di pasaran sejak tahun 1956 lagi. Dah 58 tahun bertahan. Sebab Shaklee memang produk asli yang guna bahan alam semulajadi semata-mata. In Shaa Allah, yakin dengan yang asli, yakin dengan Shaklee! :)



Lots of Love,
Keyra

Jemput LIKE FB Page saya. Thanks tau :)

Takut Gelap Tapi Tak Suka Cerah

Assalamu'alaikum Cikgu! keh keh keh

Dalam dilemma sebenarnya ni. Dilemma memikirkan esok kerja masuk tengahari dan balik MALAM!

Hadoi! Sendiri yang pilih, redha ja la. Takpa, betulkan niat. Niat nak tolong orang, In Shaa Allah~

Dulu aku okay ja gelap-gelap ni. Sekarang ni tak tau apa masalah aku, tak boleh langsung gelap. Mula la jantung aku macam baru lepas lari pecut 100 meter. Pelik memang pelik.

Yang lagi pelik, aku tak suka cerah. Pelik. Aku sendiri pelik. Hahaha. Cerah sangat pun boleh buat aku rimas. Suasana yang suram-suram jugak pilihan aku. Tapi bukan pilihan setiap hari la. Nanti suasana suram sama ja dengan ekspresi muka aku yang orang kata suram sokmo. Sampai kena chop SOMBONG! Hadoi la...

Berdikari. Esok nak kena menapak dari office ke main gate dalam keadaan yang agak gelap. Ayat kursi peneman aku. Padahal takdak apa-apa pun sebab memang sah-sah ada orang buat kerja lagi. Aku balik pun bukannya pukul 1 2 pagi. Consider awal lagi sebenarnya. Hahaha! Pelik.

Okay la, siapa-siapa yang ada tips macam mana nak jadi berani dalam gelap sangat-sangat dialukan untuk share. Sharing is caring what~

Babai! :)


Lots of Love,
Keyra

Jemput LIKE FB page kite... Thanks tau! :)

Sunday, 15 June 2014

Beza Vitamin Semulajadi dan Sintetik

 Anyeong! Hehe. Oppsss. Assalamu'alaikum!
Beberapa hari lepas kan daku dah janji nak share dan explain apa perbezaan vitamin sintetik dan bukan sintetik.




Vitamin Semulajadi (Organik)
Vitamin Sintetik (Tiruan)
Penghasilan
      +   Dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi.
      -  Dihasilkan daripada manipulasi bahan kimia - ciri-ciri yang seakan sama dgn bahan yang terdapat di dalam vitamin semulajadi. 

Keserasian
      +  Dihasilkan daripada makanan-makanan seharian, jadi lebih serasi dgn tubuh badan.

      -  Formula yg sama, tapi penghasilannya bukan daripada sumber makanan.
Harga
      +  Kebiasaannya lebih mahal kerana dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi & perlukan kos yg tinggi utk menghasilkan & menjaga keasliannya.

*Vitamin Shaklee walaupun mahal, tapi sebotol utk berbulan-bulan. Cth promo bulan ni Vitamin E Complex, sebotol harga promo RM128 utk 4 bulan. Sebulan RM32. Mahal sangat ka? =)

      -  Biasanya murah. Sebab bahan ciplak kan. Bahan tiruan kan =)
Kesan Pada Tubuh
      +  Bahan semulajadi, kandungan vitamin yg pelbagai.
      +  Sebab vitamin tidak boleh bekerja sendiri, kadar penyerapan sangat rendah.
      +  Cth:- Vitalea Iron Complex Shaklee, antara kandungannya iron & vitamin C. Kenapa? Sebab iron perlukan vitamin C utk penyerapan yg lebih baik.

      -  Datang secara solo. Sebab tu harga dia pun murah kot sebab kandungan dan khasiat yg sedikit. Hihi
Kesan Jangka Panjang
      +  Selamat.
      +  Tiada kesan sampingan kerana sifat dan kandungannya yg semulajadi.
      -  Bahan kimia kan, for sure akan ada kesan sampingan.

·         * Cth:- Ada yg ambil ubat kurus sampai kena sawan tu apa cita? Masuk paper tau. Tu salah satu bukti vitamin sintetik la tu. Hihi

Label
      +  Sumber asli seperti yis, ikan, tumbuh-tumbuhan, sitrus.
      -  Akhiran “-ide” atau “-ate”.
      -  Permulaan “dl”
      * Cth:- Acetate, Palmitate , Dl-alpha Tocopherol.


See, tak susah pun nak kenalpasti vitamin atau supplement yang kita ambil setiap hari tu yang asli atau sintetik. Untuk apa makan supplement yang kesan cepat tapi tidak kekal. Pulak tu dapat kesan sampingan yang cuma akan menyusahkan diri kita sendiri. No no no!!! Takmau main makan ja vitamin sebarangan, sayang badan kita tau. Kelak kita juga yang susah, JANGAN ambil vitamin yang akan memudaratkan kita.


