Wednesday, 4 March 2015

Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Assalamu'alaikum.. Hai!


.


Korang makan apa malam ni? Keyra makan "tempek nyiuq". Hehehe. Nama komersial dia "peknga" ataupun lempeng kelapa kot. Kot laa.. hahaha

Gambaq fresh dari kuali ni. Sodappp~



Sedap oii makan panas-panas. Cicah pulak dengan gulai ikan. Terangkat wehh.. hahaha
Eh eh bukan nak cerita pasal tempek nyiuq tu, ni keyra nak cerita pasal "how to get a free shaklee's membership" 

Ewahhh poyo ja bunyinya kan. Padahal sebenarnya nak bagitau macam mana kita boleh jadi ahli Shaklee secara percuma ja pun.
Haaa??? Boleh ka jadi ahli Shaklee free-free macam tu ja?

Sebab boleh la keyra cakap ni. Memang boleh jadi ahli Shaklee secara percuma. Caranya mudah ja, beli produk Shaklee sehingga melayakkan kita dapat keahlian percuma. Bagaimana?

.

Beli mana-mana produk Shaklee sampai dapat 200uv atau bernilai RM700 ke atas. Layak la dapat keahlian percuma.
Bukan setakat dapat free membership ja tau, dapat free shaklee kit, dapat lagi cash rebate. Sudah la dapat produk Shaklee yang kita nak, macam-macam pulak Shaklee bagi free. Wow sangat kan..!!




Tu gambar atas tu, keyra baru ja selesai daftarkan sorang ahli shaklee secara percuma. Dia nak borong sebelum GST, siap-siap beli set kurus Omega dengan Cinch sampai bulan enam nanti.


Nampak tak yang keyra bulat yang tak berapa nak bulat warna merah tu, FOC Shaklee kit. Hmmm kalau jadi ahli dengan bayaran RM65 tu untuk dapat Shaklee kit tu la. Bukannya kita bayar buta-buta gitu ja tak dapat apa-apa tau. Hehehe


Terpaksa mintak Shaklee pos ke rumah keyra dulu la since tempat kawan keyra belajar ni tak terima barang dari courier.
Takpa, macam mana pun dia dah rasmi jadi anak Shaklee keyra. Walau dia jadi ahli untuk makan sendiri ja, untung tau. Tak perlu nak renew apa-apa. Dah la free jadi ahli, sepanjang hidup tak perlu nak renew apa-apa pulak tu. Baiknya laa Shaklee ni. Hehe


Nak jugak jadi ahli Shaklee? Ada dua pilihan. Percuma atau hanya bayar RM65 ja..


Jom jadi ahli Shaklee dengan keyra jom. Nombor keyra adaa dimana-mana, tinggal nak mesej atau whatsapp ja. Nak sembang-sembang dengan keyra pun tak ada masalah . Hehehe. Babai! Jumpa lagi esok, In shaa Allah :)



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp/call)

Saturday, 7 February 2015

Instant Mommy

Bismillahhirrahmanirrahim...

Berakhir sudah seminggu yang mencabar bagi aku. Seminggu jadi "instant mommy" sangatlah memenatkan. Seriously!!!

.

Yes memang penat, tak dapat dinafikan. Tapi Alhamdulillah satu pengalaman manis bagi keyra tau. Kenapa keyra kata pengalaman manis? Yelaa sebelum kahwin sebelum ada anak dapat peluang jadi instant mommy mestilah syok kan. Syok sebab I really love kids..!! So do my future husband. Awww~ :p

.


Two of them. Abang 3-y-o dan kakak 4-y-o.


Part yang paling mencabar bila depa gaduh la opkos dan dua-dua menangis nak makteh since depa not really close dengan yang lain. Dengan tokwan depa ja okay sebab tu kadang-kadang bila depa gaduh dan makteh depa tak layan depa pi cari tokwan depa. Hahaha


.


Kalau dulu si abang ni tak pandai melawan lagi, dia banyak mengalah ja dengan kakak dia(even sekarang pun banyak jugak yang dia mengalah). Tapi sekarang dia dah pandai melawan, tarik rambut kakak, gigit kakak. Kakak yang memang agak kepala angin tu apa lagi, memang kena gigit balik la si abang tu.

.


Actually, apa yang keyra nampak sebenarnya budak-budak ni bukannya depa suka meragam pun. Kalau tak sakit depa okay ja sebenarnya. Yang depa nak cuma PERHATIAN..!! Yes perhatian... Depa nak kita layan depa cakap, depa nak kita layan depa main. Tu jaa..

Kita pulak balik kerja dah letih, penat, panas, kadang-kadang bawak balik tekanan kat tempat kerja tu, at the end anak-anak jadi mangsa. Sudah la kita layan depa pun ala kadar ja, pastu terrrrmarah lagi. Maunya depa tak meragam. Seharian kena tinggal then bila jumpa kita tak layan depa, siapa-siapa pun boleh angin kan.


.


Si kakak macam tu la. Tengok dia main sorang-sorang okay ja. Tiba-tiba datang si abang nak 'menempek' kat makteh dia, mula la si kakak nak jealous. Dia pun datang nak 'menempek'. That's why keyra kata budak-budak ni sebenarnya nak perhatian ja. Cuba layan apa yang depa nak, layan depa nak bercerita mesti mood depa okay punya in Shaa Allah.


.


Part yang paling menguji bila depa nak makan sendiri, nak pilih sendiri baju apa depa nak pakai, nak mandi sendiri, nak tuang air sendiri, nak buat semuanya sendiri. Fuhhhhh..!! Time ni kesabaran diuji tahap KLCC la kan.. Hahaha!


.


