Sunday, 28 May 2023

10 Penyakit Bahaya Yang Popular Di Malaysia

Tidak kira wanita ataupun lelaki, tua mahupun muda, kita semua mesti menitikberatkan penjagaan kesihatan kita ditahap yang optimum. Kita hendaklah lebih peka dengan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat supaya kita dapat elak diri kita daripada penyakit kronik yang menyerang tidak kira umur dan jantina.

Sebelum terlambat, jom kita kenali top 10 penyakit kronik yang selalu menyerang rakyat Malaysia.

1. Sakit Jantung

Kebiasaannya serangan sakit jantung sering dikaitkan dengan tahap kolesterol yang tinggi di dalam darah kita. Hal ini akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan mengakibatkan jantung kita kurang menerima bekalan oksigen yang akhirnya akan mengakibatkan jantung gagal berfungsi dan mati.

Punca : tekanan (stress), merokok, masalah kegemukan,  kolesterol tinggi, dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

2. Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik (COPD)

Penyakit ini berkaitan dengan paru-paru kita. Antara simptom paling ketara seperti nafas tercungap-cungap, kahak yang berlebihan dan batuk yang lama dan kronik.

Punca : pencemaran udara dan asap rokok.

3. Kencing Manis

Sekarang ni kencing manis atau diabetes bukan sahaja menyerang orang dewasa atau orang tua, ada juga kanak-kanak dan remaja yang disahkan menghidap kencing manis. Puncanya kita tahu adalah gula dalam darah terlalu tinggi.

4. Stroke

Serangan stroke berlaku apabila otak tidak dapat menghantar signal kepada tubuh badan untuk bergerak akibat daripada saluran darah di otak tersumbat. Serangan stroke boleh berlaku secara tiba-tiba.

Punca : tekanan darah tinggi, kolesterol, kencing manis.

5. Kanser Pankreas

Pankreas adalah organ di dalam perut yang yang menghasilkan cairan untuk sistem pencernaan. Kanser pankreas terjadi apabila sel yang bersifat kanser tumbuh di dalam pankreas.

Punca : faktor genetik, radang pada pankreas, obesiti.

6. Kanser Prostat

Penyakit kronik ini biasa menyerang lelaki yang berumur 70 tahun keatas dan jarang berlaku kepada lelaki yang berumur 40 tahun ke bawah.

7. Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi berlaku apabila tekanan darah yang dipamkan oleh jantung terlalu kuat.

Punca : genetik, obesiti, banyak garam dalam tubuh, umur, merokok dan terlalu banyak minum alkohol.

8. Batu Karang

Batu di buah pinggang atau salur kencing seseorang. Boleh terjadi kepada lelaki dan wanita, namun kaum lelaki lebih cenderung mendapat penyakit kronik ini.

Punca : kurang air, genetik, kencing manis dan darah tinggi.

9. Obesiti

Masalah berat badan berlebihan ini dah jadi masalah biasa untuk rakyat Malaysia. Penyakit kronik yang satu ini selalu dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat.

Punca : genetik, emosi tidak stabil, kurang bersenam, pola makan tidak sihat dan berlebihan.

10. Gout

Penyakit kronik ini berpunca daripada asid urik (bahan kumuhan daripada protein) yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Punca : pengambilan daging, limpa, hati, jantung, kekacang, dan makanan laut yang berlebihan.

#bisnesonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

No comments: