Showing posts with label #bisnesonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee. Show all posts
Showing posts with label #bisnesonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee. Show all posts

Sunday, 4 June 2023

Saat Ku Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Bila jadi orang perempuan ni kan, apa benda yang paling kita bimbangkan setiap bulan?

Ya, keadaan haid kita. Datang tak setiap bulan? Kalau datang ikut tarikh yang betul atau tidak?

Pengalaman saya sendiri, saya mula ada masalah haid yang tidak teratur sejak saya di bangku sekolah menengah lagi. For your information, saya datang period awal ya, sejak umur saya 9 tahun. Awal kan?

Tapi masa tu saya ambil ringan, walaupun pernah sehingga hampir setahun saya tak datang haid!

Tahu tak apa kesannya bila haid tidak teratur? Berat badan naik mendadak, jerawat naik dengan rancak, parut hitam susah hilang!

Long story short, lepas saya habis diploma, saya asyik terbaca artikel yang berkaitan dengan bahaya jika haid tidak teratur. Antaranya yang paling saya takut adalah risiko ketumbuhan (cyst & fibroid) dan juga kesukaran untuk hamil jika berkahwin.

Jadi saya mula serius cari penawarnya supaya saya dapat haid yang lebih teratur dan hidup lebih sihat sehinggalah kawan saya recommend untuk cuba Alfalfa Shaklee.

Bila kawan yang recommend, mestilah kita yakin nak cuba kan. Masa tu saya tengah praktikal, ada la elaun sikit. Jadi saya guna duit elaun tu untuk beli Alfalfa Shaklee.

Alhamdulillah, saya seronok sangat masa tu sebab 2-3 hari lepas saya consume Alfalfa Shaklee terus saya datang period setelah berbulan-bulan tak datang period. Saya tekad untuk konsisten consume Alfalfa.

Sampailah ke hari ini, dah lebih 8 tahun saya consume Alfalfa Shaklee tanpa gagal demi mendapatkan hidup lebih sihat. Alhamdulillah, setiap bulan pasti datang period. Cuma belum berjaya kuruskan badan sebab makan ikut sedap mulut 😆

Ada masanya saya miss makan Alfalfa, pasti period saya akan terlewat seminggu dua, cepat-cepat saya makan Alfalfa dengan konsisten. InshaAllah 2-3 hari lepas tu mesti period. Tapi saya masih bersyukur sebab tidaklah melarat sehingga berbulan lamanya period tak datang macam sebelum ni.

Saya sangat recommend Alfalfa Shaklee ni pada semua wanita yang ada masalah haid tidak teratur. Bukan sebab saya jual semata-mata, tapi sebab saya sendiri makan dan dah dapat kesannya dan saya nak lebih ramai wanita yang ada masalah haid tidak teratur dapat atasi masalah tersebut dan hidup dengan lebih sihat.

Berbeza kan kulit saya sekarang berbanding yang tadi semasa saya berumur 16 tahun.

Sekarang hampir kesemua produk Shaklee saya dah cuba dan saya amalkan. Banyak kesan yang saya dapat.

✓ Tidak mudah letih
✓ Kulit saya lebih cerah dan bersih
✓ HAID SAYA TERATUR SETIAP BULAN ALHAMDULILLAH
✓ Suami bertambah sayang hehehe. (Yela, Alfalfa ni kan jamu moden, ala-ala kacip fatimah gitchu!)

Kalau korang pun ada masalah haid tidak teratur macam saya, tidak kiralah korang dah kahwin atau belum, dan korang belum jumpa penawarnya, meh contact saya.

Saya ajar makan Alfalfa dengan cara yang paling berkesan. Tak sampai seminggu boleh nampak kesannya tau!

Betul Alfalfa Shaklee boleh beli dimana-mana, tapi kalau nak cara makan yang sangat berkesan, korang kena beli dengan saya okay?