Jom jom kita ubah dari sintetik kepada organik. Cadangan saya? Tentunya Shaklee. Supplement semulajadi untuk semua peringkat umur.

#GoGreenGoShaklee
#HelpOthersToHelpOthers


Lots of LOVE,
Keyra_JK


Jemput LIKE FB Page kite. Hiks! Thanks tau...

Friday, 13 June 2014

Apa pun jadi, wajib POSITIF :)

Hari ni, pagi tadi. Aku jadi sangat stress. Aku rasa nak menjerit. Aku rasa nak mengamuk. Terlalu penat sampai aku jadi stress. Sampai ja kat tempat keja, sambil berjalan dari tempat parking nak ke office aku sempat selak-selak FB. Eh, baca pulak status org yg penuh dengan ayat-ayat negative. Makanya, aku punya mind set nak bad mood hari ni. Takmau bercakap sepatah pun. Takmau bercakap dengan sapa-sapa pun.

Bila dah terlalu lama senyap dengan muka ketat segala, aku terfikir. Apa masalah aku sampaikan nak bad mood seharian? Sapa yang rugi? Aku sendiri. Yess! Aku yang rugi. Aku yang letih. Letih dengan rasa nak marah. Letih dengan rasa tertekan.

Okay, ambil masa dua tiga minit muhasabah. Change mood. Positive! Yeaahhhh!!


Ya Allah, betullah. Bila mood dah berubah. Aura positive dah masuk, terus otak jadi cergas. Sempat aku buat plan untuk Shaklee kesayangan daku. Siap buat dalam bentuk jadual. Padahal masa tengah stress tu orang tanya pun hati aku rasa nak marah. Cuma tak marah la kat mulut kan.. Hmmmmpphh!

Shuuuuhhhhh!! Shuuhhhh!! Nyah kau negative thoughts! Pi main jauh-jauh!

Bila dah aura positive penuh dalam otak, buat kerja pun smooth ja. Alhamdulillah! Apa yang datang pun semuanya baik-baik belaka. Tenang rasa. Alhamdulillah :)


Nampak tak perbezaan bila aura positive atau aura negative yang masuk dalam otak kita? Sapa yang pernah rasa memang akan paham beza dia. Sungguh, sangat penting aura positive dan negative ni.

Because......

Sekian, short and quick sharing untuk malam ni. Moga ada pengajaran yang boleh diambil. Keep calm and think positively my dear :)


Lots of LOVE,
Keyra_JK

Jemput LIKE FB Page kite. Hiks! Thanks tau...


Wednesday, 11 June 2014

Apa Itu Vitamin Sintetik?

Kita kena paham maksud sintetik tu dulu sebelum kita conclude apa-apa. Apakah maksud sintetik?

Bahasa mudahnya sintetik bermaksud tiruan. Hampir sama dengan yang asli sampaikan kadang-kadang yang sintetik nampak lebih baik dan menarik, hakikatnya tetap yang sintetik itu tidak elok. Mungkin ada yang ditambah atau dikurangkan. Haa, paham dak lagi maksud sintetik?

Apakah vitamin sintetik?
Vitamin yang mungkin hampir sama dari segi fungsinya dengan vitamin asli tapi dipanggil vitamin sintetik. Kenapa? Sebab vitamin sintetik bahan yang digunakan sudah tidak asli. Bahan yang digunakan sudah dicampur dengan bahan kimia dengan banyak tujuan. Antaranya:-
  1. Supaya Vitamin tersebut tahan lebih lama.
  2. Supaya kesan daripada pengambilan Vitamin tersebut lebih cepat.
  3. Supaya tempoh penghasilan Vitamin tersebut
    dapat dikurangkan.
Sebab itulah sampai boleh terjadinya kejadian seperti yang disiarkan dalam surat khabar tu. "Kena sawan sebab ambil ubat untuk kurus".

Takmau la mentioned jenama apa, tapi akibatnya besar kalau kita dengan berani ambil vitamin sintetik. Seriously! Jom kita ubah. Shaklee terjamin bukan sintetik. Apa buktinya? Akan saya share dalam entri yang akan datang In Shaa Allah.

#HelpOthersToHelpOthers
#GoGreenGoShaklee
#VitaminOrganik

Lots of LOVE,
Keyra

Jemput LIKE FB Page kite. Hiks! Thanks tau...

Tuesday, 10 June 2014

Mee Hailam Chef Keyra :D

Sejak dua menjak ni mood memasak semacam ja. Rancak ja Google segala macam resepi. Semua resepi baru yang aku tak pernah buat pulak tu. Hahaha! Hebat mung Keyra...

Minggu lepas masak Mee Hailam satu kuali besaq. Ni satu benda yang paling tak menahan, dah la first time masak. Sekali sekuali besaq aku belasah. Hahaha! Over confident tu kadang-kadang penting tau. Hiks! :D

Don't do this at home! Hahaha

Eh, dalam pada aku over confident. Masak first time sekali banyak macam tu pun Alhamdulillah not bad rasa dia. Even takdak la dapat pujian kan, tapi kalau dah tak kena kritik tu kira pass la kan. Kira sedap la. Hehehe. Bukan nak bangga, tapi meh sini nak share satu tips. Hehehe. In shaa Allah ;)

Sebelum share tips meh nak share resepi Mee Hailam yang tak seberapa ni. Hihihi

Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning (make sure cari yang halal ya)
  • 1/4 daging ayam (dipotong dadu, tapi jangan terlalu kecil)
  • 10 ekor Udang @ sotong (nak dua-dua pun boleh)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kering kisar (ikut suka, nak pedas boleh ja letak lebih)
  • 1/2 batang lobak
  • 1/2 kubis bunga
  • daun sup & daun bawang (untuk bagi wangi ja function dia)
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan 1/2 gelas air
Cara-cara
  1. Rebus ayam sehingga empuk.
  2. Tumis bawang putih & merah sehingga wangi, then masukkan cili kering kisar, goreng sampai pecah minyak.
  3. Then, masukkan ayam, udang & sotong. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau sebati.
  5. Kalau kering sangat, boleh masukkan air rebusan ayam tadi sebagai kuah. 1/2 cawan sudah mencukupi.
  6. Then masukkan sayur. Kacau rata.
  7. Bila sayur dah agak masak, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  8. Sedia untuk dihidang. 
Tadaaa... Ini dia rupa Mee Hailam masakan daku. Hehehe
  Alhamdulillah, dah siap Mee Hailam kita. Hehehe. Senang ja kan. Maap la kalau bahasa yang aku guna tu bukan bahasa untuk tulis resepi. Kekeke. Tak biasa la tulis-tulis resepi ni.
Tipsnya apa? Takdak apa yang menarik pun, sebelum masak opkos kena bismillah. Tips tambahan bacalah ayat kursi. Masa memasak pulak, keep selawat. Dalam hati kena yakin apa yang kita masak mesti sedap. Haa, percaya sebelum berjaya gitu.. Kikiki :D
Psstt.. Jangan rasa masakan banyak-banyak kali sangat, nanti hilang keyakinan yang masakan kita tu sedap. Betul, tak tipu! Dah siap masak, baru rasa. Jangan pulak seminit sekali masak. Uihhh, melampau namanya tu. Hihihi

nota kuku: Lepas makan terus telan Lecithin tiga biji, emulsify fat dari Mee Hailam yang 
                  dilahap bermangkuk-mangkuk tu. Hahaha!

Selamat mencuba. Good Luck!
Lots of LOVE,
Keyra

Jemput LIKE FB Page kite. Hiks! Thanks tau...

Saturday, 7 June 2014

Rajinnya Hang Semayang


 Tiba-tiba teringat satu conversation daku dengan kawan-kawan masa sekolah menengah. Biasanya lepas habis waktu sekolah pukul 2 petang tu kami akan Zohor siap-siap kat sekolah sebelum balik rumah.

Ada la satu hari ni, seorang kawan datang pada kami. "Rajinnya ampa semayang". Dia kata kat kami dengan muka ala-ala sedih gitu. Aku pun dengan innocent dan tanpa rasa bersalahnya kata kat dia, "Eh, semayang ni kan wajib buat. Bukan kira rajin tak rajin. Heee"

Terus muka dia berubah. Lepas dia keluaq dari Surau, aku tanya la kawan aku samada aku ada cakap salah ka. Dia kata betul la apa yang aku cakap tu. Hahaha! Dua-dua pun takdak sensitivity waktu tu... Maap kawan!

Sekarang ni baru aku sedar, ada betulnya ayat "rajinnya ampa semayang" tu. Sebab kadang-kadang aku sendiri nak semayang kena tunggu mood datang. Huwaaaa! Sangat tidak senonoh. Jarang la jadi gitu tapi pernah la jadi masalahnya. Alhamdulillah semayang tetap semayang walau kadang-kadang bukan on time. Huhuhu!!


So solution nya sekarang ni, kena tanamkan azam yang kuat dalam hati ni nak semayang awal waktu. Bukan setakat berazam ja, kena buat betul-betul apa yang diazamkan tu. Good luck Keyra!

"Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab Allah di akhirat nanti... Jika solat seseorang itu baik, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya."



Lots of Love,
Keyra

Jemput LIKE FB page kite. Hiks! Thanks tau...