Bila depa dah tidur time ni relax la sikit, walaupun sebenarnya proses nak tidurkan depa tu pun sangat mencabar kesabaran hati, kewarasan akal..!! hahaha

Waktu ni rindu datang membuak. Penyesalan datang bertimpa sebab ingatkan tadi dah tinggikan suara kat depa. Tadi tak layan depa betul-betul. Time ni rasa nak peluk depa taknak lepas. Betul... T__T #tearsdrop


.

Esok paginya nak kena hantar depa pi rumah pengasuh sebab kita kena pi kerja kan, only Allah knows how I feel. Beratnya hati nak hantar depa pi rumah pengasuh. Ikutkan hati nak ja apply cuti buta seminggu. Tapi apakan daya, bukan company ayahandaku.. hahaha!

.

Tiba masa lagi satu ke dua jam nak balik kerja nak pi ambil depa, how excited I am. Rindu.... Masuk-masuk ja kereta kakak dah mula cerita macam-macam. Ada cikgu baru kat tadika dia. Si abang like usual, cool ja. Senyum ja.. Huwaaaa how I miss them so much..!! Tengah type ni pun sebak rasa sebab dunno bila pulak nak dapat peluang macam ni.


.


Sebab tu keyra kata awal-awal tadi, yes memang letih tapi kecomelan depa, perangai depa, bila depa nak manja-manja dengan kita, bila depa gelak, bila depa nak melawak dengan kita, semua tu terus padam rasa letih tadi tu. Satu ja yang kita kena ada bila jaga anak-anak kecil. Sabarrrr.. hehehe


.

Mungkin bila takdak depa kita takkan rasa letih fizikal, letih mental. Mungkin bila takdak depa kita boleh buat macam-macam benda tanpa gangguan. Mungkin bila takdak depa rumah akan sentiasa kemas. Tapii... cuba bayangkan kalau takdak depa? Allahuakbar, sunyi hidup.. Walau keyra cuma jaga depa seminggu ja, keyra dapat rasa apa yang ibu-ibu kat luar sana rasa.





Sebab tu...salah satu sebab keyra nakkkkk sangat jadi working-at-home-mom nanti. Keyra nak besarkan anak-anak dengan tangan keyra sendiri. Mungkin ada yang rasa keyra ni tak padan dengan muda lagi, overrr ja nak pikir semua tu kan. Tapi why not, pikir bukan kena bayar pun. Masa depan keyra, so keyra nak yang terbaik untuk orang yang keyra sayang.


.

Tak ada benda yang mustahil selagi ianya datang daripada Allah. Nak apa? Mintak dengan Allah. Keyra nak naik rank supervisor Shaklee bulan,  doakan keyra boleh?



NURUL SHAKIRAH SUPERVISOR BULAN NI..!!
NURUL SHAKIRAH SUPERVISOR BULAN NI..!!
NURUL SHAKIRAH SUPERVISOR BULAN NI..!!
NURUL SHAKIRAH SUPERVISOR BULAN NI..!!
NURUL SHAKIRAH SUPERVISOR BULAN NI..!!
NURUL SHAKIRAH SUPERVISOR BULAN NI..!!
NURUL SHAKIRAH SUPERVISOR BULAN NI..!!
NURUL SHAKIRAH SUPERVISOR BULAN NI..!!
NURUL SHAKIRAH SUPERVISOR BULAN NI..!!
NURUL SHAKIRAH SUPERVISOR BULAN NI..!! 
SUPERVISOR
SUPERVISOR
SUPERVISOR
SUPERVISOR
SUPERVISOR
SUPERVISOR
SUPERVISOR


Amin... Thanks for the duaa :) Till we meet again.. Assalamu'alaikum




Much Love,
S. Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp/call)

Friday, 30 January 2015

Tips Menabung By Keyra

Assalamu'alaikum.. Hai!

Siapa yang suka menabung akan tahu dan faham nikmatnya bila dapat tuang tabung yang dah penuh untuk kira berapa jumlah duit yang berjaya disimpan.

.

Keyra ni nak kata rajin sangat menabung tu tak jugak, tapi keyra sangat suka menabung. Bila keyra agak-agak nak pakai duit, keyra prefer menabung daripada terus habiskan duit gaji untuk dapatkan sesuatu.

.

Contoh tabung-tabung yang Keyra ada ek.


Ini tiga tabung yang keyra ada sekarang.
1> Tabung yang rupa bearbear tu tabung syiling. Dah nak penuh tabung tu, dah sampai takat mulut bearbear dah keyra tengok.
Dalam tu cuma ada syiling 50sen dan 20sen.

2> Tabung yang gambar nips tu tabung Subuh. Dalam tu cuma ada duit kertas. Tak kisah la berapa pun.

3> Yang belakang tu bekas ESP sebenarnya. Keyra buat as tabung honeymoon. Awww :p
Dalam tu cuma ada duit kertas RM5 dan RM20 sahaja. Yang lain-lain semua masuk tabung Subuh.


Nak menabung kena ada ilmu tau, bukan boleh hentam kromo ja. Mesti tak tahan lama dan tak konsisten menabung kalau main hentam kromo ja. Meh nak bagi sikit tips yang memang keyra sendiri amalkan untuk konsisten menabung dan misi berjaya..!!


TIPS MENABUNG-BY KEYRA

1) Simpan Si Hijau atau Si Oren
     Si Hijau sama dengan RM5.
     Si Oren RM20.


Gerammmmm nah tengok si hijau ni banyak-banyak. hihihi


Kes macam ni kalau yang nak menyimpan untuk dapat target yang tinggi segera. Contoh macam keyra kan simpan si hijau dengan si oren dalam tabung honeymoon sebab keyra nak dapat satu jumlah yang agak tinggi sebelum bulan sepuluh tahun ni. Keyra dah siap kira dah, kalau konsisten memang berjaya dapat jumlah yang keyra nak malah boleh dapat lebih lagi.