Keyra,
Shaklee Consumer & Shaklee Leader
010-5657714

#bisnesonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Sunday, 28 May 2023

Top 10 Produk Shaklee Yang Paling Laris


Dalam posting saya yang sebelum ni saya ada kongsikan top 10 penyakit kronik di Malaysia kan. Jadi hari ni saya nak kongsikan pula top 10 vitamin Shaklee yang paling laris dalam kalangan rakyat Malaysia.

1. Vivix

Produk Shaklee yang paling premium ni semestinya menjadi salah satu daripada top 10 vitamin Shaklee yang terlaris. Bahan-bahannya sangat premium sehingga menjadi produk yang dah dipatenkan oleh Shaklee.

2. ESP

Antara hot item Shaklee terutamanya dalam kalangan kaum wanita yang nak kulit cantik, badan fit dan sebagainya. Paling popular bila tiba bulan puasa.

Kesan saya amalkan ESP. Terbaik kan?

ESP tengah ada promosi beli 2 tong RM99 sahaja. Harga biasa satu tong RM173. Jom dapatkan ESP promo tak masuk akal ni sebelum 31 Mei 2023. KLIK DISINI.

3. Omega Guard

Omega guard ni dah jadi best friend emak saya dikampung sebagai supplement untuk sendi dan lututnya yang dah kurang kuat. Bila makan Omega guard ni kurang sikit keradangan di lutut.

Banyak lagi kebaikan omega guard. Boleh baca di sini.

4. Vita-C Plus

Vitamin C Shaklee berbeza ya dengan vitamin C jenama lain kerana vitamin C Shaklee khas diformulakan dengan sustained release iaitu pelepasan secara berperingkat. Jadi badan kita akan sentiasa mendapat bekalan vitamin C setiap jam tanpa berlaku pembaziran.

5. Ostenutrix

Kalsium shaklee dalam bentuk pil atau tablet. Kesannya sangat power seawal beberapa jam selepas consume. Walaupun Ostenutrix ni jatuh nombor lima, tapi inilah vitamin Shaklee yang wajib ada dirumah, wajib dimakan setiap tanpa gagal supaya tidur lebih lena dan berkualiti. Tak suka minum susu? Ambillah Ostenutrix.

6. Alfalfa Complex

Jamu moden orang kata. Ya, fungsinya ala-ala jamu. Orang perempuan sangat sukakannya!

7. Vita-E

Terpaling berkesan untuk hilangkan parut. Tapi awas kurang sesuai untuk masalah jerawat yang masih basah.

Psstt vitamin E ni pun famous juga dalam kalangan orang lelaki tau. Nak tau kenapa? Baca sini.

8. Vitalize

Multivitamin yang sangat famous dalam kalangan mereka yang kurang gemar makan sayur dan buah-buahan. Vitalize membantu melengkapkan nutrisi yang kita tidak dapat daripada makanan.

9. Collagen Powder

Kolagen ni selalunya orang ingat untuk cantikkan kulit sahaja kan? Nak kulit cantik, bebas parut dan anjal, kena amalkan kolagen. Padahal kolagen ni juga sangat bagus untuk kesihatan sendi kita. Mak-mak yang selalu mengadu sakit lutut, boleh bagi kolagen pada mereka.

10. Lecithin

Last but not least, lecithin adalah antara vitamin Shaklee yang sangat murah harganya tapi berjaya jadi salah satu produk top 10 shaklee.

Vitamin Shaklee yang mana satu berjaya memikat hati korang? Jom contact saya untuk dapatkannya segera!

Keyra,
Shaklee Consumer & Shaklee Leader
010-5657714

#bisnesonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

10 Penyakit Bahaya Yang Popular Di Malaysia

Tidak kira wanita ataupun lelaki, tua mahupun muda, kita semua mesti menitikberatkan penjagaan kesihatan kita ditahap yang optimum. Kita hendaklah lebih peka dengan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat supaya kita dapat elak diri kita daripada penyakit kronik yang menyerang tidak kira umur dan jantina.

Sebelum terlambat, jom kita kenali top 10 penyakit kronik yang selalu menyerang rakyat Malaysia.

1. Sakit Jantung

Kebiasaannya serangan sakit jantung sering dikaitkan dengan tahap kolesterol yang tinggi di dalam darah kita. Hal ini akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan mengakibatkan jantung kita kurang menerima bekalan oksigen yang akhirnya akan mengakibatkan jantung gagal berfungsi dan mati.

Punca : tekanan (stress), merokok, masalah kegemukan,  kolesterol tinggi, dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

2. Penyakit Sekatan Pernafasan Kronik (COPD)

Penyakit ini berkaitan dengan paru-paru kita. Antara simptom paling ketara seperti nafas tercungap-cungap, kahak yang berlebihan dan batuk yang lama dan kronik.

Punca : pencemaran udara dan asap rokok.

3. Kencing Manis

Sekarang ni kencing manis atau diabetes bukan sahaja menyerang orang dewasa atau orang tua, ada juga kanak-kanak dan remaja yang disahkan menghidap kencing manis. Puncanya kita tahu adalah gula dalam darah terlalu tinggi.

4. Stroke

Serangan stroke berlaku apabila otak tidak dapat menghantar signal kepada tubuh badan untuk bergerak akibat daripada saluran darah di otak tersumbat. Serangan stroke boleh berlaku secara tiba-tiba.

Punca : tekanan darah tinggi, kolesterol, kencing manis.

5. Kanser Pankreas

Pankreas adalah organ di dalam perut yang yang menghasilkan cairan untuk sistem pencernaan. Kanser pankreas terjadi apabila sel yang bersifat kanser tumbuh di dalam pankreas.

Punca : faktor genetik, radang pada pankreas, obesiti.

6. Kanser Prostat

Penyakit kronik ini biasa menyerang lelaki yang berumur 70 tahun keatas dan jarang berlaku kepada lelaki yang berumur 40 tahun ke bawah.

7. Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi berlaku apabila tekanan darah yang dipamkan oleh jantung terlalu kuat.

Punca : genetik, obesiti, banyak garam dalam tubuh, umur, merokok dan terlalu banyak minum alkohol.

8. Batu Karang

Batu di buah pinggang atau salur kencing seseorang. Boleh terjadi kepada lelaki dan wanita, namun kaum lelaki lebih cenderung mendapat penyakit kronik ini.

Punca : kurang air, genetik, kencing manis dan darah tinggi.

9. Obesiti

Masalah berat badan berlebihan ini dah jadi masalah biasa untuk rakyat Malaysia. Penyakit kronik yang satu ini selalu dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat.

Punca : genetik, emosi tidak stabil, kurang bersenam, pola makan tidak sihat dan berlebihan.

10. Gout

Penyakit kronik ini berpunca daripada asid urik (bahan kumuhan daripada protein) yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Punca : pengambilan daging, limpa, hati, jantung, kekacang, dan makanan laut yang berlebihan.

#bisnesonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee

Saturday, 27 May 2023

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Ambil Supplement

Korang percaya tak, ada je lagi orang zaman sekarang yang belum kenal atau belum tahu mengenai kepentingan mengambil supplement atau bahasa mudahnya makanan tambahan atau vitamin sihat. Kebanyakan mereka merasa tidak perlu untuk mengambil supplement dan ada antara mereka yang salah anggap mengenai supplement yang kononnya "ubat" yang akan merosakkan buah pinggang.

Baiklah, jom kita tengok 5 sebab mengapa kita perlu mengambil supplement.

1. Gaya pemakanan kita yang tidak sihat.

Korang tengok dan nilai sendiri gaya pemakanan korang setiap hari. Kadang-kadang terlalu sibuk, makan apa yang cepat ja kan. Apa yang cepat? Semestinya fast food, beli di kedai dan sebagainya. Cukupkah vitamin C yang diambil? Cukupkah protein yang diambil? Cukupkah kalsium yang diambil?

Kenapa saya sebut tiga jenis vitamin ni? Sebab ketiga-tiga ini adalah vitamin sihat yang paling asas yang badan kita perlukan, dan yang paling banyak badan kita gunakan setiap hari, dan yang paling cepat hilang pula daripada badan.

Bayangkan, kita gelak pun boleh hilang kalsium, apatah lagi berjalan, berlari dan sebagainya. Ha mesti korang tak tahu kan? Yang ni nanti saya share di dalam posting yang lain ya.

2. Aktiviti harian yang kurang aktif.

Kita hari ini terlalu banyak benda yang mudah buatkan kita stress, tidur lambat, dan tidak jaga pemakanan kita. Benda ni semua boleh mengundang kepada kehidupan yang tidak sihat. Kita jarang bersenam, tidur tak tentu masa dan makan apa yang mengenyangkan sahaja tanpa mengambil kira khasiat dan vitamin sihat yang kita perolehi daripada makanan tersebut.

3. Banyak penyakit berjangkit.

Korang perasan tak, kebanyakan penyakit hari ini pelik-pelik kan? Contohnya Covid-19, Influenza A dan sebagainya. Jadi untuk mengelak diri kita dan keluarga kita daripada terkena penyakit ni semua, kita kena ambil vitamin sihat tambahan untuk boost immune system kita ie vitamin C, interferons dan sebagainya.

4. 94% rakyat Malaysia tidak mengambil buah dan sayur yang secukupnya setiap hari.

Kita nilai sendiri la ya, banyak mana sayur dan buah yang kita ambil setiap hari. Kadang-kadang tu langsung takda ambil sayur dan buah dalam sehari tu kan. Jadi korang masih rasa tak perlu ke ambil supplement atau vitamin sihat sebagai makanan tambahan korang?

5. Kualiti sayur dan buah sekarang dah berkurang berbanding 20-30 tahun dahulu.

Zaman sekarang, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan dan diubah secara genetik atau kita panggil Genetically Modified Organism (GMO) supaya makanan tersebut cepat matang dan tidak cepat rosak. Kalau korang perasan, buah tembikai sekarang dah tak ada biji kan? Tak bagus sebenarnya, berkurang vitamin sihat yang kita sepatutnya dapat daripada buah tembikai seperti vitamin C, vitamin A dan zat besi. Buah tembikai sepatutnya ada biji dan bijinya berwarna hitam.

Makanan GMO ni boleh mengganggu fungsi hati dan meningkatkan risiko penyakit barah!

Jadi korang rasa masih tidak perlukah korang ambil supplement sebagai makanan tambahan harian korang? Supplement berfungsi sebagai makanan tambahan dan vitamin sihat yang melengkapkan keperluan nutrisi yang badan kita perlukan setiap hari.

Saya sendiri suatu ketika dahulu ada pemikiran yang sama macam korang, rasa tak perlu ambil supplement sebab kononnya dah cukup makan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Padahal tak sampai segenggam pun yang diambil, lebih kepada karbohidrat dan protein sahaja, vitamin sihat yang lain kelaut!

Saya dah pun mulai mengambil supplement untuk kesihatan saya sejak 8 tahun yang lalu dan masih lagi mengamalkan supplement yang sama sehingga ke hari ini. Kesannya bukan sahaja kesihatan dalaman saya maintain, tapi juga memberi kesan luaran.

Boleh nampak kan perbezaannya?

Korang nak tahu saya makan supplement apa dan kenapa boleh bertahan sehingga ke hari ini? Nanti korang check out next posting saya ya.

Keyra,
Pengamal Supplement Sejak 2015
010-5657714


#bisnesonline #shaklee #parttimejob #kelasonline #bisnesdarirumah #bisnesmodalrendah #bisnesshaklee