2) Simpan Duit Syiling

Yang ni kalau tak ada target tinggi boleh la berjinak-jinak simpan duit syiling ja dulu. Yela, tak semua orang biasa menabung kan. Nak terus mula menabung dengan nilai yang besar agak susah la. Awal-awal mungkin boleh tapi untuk konsisten mesti susah. Nasihat keyra jangan menabung syiling sepuluh sen. Sakit hati bila tiba masa nak kira. Hahaha. Nampak banyak tapi bila kira seciput ja yang dapat. Simpan la syiling lima puluh sen, syok oo nak kira. (keyra lagi suka lima puluh sen lama, sebab dia besar. lagi syiokkk nak kira hehe)


Ini keyra simpan tahun lepas, tak silap bulan lapan kot start simpan duit syiling.
Kira-kira ada la seratus lima puluh enam ringgit. Tu simpan main-main ja tu.
Kalau ingat simpan, tak ingat ke laut la jawabnya. hahaha
Bayangkan kalau konsisten. Wow! hehe



3) Simpan Duit Gaji

Yang ini memang kesilapan sembilan puluh sembilan peratus daripada kita, selalu belanja dahulu baru menyimpan kan. Sepatutnya menyimpan dahulu baru belanja. Barulah kita akan berjaya untuk konsisten menyimpan dengan jumlah yang sama setiap bulan.

Contohnya gaji sebulan RM1000. Simpan siap-siap sepuluh peratus daripada gaji tu. Means simpan RM100 secara konsisten setiap bulan. Dapat ja gaji, simpan dulu sebelum planning untuk belanja.

"Aliran wang orang kaya.
--> Dapat duit, simpan dan baru belanja.

"Aliran wang orang misking.
--> Dapat duit, belanja. Ada lebih baru simpan.


4) Namakan Setiap Tabung

Macam yang keyra tunjuk contoh yang keyra buat kat atas tu.
Keyra ada tabung syiling, tabung subuh dan tabung honeymoon.


Ni contoh ek keyra bagi. Label tabung kita tu.
Sebelum ni memang target nak pi honeymoon kat Korea nun.
Tapi sejak dapat tau Korea tu tak best mana pun, terus tukar.
Tapi Runningman tetap dihatiku. Kui kui kui



5) Letak Target dan Tempoh Menabung

Contoh macam keyra buat tabung honeymoon tu kan, keyra mesti dapat RM2000 sebelum bulan sepuluh ni. So setiap bulan keyra mesti simpan lebih kurang RM250. So sehari keyra cuma perlu simpan RM10 ja pun..!! hehe

Kan bila kita letak target setiap hari kena simpan berapa sebenarnya jadi mudah kan untuk kita menyimpan. Kalau rajin boleh sediakan satu kalendar khas untuk tick setiap hari bila dah berjaya masukkan duit dalam tabung tu. Nak duit kan? Kena la rajin sikit :)


Do it now.

Sometimes later become never!


Tak suka menabung takpa, buat ja. Dah dapat hasil nanti mesti ketagih nak menabung..hehe
Cubalah~


Till then, jumpa lagi nanti. Muah ciked! LOL



Much love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Sunday, 18 January 2015

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamu'alaikum w.b.t.

Cik abe kito suko sungguh lagu nim. Hahaha. Geram kadang-kadang dengaq dia asyik nyanyi lagu tu jah. Okeh, bukan nak cerita pasal abe mung :p

.

Awak tau kan saya pengedar Shaklee, supplement untuk kecantikan dan kesihatan yang semulajadi. Terbaik dari ladang..!!

.

Nak nak dijadikan cerita, once upon a time, suatu ketika dahulu saya ni adalah salah seorang yang macam anti-supplement. Sungguh..!! Bila tengok kawan duk amalkan makan kismis untuk bagi otak senang ingat pun saya macam, alaaa nak pandai kena belajar laa. Tak guna telan kismis satu bekas pun kalau belajar takmau. Phewww~ teruk sungguh daku waktu tu.


Sungguh daku menyesal -_____-


Kalau tengok yang duk amal makan vitamin C la untuk jaga kulit semua, lagi laa pandang serong. Bagi saya nak kulit cantik kena laa makan buahan banyak, sayuran banyak. Nak kurus kena la diet, jaga makan, exercise. Makan segala macam vitamin pun kalau tak jaga makan tak jalan jugak. Sigh sigh sigh~ padan la muka hang Kira, orang lain dah dapat body cantik kulit cantik, hang baru nak start terhegeh-hegeh. Takpo-takpo, pelan-pelan kayuh. Dan lagi ni sampai bulan enam nanti In shaa Allah :)


PERCAYA SEBELUM BERJAYA..!!

.

Sekarang tidak lagi. Baru ku tahu fungsi supplement tu untuk mempercepatkan sesuatu proses. Contoh ek saya bagi, ada minah ni nak kahwin hujung tahun ni. So dia mula jaga badan, jaga kulit untuk bakal suami dia nanti. Pulun diet, tak makan nasi, makan buah setiap hari, beli oren sebab oren kaya dengan vitamin C so dia nak dapatkan khasiat vitamin C tu untuk kulit dia.

.

Cukup sebulan, dia mula rasa fed up. Sebabnya nak dapatkan khasiat vitamin C terbaik daripada buah oren dia kena makan buah oren yang baru, yang fresh. Tak boleh beli siap-siap buah oren then simpan dalam peti sejuk. Nanti khasiat yang ada akan berkurang.

.

Macam tu jugak bila dia tak makan nasik. Cukup sebulan perut dia mula meragam cari nasik. Kalau nak makan nasik sehari sekali ja contohnya, waktu lain nak makan apa supaya perut sentiasa selesa dan kenyang.

.

Ada seorang lagi minah ni pun sama, tengah dalam proses jaga badan jaga kulit jugak sebab dia pun nak kahwin jugak hujung tahun ni.

Setiap hari dia amalkan makan tiga biji Omega Guard dan empat biji Vita-C plus. Makan nasik jugak, cuma dia kontrol kuantiti. Dia tak perlu risau dengan khasiat buah oren, sebab Vita-C yang dia duk telan setiap tu sebiji ja dah mengandungi 500mg vitamin C tau.


Senang pun senang, kurus jugak. Cantik jugak. Alhamdulillah. Cuma perlu telan dan diam :)

.

Nahh, dapat tak apa yang saya cuba sampaikan.. Fungsi utama supplement adalah untuk membantu mempercepatkan sesuatu proses. Sebagai contoh ada yang ambil Omega Guard untuk kurus, yes fungsi Omega Guard adalah untuk cepatkan proses bakar lemakk tu. Bukannya hari ni telan tiga biji Omega, esok berat daripada 80kg tinggal 50kg. Itu semua mengarut..!!

.

Sama jugak yang duk telan vitamin C tu, sebab agak susah kan untuk kita dapat full nutrient daripada buahan dan sayuran yang segar, makanya kita terpaksa ambil vitamin C as an option untuk kulit kita sentiasa kelihatan cantik, bebas jerawat.

.

Bila buahan dan sayuran kita pandai nak pilih yang segar, yang fresh, yang selamat untuk dimakan. Kenapa tidak untuk supplement kita? Beli dan amalkan supplement yang semulajadi. Badan sihat, kulit cantik hati pun tenang. Hehehe





"Bagilah nutrient yang cukup untuk badan kita, tahulah 'dia' nak repair sendiri"

.

Macam saya sendiri sekarang ni memang tengah misi #FittingMyBody dan #FixingMySkin. Setiap hari saya akan pastikan saya telan empat biji Omega Guard dan empat biji Vita-C Plus jenama Shaklee tanpa gagal..!! Tenggelam habis jerawat, terbakor lemakk.. hahaha


Nak join Keyra dalam dua misi pasti berjaya di atas? Sila whatsapp atau sms Keyra di nombor yang Keyra letak kat bawah nun. Hehehe

Till then, jumpa lagi ! :)



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Monday, 12 January 2015

Omega Bantu Bakar Lemak

Assalamu'alaikum. Seperti yang dijanjikan di FB semalam :)


Semalam balik kerja singgah pasar malam. Teringin nak makan ayam goreng. Lama dah rasa tak pi pasar  malam. Sambar ayam goreng 4 ketul. Satu untuk saya, satu untuk mak, satu untuk ayah, satu untuk adik.


Balik rumah mandi Maghrib, terus ngappp la ayam goreng. Lebih kurang pukul lapan malam. Tiga puluh minit lepas tu, terus ngapp tiga biji Omega macam biasa. Perut rasa lega, selesa.
Ayam goreng kan tinggi kolesterol nak-nak bahagian kegemaranku, thigh. Phewww~ sebab tu la kena sediakan perisai siap-siap sebelum lemak diternak dalam badan kan.

.

Lepas dah selamat telan Omega, saya terpikir panjang. Apasal awesome sangat Omega ni sampai boleh tolong kita cepatkan proses bakar lemak dalam badan kan. Padahal dia cuma kapsul minyak ikan. Kalau tengok capsule dia yang jernih tu pun nampak macam useless ja. Macam amazing sangat sebab boleh tolong bakar lemak-lemak degil yang ada dalam badan kita ni..!!

.

Rupanya, setelah ditelaah. Baca punya baca, tahu dah mana asal Omega Guard Shaklee ni. Ceritanya Omega Guard ni asalnya daripada ikan laut dalam air sejuk di perairan negara Jepun.


KENAPA IKAN LAUT DALAM YANG SEJUK?

What do you think? How come depa ni boleh hidup dengan selesa kat tempat macam ni?

Orang Eskimo tau kan? Depa ni hidup di Greenland, Denmark.


Greenland, Denmark.

Bayangkan macam mana depa boleh hidup dekat kawasan sejuk teramatttt macam ni. Kiri kanan depan belakang penuh dengan ais..!! Bayangkan pulak macam mana hidupan laut like ikan semua tu survive dalam keadaan laut yang permukaan dia adalah ais..!! Subhanallah Maha Suci Allah yang menciptakan semua ni..

.

Ok now dah dapat jawapan kenapa amazing sangat Omega Guard ni sampai boleh bakar lemak kita kan. Ingat tak awal-awal tadi saya ada bagitau yang Omega Guard ni asalnya daripada minyak ikan yang tinggal di laut dalam yang air sejuk kan..?

Takat beku ikan adalah rendah. Maksudnya ikan cepat beku kalau suhu rendah. Tengok ikan kat rumah kita yang disimpan dalam freezer tu cukup la, macam mana dia punya beku. Bila keluarkan sangat ambil masa untuk dia back to normal kan.

.

Apa yang saya nak cerita kat sini, how ikan-ikan di laut dalam yang sejuk boleh survive? Sebabnya Allah anugerahkan ikan-ikan ni Omega 3 yang mana dapat membantu memanaskan badan depa dalam laut tu. Bayangkan kalau ikan-ikan dalam laut tu macam kita, TAK BOLEH HASILKAN SENDIRI OMEGA 3 DALAM BADAN. Lapisan lemak yang ada pada badan depa ni la yang membantu depa untuk terus hidup di laut dalam yang sejukkk tu..!!

.

Kesimpulannya, untuk kita terutamanya yang sedang dalam misi #FittingMyBody kena faham yang badan kita tak boleh hasilkan sendiri sejenis lemak-tak-tepu which is Omega 3 yang boleh membantu memanaskan badan kita. Bahasa mudahnya memang kita need other sources untuk dapat kebaikan Omega 3 untuk bantu kita bakar lemak dengan lebih cepat.





Since kita ni bukannya orang Eskimo pun kan, hidup kat Malaysia yang cuaca normalnya adalah panas, so fungsi Omega 3 daripada memanaskan badan untuk orang Eskimo dan hidupan di laut dalam, untuk kita Omega 3 sangat-sangattttt membantu kita untuk bakar lemakkk..!! Sebab apa? Sebab Omega 3 ni asal daripada minyak ikan yang hidup dalam laut sejuk. Means minyak ikan ni panas laa. Bila panas mudah la nak bakar lemak-lemak degil dalam badan kita ni kan.


Banyakkkkk lagi kebaikan Omega ni. Macam untuk perkembangan otak kanak-kanak. Untuk pelincir tulang, yang ada sakit-sakit lutut ka sakit pinggang ka. Pendek kata banyak sangat laaa kebaikan minyak ikan Omega 3 yang asal dari laut dalam yang sejuk ni. Since fokus kita bulan ni dan tiga bulan akan datang adalah untuk #FittingMyBody makanya saya akan study banyak-banyak how Omega Guard boleh bantu kita bakar lemakkkk..!! Fireeee! Hehehe

.........................

Nak cuba amalkan Omega Guard macam Keyra jugak? Boleh terus whatspp Keyra k. Ada no phone Keyra kat bawah ni.


Much Love,
Keyra  [ Find me on Instagram --->> keyra_jk ]

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Sunday, 4 January 2015

Supplement Buat Kita Disiplin

Assalamu'alaikum..
Awak ada amalkan apa-apa supplement tak? Tak kisah la apa jenis brand sekalipun. Untuk kulit cantik ka, untuk kurus ka, untuk tenaga ka, untuk anak-anak ka. Ada tak awak?


Kalau ada kan, awak perasan tak yang supplement ni sebenarnya buat kita lebih disiplin terutamanya dari segi pemakanan. Awak mesti perasan kan. Tapi kalau awak bukan jenis yang amalkan makan supplement mesti awak akan mencebik lepas baca entri saya yang ohsem ni kan. Hehehe


Ingat lagi conversation saya dekat whatsapp dengan sorang kakak ni. Dia kata dia sanggup berhabis untuk kesihatan dia dan anak-anak. Even suami dia macam tak suka sangat, tapi pandai buat suami dia faham. Kata dia bukannya untuk orang lain. Kalau kita tak jaga kesihatan dari sekarang, nanti dah tua yang nak sakit lutut kita jugak. Yang nak sakit-sakit badan kita jugak. Masa tu makan apa jenis ubat atau supplement pun macam tak guna dah sebab badan kita memang dah teruk kan. 

Senyum..senyum selalu.. :)

Sejak amalkan Shaklee, dia kata memang badan dia sentiasa bertenaga walau setiap hari kena jaga 4 orang anak dalam satu masa sorang-sorang diri pulak tu. Memang respect betul dengan kakak ni. Dia sangat konsisten amalkan makan produk Shaklee untuk milk booster dan tenaga. Anak-anak dia pun semua consume Mealshakes Shaklee. Depa suka sangat dia kata. Alhamdulillah.


Testimoni
Nindiaaa buktinya. Testimoni akak ni makan set kurus dan
set menyusu Shaklee.
Akak ni consume Alfalfa, ESP, Lecithin, Herblax.


Dan apa yang saya perasan, sejak saya mula konsisten makan set kurus dan set kulit Shaklee, persedian untuk enam bulan akan datang, memang saya jadi lebih disiplin. Katakanlah pagi-pagi saya akan telan dua biji vitamin C Shaklee without fail, lepas tu terus akan fikir "aku nak breakfast apa pagi. Apa yang aku tak boleh ambil supaya vitamin C yang aku telan tadi dapat diserap sepenuhnya dalam badan aku untuk dapat kesan optimum." Contoh la saya bagi.


Macam tu jugak bila tiba waktu lunch, minum petang dan dinner nanti. Sebabnya bila kita amalkan makan supplement mesti kita nak dapat kesan yang optimum kan. Contohnya macam saya duk amal makan vitamin C setiap pagi, saya akan pastikan pengambilan air yang cukup setiap hari sebab vitamin C larut air. Kalau air minum tak cukup, macam mana vitamin C nak diserap dengan baik dalam badan kita kan. Rugi ja makan tapi tak dapat kesan optimum kan. Rugii rugiii rugiii..!!


Lagi contoh saya bagi ek. Macam bulan ni bermula 1 January 2015 saya baru ja 'launched' satu misi untuk diri sendiri dan untuk semua orang. Misi #FittingMyBody selama 4 ke 5 bulan. Tak sangka ramaiii yang nak join saya. Sebab masalah kegemukan memang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ni kan. Tinggal kita sendiri ja nak dengan taknak. Sendiri punya badan sendiri jaga la kan, nak harapkan siapa tolong jaga.
-_____-


Saya cukup tak suka bila ada yang mengadu dengan saya, dia makan supplement untuk kulit contohnya tapi takda apa-apa pun. Sama jugak jerawat naik kat muka. Setelah disoal siasat, ditanya bertubi maka kantoilah yang dia sebenarnya makan supplement tak konsisten, kuantiti air yang diambil setiap hari kurang sangat. Haa macamana nak dapat kesan optimum dik non oi..!!


Bila fikir-fikir balik, banyak untung amalkan supplement ni. Misi #FittingMyBody kita ni saya nak seiringkan dengan sunnah Nabi, In Shaa Allah. Saya akan kongsi cara pemakanan Rasulullah, cara senaman Rasulullah dsb. Jom sama-sama kita lancarkan misi #FittingMyBody dengan bantuan supplement Shaklee. In Shaa Allah :')



Much Love,
M. Keyra  :: Find me on instagram --->> keyra_jk

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp/call)

Thursday, 1 January 2015

Misi #FittingMyBody

Assalamu'alaikum..!!

Ambui.. lama nahh saya tak update blog ni. Misi tahun baru, satu hari satu cerita. Boleh ka boleh? Hehehe *Selamat hadam

.

Entri malam ni pun takmau la panjang-panjang. Saya nak kongsi sikit pasal misi #FittingMyBody saya. Tidak boleh tidak!! Tak boleh tangguh dah ni. Kena sungguh-sungguh, kena betul-betul. Kebetulan ramaiiiii yang nak join, lagi semangat kobar-kobar ni.

.

Misi saya ni untuk semua orang.. Yessss..!! Untuk semua..

# Ada yang whatsapp saya bagitau dia nak KECILKAN PINGGANG.

# Ramai yang cakap nak KEMPISKAN PERUT.

# Tak kurang yang pm kat FB kata nak KECILKAN PEHA, LENGAN dan PINGGUL.




Misi saya, SEMUA DI ATAS. Boleh gitu? :p
Tentulah boleh kan..
Enam bulan tu dah tak lama mana dah. Doa yang baik-baik ja. Uihh, debaq nahh nak tunggu result enam bulan akan datang. Misi ini mesti berjaya, pasti berjaya..!! Mind set tu sangat penting tau..

.

Okaylah, siapa-siapa rasa nak join saya masih belum terlambat. Masih banyak kekosongan. Jom #FittingMyBody sesama jom awak. Cantik untuk suami, cantik untuk bakal suami. Sihat untuk diri sendiri. Syok kan.. Nak ke nak?

.

Banyak sangat-sangat tips nak share selain daripada telan Omega. Tapi ekslusif untuk yang nak join misi #FittingMyBody ja tau awak.. Untung awak join kan.. Jumpa saya di whatsapp :')



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Tuesday, 2 December 2014

Hashtag #SelesaLaSangat

Assalamu'alaikum!

Semalam ada discussion dalam Sparkle. Discussion mengenai nilai duit hari ini. Saya cuma jadi pemerhati, dalam erti kata lain 'silent reader' sebab tengah kerja. Tapi tengah free pun saya jadi 'silent reader jugak dalam Sparkle ni, jarang-jarang sangat interrupt. Kalau dalam Polaris, saya aktif! Hehe



Okay, balik pada tajuk asal. NILAI DUIT HARI INI. Yess, seringgit tetap bernilai seringgit tapi barang yang bernilai seringgit mungkin dah berbeza nak banding dengan 10 tahun lepas kan.


Cukupkah gaji yang tetap tiga ribu sebulan? Setiap bulan pun tiga ribu. Nak tunggu naik kena tunggu hujung tahun la. Performance tip top sepanjang tahun, attendance bagus maka mesti tinggi bonus dan increment. Tapi mood manusia mana boleh sama ja sepanjang tahun, oh so bored! Sama la dengan performance kerja kan, kesihatan kita. Bila tak sihat mesti cuti, MC. Dah kacau kita punya attendance record. Lepas tu bila mood berkecamuk, moody stress etc (ni mesti takmau makan vitamin ceria la ni hihi) kacau kita punya performance pulak kan.





Tak mungkin la ada orang yang boleh jaga attendance dan performance dia tiptop sepanjang tahun! -Lainlah kalau yang amalkan vitamin C Shaklee hehehe *ok gurau :p


Yang single pun kata tak cukup dengan gaji tiga ribu sebulan, apatah lagi yang bekeluarga kan. Tiga ribu sekarang macam tiga ratus ja. Sepatutnya single plus tinggal dengan parents mesti lagi banyak jimat kan. Mesti boleh simpan banyak kan. *itu yang orang nampak



Yang orang tak nampak single dengan bekeluarga sama ja belanjanya. Cuma mungkin berbeza la cara belanja.

Single:
Kereta sendiri = bayar sendiri
Makan = bayar sendiri
Transport = bayar sendiri
Minyak = bayar sendiri
Topup = bayar sendiri
Shopping = bayar sendiri


Mesti bulan-bulan nak bagi mak ayah lagi kan. Nak reward diri sendiri. Haa jenuh pekin nak bagi mak ayah pun. Kena kira dulu "kalau aku bagi kat mak ayah banyak ni, cukup tak balance untuk sebulan ni nak makan, duit minyak etc". 

Ada yang kadang-kadang kerja, dapat gaji, bayar itu bayar ini, duit habis. Nak reward diri sendiri pun takdak apa dah. Bagi mak ayah pun makin lama makin berkurang. Sedihnya rasa kan bila tak mampu nak bagi banyak kat mak ayah. 
.
.
.
.
.
Sebab tu dah ramai sangat sekarang ni orang buat bisnes secara part time, full time sebab nak cari income yang lebih untuk tampung mana-mana yang kurang tu. Sebab kita sendiri pun sedar tak cukup gaji sebulan yang kita dapar tu. Taktau kenapa masih ramai yang selesa dengan gaji dia dapat sekarang. #SelesaLaSangat


Kita memang kena keluar dari zon selesa untuk dapat keadaan yang lebih selesa. Apa yang saya nampak, dengan berbisnes ja golongan pertengahan macam kita ni boleh hidup lebih selesa. Golongan pertengahan yang sebenarnya golongan yang miskin! Tak percaya? Tengok diri sendiri dah cukup, tak perlu tengok orang lain.


Kenapa saya kata kita miskin? Saya bagi contoh, kalau kereta kena langgar, handphone kena curi, kasut hilang apa kita rasa? Marah kan. Sakit kepala kan memikirkan duit yang bakal dikeluarkan untuk baiki kereta, beli handphone baru etc. Kenapa sakit kepala? Sebab simpanan pun tak ada! Kalau ada pun tak cukup.


Keluarlah dari zon selesa tu segera. Tahun depan dengan GST lagi, subsidi minyak ditarik. Selesa lagi ka macam tu? #SelesaLaSangat



Tak teringin ka nak melancong sebulan sekali? Tak teringin ka nak pakai kereta yang mewah? Tak teringin ka nak hantar anak-anak belajar renang, memanah? Tak teringin ka nak reward suami/isteri dengan sesuatu yang dia suka? Tak mau ka FINANCIAL FREEDOM? 



Sebab tu saya yang baru umur 22tahun ni memilih untuk buat Shaklee. Shaklee bukan bisnes part time, bukan juga full time. Tapi Shaklee bisnes lifetime. Bisnes yang boleh diwarisi.


Kenapa saya pilih Shaklee?

# Sebab Shaklee ada produk yang bagus. Dah ramai sangat yang cuba dan puas hati dengan kesan dia.

# Modal serendah RM65 ja. Tapi boleh dapat pulangan berjuta-juta kali ganda dengan syarat kena kerja keras, korban masa tidur masa enjoy untuk tempoh dua tahun ja.

# Tak ada risiko. Contoh kalau kita nak buat bisnes online jual jubah. Kena keluarkan modal nak beli kain, upah orang jahit lagi. Pastu kalau jadi apa-apa, sendiri tanggung la. Kena keluarkan duit lagi kan. Tapi Shaklee, kita bayar RM65 tu, itu ja la. Itu pun RM65 tu bukan kita bagi buta-buta gitu ja pada Shaklee, dengan register RM65 tu kita dapat bisnes kit, manual bisnes. Risiko dia mungkin akan ada orang yang anti supplement ni akan pandang rendah dengan kita. Itu ja la, tak tinggal parut pun kan. Hehehe

# Sistem yang adil. Kita bekerja untuk diri sendiri, bukan untuk upline kita. Sebab tu ada ja downline yang naik Master (rank paling tinggi dalam bisnes Shaklee) dulu sebelum upline dia. How hard you kerja, hasil dia you sendiri yang dapat.

# Bersosial. Ingat lagi tak saya pernah share secret group dalam bisnes Shaklee yang saya joint ni. Bukan bermakna you buat bisnes online, you sorang-sorang hadap customer. You sorang-sorang study pasal segala jenis vitamin semua. You akan ada family. Saya ada mummy, ada nanny, ada grand nanny yang sangat supportive.

# Shaklee bina saluran pendapatan. Sebab tu saya kata kita kena korban masa tidur, masa enjoy untuk dua tahun ja. Once kita dah dapat apa yang dikejar, waktu tu segala penat lelah selama dua tahun tu tak terasa lansung. That's why saya kata Shaklee is a lifetime business :')



Pilihan di tangan anda~ nak hidup yang lebih selesa saya boleh bantu anda dengan syarat kena kental, rajin selama dua tahun sahaja! Keluarlah dari zon yang kononnya anda rasa selesa sangat tu #SelesaLaSangat, untuk hidup yang lebih selesa!



Much Love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Monday, 24 November 2014

Minum Air Sebelum Gosok Gigi

Assalamu'alaikum. Salam Subuh Malaysians :')


Biasanya, kebanyakan daripada kita bangun tidur ja terus serang bilik air ataupun tandas kan. Nak-nak pulak yang memang tahan buang air daripada pukul 3 pagi, then azan Subuh baru bangun buang air. Jenis ni memang celik-celik mata ja nampak toilet dulu. Hahaha


*Siapa-siapa yang tiba-tiba terjaga tengah malam pukul 2-3 pagi, jangan tidur balik cenggitu ja tau. Sebab itu tandanya Allah dah hantar Malaikat untuk kejutkan kita. Rugiiii kalau tidur balik gitu ja. At least kalau malas sangat nak bangun ambil wuduk and perform 2 rakaat of tahajud, sambil baring tu tadah la tangan doa kat Allah. Minta la apa pun sebab meminta daripada Allah itu percuma!



Ok sambung cerita kita. Saya pun dulu salah seorang yang memang bangun Subuh ja terus ke toilet. Dalam kepala ni memang nampak toilet ja. Cepat-cepat bangun pulak tu takut kena que hahaha.


Jom kita sama-sama ubah nak tak?





Lepas ni bangun tidur kita biasakan minum air masak segelas. Mesti minum sebelum gosok gigi dan buang air. Barulah boleh dapat manfaat enzim dalam mulut yang Allah hadiahkan masa kita tidur. Kumur-kumur sikit air dalam mulut tu then baru telan. Boleh ka boleh?

Kalau nak ikutkan sepatutnya minum air masak 4 x 160ml. Tapi sebagai permulaan kan, kita tak biasa bangun tidur minum air takut kang nanti ada yang muntah air pulak. Makanya kita mulakan minggu pertama setiap pagi selepas bangun tidur sebelum buang air atau makan apa-apa, minum segelas air dulu ya.


Nanti dah biasa boleh la minum ikut aturan yang betul, 4 x 160ml air lebih kurang saiz 1 botol sederhana mineral yang kita selalu beli kat kedai tu.


lebih kurang macam ni saiz botol 600ml air
p/s:minum air ikut sunnah, pakai tangan kanan ya! Hihi


Banyak faedah tau minum air selepas bangun tidur waktu pagi ni. Selain daripada salah satu sunnah Nabi kita. Yess Nabi kita sendiri amalkan minum air masak selepas bangun tidur.


* Memberi kelicinan kulit
Biasa kan bila kita minum air masak pagi-pagi memang kita akan rasa nak membuang. Membuang waktu pagi ni detox yang paling bagus tau. Segala toxic dalam badan kita yang diproses dan disimpan semalam terus dibuang waktu pagi. 

Sangat-sangat membantu untuk kita dapat kulit yang glowing gituuu~ Cubalah kalau tak percaya!

-Ingat lagi dulu kan bila kawan-kawan ada yang jenis suka membuang waktu pagi ni mesti aku kata kat dia macam orang tua. Sebab kat rumah yang selalu membuang waktu pagi mak atau ayah. Tapi sekarang kena ubah mind set tu. Siapa yang berjaya membuang waktu pagi tu la terbaik! Sebab tak semua orang mampu tau~ haaaa bila yang tak mampu ni la mendatangkan punca perut nak buncit! Watch out!


* Stabilkan sistem badan
Minum air kosong pagi-pagi dapat melawan bermacam jenis infections like sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, degupan jantung yang pantas(darah gemuruh),gastrik dan banyak lagi la.


* Kurangkan berat badan
Bila kita minum air masak waktu pagi kadar metabolisme akan meningkat sebanyak 24%. Haa boleh la cuba amalkan untuk mereka yang sedang berhempas pulas berdiet tu kan. Just like me~kekeke^^


Tapi, ada masa yang tak elok untuk kita minum air. Haa jangan taktau pulak ya. Apa-apa benda pun mesti ada baik buruk kan. Di lain entri nanti saya kongsi waktu-waktu yang tak elok untuk kita minum air kosong eh. Contoh like lepas work out atau exercise. Kenapa ya? Hehehe


Till then, see you! #muahciked



Much love,
Keyra

Shaklee Independent Distributor
ID 1085565 | 0125687714 (sms/whatsapp)

Sunday, 23 November 2014

Dapat RM50k Cenggitu Ja?!!

Oh hai kawan-kawan!

Minggu lepas saya berpeluang attend mascel MariaFirdaus. Mascel? Apa benda tu jemahh?

Mascel stand for master celebration. Master adalah rank yang paling tinggi dalam bisnes Shaklee.


Distributor --> Supervisor --> Senior Supervisor --> Coordinator --> Senior Coordinator --> Key Coordinator --> MASTER COORDINATOR



Biasanya, setiap distributor cuma perlu 2 tahun untuk naik rank master. Dalam masa dua tahun, kerja keras. Korban tidur, korban masa enjoy. Dua tahun sahaja! Bila dah dapat apa yang nak dicapai dalam masa dua tahun tu, boleh relax. Boleh sesuka hati bila-bila masa nak pi melancong, boleh sesuka nak kereta baru, boleh sesuka hati nak rehat tanpa gangguan.


Jeles? Jom cepat-cepat daftar jadi ahli. RM65 ja seumur hidup!


Berbalik pada cerita mascel, siapa yang tak suka kan ada orang nak sponsor RM50ribu. Bersih 50ribu. Ikut suka hati kita nak celebrate kat hotel mana, dan semestinya 50ribu tu hak milik kita.


"Alang-alang join Shaklee, biar sampai jadi master"


Macam baru-baru ni yang saya pergi mascel tu masters buat dekat Pullman Hotel. Tau kan hotel 5 stars kat putrajaya tu? Fully sponsored by Shaklee. Kita tak payah keluar 1sen pun padahal nak raikan kita. Pada mulanya cuma daftar RM65, kerja keras dalam masa dua tahun dapat Shaklee sponsor raikan kejayaan kita sampai RM50ribu. Belum kira lagi bonus yang kita dapat setiap bulan. Best ka best? Hehehe


Layan gambar jom...

Pengantin yang dirai, masters MariaFirdaus.

Masa master berjalan tu, tak nampak master dah. Dah bayangkan saya yang tengah jalan tu. Bayangkan yang baik-baik tu tak salah pun, malah percuma!

MHM - Master Hafsah Mardhiah
Grand grand nanny, haaa gitteww~
Azie- sideline saya
MAS- Master Ainul Shahrazad (grand nanny)
Ibu mertua Master Maria, ibu Master Firdaus
Aimi-mommy ku
Master Maria-pengantin yang diraikan
Lynnda-sepupu kot :p
Master-to-be Athirah - nanny comel :p
Master Zura Betty - cantik gila!!!

Mascel saya nanti saya janji buat kat Penang. Hotel 5 bintang! Hotel apa yang best ek kat Penang? Semua yang kenal saya, yang saya kenal boleh datang. Saya belanja makan kat hotel 5 bintang. Jom kerja keras untuk dua tahun sahaja, lepas tu freedom~


Saya nak bebas kewangan!
Saya nak kebebasan masa!
Saya nak capai apa yang saya nak!

Saya nak pandu kereta mewah~
Saya nak duduk dalam rumah yang ada swimming pool, ada gym dan library~
Saya nak melancong luar negara bila-bila masa yang saya suka~


SAYA NAK TOLONG LEBIH RAMAI ORANG UNTUK CAPAI IMPIAN MEREKA ! ! ! 


Jangan takut untuk berimpian, kerana ia percuma!


Till then, good night. Sleep tight~



Much love,
Keyra